edDy sYrOl

Monday, May 14, 2012

Berakhir sudah Digi Wwwow


Semalam secara rasminya digi wwwow awards dah berakhir untuk undian dari juri awam. Tahniah buat mereka-mereka yang telah berjaya mendapat tempat pertama. Sangat kagum dengan effort u guys yang memang tak putus-putus promosi. Bukan macam aku yang kadang on kadang off.... hehehe.. padan muka aku.

BTW, sepanjang minggu-minggu voting ni, ranking paling tinggi pernah aku dapat ialah rank ke 28. Itu pun aku dah lupa minggu keberapa. Dan berakhirnya undian semalam, aku jatuh tergolek-golek ke ranking ke 36. untuk kategori Nuffnang: Blogger of the year (nak jugak kategori gempax2).. kihkihkih... jauh ditinggalkan di situ yew...

lihatlah Aku&Hidup di situ

Well, buat kesekian kalinya, aku nak ucapkan terima kasih buat semua yang sudi memberikan undi kepada aku setiap hari, tanpa jemu dan bosan. Walaupun ini umpama penglibatan suka suka, tapi ada juga yang sudi sokong aku (ayat cam menang award seyyy...). terima kasih tak terhingga dari pokcik, isteri dan anak-anak #eh

p/s: yang kecundang jangan kecewa.. welkem to the club.. miahahaha

Thursday, May 10, 2012

Dinner: Lima jenis lauk


Dinner malam ni banyak pula jenis lauk...

1. sayur kacang panjang ikan masin
2. Daging masak kicap
3. Ayam paprik
4. Sambal ikan bilis
5. Sup campur

sup campur tu aku ambik sotong je... sebab daging dan ayam dah ada. huhuhuhu... dan aku tak ambik kuah sup, malas...

Selamat dinner semua.

P/S: mari VOTE aku di SINI

Wordless Thursday #19



P/S : click SINI untuk vote kesian... =.='

Monday, May 7, 2012

Hujan dan Panas


(gambar hiasan sahaja)

Semenjak dua menjak ni cuaca tak menentu sangat. Kadang-kadang hujan, kadang-kadang panas. bila hujan, rasa sejuk, bila panas rasa sangat-sangatlah panas. Kaw perasan tidak yang cuaca sekarang ni sudah tak bermusim? aku ingat lagi waktu zaman kecil-kecil rebina, musim hujan biasanya berlaku bila nak dekat hujung tahun. Bulan-bulan terakhir kan kira masa-masa akhir untuk ke sekolah. well, bagi mereka-mereka yang mengambil peperiksaan besar, memang risaulah.

Tapi sekarang, what happen? mungkin betul perubahan cuaca ini disebabkan oleh pemanasan global. pemanasan global menyebabkan cuaca tidak menentu disamping situasi kemusnahan bumi berlaku di mana-mana. sampaikan keadaan sekarang, kalau musim hujan dan banjir, keadaan banjir itu sangat teruk. malah sering berlaku banjir kilat. Kemarau juga macam tu bukan? kemarau teruk, kering....

Siapa yang kita nak salahkan? yup! ini merupakan salah kita sendiri. kita tidak memiliki kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar. bukankah bumi ini rumah kita? kalau bumi ini terancam, apa guna rumah yang kita diami? rumah sudah tidak menjadi tempat selamat lagi, dan kita juga sudah tidak selamat lagi. semua ini salah kita sendiri.

p/s: sayangi rumah (bumi) kita

Thursday, May 3, 2012

Keguguran: tabahlah kakak


Baru dapat sms pagi ini, akak aku cakap yang dia keguguran. sedih lak wase. kalau kaw kaw ingat aku pernah buat entry tentang anak menakan aku nama emil, yang keguguran ni mak dia, merangkap bakal adik dia lah.

Menurut akak aku, dia kalau mengandung mesti ada pendarahan. dua kali dia mengandung, memang akan berlaku pendarahan. Tetapi yang kali ini, pendarahan sangat kerap dan agak banyak berbanding sebelumnya. aku pun tak reti sangat hal-hal ini.

Harap akak sulung aku tabah menghadapi dugaan ini. Anak itu satu rezeki yang tak ternilai. kedua-dua akak aku memang berusaha keras untuk ada anak. macam akak kedua aku, dia baru je ada sorang anak yang now dah umur 6 tahun. harap-harap selepas ini, kedua-dua mereka dikurniakan lagi rezeki memperolehi zuriat. kadang-kadang pelik dengan sikap manusia-manusia di luar sana yang buang bayi, dera anak bagai. mereka-mereka ni tak mensyukuri rezeki dan nikmat Allah beri. sangat rugi hidup kalian yang kejam itu ye.

Semoga akak dan family kuat menghadapi dugaan ini.

P/s: zuriat itu satu rezeki pemberian Allah swt yang tiada tara nilainya. click SINI untuk VOTE aku bagi digi wwwow award. tq

Motivasi kendiri: Minda positif


Assalamualaikum dan selamat pagi teman-teman bloggers. Pagi ini cukup indah, sejuk pun tak sangat, panas jauh sekali. Semalam rasa cam nak hujan lebat saja, kelkatu pun dah memenuhi mentol lampu, tapi nampaknya hujan tak jadi pula.

Kaw kaw semua tahu tak pagi merupakan waktu yang paling baik untuk kaw kaw semua setting minda dengan mode yang positif. Bila kita set-kan minda dengan perkara positif, insyaAllah walaupun ada perkara yang tak baik berlaku di hari tersebut, kita akan menghadapinya dengan berlapang dada. Tapi bayangkan bila kita bangun pagi, dengan mood malas dan mengeluh nak kerja atau melakukan sesuatu, kemudian ada perkara tak baik pula, kaw kaw rasa apa yang akan terjadi? sumpah seranah dan mungkin akan menyalahkan situasi yang berlaku semahunya. Bahaya kan???

Pokcik ucapkan selamat menjalani pekerjaan hari ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar bagi kita semua.

p/s: rasa something wrong =.='

Tuesday, May 1, 2012

Selamat hari pekerja

Pokcik nak ucapkan selamat hari pekerja buat semua sahabat-sahabat yang officially bekerja samada di sektor kerajaan mahupun swasta. BTW, tadi member pokcik cakap orang yang tak bekerja pun adalah bekerja sebab yang tak bekerja tu juga melakukan kerja dekat rumah. Basuh pinggan, kemas rumah, sapu sampah di halaman, senangkan hati orang tua, beribadah kepada Allah swt.... so semua tu merupakan pekerjaan. huhuhu...

So, kira kita semua ni sebenarnya bekerja mengikut ruang hidup kita tersendiri.

P/s: Hati-hati kalau bercuti tu yaw (~_~) jangan lupa VOTE di ---> SINI