edDy sYrOl

Wednesday, January 18, 2012

Award: follower ke 700

Assalamualaikum + morning
Alhamdulillah, aku dah dapat capai 700 follower. sebenarnya semalam lagi, cuma semalam tak larat nak buat entry penghargaan ini. siapa dia gerangan follower yang ke 700 itu? nama dia Faiz Farish.

blog dia memang ohsemm. dia ni minat photography, so pic dia tepek kat blog dia memang lawa2. so you guys bolehlah lawat ke blog dia ya dengan seberapa segera yang boleh. terima kasih buat faiz farish sebab gigih follow blog aku :)

URL blog Faiz Farish : http://faizfarish.blogspot.com/

ini award tak seberapa untuk faiz. sudi2lah menerima.


penghargaan juga tidak dilupa buat semua yang telah follow aku bermula dari follower ke 601 sehingga 699. korang semua memang ohsem di hati ini. terima kasih sudi mengunjungi blog aku dan pada mereka yang menjadi pengunjung tegar blog Aku & Hidup, aku hargai korang semua.

p/s: jaga kesihatan korang2 yaw =.='

Monday, January 16, 2012

Eddy Interview Retis: Kaki Wayang nak Masuk Majalah Masakan

Indahnya Malam bulan bercahaya
di atas awan nampak kelibat
perkenalkan Kaki Wayang nama glamour-nya
Kalau bab menyanyi memang dia hebat

Mari sama-sama ikuti temu bual ES bersama Kaki Wayang.

Link

1. Boleh berikan ekspresi anda tentang dunia blog?

KW: Dunia Blog kadang-kadang penuh dengan misteri.kadang-kadang penuh dengan penipuan dan fitnah..kadang-kadang ianya begitu berguna..signifikannya ianya mampu menarik ramai manusia tertarik dan ketagih akan blog..kenapa? macam itu lah juga sebabnya kepada yang sukakan Facebook..ada yang nak luahkan perasaannya melalui Blog..ada yang nak ceritakan pengalaan dan kehidupan sebagai juadah minda kepada pembaca..ada juga yang meletakkan blog sebagai tempat untuk menceritakan gosip liar dan fitnah..dan yang paling baik apabila ada manusia menggunakannya di jalan Allah SWT dengan memaparkan artikel-artikel berbentuk keagamaan..Blog aku? masih belum mampu mencapai semua itu...

2. Apakah kekuatan blog Kaki Wayang?

KW: Sebenarnya tidak ada kekuatan yang pasti bagi blog ini..tapi mungkin dari segi headernya yang agak diminati kaum hawa? biasalah pantang nampak cartoon..terus suka..mungkin juga boleh diletakkan kepada design blog ini sebagai kekuatan, dan mungkin juga pada artikel yang ada.

3. Apakah personality sebenar Kaki Wayang?

KW: Aku adalah aku..tidak ada dua dan tiganya..Sebagaimana anda ketahui..Kaki Wayang memang sesuai dengan personaliti aku yang sebenar..ups..macam takde kena mengena pula dengan soalan..well aku ni kira kelakarlah juga..seorang yang kreatif..berinovasi..serius dalam bekerja..dan paling penting..aku ni sangat menghargai kawan..

4. Senaraikan 3 benda yang tidak boleh berpisah dengan Kaki Wayang?

KW: Blog, Laptop, Facebook dan Handphone yang sangat murah ini... Upsss terlebii suda

5. Siapa sahabat anda yang berkongsi minat dalam dunia blog?

KW: Dah tentulah tuan penemuramah ini..huk huk. selain itu..yang paling rapat..selalunya Yazid Yahya dan Mohd Khairi..semuanya blogger baru yang memang hot dan retis-retis belaka.


6. Kalau diberi peluang menghiasi majalah, namakan majalah yang Kaki Wayang rasa paling best?

KW: Semuanya i nak rembat dan bedal..kalau boleh aku nak jadi penghias Majalah Glam!!!Gila ko..xnak..bukan tempatku disitu..kalau boleh kan..kalau leh nak masuk dalam majalah masakan kot..sebab aku ni padai masak..so kira blogger Masakan lah walaupun takde kena mengena langsung dengan blog..tak pun majalah remaja?tapi remajakah aku? entahlah tak tahu..tak nak lah jawab soalan ni.

7. Apakah kesalahan yang anda pernah buat, tapi orang lain tak tahu?

KW: Banyak kot..tapi tak perlulah dijawab..ngeee

8. Boleh share 3 blog yang Kaki Wayang tak pernah missed lawat setiap hari?

KW: Well takde pun yang termasuk dalam list itu even blog yang popular aku tak masuk dalam tempoh beberapa hari..aku jenis yang tak suka blogwalking for sure..cuma aku singgah je..cuma aku suka masuk blog baru sebagai satu pemberi semangat dan motivasi kepada mereka..

yang penting dua blog ni aku selalu singgah : Yazidy dan Mohd Khairi

9. Jika Kaki Wayang diberi pilihan untuk memilih seekor binatang yang terbaik, apakah binatang tersebut menurut pandangan anda?

KW: Kucing atau ikan kot....suka kucing dan ikan..kenapa?sebab kedua-duanya menenangkan fikiran..tidak ada gundah gulana yang terpancar..cuba kalau tengok anjing ke B**I ke?..kompom tak tenang hidoppppp..

10. Akhir sekali, ucapan daripada Kaki Wayang. Silakan

KW: Sebagai seorang blogger..sama-sam kena faham akan tanggungjawab masing-masing..tak kiralah blogger baru atau lama..saling bantu membantu..kepada yang nak jadi follower tu..jadilah follower yang tak hipokrit..jangan hanya jadi follower then tekan button pangkah (close) lepas tu tak datang-datang dah..dalam berblog, paling penting jangan ada unsur fitnah memfitnah..sila siasat dahulu kemudiannya barulah releaskan ke dalam blog..kepada yang dah lama menulis ataupun blogger baru yang blog mereka sunyi takde pengunjung..jangan khuatir..sudah tentu ada pembaca setia yang berkunjung ke blog anda..

Jangan takut dan segan, teruskan berblog, teruskan menulis..Tq sebab interview aku..semoga mendapat manfaat darinya..yang baik itu datang dari Allah SWT..dan yang kurang baik itu datang dari diri aku sendiri..sebelum terlambat..Selamat Tahun Baru..dan ade pape..nak tanya mengenai dunia blogging..silakan terus hubungi saya...

Blog Kaki Wayang: http://informations-the.blogspot.com/

Terima kasih diucapkan buat azri @ Kaki Wayang kerana sudi untuk di temu bual. Mari terjah blog Kaki Wayang beramai-ramai..!!

editor: eddy syrol


p/s: kepada yang berminat untuk menyertai segmen ini, sila emailkan kepada eddy86bloke@gmail.com atau inbox ke facebook eddy syrol.

Lunch: Peria tumis telur


Ini sayur peria. peria itu pahit. tapi, kalau nak hilangkan pahit dia (nak hilangkan terus tak best lah rasa sayur tu nanti) kena rendam dengan air garam. lepas rendam, bilas.

ni simple saja. buat mcm ala2 sambal. kena ada telur sebijik. guna juga udang kering. tapi, sini aku tak guna udang kering, aku guna ikan bilis. ikan bilis tu aku tumbuk lumat. so, tumis ikan bilis tu di awal2 setelah bahan2 yang ditumbuk (bawang merah+putih, halia, cili merah) ditumis terlebih dahulu.

try lerrr...!!

click SINI, SINI dan SINI untuk bantu aku beli skuter =.=' eh eh.. SINI pun boleh!

p/s: makan buah dulu sebelum makan nasi ye (~_~)

Saturday, January 14, 2012

Forum "Meraih Kualiti Muslimah Solehah"

Tarikh : 14 Januari 2012
Tempat: Perkarangan Masjid Jamek Kg. Taun Gusi, Kota Belud, Sabah.
Masa: 8.00am - 11.30am
Anjuran: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kota Belud dengan kerjasama Jawatan kuasa Masjid Jamek Kg, Taun Gusi.


Majlis ini dirasmikan oleh En. Abdul Gari Hj. Itam, Pegawai Daerah Kota Belud merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah. [gambar di atas]


Ustazah Suraya (JHEAINS) selaku ahli panel menerima cenderahati daripada YDP ABIM Kota Belud, En. Abdul Adis Abdullah.

Prof. Madya Dr. Arsiah Hj. Baharom, Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UMS juga menjadi salah seorang ahli panel, yang satu-satunya bukan berasal dari Kota Belud.

Ustaz Melih Bidin (Guru) turut memeriahkan pentas forum.

forum yang membawa tema "terdidik wanita terdidik ummah" ini sememangnya sangat menarik. dengan ahli panel jemputan yang cukup berwibawa menambahkan lagi kehangatan forum. walaupun diadakan dalam suasana sederhana, program ini telah berjalan dengan baik. walaupun sasaran hadirin tidak mencapai target, namun dalam sesebuah majlis ilmu kita biasa mendengar "kualiti lebih penting dari pada kuantiti". Semoga hadirin yang turut serta telah memperolehi manfaat daripada program ini.

di sini disediakan sedikit sorotan sesi forum yang berlangsung.



ingatlah bahawa "wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah". maka para wanita diluar sana perlu tahu mereka ini sebenarnya telah diciptakan sebagai makhluk yang menghiasi dunia. maka, mereka perlu tahu ciri-ciri atau maksud kepada perkataan "hiasan" itu sendiri. hiasan bukan barang tontonan. tapi wanita merupakan umpama perhiasan yang berharga yang perlu disimpan dengan rapi.

analoginya : Anda ada permata. permata disimpan di dalam kotak, dan kotak itu berkunci. kotak disimpan di dalam almari, dan almari itu dikunci. almari terletak di dalam rumah, dan rumah dikunci. rumah terletak di dalam pagar, dan pagar berkunci. inilah ibaratnya wanita. umpama hiasan yang sangat dijaga keselamatannya.

p/s: Terima kasih mama kerana melahirkan saya (~_~)

Lunch : Sambal Sotong + Sayur Campur + Ikan dan Nugget goreng

first time buat. tengok resipi kat google saja. godek2 ada lah a few bloggers yang post tentang sambal sotong. sebagi first timer, agak nebes ya..hehehe.. namun hasilnya sangat aku suka. aku je suka, taktau yang lain suke ke tak. pedas dan manis. dua kombinasi yang ohsem.

motif ikan dan nugget goreng?!! ade ke nugget rebus? wakakaka.. eh ada kot. ni simple saja. semua org reti dan suka buat.


sayur campur. kali ni aku buat sayur campur yang tak guna apa-apa perencah sup. ekceli, kalau aku masak sayur, aku suka letak perencah sup supaya kuah sayur tu ada rasa2 sup. kali ni tak. guna garam+gula saja. hasil dia sedap juga. eh bawang bagai tu kena lah letak dol.

p/s: ley buka restaurant dop? =.='

Thursday, January 12, 2012

Wardina Saffiyyah have been robbed


selebriti jelita dan bijak juga yang sangat aku minati iaitu Wardina telah dirompak. kejadian yang berlaku semalam (pagi tadi) berlaku di rumah beliau. difahamkan, 5 buah laptop telah dilarikan, malah suami beliau juga telah dicederakan.

Doakan yang terbaik untuk kak dina ye. aku sebenarnya pelik dengan apa yang dilakukan oleh para perompak ni. sebegitu gila mereka sampai nak pecah masuk rumah orang dan mendatangkan musibah pada orang lain. apa sebelum ni, dalam hidup mereka di dunia ni, tak pernah ke diaorang rasa hidup derita akibat musibah? memang teruk perangai ni. semoga family kak dina akan diberikan kekuatan menghadapi musibah ini ok. Semuanya adalah pinjaman dari Allah swt, dan akan kembali kepada-Nya. InsyaAllah kalau kita redha, Allah swt akan gantikan dengan yang lebih baik lagi.

cerita selanjutnya di SINI

klick SINI sebab ada iklan best tau.

p/s: hukuman patutnya lebih berat kepada para perompak ni, tapi yang nekad menjadi perompak ni mmg tak reti takut dengan hukuman.

Tuesday, January 10, 2012

Eddy Interview Retis: Kenali Si cantik Zoey Zau Yah

LinkSiapa tak tahu kehebatan Jebat
Memang 'dah tertulis dalam sejarah
hal-hal kecantikan memang dia hebat
perkenalkan sicantik manis Zoey Zau Yah

Mari dekati personaliti jelita minggu ini. memang gelak habis dengan jawapan slumberrr Zoey Zau Yah.


1. Boleh nyatakan ekspresi anda tentang dunia blog?

Zoey: Tempat melepak,menulis,berpuisi,bersajak,bernyanyi,menari,blablabla.. Hey melampau betul ekspresi saya kan? Pastu awak semua mesti kata "weh annoying gila budak pompuan nih” hahahaha(gaya filem tamil)..

Baheklah..baheklah..saya menjawab secara serius ya? Blog tempat yang hebat untuk mengekspresikan diri sendiri. Ceceh..jawab nak hebat nak je senah oiii...T_T

2. Bagaimana anda memulakan dunia blog?

Zoey: Takde..citer dia camnih (terus nak bercerita), Dulu kawan dan merangkap bekas bf saya yang sibuk-sibuk berblog..pastu saya pun terikut sama Sebab macam best je berblog nih.. naahh..! sekarang saya pula yang lebih-lebih Mengalahkan beliau yang awal-awal lagi dah kibar bendera putih hahahaha (gelak puas hati). Tenkiu lah kepada beliau yang banyak ajar saya pasal blog.. Kalau tak,sumpah sampai skarang saya tak tahu beza antara blog, coolblog Dan ferari (weh melampaunya!).

3. Pandangan anda jika lelaki bersolek?

Zoey: Berfikir sejenak,dua jenak,tiga jenak,blablabla.ok dah sepuluh jenak,tapi kenapa masih tak pandai nak jawab soalan ini? Kahkah..

Tahu tak memang ada teknik solekan untuk lelaki tapi tolonglah.... Jangan mekap semacam perempuan..itu over tahu? Tahu ke tak nih?(emo). Tekniknya lain-lain..lelaki yang mekap seperti lelaki adalah lelaki yang metroseksual yang mahu yakin dengan dirinya..tetapi lelaki yang bermekap seperti perempuan adalah...err.. dia pasti seorang WDXSDFFDFV (kod rahsia kerajaan isketanbola apabila bergosip).

4. Seorang lelaki dari pandangan anda?

Zoey: Pelindung kepada wanita..tapi kalau lelaki nak berlindung kepada wanita pun takpe..takde halangan..takde masalah..tapi rasa semacam saya yang bermasalah Kerana berjaya menjawab seperti orang yang agak waras untuk soalan ini. Terharu betul T_T

5. Boleh nyatakan 5 benda yang sering ada di dalam hand bag anda?

Zoey: Rumah,kereta,penyapu,peti sejuk,lastik.. Eh ini tak paham soalan ke hape nih? Sendiri baca sendiri rasa nak lempang..

Ok fine..marilah menjawab secara jujur dan waras sedikit ya.. dalam bag saya ada dompet,speck,perfume,bedak,lens solution dan tisu.. saya bagi 6 jawapan ke? Owh lupa..saya memang macam ini.. paham dah..paham dah...


6. Jika diberikan pilihan 3 tempat percutian pilihan anda ialah?

Zoey: Isketanbola,atas pelangi dan candyworld tapi itu semua dalam mimpi je lah.. Kalau betul-betul saya mahu pergi korea,jepun dan australia tapi saya tida sukakan sejuk, Habis macam mana tu? Nampaknya saya akan bercuti di malaysiaku tercinta sahaja.. (tolong jangan lempang daku).

7. Apakah warna yang menggambarkan diri anda? Satu warna sahaja.

Zoey: Pink..malu betul nak mengaku kaler muda mudi itu..auuwww! (perlu ke effect bunyi tuh? Over tau...).

8. Anda akan jadi pemarah bila ....

Zoey: Bila orang tak benarkan saya merepek secara sukarela,sukahati dan sukadia.. Jadi tuan tanah merangkap wartawan yang bertanya ini tolong fahami saya ya? (nampak tak merepek adalah kelebihan saya? =.=”).

9. Siapakah Blogger pertama yang anda pernah temui?

Zoey: Cucucikembun.blogspot.com

Memang patut beliau yang pertama..bilik dia di sebelah bilik saya, rumah dia adalah satu rumah dengan saya..dan ya,lupa pula dia sebenarnya adik saya. Hahahhaaha...

10. Akhir sekali, ucapan istimewa anda. Silakan

Zoey: Terima kasih kepada tuan tanah merangkap tuan blog yang sudi nak interview saya ini. Dapat jugaklah merasa merepek di blog orang lain selain dari blog sendiri. Harap maaf kalau jawapan saya semuanya membuat awak rasa mahu kunyah-kunyah saya sampai lumat..saya insan lemah,jadi kasi canlah kat saya jap hahahaha.. TERIMA KASIH YEEE....

Blog Zoey Zau Yah: http://zoeyzauyah.blogspot.com

Terima kasih buat cik Zoey Zau Yah kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk melengkapkan sesi interview retis ini. mari terjah blog beliau berbondong-bondong..!!

Editor: Eddy Syrol

p/s: yang berminat menyertai segmen ini, sila email ES di eddy86bloke@gmail.com atau inbox di FB eddy syrol.