edDy sYrOl

Sunday, February 20, 2011

muhasabah ahad


bangun pagi hari ahad ni mesti ada perasaan berbeza dengan bangun pagi di hari-hari lain.. m i right?

bermuhasabah dengan berfikir beberapa perkara. teringat zaman kanak-kanak dulu. zaman yang penuh warna ceria. zaman yang tidak perlu kita berfikir banyak. zaman di mana kita hanya tahu bahawa hidup ini sebenarnya penuh dengan kegembiraan.

di saat zaman kanak-kanak, kita tidak mengenal erti cinta pada seorang insan. yang kita tahu cuma kasih sayang yang erat antara kita dengan keluarga, rakan-rakan, sayang pada guru malah rasa sayang pada sesiapa sahaja. seronok bukan zaman kanak-kanak?

dulu, waktu zaman aku budak-budak ni, dekat hujung sisi depan rumah kami ada satu perigi. bukan perigi buta tau, tapi memang perigi yang berfungsi untuk mandi. so for those yang nak mandi dengan air yang segar berbanding air paip, bolehlah mandi dekat situ. tapi kena timba dulu la air tu. BTW, aku pernah cedera time sedang bermain-main kat situ. sebab tempat mandi yang ada perigi tu cuma dibuat daripada zink. korang tau lah juga kan binaan kampung ni, asal ada. so time aku main-main tu, lengan aku ter scratch. memang dengan tanpa di paksa darah keluar banyak giler. time tu ayah aku datang sedut darah aku tu. waktu tu aku memang tak tahu apsal la kalau luka darah tu kena sedut even sampai sekarang pun aku tak faham gaks. ada sesiapa leh tolong explain? so hasil luka tu aku mendapat satu parut yang nampak dalam 2 ke 3 cm la juga. nak tgk nak tgk tak? hehehehhe... time tu aku tak rasa pun kesakitan itu sesuatu yang cukup memberikan kesakitan sangat, cuma satu pengalaman yang berlalu...

ahh.... zaman kanak-kanak yang kita tahu cuma ke sekolah sebab mak ayah suruh ke sekolah. sampai sekolah kita main lagi. jumpa teman-teman sekolah dan terus main. waktu rehat jd waktu yang paling best untuk berlari-lari. kadang-kadang kita sendiri tak tahu kenapa kita lari. kawan lari, so aku lari jugak!! hehheeheheh... indahnya zaman kanak-kanak..

awake..!! sudah dewasa, persona zaman dewasa pasti ada. cuma dimensi kebahagiaan dan kegembiraan zaman dewasa itu pastinya amat berlainan berbanding zaman kanak-kanak. kita lalui sahaja hidup ini. :-)

p/s :- rindu pada eddy syrol yang kecil

Saturday, February 19, 2011

lavender



siapa antara anda semua suka dengan lavender? korang tau tak lavender ni bukan sekadar wangi tapi memiliki manfaat-manfaat lain.

lavender sebenarnya telah digunakan sejak berkurun lamanya tau. manfaat lavender sebagai bahan yang memberi faedah kepada tubuh badan menyebabkan lavender menjadi antara bahan popular untuk beberapa produk.

ketika ini, lavender boleh kita temui pada produk untuk tubuh serta haruman ruangan / kediaman. kenapa lavender? kerana lavender boleh memerikan kesan relax dan santai kerana wangian lavender umpama aroma terapi yang mampu untuk menenangkan fikiran. bagi mereka yang sedang mengalami stress, ketegangan serta perasaan cemas, anda dinasihatkan untuk menggunakan haruman lavender. InsyaAllah semua ketegangan akan beransur kurang.

sebagai haruman mandian yang cukup mahsyur, korang boleh ambil lavender ni dan campurkan dengan air hangat. selain haruman yang memang hebat, ia juga menyihatkan kulit. korang tau tak, teh herba dengan campuran lavender dapat meredakan sakit kepala, skait sendi dan sakit otot. difahamkan lavender juga dapat mengurangkan kesan alergi, sakit tekak dan masalah kembung.

korang tau tak, kalau nak tidur dengan haruman lavender akan lebih menyebabkan tidur anda lebih lena kerana aroma lavender yang menenangkan. difahamkan kalau ada masalah tidur, bolehlah anda menghidu sedikit aroma lavender ataupun untuk kesan tidur yang baik, semburkan sedikit haruman lavender pada bantal, InsyaAllah tidur anda akan lena :-)

p/s :- aku mat lavender ...hehehehhehe

GIFT TO GIFT


ingin menyertai GA ini sbb salah satu GA yang menawarkan hadiah yang cukup aku suka..jeng3x.. sapa minat sila click banner di atas



judul buku yang berbunyi BUMI CINTA nukilan penulis tersohor HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY.
knp dr.zila kena beli buku ni?

1. buku ni nampak mcm kisah percintaan, tetapi kang abik (nama panggilan penulis) pasti tidak akan mensia-siakan pembaca dengan hanya menulis novel cinta semata-mata.

2. buku ni lari dari latar mesir iaitu mengambil latar tempat bumi Russia :-)

3. novel yang kita tidak rasa seperti membaca novel semata-mata tetapi turut memuatkan unsur pengetahuan yang mampu membuka mata kita.

4. novel yang akan mencerna pemikiran melalui pemahaman yang cukup substentif melalui pembawaan watak utamanya Ayyas.

rasanya empat poin cukup untuk dr.zila mempertimbangkan agar buku ini menjadi koleksi peribadi..

buku yang saya nak sangat miliki buat masa ini ialah buku bertajuk DALAM MIHRAB CINTA juga salah satu lagi karya kang abik.. dengar-dengar latar tempat adalah Malaysia - Indonesia.. mesti sangat menarik.. belum ada budget nak beli..hehehehe...

nak tag :- adie, naim,scha,husna,najwa,adha,hawiz


p/s :- membaca jambatan ilmu

Friday, February 18, 2011

harapan

apa khabar semua.. salam jumaat yg mulia..

manusia setiap hari akan memulakan langkah kaki bagi mencari sesuatu dalam hidup mereka. mereka pasti mengharapkan langkah pertama yang dihayun akan mampu untuk memberikan harapan yang penuh sinar di setiap perjalanan hari tersebut. manusia memang bergerak di muka bumi Allah ini dengan harapan semata-mata. kerana siapa kita untuk tahu apa yang ada di hadapan mereka. malah manusia tidak mampu untuk menjangkakan apa yang akan terjadi pada saat dan detik seterusnya yg dilalui pada sesuatu waktu. kerana itulah di setiap masa dan waktu, kita perlu mengingati SANG PENCIPTA yang MAHA MEMBERI. agar biar apa pun yang terjadi, kita akan berada dalam keaddan selalu mengingati Allah. satu perkara mudah tapi bukan senang utk manusia laksanakan. betul tidak?


p/s :- aku juga sedang melangkah dan mengharapkan sesuatu

pentingnya solat


Firman Allah swt : Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minun 9,10,11)

Solat itu tiang agama. Penghulu segala amal yang lain. Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya. Jika sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak sanggup duduk boleh secara berbaring. Tak boleh dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum, pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.

Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat & penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dgn syarak. Firman Allah swt :

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yg keji & mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); (Al-'Ankabuut 45)

Sabda Nabi saw : Tonggak urusan (agama) adalah Islam, dan tiang utamanya adalah sembahyang, sedangkan puncaknya adalah jihad pada jalan Allah.

Firman Allah swt : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. (Taha 132)

Sabda Nabi saw : Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila sudah sampai umurnya tujuh tahun, dan pukullah jika sudah memasuki 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur diantara mereka. (HR Abu Daud)

Sama-sama kita melaksanakannya dengan penuh kesempurnaan, ingatkan diri, keluarga, sanak saudara, teman-teman akan betapa pentingnya solat. Sentiasalah berdoa memohon hidayah dan rahmat Nya.

" Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

" Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka "

“ Wahai Tuhan kami, tetapkanlah hati kami di jalan agamaMu dan dalam mentaatiMu "

p/s :- kredit utk pemilik post ini sawadhanas

meh

RICHEST person in MALAYSIA


# ROBERT KUOK

Net Worth $12 billion
Age 86
Marital Status Married, 8 children
Source diversified
Biggest dollar gainer, up $3 billion. Stock of most valuable holding, palm oil outfit Wilmar International, run by nephew, rose 46% in past year but dropped more than 10% in the days after net worths were locked in, following allegations in the media that Indonesian subsidiaries were being scrutinized for obtaining fraudulent tax refunds. The company said it was confident that there is no case. Kuok recently sold several assets including sugar businesses, stake in Jerneh Insurance, prime land in Kuala Lumpur. Reportedly spends most of his time in Hong Kong.


Wednesday, February 16, 2011

rahsia rambut


1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut

10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua...jangan marah...gerammmm tak perrrrrrrrrrggg

Baca selanjutnya: KahKahKah