gambar sebelum berpindah ke office baru. kenal tempat ni? ni bukan office pokcik tapi keje kat jajahan ni juga la sebelum ni. |
Assalamulaikum. Lamanya tak update blog. cuba penggemar-penggemar (bajetlah ada penggemar) semua perhati entry terakhir pokcik bila? Sangat lama likes a year ago. Tak mengapa, since pokcik awal sampai ke pejabat hari ini, update lah barang sebaris dua.
Hari ini bukan Ramadhan pertama. Hari ini hari ke-8 kita berpuasa. So amacam? ok semua? Tahan godaan? Dapat elak pembaziran? Yang mana kita tahu bulan mulia ini sepatutnya menjadi bulan berjimat but its like TALK TO MY HAND, memang susah orang nak berjimat (termasuk pokcik). Apa-apa pun berusahalah. Semuanya perlu latihan walaupun umur kau tak semuda pokcik (ikikikiki).
Hari ini juga merupakan hari pertama persekolahan setelah cikgu cekgi bercuti selama dua minggu. Sakan naa hangpa cuti.... Jealous kejap. Untunglah jadi cikguuuu... Siapa kata untung? Untung pahala InsyaAllah, tapi kerja cikgu cekgi sekarang tak semudah yang kau bayangkan ya. Well, sebelum ni pokcik pernah jadi cikgu, memang luar biasa kerja cikgu pada masa ini. apa yang luar biasa kau kena tanya cikgu cekgi yang ada di sekeliling kau.
Oleh kerana hari ini hari pertama kembali ke sekolah, maka jalan dari rumah ke tempat kerja agak jem. Ciannnn kat housemate pokcik, kena hantar pokcik yang serba kekurangan ni ke office dulu (padahal dia masuk pukuil 8am). Semoga pahala housemate semakin berganda-ganda. Amin....
Pokcik sebenarnya dah ada kat Semenanjung Malaysia dan memulakan kerja baharu semenjak sebulan yang lalu. There are so many things, many and many and many things to learn since job scope pokcik sekarang sangat berbeza dengan sebelumnya. Doakan pokcik semoga semuanya lancar dan pokcik cepat expert dengan tugas-tugas baharu ni.
lastly (kata sebaris dua. Dah berapa baris ni :P), pokcik ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita sihat-sihat sahaja dan amalan diterima olehNya.
P/S: Baju raya dah beli ke?? cuti dah apply??