edDy sYrOl

Saturday, January 24, 2009

suara....

Assalamualaikum w. b. t

salam pertemuan buat teman-teman blogspot.com. Mungkin tulisan aku kali ini lebih kepada perkongsian minda sahaja.

Semester baharu bagi mereka yang masih berkuliah di mana-mana IPT di Malaysia ni. Di tempat aku menuntut, aku kini masuk ke semeste ke 6 iaitu semester akhir aku berada di alam mahasiswa. Pasti banyak perkara yang akan bermain di minda dan aku pasti buat teman-teman yang sama dalam situasi aku pasti memikirkan langkah seterusnya.

Kematangan semestinya sesuatu yang membawa seribu makna pada diri manusia. Sudah pasti kematangan itu hadir hasil daripada pengalaman yang sememangnya menjadi 'cikgu' terbaik dalam hidup kita. Malah, pengalaman ini bukan sahaja sesuatu yang kita dapat secara formality tetapi kita pastinya memperolehi pengalaman secara tidak langsung sepanjang kita melalui kehidupan sebagai manusia di muka bumi ini. Semakin meningkat usia, semakin banyak pengalaman yang akan kita perolehi. Sesungguhnya, banyak pengalaman merupakan satu bentuk kekayaan yang tidak mampu dibeli dengan sejumlah wang yang banyak. Pengalaman juga wujud dalam momentum yang berbeza. Pengalaman kanak-kanak, pengalaman di alam persekolahan, pengalaman di alam pekerjaan, dan sebagainya. Bagi mereka yang sudah memperolehi pengalaman yang berguna, gunakan ia sebagai satu 'alat' terbaik untuk mewujudkan satu potensi hidup yang lebih gemmilang.

Teman-teman semua pasti memikirkan kenangan-kenangan lama bila aku bercakap tentang pengalaman bukan? Kerana yang pasti pengalaman itu hadir melalui kenangan yang telah kita lalui, tak mungkin pengalaman itu wujud pada masa hadapan atau pun hadir dalam mimpi lalu kita kata itulah pengalaman. Aku akui kenangan membawa seribu satu makna dalam hidup kita. Kenangan pastinya akan membuat kita tersenyum tatkala terkenangkannya, juga boleh membuatkan kita menangis. Semuanya bergantung pada apa dia kenangan itu. Aku juga akaui kenangan selalu membuai perasaan aku. Alhamdulillah, hidup kita diwarnai dengan kenangan. Terima kasih buat teman-teman dan insan-insan yang 'dekat di hati aku' kerana kalian semua telah memahatkan kenangan dalam hidup ku. Terima kasih yang teramat sangat buat yang Maha Agung, Allah swt atas kurniaan kenangan-kenangan ini. Mungkin hidup akan kurang nikmatnya tanpa kenangan. Bagi teman-teman yang ada kenangan manis, teruskanlah pahat dalam hati. Pasti ia akan menjadi pengubat saat teman-teman semua berduka. Ubat tanpa pengaruh dadah ni pasti penawar yang cukup ampuh. Bagi teman-teman yang ada kenangan pahit, mungkin bleh dilupakan terus dari memori. Select and delete all.....tapi teman-teman, bagi aku kenangan pahit ni kita kena keep it in our memory. Kenapa? Alasan aku cukup mudah, kerana kenangan pahit ni boleh kita buat pengajaran di masa-masa akan datang. Bagi aku pula, kenngan pahit inilah yang selalu aku ingati. Mungkin kerana memang fitrah sikap aku begini. Percaya atau tidak ada kenangan pahit yang manis bila kita kenang. Too complicated.

Apa pun..kehidupan ini suatu percaturan. Malah kita perlu memilih untuk teruskan hidup, selagi nyawa kita masih bersisa…

wassalam