edDy sYrOl

Sunday, February 8, 2015

Teringat terkenang

Dua hari lepas kot, godek-godek entry lama kat dalam blog sendiri. Ala-ala aku blogwalking kat blog sendiri lah kot. Sadis kan BW kat blog sendiri.. hahahaha... 

Masa lalu yang indah.. Sebenanrnya, ketika kita menjalani masa lalu (pada waktu tersebut) kita tak rasa sangat keindahan hari tersebut. Namun, bila ianya telah berlalu dan kita menyoroti perjalanan masa lalu, nah!!! Di situlah munculnya keindahan masa lalu. 



Manisnya masa-masa lalu. Blogging menjadi satu titian untuk saling mengenali insan lain biarpun jarak mereka berbatu-batu dari tempat aku menghadap komputer riba ini. Bergurau senda dan beramah mesra seolah-olah kita telah lama berkenalan. Malah, kita melakukan aktiviti blog bersama. 

Sekarang zaman telah berubah. Blogging bukan lagi hal yang sangat digemari oleh masyarakat. Masih ada tetapi jumlahnya semakin berkurangan berbanding pengguna Instagram, Wechat, Keek dan sebagainya. Tetapi tidak mengapalah, medium media sosial adalah pilihan. Kita pengguna berhak memilih mana satu media yang kita rasakan selesa. 

Well, bila melihat entry-entry lama, teringin untuk kembali ke masa lalu. Masa lalu yang perasaannya lebih jauh berbeza dengan zaman ini... (ceh, emo emo). 

"KENANGLAH MASA LALU SEBAGAI SATU PELAJARAN BERHARGA. JIKA TIDAK ADA YANG BERHARGA DI MASA LALU MU, CUBALAH CARI DI MASA LALU ORANG LAIN" 

p/s: Nak start aktifkan lagi blog ni... semangat!!