edDy sYrOl

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011


Tahun baru masihi 2011 akan berakhir secara rasminya malam ini. Semua orang yang sedang men-join-kan diri berpesta akan ramai-ramai membuat kiraan 10 dan melaungkan HAPPY NEW YEAR 2012. yang dekat rumah pun mesti dok melekat menonton rancangan sempena tahun baru 2012. mungkin ada juga yang tengah berfikir apa yang akan berlaku esok. Ya, esok adalah hari pertama yang perlu difikirkan dengan penuh teliti.

Malam ni, aku ada baca entry bloggers yang buat ulasan apa yang berlaku sepanjang tahun 2012. aku dah drop comment, yang dapat komen tu kira aku ada baca lah. Yang aku tak drop komen tu, aku baca juga, tapi tangan ni tak berjalan pula untuk komen. Maaf, jangan kecil hati. Kejayaan demi kejayaan, kenangan manis demi kenangan manis yang dilakarkan sepanjang tahun 2011 bagi mereka. Aku turut tumpang gembira.

Well, aku pun rasa nak kongsi apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2011. Tapi guys, aku tak tahu apa yang nak aku tulis. Buat masa ini, belum ada kejayaan yang dapat aku rasakan deep in my heart. Sumpah tak tipu. Kenangan manis tu memang ada, tapi matlamat masih tidak tercapai. Mungkin kenangan manis tu lenyap oleh kegagalan demi kegagalan yang datang.

Tapi guys, kegagalan demi kegagalan yang datang tu mungkin pengajaran buat aku. Pengajaran yang tak ternilai untuk aku tidak mendongak langit sahaja. Pengajaran yang mahukan aku terus berusaha dan bekerja lebih keras lagi untuk mencapai matlamat. Bukan senang kan nak bangun dari kegagalan, hari ini kaw gagal, esok kaw gagal, hari-hari seterusnya kaw masih gagal. Alhamdulillah, Allah swt masih memberikan kekuatan kepada aku untuk terus mengharungi apa sahaja yang berlaku.


Tahun 2011 juga merupakan tahun bertemu dengan insan-insan yang cukup dekat di hati aku. Mereka-mereka yang bersama aku di saat susah. Yang tidak kisah sangat dengan saat gembira aku. Mereka yang selalu memberi suntikan kata semangat ketika aku rasa down. Mereka-mereka yang faham situasi diri aku dan tak pernah membilang jasa mereka terhadap aku. Hebat..! memang hebat..! aku sangat berterima kasih dan tak mungkin melupakan mereka-mereka ini.

Aku tak ada azam untuk tahun 2012. azam aku untuk tahun 2009 sampailah saat ini, juga sehinggalah tahun hadapan masih sama. Selagi belum terlaksana, ia tetap menjadi azam aku. Aku doakan semua, sahabat-sahabat bloggers sekalian agar mencapai azam 2012 dengan jayanya. Semoga kita tidak lupa diri pada malam ini, sebab kegembiraan itu sebentar sahaja. Esoknya, adalah hari yang sepatutnya lebih gembira dengan langkah pertama di tahun 2012.

p/s: mak bapak, doakan aku =.='

Thursday, December 29, 2011

Segmen: 5 blog paling diminati 2011 By Nizam Ijam

Link


Kucing Parsi duduk di bangku
Muka berkerut macam hilang bini
Mari ikuti 5 blog pilihan ku
Yang paling meletup kebabomm tahun ini

1. Ekspresi Seorang Aku
Pemilik : Hydz Kalberos
Why kah? Blog ini memang menarik. pemilik blog ni iaitu hencek hydz pandai memasak.so, kalau takde idea nak masak apa, buka saja blog ini, boleh tiru mana-mana resipi. penyampaian juga menarik dan penuh emosi (agak melampau ye ayat ini) dan selalu buat aku geli usus.

2. Ahmad Fauzi Aryaan
Pemilik: Ahmad Fauzi Aryaan
Why kah? penggunaan kata ganti diri patik dalam entry beliau ni yang aku rasa menarik. susunan ayat yang mencuit hati tanpa paksaan, yang memang aku dapat bayangkan terhasil dengan spontan cukup menarik miinat untuk kita baca entry beliau dari mula sampailah akhir.

3. Daniel Adie
Pemilik: Daniel Adie
Why kah? blogger yang banyak mengkisahkan kehidupan sehari-hari beliau di dalam blog. bagi aku, kisah kehidupan hari-hari beliau ini cukup-cukup menarik, susah nak cari yang tak menarik. juga menampilkan gaya penulisan yang menarik, dekat dengan pembaca, malah menghiburkan.
Link
4. Lulu Pages
Pemilik : Lulu Caldina
Why kah? blog yang menampilkan berita. kalau anda-anda sekalian malas nak menapak beli news paper, hah! buka saja blog ini, memang update tentang berita. cerita hangat jangan harap tak masuk blog ini ok.

5. Aslann AS:: One Step Forward::
Pemilik : Aslann As
Why kah? i just like this blog. daya penarik ialah isi yang nak disampaikan. tak perlu ayat-ayat yang merapu meraban pun blogger ini mampu menarik minat pembaca. sebagai contoh entry tentang "5 Spesies Haiwan Yang Aku Geli Gila Babi Euuw" buat aku boleh rasa kegelian tahap erkkk takley sebut hencek aslann ni.

Nasib baik lima saja, kalau boleh cite lebih, banyak lagi list blogs yang aku minat sangat view untuk tahun 2011 yang gemilang ini. siapa-siapa nak join segmen ini, sila click gambar di atas laju-laju.

tag: Hawis
Piqah

p/s: marilah join ramai-ramai ye kawan2. click SINI sebab nak beli honda

Azam lagi


tahun 2011 sat sat lagi nak melabuhkan tirainya. wahhh..!! cepat sunggooohhh masa berlalu ya. macam tak terasa pula dah berada di penghujung bulan december 2011.

status kat FB, jangan masuk toilet pada pukul 12.59pm 31/12/2011, nanti anda keluar dari toilet pada tahun 1/1/2012. haishhh..adooo2 saje..

bila masuk tahun baru, semua orang sebok nak pasang azam. azam baru. khairul azam atau muhammad azam pun sebok nak berazam. ok fine tak lucu langsung =.=' kaw kaw sekalian dah tanam azam baru ke? camne dengan azam yang lepas2? ada tidak yang tercapai. aku ingat lagi, ada kata-kata tah sape aku lupa, dia cakap "gantungkan azam anda setinggi siling rumah, supaya anda mudah untuk mencapainya. jangan gantungkan azam setinggi langit". kaw kaw bayangkan lah azam setinggi langit, nak ke bulan pun susah kan. huhuhu...

sahabat-sahabat, walau apa pun azam kaw, pastikan lah kaw kaw sekalian berusaha untuk mencapainya. takpe kalau tak tercapai asalkan kita dah ikhtiar. jangan kita tanamkan azam hanya nak ikut orang lain. ya lah, orang lain ada azam, kaw pun nak gak ada azam. kalau boleh, tulis dalam diary. buat catatan perkembangan azam kaw tu. InsyaAllah, kalau kita bersungguh, mesti akan tercapai. tapi, kalau tak tercapai, harap jangan patah semangat. ok.

p/s: azam aku nak beli honda =.=' click lah SINI

Wednesday, December 28, 2011

Down down down down



Apa yang kaw kaw akan buat bila korang rasa down?

aku percaya mesti kaw kaw sekalian ada cara tersendiri untuk come out dari rasa down bukan? maybe ada yang akan keluar shopping, tengok wayang, jalan-jalan di pantai, bersukan, baca Al-Quran dan macam-macam lagi.

rasa down memang terjadi sekelip mata. pernah tidak dalam satu saat, ketika masa yang singkat, kaw kaw tiba-tiba rasa down? rasa yang tiba-tiba datang macam tu saja. kegembiraan dan keceriaan mati tanpa memberi masa untuk bersedia. rasa down macam ni memang agak pelik. datang tiba-tiba dan memaksa kita untuk keluar dari rasa down itu secara tiba-tiba.

kaw kaw sekalian, bagi aku, buatlah apa pun YANG BAIK untuk ringankan beban down tersebut. buat apa sahaja selagi ia tidak melanggar syariat. (~_~)

p/s: siapa kata hidup ini senang?

ALkisahnya Ombak Rindu


Filem Ombak Rindu menjadi satu fenomena di Malaysia. semua orang dok bercerita tentang filem ini. jadi, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menonton filem ini dengan my bro. ambik waktu tayangan pada pukul 9.10pm di GSC 1borneo.

Ekspresi ES:
secara peribadi, filem ini tidak mampu menawan hati aku untuk rasa puas menonton filem melayu. aku pernah beberapa kali (sebab jarang sangat ok) menonton filem melayu, dan aku pernah rasa puas menonton filem melayu apatah lagi yang berkisarkan tentang kehidupan seperti filem Cinta dan filem Sepi. malah, kalau dibandingkan dengan filem adaptasi novel Lagenda Budak Setan, filem Ombak Rindu masih agak terkebelakang dari aspek penceritaan di dalam filem. so, aku terasa nak baca novel dia lak. sebab, aku pernah baca novel ketika cinta bertasbih dengan filem ayat-ayat cinta. even, kedua-dua filem adaptasi novel ini HEBAT, tetapi novel dia LAGI HEBAT.

Apa Yang Hebat?
Maya Karin mampu pamerkan emosi terbaik. kita dapat rasa kesedihan izah. apa yang lebih hebat ialah, maybe aku suka sangat2 ialah sebutan maya karin. bukankah sebutan malay Maya sangat unik. aku suka....

Aaron aziz kalau kaw kaw perasan sangat best bila dia nangis. nampak real. muka maintain macho tapi tetiba air mata keluar. that great.

Lisa Surihani mungkin penyeri filem ini. lakonan tak sehebat Maya, tapi dah banyak improve berbanding dekat Lagenda Budak Setan.

Lagu latar filem ini juga best. memang sesuai dengan emosi.

Yang Tak Best..!!
I am not so sure, adakah filem ini ataupun panggung di GSC 1Borneo ni yang bermasalah. sebab, aku dan abang aku sendiri perasan ada banyak part yang dialog belum habis, tetibe cut dan ganti dengan scene baru. memang pooootooongg feel sangat2. sort like filem ini tak diedit dengan betul.adakah kaw kaw sekalian mengalaminya?

kejahatan haris yang bertukar baik nampak sekelip mata sahaja. kita tak perasan sgt perubahan yang terjadi. tup tup jadi baik bila dia tersalah sangka. berbanding dengan bila dia dah baik dan bertukar kembali jahat. rentetan kisah dr baik kepada jahat itu lebih menyerlah.

Bintang:
cane ek? ini cuma pendapat peribadi. aku rasa filem ini boleh diberikan 3 bintang dari 5.

p/s: Lisa Surihani sangat shantekkk ok!! =.='

Tuesday, December 27, 2011

Sumbang Mambang: Kau Pergi Jua

siapa nak muntohhhh..silalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

ni version dayang nurfaezah yang amat diminati oleh Hydz Kalberosss...ngeh3x... mesti kaw rasa nak tampar aku kan hydz... :P




video

p/s: suara ayam selalu keluar dgn sendirinya =.='

Nasi Goreng Paling Simple


i am not going to tell u guys tentang camne nak buat nasi goreng simple ni. ekceli, nampak je mcm penuh pinggan tu kan, tapi nak buat simple saja. apa adanya sahaja. bahan-bahan yang aku guna untuk goreng pun simple saja. bawang besar, cili hijau, lobak merah, garam, dan kicap manis. mampu kaw? hehehehe...

goreng telur, buh sikit keropok dan timun untuk tambahkan nikmat makan.

p/s: rindu =.='

Monday, December 26, 2011

Bebel pagi-pagi indah


setiap hari kita lalui dengan senyuman yang manis. permulaan setiap hari juga perlu kita lalui dengan minda yang positif, kata-kata positif, pandangan yang positif. semuanya perlu positif lah.

korang tak perasan kah yang tahun 2011 berlalu dengan cukup pantas. pejam celik pejam celik dan nak sampai hujung 2011 dol. ermmm, banyak tak kejayaan yang korang dah perolehi? kalau banyak tu baguslah, syukur padas Allah swt. WHAT?!! takde satu kejayaan pun. ohh.... sabarlah sahabat. belum masanya untuk memperolehi kejayaan.

Tidak pernah ada kata gagal bagi setiap muslim yang tawwakal. yang ada adalah keberhasilan yang diberikan Allah berbeza dengan yang kita inginkan.
tidak semua yang menurut kita baik, baik juga menurut Allah.

maka, bersabarlah wahai sahabat-sahabat.

aku rasa macam musim tengkujuh tahun ini di tempat aku agak slow. Alhamdulillah, sebab Allah mengizinkan tempat aku dihindari daripada banjir. fuhh...bukan senang sebenarnya nak menghadapi musim banjir ni yollsss.. susah3... pada mereka yang menghadapi banjir di musim cuti sekolah yang enak ini, you guys sabarlah ya. ujian ni. cakap pada mak ayah you guys, ES kirim salam.

sebelum habis baca, click lah SINI, SINI dan SINI sebab ES nak beli honda..ngeh3x..

p/s: cuti sekolah dah nak habis.. =.='

Sunday, December 25, 2011

Lapar lagi... lagi... dan lagi....


you guys tahu kah yang aku ni sekarang mengalami gejala selalu lapar. kaw kaw bayangkan lah aku boleh breakfast tiga kali sehari. breakfast je ok. perut ke ape kan aku ni...

kepada para doktor yang ada di dunia ni, you guys tau tak apsal aku selalu saja lapar? is it normal untuk remaja (hakkkthuiiihh) mcm aku ni, maybe aku tengah mengalami proses tumbesaran ke kan? ehh?

atau adakah kerana pengambilan minuman high protein yang menyebabkan aku selalu rasa lapar dan nak makan sajorkkk... anyway, aku tak membesar pun dalam sebulan pertama ni. perut aku masih flat 6 pax. kaw ade? huhuhuhu...

arghhhhhhhh.....

p/s: masih lapar ok =.='

Thursday, December 22, 2011

Poster Baru


Inilah dia poster yang mendapat penajaan itu. poster ini seperti yang tertulis adalah sempena SEGMEN EDDY INTERVIEW RETIS. InsyaAllah akan dimulakan dalam jangka waktu yang terdekat ye sahabat-sahabat.

Baiklah, setinggi penghargaan buat adekk Scha Putra diatas penajaan poster yang cantekkkk ini. mmg poster mcm ni, pokcik tak reti nak buat ok.huhuhuhu... tq tq tq so much.

p/s: tengah intai-intai sape yang nak ditemubual (~_*)

Wednesday, December 21, 2011

Perjalanan Hidup


sekali kita mula melangkah, jangan pernah terfikir untuk berpatah balik. betul ke? habis tu kalau kita melangkah ke jalan yang salah, takkan kita kena teruskan. maka menjawablah sebahagian manusia " takpe, teruskan saja. nanti ada simpang ke jalan yang benar, just turn left or right, either one ". begitu kah? fikir-fikirkan ye.

semalam adalah perkara yang boleh dianggap sebagai sejarah. adakah semalam merupakan sejarah hitam? ataupun melakar sejarah yang cemerlang? apa pun yang telah terjadi semalam, itu hanya sebuah sejarah. sejarah yang terkadang kita boleh banggakan, hanya dibanggakan. namun kita tidak pasti sama ada mampu untuk mengulanginya.

dalam hidup ini, kita sama ada sedar atau tidak, telah banyak menerima pemberian dari orang lain. segala pemberian itu menjadi tanda kasihnya seorang manusia ke atas manusia yang lain, kerana kasih mereka kepada Allah swt. tak terkecuali aku. sudah banyak menerima pemberian. tapi hari ini aku terfikir, mampukah aku membalas segala pemberian yang telah aku terima? risau.... sangat risau andai kata diri yang lemah ini tidak mampu melakukannya. walaupun, pemberian itu tidak memohon sekelumit balasan pun. aku cuma rasa mahu memberi.... semoga Allah beri peluang aku, dalam hidup ini... untuk memberi....

dijalan ini aku lalui. jalan yang sudah Allah swt tetapkan untuk aku. seperti mana manusia lain, yang sudah ada ketetapan jalan hidup masing-masing. menelusuri jalan dengan hanya sedikit kekuatan yang diberi pinjam. semoga Allah juga masih meminjamkan aku kekuatan, sedikit lagi... biar aku dapat terus berjalan lagi. aku belum sampai ke destinasi.... not even close. Bantu aku Ya Rabbi....

sekali kita mulakan langkah. pastikan kita melangkah dengan cermat. jangan sampai satu masa, kita akan menyesali langkah pertama itu. bila sudah tersalah arah, kita perlu bekerja keras, untuk kembali mengatur langkah dengan cermat....

p/s: Allah swt is always listen to you (~_~)

The Meals


ini merupakan juadah-juadah aku hari ini. breakfast + lunch.

breakfast:

roti bakar, telur hancur, beserta sos masam manis buatan sendiri ok. ahh..puas hati makan ni.esok-esok nak makan dengan roasted bean pulak.hehehe...

lunch:

mee goreng, ayam goreng, sosej goreng. adehhh... semua di goreng. and you know what, ini jugalah yang aku makan malam ni. sebab goreng mee banyak sangat-sangat kan. (~_~)

p/s: itadakimasu =.='

Kembali ...............

InsyaAllah dalam masa terdekat ini segmen Eddy Interview Retis akan dimulakan semula. poster baru pun dah siap.. ada penaja ok.. kaw jeles kan?!! hehehehhe

InsyaAllah, segmen ni akan diperkemaskan lagi. perkemas cane? adalah....

Semoga terus menyokong ya.. alah...segmen ni adalah segmen ukhwah fillah. merapatkan hubungan sesama kita.saling mengenali.

wartawan ES *aku je lahhhh akan menerjah anda. puipuipui..

p/s: asik lapor aje...

Tuesday, December 20, 2011

Gores Kuat Sangat


inilah problema-nya kalau gores kuat-kuat sangat. hohoho..yo lahhh... ekceli, benda hitam yang nak digores tu melekat kuat sangat. aku tak taulah dia guna gam silikon kot. sebab sebelum2 ni, mcm yang kaw kaw juga yang guna prepaid (kesian prepaid jerrr), benda hitam (ntah hape nama dia) yang nak digores tu senang saja nak gores. gores manja2 pun terhapus noda. ni idok wa cakap lu. memang ketat *erkkkkk

so, ni lah jadinya... =.= cane ni?

p/s: nak gores pun penuh tenaga.. huhuhuhu

Blogger Suka Malukan Orang


Semenjak dua menjak ni, aku rasakan makin ramai blogger yang suka menyiarkan perkara yang mengaibkan orang lain. kebanyakan dari mereka adalah blogger yang menyiarkan berita dalam kebanyakan entry mereka.

memang tidak dinafikan bloggers ini sangat popular. bila mereka post entry, ramai giler readers yang akan view, baca from top to toe, walaupun tak dapat banyak komen. sebab blog mereka adalah blog berita, fitrah lah kita semua ni suka baca berita. ye dak?

oleh sebab itu, ada bloggers yang mengambil kesempatan dengan ada beberapa isu baru-baru ini.memanglah ada isu hangat yang terjadi semenjak dua menjak ni, aku sendiri bukan nak salahkan bloggers tersebut kalau nak paparkan berita berkaitan. TETAPI apa yang mendukacitakan, terdapat bloggers paparazi ni yang dah melampaui batasan. bagaimana yang kita kata melampaui batasan?

memang perkara BURUK yang diceritakan itu benar. tapi, apa alasan korang-korang untuk korek lebih dalam lagi kisah peribadi tersebut sehinggakan korang nak orang ramai tahu akar umbi pihak terlibat?adakah ini yang korang nak katakan sebagai memberi kesedaran kepada masyarakat melalui blog korang? SANGAT MEMALUKAN... korang bukan menjadikan keadaan lebih baik, tapi telah mengaibkan pihak-pihak terlibat. andai si A yang bersalah, umpamanya, korang juga telah buat entry memalukan keluarga dan sahabat handai si A. MEMALUKAN sikap korang-korang ni.

jadilah blogger yang tahu menjaga batasan. jangan pula kerana mengejar nama sebagai blogger popular, atau nak kejar duit iklan, korang nak melampaui batasan yang perlu korang jaga. ingat, hari ini kita malukan orang lain, esok-esok tak tahu lagi nasib kita bagaimana. jangan pula nanti kita juga dimalukan sampai BOGEL.

p/s: selalulah beringat. jangan niat menghalalkan cara.

Saturday, December 17, 2011

Top 5 Lagu Syahdu Pilihan ES


lagu-lagu syahdu biasanya boleh membuat kita terbuai dalam lena perasaan *ada ayat cam sastrawan tak? hohoho... berikut merupakan edisi top 5 lagu syahdu pilihan ES. bukan pilihan kaw kaw tau.. buwahahahaha...





Top 5
Tajuk : Kapsul
Penyanyi: Stacy AngieLink
Why? : sebab lagu ni dari aspek lirik dan dan melodi memang match. intro pun dah buat korang rasa nak terus mendengarkan sampai habis. walaupun suara stacy agak pop/rock, tapi lagu ni sesuai dia nyanyikan.sedap je.syahdu je.

Dengar di SINI


Top 4
Lagu : Kau Pergi Jua
Penyanyi : Adam Ahmad
Why? : walaupun lagu ni dah banyak versi, penyanyi ori jugalah yang match dengan lagu ni. melodi sempoi dan slow2 pop sikit kot (ye ke?), dan senang nak diingati.lagi satu versi yang seronok dan syahdu di dengar ialah versi Dayang Nurfaizah. memang syahdu.

Dengar di SINI


Top 3
Lagu : Berhenti Berharap
Penyanyi : Shila On 7
Why? : first aku dengar lagu ni, aku rasa mcm dah jatuh hati dengan lagu ni. nasib baik zaman tu aku tak memiliki hp canggih boleh letak true tone or mp3 mahupun mp4. kalau tak ni dah jadi ringtone dowh.lirik dia memang puitis. sangat2 puitis. aku pulang.... tanpa dendam... memang syahdu.

Dengar di SINI


Top 2
Lagu : Biarlah Rahsia
Penyanyi : Siti Nurhaliza
Why? : first aku dengar lagu ni waktu Anugerah Planet Muzik kat singapore. memang lagu ni time tu baru sangat2 keluar. radio pun tak main lagi. mengisahkan seseorang yang rasa kehidupan peribadi dia tak perlu di war-warkan. apa yang orang cakap, tak semestinya betul hanya dia sahaja yang tahu. lantas ku ungkap, ku putuskan, biarlah rahsia. sangat syahdu.

Dengar di SINI


Top 1
Lagu : Dari Jauh
Penyanyi : Nabil Zamanhuri
Why? : melodi sangat-sangat cool. suara nabil sesuai dengan lagu ni. lirik kekecewaan seseorang yang sanggup korbankan kebahagiaan diri demi orang yang disayangi. bak kata orang2, cinta tu tak semestinya kita miliki. tengok orang yang kita cintai bahagia dan mencintai mereka dari jauh pun dah memadai. sadis3... memang super syahdu.

Dengar di SINI

p/s: pilihan korang lak apa? (~_~)

ABC = Ais Batu Campoq


tara...... nampak menyelerakan tak? opkos NAMPAK..! tapi nampak je lah kan.. tak sure lagi sedap.

ni yang ceq makan tempoh hari. memang besar mangkuk dia. memang padat isi dia. TAPI.... hampeh rasanya. kurang manis dan campuran benda2 yang kaw kaw tengok kat atas tu mcm tak mix-together. maybe pembuat ABC dia kurang mahir. ke ABC ni utk mereka yang ada kencing manis.. think positive okeyhhh...

p/s: kesian... kesian... kesian... kat family dia =.=

Friday, December 16, 2011

Contest ke-3 EqbalZack

Link

aku dah selesai buat satu essay untuk writing contest ke-3 anjuran encik EqbalZack. siapa2 yang berminat silalah join dengan click pic/link kat atas untuk mengetahui maklumat lanjut.

memang kalau difikirkan sekali lalu, join contest yang perlu kita berfikir untuk membuat essay agak rumit, malah leceh. tapi rasanya ini umpama latihan bagi kita untuk perkembangan otak. sekali sekala asah otak tu ye kawan2. bukan pisau dgn parang sajooo kena asah, otak pun perlu. dan bukan baby dan kanak2 saja perlu perkembangan otak, kita yang dah berusia ni pun perlu.

so, mari ramai-ramai sokong contest ini. lagi ramai lagi bagus (~_~)

p/s: otak berputar ligat =.=

Nasi Tapau: Kari Ayam+Jeruk Peria+sambal


inilah menu aku tengah hari ini. makan nasi tapau saja. nasi putih + Kari Ayam + Sayur Peria yang di jeruk + sambal.

total cost : RM4.00
korang ade? hehehehe.. akak yang jual ni memang feymes sebab ramai yang beli di kedai dia. dia buka space kecil saja semata-mata nak jual juadah makan tengah hari. tengah hari saja ok :)


so, dipendekkan cerita, aku tak sabar nak makan dah ni.. itadakimasu... (~_~)

p/s: blurppppppppppppp (~_~) Alhamdulillah

Saya Mahu Novel Ombak Rindu dari Eyriqazz.Com


sumpah belum menonton filem ombak rindu. juga belum membaca novel ini. ramai yang cakap novel jauh jauh jauh lebih best dari filem. aku tak hairan sebab umpamanya filem ayat-ayat cinta, novel dia meang 100% lebih menyentuh rasa berbanding filem. kedengaran sedikit hyperbola di situ ye.huhuhu...

dengan senang hati aku join GA doanjurkan oleh Eyriqazz.com . just click pic kat atas tu untuk maklumat lanjut.

Syarat GA:

Entri kegemaran saya di Eyriqazz.Com adalah http://www.eyriqazz.com/2011/12/jalan-jalan-cari-makan-di-ikan-bakar.html kerana bila saya baca walaupun baru beberapa minit tadi, entry ni mengimbau kenangan silam waktu saya hidup di bandaraya kota kinabalu mencari rezki. walaupun kehidupan taklah sadis sangat, tapi tempat ini adalah kawasan kegemaran saya dan rakan-rakan untuk makan malam bila dah dapat gaji. kawasan ini juga menjadi tempat kunjungan kami untuk window-shopping barang-barang murah. tq sebab merangsang kenangan saya ke 3 tahun lepas (~_~)

p/s: undilah saya *tetibe =.=

Terima Kasih Kaki Wayang

Link
Setinggi-tinggi terima kasih buat Kaki Wayang yang sudi pilih blog aku untuk di Review. besar hati menerima pemilihan ini. aku rasa macam menang anugerah utama AIM lak. hehehhe... nak baca review dari kaki wayang, sila click pic kat atas itu. walaupun ni bukan syarat segmen, tapi aku nak buat jugak.sebab ape nak buat? sebab suka hati aku..buwahahahahaha...

kaki wayang banyak bagi cadangan. InsyaAllah akan dilakukan untuk perbaiki lagi blog aku ni. (~_~) sebenarnya aku tak reti sangat nak buat apa yang kaki wayang cakapkan tu. hehehehe..ade sape ley tunjuk ajar ku sifu tak? hohohoho.

kaki wayang aku rasa blogger yang sangat cepat meningkat naik, effort yang dia berikan kepada blog beliau membuatkan blog dia di kenali ramai. berita2 hangat memang selalu lah ada dalam blog dia tu. lagi satu, dia ni memang mahir grafik kot. kaw kaw tengok lah header dia cane. atas kepakaran dia dlm bidang multimedia tu, kaw kaw tengok lah susunan blog dia.hebat........!!

terima kasih sekali lagi KAKI WAYANG

p/s: saya terharu (~_~)

Botol Bergoncang


korang ade? *tetibe kann.. hehehe

ni shaker bottle. motif aku ada shaker? sebab aku tgh mengambil minuman high protein. kaw kaw sekalian pernah ambil minuman seumpama ini?sebab aku nak membesarkan badan lah aku cuba banyak product termasuk yang sekarang aku tengah ambil ni lah. harap mujarab lah yaw. actually, minuman high protein ni biasanya dia sukar sikit nak larut. so, shaker ni membantu kaw kaw sekalian untuk larutkan powder drink tu. kalau rajin sangat boleh blander, tapi aku sangat malas nak blander yaw. so shaker shaker bomm bomm je lah.. (~_~)

p/s: jumaat ni (~_~)

Thursday, December 15, 2011

1 Litre of Tiers


satu drama yang sangat hebat. bagi aku, level drama ni memang hebat. drama yang aku tak rasa bosan untuk tonton berkali-kali. drama jepun antara yang terbaik pernah aku tonton. ataupun lebih tepat aku katakan yang drama ini antara drama terbaik di dunia. boleh?huhuhu..agak hyperbola lak kan..

kisah yang diterajui oleh dua anak muda ini. aku yakin drama ini mesti drama lama. tak kisah lah.janji drama ni best.

kisah benar yang dihasilkan menjadi drama. seorang gadis 15 tahun yang menghidapi satu penyakit berkaitan disability. penyakit apa?tonton lah (~_~)

jalan cerita dia agak berat. berkaitan dengan kekeluargaan dan masyarakat secara keseluruhannya. kaw kaw bayangkan bagaiman bila kita tiba2 ada penyakit, dan kita cuba melawan penyakit yang tidak boleh disembuhkan langsung. hanya menunggu ajal sahaja. bagaimana tanggapan masyarakat sekeliling terutama rakan2 sekolah terhadapnya? sedih dowh...!!

keluarga juga yang menjadi pendorong utama dalam hidup aya (watak utama). gadis yang tabah, yang selalu tersenyum dalam derita. omaiiiiiiiiii.... aku nangis :(


korang silalah saksikan 1 liter of tiers. akan memberikan korang motivasi yang super tinggi untuk menjalani kehidupan. bila menonton drama ni, aku rasakan level of confident untuk hidup seperti mana diri aku semakin tinggi. biarpun ada kekurangan, kita perlu hadapi apa sahaja kekurangan yang hadir. kerana, KITA ADALAH DIRI KITA. (~_~)

p/s: menonton utk kali ke 10 =.=

Wednesday, December 14, 2011

Menyimpang ke Simpang Mengayau

pada 8/12/2011 iaitu time bday aku yang ke 17 tahun *HAKKKTHUIIIIHHH (hehehehe) aku telah buat pertama kalinya semenjak hidup di dunia ni ke Simpang Mengayau. apa itu Simpang Mengayau? sila google ye. merupakan kawasan peranginan antara yang feymes di Sabah. perjalanan dari rumah aku bapak jauh, errr...ekceli taklah jauh. dalam 3 jam. tapi 3 jam tu kalau buat ukuran masa aku pergi town,KK aku boleh pergi+balik dan pergi sekali lagi ke kk. azab tak azab?huhuhu... maybe cuaca juga memainkan peranan sebab aritu hujan.

di sini bukan macam dekat genting *macam tak kene lak perbandingan aku* sebab sini bagi aku adalah untuk mereka2 yang sukakan keindahan laut+pantai. angin memang bapak kuat. ohh ya, Simpang Mengayau digelar sebagai tip og borneo. kenapa? silalah google (~_~)

replika ni sangat feymes.. orang beratur nak amik pic kat sini.. bukti dah datang sini lorr...

seyes aku sangat nebes nak melalui kawasan yang dah bertanda DANGER tu. aku ada gak amik pics kat batu2 di bawah tu.nyilu rasa....

cepat scroll down laju2 bila melintasi pic di atas..!!

i am here....!!
memang best tempat ni. untuk manusia yang sama spesis dengan aku, suka pantai+laut (walaupun tak reti swimming),bolehlah datang ke sini. memang tempat yang menarik. boleh berkelah juga sini rasanya sebab ada gazebo yang luas utk tempat makan-makan dan lepaking.

p/s: next nak gi mana?

Tuesday, December 13, 2011

Aku dah 17 tahun...!!

alkisahnyer, 8/12/2011 haritu adalah hari kelahiran aku ke dunia yang fana ni. no expectation pun untuk hari lahir ni. sumpah takde. just macam tahun-tahun sebelumnya, kalau ada orang ingat dapatlah wish. kalau takde, sokey. dah besar kot.

tapi, kali ini, untuk bday aku yang ke 17 tahun *haaaakkkthuiiiiiiiii rasa ada kelainan. dengan sambutan from my sister yang masak sedap2. my bro yang belikan hadiah. dan friends yang bagi bday wishes. aku sangat-sangatlah terharu. arigatooooooooooooooooooooo.....!!


sempena bday kali ni, aku dapat dua bday cakes. satu ready made dan satu lagi homemade. yang homemade adalah kerja tangan anak buah, so sweettttttt.... syukrannnnnnnn.....!!!


aku dapat baju ni. shantekkkkkk kan? beserta topi itu. mekasehhhhhhhhhhhhhhh....!!!


juga dapat yang ini. beg, perfume dan mug ada muka aku. nampak tak muka aku kat situ??!!


hari yang menggembirakan itu berlaku sekelip mata sahaja.
esoknya hadir pula hari yang duka.
tapi ingatlah kembali hari gembira, yang memberikan warna ceria, dalam kamus kehidupan kita.

terima kasih buat keluarga tercinta, atas ingatan berdasarkan kasih sayang kalian.
terima aksih buat teman-teman, kerana buat aku senyum 24/7 di hari yang bermakna itu.
terima kasih buat yang menyayangi ku, kerana selalu ada di sisi, walau jauh di mata, kita selalu dekat di hati (~_~)

p/s: aku lapar lagi =.=

Thursday, December 8, 2011

Segmen: Kaki Wayang nak review blog

Link
giler best lah bile tahu kaki wayang nak buat segmen mcm ni. kaw kaw sekalian silalah click header kat atas tu kalau nak join. alahhhhhhhh.... senang sangat2 lah nak join segmen ni. jari sure takkan patah lor.. mata tak bengkak terbuntang pun. kalau nak maklumat lanjut silalah click header kat atas.

kaw-kaw undilah aku supaya kaki wayang ley pilih aku untuk di review.. *macalah ada undi2 bagai.. =.=

kaki wayang, silalah pilih hakoooo...............!! ngeh3x..

p/s: kenyang makan kek!