edDy sYrOl

Monday, June 6, 2011

e-mail yang best


hai semua... selamat lunch ye...

o ya..saja nak share dgn anda anda anda sekalian tentang satu email yang aku baru dapat tadi.. pengirimnya RAHSIA... ada lah member ni... nak tau dia emailkan aku amende? sila baca seterusnya (~_~)

'
'
'
'
''
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
*

Kesan Kepada Syaitan atas Pengamal AlQuran


Renung-renungkan dan selamat beramal

السلام عليكم & Salam Sejahtera


Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je….. Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga….. Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.

Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan. Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke.


............
Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke . Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"



~~SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan……


p/s : so email2 mcm ni memang berguna untuk pembangunan rohani (~_~)

sakit perut itu memang sakit

Bismillah
Assalamualaikum

hello... pe kabo? haishh... awal2 pagi alam ni aku dah bangun dah utk meng-internetkan diri.. bukan ape, semalam mana ada aku tenet sangat..tido pun terawal sikit secara tak sengaja..eh, boleh tido tak sengaja? boleh je kalau sebagai contoh korang time tu niat nak baring2 saja, at last ter kroh3x sampai ke siang.... gitulah aku semalam... ter-------------tido...

back to title, aku yakin lah semua kita pernah melalui zaman kesakitan perut... adess... ada macam2 jenis sakit perut ni bai... nak senarai hitamkan pun susah sebab banyak sesangat.... meh la pokcik eddy kongsi sikit apekah jenis sakit perut itu melalui lidah aku sendiri.. boleh ke para doc? jgn saman aku....

1. sakit masuk angin, tak keluar angin
ni sexy... eh eh salah..ni seksa... perut time ni memang kembung gile. kalau korang belai2 perut korang yg time ni pun terasa licin walaupun ketika itu ko mmg geleber... time ni perut sakit kat dua2 belah la.. pusing kiri sakit, pusing kanan sakit..tekan kiri senak, tekan kanan senah..wakakaka... sakit bai... ada beberapa cara nak buang angin, selain berurut, leh la makan ubat2an yg leh menyingkirkan angin dr badan tu cam eno, dll... eh abg aku ada belajar time degree dulu, dia cakap halia tu sebenarnya menambahkan angin kat badan..ijit tru?dia ckp halia tu memang dah berangin, so sape telan halia akan menambahkan angin kat badan korang...habis tu, apsal banyak lak di pasaran terbuka ubat/supplement utk buang angin guna halia...kannn...

2. chai red, bear red(cirit)
o mai GOD...ni ni sebenarnya agak selamat sikit lah.. sikit je.. bagi aku kalau cirit ni umpama kita nak buang toksin dari badan. semua kita buang walaupun bukan pada julat waktu yang teratur. dah la najis tak normal... tp time ni ko kena lah minum banyak air. cirit ni najis kita buang ber-cecair (sila muntah), jadi ditambah lagi dengan asik membuang saja..tenaga kita mesti hilang..so minumlah air bebanyak ye ketika mengalami masalah ini. boleh mati tau cirit ni, ada kat satu negara tu lah aku baca kematian disebabkan cirit...

3. sembelit
huaaaa...ni memang lah masalah makan tak teratur ni. asik bedal benda keras je kau kan? makan besi ape?hohoho... sembelit leh buat aku poning palo... sebab aku ni jenis manusia yg sentiasa menyahtinjakan najis tiap satu hari at least sekali. baru perut sihat katanyerrr..hohoho... biasa sembelit sakit dia belah kiri. aritu ada sorang doc omputih ajar aku, kalau sembelit cuba ko tekan ko punya perut belah kiri.ko akan rasa ada sedikit keras kat situ, tekan dia ketika tgh mencangkung.salah satu cara awl utk redakan sembelit katanya.. ntah, try la...

4. seng-gu-gut
ok fine..!!! ni org lelaki confirm tak pernah mengalaminya. eh, ade ke yang mengalami? lau ada sila PM aku dkt FB... nak interbiu sikit pe cer kau mengalami nasib sebegitu... ekceli ni popuan mostly kena lah. akak aku pun kena. anak menakan aku pun ada kena.aritu tgk kat TV agak bahaya gak ya sakit ni. tapi kan, ada yang cakap after kahwin sakit ni leh hilang.. errrmmmm...motifff? tol ke?

5. gastrik
ni sakit sebab tak mkn. aku ada sakit ni. so dilarang makan asam2 ye pokcik (namun tetap terliur tgk asam, cam org mengandung lak). kalau kau ada gastrik yang teruk, silalah jaga makan minum. bahaya kalau tak jaga. boleh sampai ulser perut wooo.... eh, hari tu time aku khoje, ada sorang akak ni cerita dia kena ulser perut. so bila ulser dia pecah, darah mengalir dr tiap lubang major yang ada cam hidung, mulut malah dr kemaluan.. bahaya ok..so berjaga2..

6. sakit perut sebab................................................................> lapar
ok fine..!!! ni aku tak tahulah kan nak ckp camna.. silalah makan kalau sakit perut sebab lapar. takkan aku nak mai suap ko. blasah nak?! tp tacing gak la tgk ada negara tu yang rakyat dia masih menderita kebuluran. kalau sebab peperangan, maybe kita leh bayangkanlah tu akibat perubahan fizikal, tapi ce kalau memang negara tu dari dulu ada masalah kebuluran..how? apa lah pemimpin negara tu dah buat dengan negara dia...

p/s : jumpa doktor kalau penyakit berlarutan...ngeh3x... (~_~)

Sunday, June 5, 2011

sayur kailan


Bismillah

Assalamualaikum

o yeahhhh... hai semua... ni entry semalam punya, as usual, ter-update lak pepagi alam ni... so tgk pada pic, yo lah nak cite sal makanan lagi.kali ni sayur lak. smlm aku ditugaskan utk masak sayur. moh lihat bahan2nyer...

1. sayur baby kailan (tak brapa baby sebenarnya sebab nampak besar jerk)
2. bawang merah
3. bawang putih
4. bawang besar
5. halia
6. garam/perasa
7. minyak masak
7. air

baiklah, cara membuat dia senang je lah wei... (style blasah je kan). memula apabila minyak dah cukup hot, masukkan bawang merah ngan halia dahulu. bagi dia kelihatan garing (jgn garing sangat kang jd pahit).. kemudian masukkan bawang putih. setelah itu masukkan pula batang kailan (batang ke?alaa, bahagian yang keras kat sayur tu lah, tak tahu nak panggil ape (~_~) hehehehe). make sure bahagian tersebut dah jadi agak empuk (dah tak keras la) kemudian barulah kita masukkan bahagian daun... ohh ya, sebelum terlupa, masukkan gak sedikit air, garam/serbuk perasa dan gula secukupnya. sebatikan semuanya dan janganlah di masak terlalu lama. kalau layu sangat confirm tak sedap sayur tersebut..





taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa -------------^------------------ ni la dia... simple saja....

p/s : aku mkn sikit je sayur tu sbb aku bukan pe-makan sayur... ngeh3x... (~_~) ke tak sedap? dushhh!!

Saturday, June 4, 2011

super makan


ekceli, ni nak post mlm tadi, tapi dah terlewat post lak ye..takpe kan... mlm semalam sebenarnya aku dah jadi cam jin tanah.. sebab aku mkn dengan penuh super seorang pe-makan...hehehe...

aku mulakan makan malam dengan mee soup dengan bebola seperti pic di atas... sedap la sup ni... kredit utk my sister... sup dia merupakan sup ikan... for the first time aku mkn mee sup ikan ni...

after that, dah kenyang aku rest kejap... nak turunkan makanan konon..hehehehe



apabila aku terasa lapar semula dalam 30 minit rest-kan perut, aku melahapkan diri makan menu kat atas.. telur masak sos, sosej ada cheese dalam dia ngan ikan goreng yang dah takde ekor tu... (bukan ikan semalam ye (~_~) )..... makanya aku kekenyangan tahap gaban...

P/S : siangnya aku sakit perut.. sekian ... (~_~)

Friday, June 3, 2011

nasi goreng ala EdDy


hayoooo.... hari ini aku masak untuk makanan tengah hari... makan untuk tiga orang je kot. so buat lah menu simple2 jerk.. nasi goreng (yang takde nama sebab tak tau jenis)...

bahan2nya: -

1. bawang merah
2. bawang putih
3. sedikit halia
4. carrot
5. garam/perasa
6. nasi putih
7. minyak masak
8. cili giling/BOH


cara membuatnya : memula masukkan minyak masak. make sure sudah agak panas barulah kita masukkan bawang merah dan halia. after that, baru masukkan bawang putih tu. bawang merah dan halia di masukkan dulu sebab dua2 ni lambat nak masak (garing) berbanding bawang putih. bila dah nampak agak garing, kita masukkan carrot. bagi dia sedikit lemau sebelum kita masukkan nasi. tumis cili boh sekali yew...

bila dah nampak ok, masukkan nasi, garam, dan serbuk perasa. kacau sampai sebati semuanya. make sure lah nasi tu jadik sebutir2.. jangan lak nasi yang kita goreng tu ada ketulan2 cam gajah. tak sedap tu.. (~_~) ngeee....

sebagai hiasan, kita goreng telur dadar dan hiris dadu kemudian tabur kat atas nasi tersebut.


dah siappppp


apa kata kita goreng ikan bagi garing sebagai lauk tambahan. buat gak perahan limau yang diperah pada kicap lemak manis serta tambahkan cili untuk bagi hot hot skett... aku suka makan ikan goreng yang garing, rasa cam keropok. sedappp...

ikan goreng itu



nampak menyelerakan tak? kalau rasa nak cuba, silalah buat ye...


so tengah hari tadi aku makan nasi goreng + kordial mangga.... nyummm3x....

p/s : esok ape lah menu ye? ngah fikir...

Thursday, June 2, 2011

June For Love Give-Away


click banner utk join sama

june for love ni membuatkan aku terfikir tentang cuti semester waktu dekat Universiti. huhuhuhu... sape tak suka balik kampung dan rehat2 di rumah. semua suka. bulan jun juga merupakan bulan berpuasa sunat bagi tahun ini sebelum tibanya bulan Ramadhan... hohohoho..tak lama lagi puasa. marilah berpuasa sunat kumpul pahala...


nak tag :

hawis
scha

hari susu


Bismillah
Assalamualaikum

apa khabar semua? harap semuanya sihat sejahtera. o ya, semalam hari susu kan? aku dengar dekat hot.fm time drove... cakap sal susu ni, aku merupakan peminat susu number 1. suke lah susu. selain baik untuk kesihatan tulang dan gigi, rasa dia sedap. tapi masih ada juga yang tak suka minum susu, walhal time kecik depa mmg minum susu juga. hahahaha....

sejarah aku minum susu (tepung) ni when i studied my degree. time tu badan aku turun every semester. so ada lah satu semester tu (tak ingat semester bila) aku decided untuk beli susu tepung dutchlady untuk di minum tiap hari (~_~) hohohoho.. ni paling murah time tu. so, sampai sekarang lah aku suka minum susu..

p/s : susu itu sedap sekali (~_~)