edDy sYrOl

Wednesday, January 4, 2012

Sup ayam simple dan Ikan Sepat Goreng


oleh kerana nak rush, aku masak sup ayam simple seperti di atas. dengan menggunakan periuk yang berkurun itu peninggalan mak aku, so aku gigih masak. simple je guys. bawang merah, puith, halia, kentang, ayam, sup bunjut, garam dan gula (seimbangkan rasa). air lak jgn lupa. main campak-campak je. siap... hehehe



ini ikan sepat goreng. goreng 70% garing. eh, tapi 100% masak lah ye. cuma tahap kegaringan dia saja tak penuh. ikut hati aku nak buat jd 100% garing. boleh makan ala-ala keropok kan.huhuhu..

p/s: tadi masak sayur kobis dengan telur. ok lahhh =.='

Tuesday, January 3, 2012

Eddy Interview Retis: Ammar Yasir dan Cinta.

Makan roti dengan pajeri
Ketika makan toksah nak menari
Ammar Yasir nama diberi
Senyuman Manis menghiasi diriLink

Untuk permulaan, ES tampilkan personaliti yang memang telah dikenali ramai. Mari ikuti sesi borak-borak bersama Ammar.

1. Ekspresi anda tentang dunia blog.

Ammar: Dewasa ini kelihatan ramai yang mempunyai blog apabila banyak berita yang menguar-uarkan bahawa dengan blog boleh menjana pendapatan. Ramai yang berlumba-lumba buat blog tetapi hanya sedikit sahaja yang mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan blog. Kesilapan? Mungkin sebab silap langkah dan tidak bertanya kepada yang pakar.

2. Bagaimana anda boleh memulakan dunia blog?

Ammar: Pada mulanya sekadar ingin tahu. Boleh ke buat pendapatan dengan blog? Sebab banyak baca berita blogger boleh mencipta pendapatan lumayan dengan blog. Lepas tu cuba lah buat blog dan tak sangka dengan blog boleh menjana pendapatan.

3. Setuju tidak blog boleh menjana keuntungan?

Ammar: Sangat setuju. Saya telah berjaya membuktikannya dengan blog boleh menjana pandapatan.

4. Dah berapa kali tukar telefon bimbit?

Ammar: 3 kali. Nombor telefon kekal sampai sekarang.

5. Mana lagi best : primary school, secondary school, degree? Sebab?

Ammar: Secondary school sebab banyak belajar benda baru dan Cikgu-cikgu yang sporting.

6. Pertama kali anda tahu apa itu cinta dalam maksud sebenar?

Ammar: Masa tu umur 21. Tahun lepas baru kenal erti cinta. Cinta tidak boleh disentuh, dipegang dan hanya boleh dirasai dengan hati yang tulus dan ikhlas.

7. Blogger pertama yang anda temui?

Ammar: Tok Esah, Woot-woot, Ijang Way, Ciktom dan ramai lagi.

8. Siapa sahabat anda yang sama-sama berkongsi minat dalam dunia blog?


Ammar: Penulis Senja dan Encik Nakal.

9. Pernah tidak terfikir akan ke bulan?

Ammar: Pernah. Niat ke bulan untuk pacak bendera tertera BLOG AMMAR..... Biar orang bulan baca Blog Ammar. yEAH!!!

10. Akhir sekali, ucapan anda. Silakan.

Ammar: Majulah blogging untuk negara. Jadilah seorang blogger yang menyampaikan benda yang baik.




Blog Ammar : http://www.blogammar.com/

Terima kasih ES ucapkan kepada Ammar kerana sudi menyertai segmen ini. Jom ramai-ramai terjah blog Ammar!

Editor : Eddy Syrol

P/S : berminat menyertai, email kepada eddy86bloke@gmail.com atau terus inbox ke FB eddy syrol (~_~)


SEGMEN EIR : akan bermula (~_~)


InsyaAllah segmen ini akan bermula pada malam ini. sahabat-sahabat sekalian yang selalu ikuti segmen ini di musim pertama, bolehlah nantikan pada malam ini ya. siapakan retisssss yang akan ES tampilkan.

p/s: hujan sedap tidur =.='

Monday, January 2, 2012

Azam Para Bloggers

wallawei.... apa buat sahabat-sahabat sekalian? dah mamam? ceq dah kenyang baq hangg... huhuhu.. aku taktau lah napa aku suka sangat dengan ayat BAQ HANGGG.... cam best ja...

ni nak habaq mai, harini aku merajinkan diri lah bertanyakan azam tahun 2012 a few bloggers dekat FB. dapat beberapa orang saja yang online. dan hanya sekuntum bunga saja yang online di antara banyak-banyak kumbang. apa boleh buat. maybe bunga-bunga online waktu aku offline. sokey...

ada antara mereka ni yang tak tahu pun yang aku nak buat entry pasal ni. AMPUN AMPUN AMPUN... hehehe... tapi memang azam (jawapan) mereka menarik-menarik belaka. mai baca (~_~)


Abang Yen : Dapat Kerja cikgu and try to win cinta abang yen


Ady Budika : Nak Kahwin, ada family sendiri.



Ammar Yassir : Nak beli kereta ferrari satu.


CikBolat Bolat : Tak List lagi. sorry :(


Edy Ferdaus : Nak Carik lover.


Saiful Hawis : nak badan berisi (tambah berat badan) + jumpa orang tersayang..opssss. dapat biasiswa sambung belajar.

LinkLinkKaki Wayang : Nak dapatkan pengunjung 1 juta ++..

Syed Hakim : Nak jadi kacak..!!


LinkLink
Scha Putra: saya berazam untuk terus menanti agar tahun 2013 akan tiba dgn cepat supaya saya boleh fikirkan azam yang baru.

hah!! menarik bukan. kebanyakan jawapan adalah sepontan. biasalah, time borak-borak tiba-tiba aku bagi soalan tanya azam. ada tu yang baru aku bagi salam aku dah tanya soalan.hehehe...ada gak yang tak buat azam. ekceli, bagi aku, azam bukan penting sangat. yang penting sikap kita terhadap perjalanan hidup kita itu lebih penting. usaha memperbaiki diri tanpa meletakkan azam bukan satu masalah. yang penting kita tahu apa yang kita inginkan, sebab kita takkan sedar apa yang akan kita perolehi dan hadapi di masa-masa akan datang. berdoa yang terbaik saja. takpe takpe. harap-harap semua azam dilaksanakan dengan jayanya.

p/s: maaf ye sebab hambek pic tanpa izin.. huhuhu.. sila rotan aku.!! =.='

Sunday, January 1, 2012

Kami Tak Kisah TYPO

Link
tadi aku chit chat dengan sepol. aku cakap lah kat dia, "jom buat group baru". idea spontanis ni tetibe terkeluar dari minda aku setelah letih membaca baru satu journal. camne kaw nak dpt master ni hah!!! <--------marah diri sendiri.

akhirnya, setelah berfikir dalam 10 saat *lama kan?! terhasillah nama ini. lihatlah pic di atas. itulah nama page-nya. silalah berusaha untuk menyokong group ini. hehehe.. ala, untuk golongan-golongan yang suka ter-typo. tangan ketaq baq hanggg... sebab tu typo selalu..

group ni untuk semua. bukan blogger saja. klik gambar atas tu lelaju untuk mengeLIKE yaw.

p/s: dalam tekanan, harus ada happy happy happy. klik SINI sebab nak beli honda. =.='

Don't Give Up

dapat pic ni dari seorang rakan FB. so, dah minta izin dari dia, nak culik pic ni. so u guys boleh lah tafsirkan ya..

p/s: hidup ini perjuangan (~_~)

Breakfast 2012 yang pertama


Hari ini 1/1/2012

Ya Allah, dah masuk tahun baru masihi kan. sungguh cepat roda masa ni berputar. sampaikan aku tak rasa pun masa tu berlalu. camne dengan u guys? rasa tak?hohohoho...

Ini merupakan sarapan pagi aku pada hari pertama di tahun baru. Chicken floss Egg + Chocolate bread. simple saja. plus dengan air milo O panas. sangat nikmat di kala hujan ini.

untuk semua sahabat-sahabat, selamat menjalani hari-hari yang berjaya di tahun ini ok.

p/s: hadapi hidup dengan senyuman (~_~)