edDy sYrOl

Wednesday, March 21, 2012

SPM: Cemerlang, biasa-biasa dan gagal

Hari ini, 21 mac 2012 merupakan tarikh keramat bagi calon SPM 2011. Hari ini keputusan SPM yang mereka perjuangkan telah diumumkan. wah!! teringat kenangan zaman lampau ketika aku menjadi salah seorang dari ribuan calon SPM di Malaysia.

Pasti hari ini, pelbagai situasi akan dilihat di sekitar sekolah. Ada yang menangis kegembiraan, tidak kurang yang menangis kedukaan. Mungkin juga ada yang menerima keputusan dengan perasaan "biasa-biasa aje". Apa pun ekspresi anda adik-adik, yang penting adalah redha. Saat ini redha dengan ketentuan adalah yang terbaik.

Slip keputusan SPM hanyalah sebuah kertas. Kertas yang menggambarkan sama ada seseorang individu itu mampu untuk memindahkan maklumat dari buku teks kepada kertas jawapan peperiksaan. Itu sahaja. Kalau adik-adik mahu tahu kemampuan sebenar, silalah berganjak ke peringkat lebih tinggi. STPM, diploma, Matrikulasi, ijazah pertama dll. Di tempat tersebut barulah keupayaan adik-adik akan teruji dengan sepenuhnya.

Bagi mereka yang memperolehi keputusan cemerlang, teruskan usaha. Tetapkan matlamat dan berbincanglah dengan keluarga atau guru-guru tentang masa depan kalian. Masa depan bukan perkara yang boleh di bawa main-main. Bagi mereka yang tidak berapa cemerlang, jangan berputus asa. Ini bukan pengakhiran bagi kehidupan kalian. Masa depan itu masih jauh, dan langkah adik-adik masih perlu diatur. Seperti apa yang dinyatakan tadi, SPM hanyalah sebuah kertas.

Gagal?! maaf.. tiada istilah gagal dalam hal-hal peperiksaan. kenapa? sebab mereka yang gagal dalam peepriksaa adalah mereka yang tidak bersungguh ataupun dalam bahasa kasar "main-main". Ingat adik-adik, jangan bermain dengan masa depan. Kelak adik-adik yang akan menyesal. Bagi yang gagal, kalian perlu ubah sikap. tingkatkan usaha walau sedikit pun, InsyaAllah kalian akan berjaya.

p/s: masa hadapan adalah satu cabaran

Saturday, March 17, 2012

Eddy Interview Retis: Syafiq nak jumpa ramai bloggers

LinkPergi uptown naik kenari
Naik kenari bersama abah
Mohammad Syafiq Ahadin nama diberi
Rupa-rupanya anak jati Sabah

Mari ikuti sesi temubual ES bersama Syafiq Ahadin.

1. Boleh berikan ekspresi anda tentang dunia blog?

Syafiq: Dunia blog sekarang? Macam yang kita tahu, blogger sekarang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan (ayat SPM mampus laa. Hehe!). Saban hari ada sahaja blogger baru yang akan muncul sama ada berdaftar dengan wordpress atau blogger. Aduh. Pastu, blogger lama-lama pula, makin ramai yang dah slow down. Huhu! Sedih! Blogger baru pula sibuk nak cari follower macam saya buat time aktif dulu. Haha! *apa merepek ni?*

2. Bagaimana anda boleh memulakan dunia blog?

Syafiq: Start blogging time 2008, December 2008 dengan nama, arepack-pek.blogspot.com. Haha! Time tu sebab kawan yang suruh. Aduh. Banyak kali dah cerita dekat blog pasal ni. Cerita lah juga. Lalalala =.=’ Tapi tahun 2010, delete blog tu, sambil mengesat air mata, sedih juga. Padahal takda perasaan. Pastu muncul lah blog apekblogger.blogspot.com ni. Yeah! Time December 2010. So kira dah 3 tahun lah. Tapi masih manyak perlu belajar. Aktif time Julai tahun 2011. Sampai lah sekarang.

3. Siapa sahabat anda yang sama-sama berkongsi minat dalam dunia blog?

Syafiq: Sangat ramai lah juga. Syafirah Ruslan, dia bertanggungjawab. Sebab dia bawa saya masuk dalam dunia blogging ni. Albie Adzan. Sehati sejiwa. Haha! Tapi sekarang dah slow down. Tumpukan pada study. I’m the only one TERsesat tidak study. Eh, study lah juga. Dan Azwa Mislan. Yeah! Dia master dalam blogging tapi saya sifu dalam kalangan diorang. Muahahahahahaha~

4. Pernah tidak terfikir akan ke bulan?

Syafiq: Pernah. Naik atas bumbung masjid.

5. Apa yang anda fikirkan ketika bangun tidur di waktu pagi?

Syafiq: Tandas!!!!!!! Dan air kosong. Wajib.


6. Apa perkara yang anda tahu, tapi orang lain tak pernah tahu, tapi anda rasa nak orang lain tahu?

Syafiq: Saya ada hidung. Hidung saya ada lubang. Ini rahsia terbesar!!!! #okbai

7. Apakah warna yang menggambarkan diri anda?

Syafiq: Hijau dan biru dan putih dan oren dan purple. Banyak betul DAN. Hijau sebab tenang, biru sebab tenang. Putih tenang, Oren sebab aktif. Padahal tak aktif mana pun. Hehe!

8. Jika anda memiliki wang sebanyak RM 1 juta, anda akan ....

Syafiq: Laburkan untung tabungan masa depan. Hehe! Ceh, nampak sangat tipu. Kalau ada satu juta, mestilah nak beli itu ini, simpan sana sini. Paling penting, HALAL. Yeah! Tak nak bagi tahu orang, nanti ramai orang dengki.

9. Siapakah blogger yang anda ingin sangat temui?

Syafiq: Ni ramai! Pemilik blog ini. Hehe! Eddy Syrol. Hanis(http://inibelogsaya.blogspot.com/), Hizami(http://www.budaklelaki.com/), Adie(http://www.danieladie.com/), Hakim(http://pilhanhati.blogspot.com/), Hamka@Kereta Mayat(http://keretamayat.blogspot.com/), Solihin(http://www.szlihin.com/), Lulu(http://lulu-pages.blogspot.com/), TOKhairul(http://theotherkhairul.blogspot.com/), Cik Epal(http://cikepal06.blogspot.com/), Adila(http://sayaadilaazizan.blogspot.com/), Nisa(http://nisamenaip.blogspot.com/) dan banyak lagi! Aduh, jenuh menulis. Mejah(http://www.terbangtinggitinggi.com/), Ujang(http://azfar9897.blogspot.com/), Fekri(http://fiqqie91blog.blogspot.com/). Haha! Ada yang dah jumpa, tapi tak ambil gambar. Next time jumpa, nak snap. J

10. Akhir sekali, Ucapan istimewa anda. Silakan

Syafiq: Haha! Kepada para pembaca yang tidak putus memeriahkan blog Syafiq Ahadin, terima kasih yang teramat-amat. Aduh! Memang tak boleh nak bagi apa-apa kecuali ucapan terima kasih! Nangis dulu jap. Terharu. Ada dua kategori pembaca ni, satu yang memang tetap, dan satu lagi pembaca Sesat. Kepada yang TERsesat ke blog, haha! Teruskan!

Kepada follower, thanks kepada yang sudi follow, tinggalkanlah komen dekat ruang chat tu. Memang akan saya kunjungi. Huhu! Last but not least, thank you all!!! Thanks to Eddy Syrol for letting me to be here (in this blog). Eh, panjang pula. Hehe!


LinkLinkBlog URL: http://apekblogger.blogspot.com/

Terima kasih kepada Syafiq kerana sudi meluangkan masa mengisi segmen EIR. Apa kata sahabat-sahabat semua terjah blog Syafiq.

Editor: eddy syrol

p/s: sebarang maklum balas boleh diemailkan kepada eddy86bloke@gmail.com

Friday, March 16, 2012

Lunch: Ayam halia dengan sos tiram

Dah lama rasa nak masak sendiri ayam masak halia. baik utk perut katanya. huhuhuhu.. so, hari ini aku masak lah ayam masak halia. tapi, aku tambahkan sedikit rasa sos tiram sebab aku memang suka dengan sos tiram dalam makanan ye tuan-tuan dan puan-puan.

well, kaw nampak tak ayam tu just 3 ketul? yesss... memang 3 ketul je punggg... first time aku masak sesikit ini, biasa kalau aku masak mesti untuk satu kampung makan. kbai..!! TIPU... huhuhu. harini aku lunch sorang2 saja, so masak sikit lah.

FYI, aku goreng dulu tau ayam ni, bagi dia masak separuh. sebab aku just masak tiga ketul tau. so, kalau masak tiga ketul ni, risau pulak ayam tak sempat masak, kuali dah kering kontang hangus. tapi sebenarnya boleh juga, just bagi tambah air banyak sikit. so nanti bila air dah hampir kering, ayam pun dah empuk. oleh kerana aku jimat air, aku tak buat macam tu. =.=' ok tipu lagi.

selamat mencuba

p/s: aku suka ayam sangat2 (~_~)

Dinner: Kari kerutuk ayam + Pucuk paku

ini kari kerutuk ayam. kenapa dinamakan kari kerutuk, aku pun tak tahu. bahan-bahan dia simple. bahan tumis macam biasalah ok. mesti ada kerisik dan kari ayam. tapi yang kat atas tu guna kari daging tau, sebab kari ayam habis =.='

kalau anda sukakan pedas, silalah tambah cili atau apa2 perasa yang menjadikan makanan ni pedas. cara buat dia sama dengan cara buat rendang kering. (~_~)



ini kalau kaw tak tahu, ialah pucuk paku. nak masak sayur pucuk paku pun sgt senang. sesuai dgn orang2 bujang sayur ni. bahan tumis mcm biasalah. masukkan sedikit udang ye. make sure, time masak ni kena masukkan batang lembut dia dulu. bagi dia layu. kemudian, baru masukkan pucuknya. jgn masuk batang dengan pucuk sekali, nanti pucuk tu terlebih layu pula.

p/s: rindu masakan ibu =.='

Lunch: Nasi Goreng Pokcik + Jus tembikai kuning


Nasi goreng yang simple2 saje... korang tgk sekali pandang pun dah nampak kan dan tahu ape bahan2 dia. well, inilah nasi goreng orang bujang.

yang bestnya, first time buat jus tembikai kuning. rasa dia sedap sebab tembikai kuning ni memang kebetulan yang sedap dan manis. texture tembikai ni pun lawa. korang yang belum pernah cuba minum jus tembikai kuning, bolehlah mencuba.

p/s: suka makan (~_~)

Wednesday, March 7, 2012

Pelihara Hati Kami Ya Allah

Semenjak dua menjak ni, aku rasa sangat stress. stress kenapa? biarlah Allah swt yang tahu. wajah mempamerkan riak senyum dan selamba. tapi dalam hati hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

dalam meniti arus langkah yang semakin jauh, dengan meningkatnya usia, aku semakin menghadapi kesukaran demi kesukaran. bagi aku, kesukaran yang paling tinggi levelnya ialah yang wujud di dalam hati. hati adalah satu ruang yang sering terisi dengan pelbagai bentuk perasaan. kasih sayang, benci, marah, dendam, rindu, malu, cemburu, gembira, sedih, bahagia, teruja dan sebagainya. pernah dengar tak, "jika baik hati itu, maka baiklah jasad. jika busuk hati itu, maka jasad juga menjadi busuk". maka, apa yang sedang mengisi hati kita akan menggambarkan kedudukan sebenar jasad kita.

tiap apa yang aku lihat, jatuh bangun rakan-rakan dan apa yang dilalui oleh orang2 di sekeliling aku banyak mempengaruhi perasaan dan hati kecil aku. aku ketawa, menangis, gembira, kecewa dan pelbagai perasaan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. sebenarnya aku sangat cengeng. i dono why... tp rasa cengeng ini tersembunyi jauh di dasar hati. hanya yang benar2 mengenali yang tahu perilaku aku.

satu perkara yang boleh membuatkan aku dapat mengembalikan semangat kepada keadaan asal ialah dengan selalu mengadu kepada-Nya. dengan mengadu kepada-Nya aku rasa sangat2 tenang. aku juga akan rasa gembira dengan menggembirakan orang lain. apalah sangat dengan perasaan peribadi jika dibandingkan kepuasan melihat orang sekeliling kita tersenyum ceria.

hati ini sangat-sangat lemah. sangat lemah selemah jasad yang memiliki hati itu. semoga aku dan kita semua terus diberikan kekuatan untuk kekal teguh menjaga hati yang lemah ini. kerana hanya dengan pertolongan Allah swt kita akan mampu untuk kekal sebagai manusia yang kuat semangat menempuhi perjalanan hidup.

p/s: Ya Allah, kami mohon Engkau kuatkan hati kami agar tidak menjadi buruk dan memburukkan jasad kami.

Friday, March 2, 2012

Eddy Interview Retis: Kenali Sarah Nadiah

Senyuman manis tidak terperi
Itulah tanda ceria di hati
Sarah Nadiah nama diberi
Mari bersama kita dekati

Mari kenali retissss ini. Sarah Nadiah. Ikuti temubual ES bersamanya.

1. Boleh berikan ekspresi anda tentang dunia blog?

Sarah: Bagi saya dunia blog adalah satu tempat di mana kita boleh meluahkan sesuatu, menceritakan sesuatu, memberi pendapat dan sumber pendapatan tidak kira secara sampingan atau sepenuh masa.

2. Adakah personaliti anda di dalam blog menggambarkan personaliti sebenar anda di luar?

Sarah: Ya.

3. Siapa sahabat anda yang sama-sama berkongsi minat dalam dunia blog?

Sarah: Nabeelah Husni, Shafiqah Hairiri dan Najiha Zainal

4. Pernah tidak kena reject dalam hal cinta?

Sarah: Pernah. Hehe..

5. Apa yang anda fikirkan ketika bangun tidur di waktu pagi?

Sarah: Sarapan.. hehe..

Link

6. Apa perkara yang anda tahu, tapi orang lain tak pernah tahu, tapi anda rasa nak orang lain tahu?

Sarah: saya nak orang lain tahu saya akan menjadi seorang yang tak banyak cakap dan pendiam bila dengan orang yang saya belum kenal, tak rapat dan baru kenal..


7. Apakah perhiasan yang anda tak boleh tinggal kalau nak keluar rumah?

Sarah: Jam tangan..

8. Jika anda memiliki wang sebanyak RM 1 juta, anda akan ....

Sarah: Memandangkan saya masih belajar, ½ daripada wang itu akan saya simpan untuk masa depan dan pelajaran saya. Selebihnya saya akan berikan kepada ibu bapa saya untuk menguruskannya.

9. Siapakah blogger yang anda ingin sangat temui?

Sarah: Daniel Adie

10. Akhir sekali, Ucapan istimewa anda. Silakan

Sarah: Terima kasih banyak2 kepada Eddy syrol kerana berminat untuk menemubual saya. Terima kasih juga kepada semua yang sudi mengunjungi blog saya dan follow saya. Usia blog saya sudah hampir setahun. Hampir keseluruhan entry di blog saya berkaitan dengan kehidupan saya. Jadi sekiranya ada yang perlu ditegur, silakan kerana tiada seorang manusia pun yang sempurna di dunia ini.

URL blog Sarah: http://slumberiswhoiam.blogspot.com/

Terima kasih diucapkan kepada cik Sarah kerana sudi meluangkan masa untuk mengisi segmen ES ini. Kepada semua, marilah berbondong-bondong terjah blog Sarah..!!

Editor: Eddysyrol

p/s: Sebarang maklum balas boleh emailkan kepada eddy86bloke@gmail.com.