edDy sYrOl

Friday, September 9, 2011

pengenalan cukai 6% membebankan

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.

“Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.

“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.

Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu.

Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.

“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, cukai itu dilihat sebagai cekik darah dan tidak perlu sama sekali.


selanjutnya, di SINI

P/S : pasni nak perkenalkan ape lagi ye? huhuhu (~_~) sabor je lah

Thursday, September 8, 2011

wordless thursday #7


p/s : (@_@)

Wednesday, September 7, 2011

eddy interview retis: Ady Budika suka BW blog tett tett...


ehem... (~_~) ni segmen terkini dan termutakhir yang aku buat. segmen interview bersama personaliti pilihan aku.oleh kerana blog aku, maka aku yang pilih personaliti tersebut ye. ngeh3x. ekceli, segmen ni cuma segmen sembang2 dengan aku. nak kongsi cerita dan pendapat dengan individu pilihan aku. so, for the first interview, aku telah mendapatkan seorang Ady Budika untuk korang.

baru je interview dia pagi tadi. ady budika ni merupakan seorang yang cukup peramas. eh eh...silap.peramah..! nak tahu lebih lanjut sesi temu bual ceq dgn dia. jommmmmmm...!!


1. apa yang ady budika suka sangat tentang blog?

ady : suka...urmm...sebenarnya suka bila kita dapat nak share pasal diri sendiri.kalau org taknak ambik tau pun takpe janji ia macam catatan kita sendiri, nanti2 leh kita tengok balik...so jadi suka la. grrr...leh macam tu?

2. ady budika ada kerja tetap yang lain bukan? adakah blogging memerlukan flaxibility masa atau kena set masa tertentu utk buat sesebuah entry?

ady : eddy... sebenrnya aku tak terlalu utamakan blog... apa pun keje aku come first... then bila aku rasa ada ruang utnuk aku berkongsi pengalaman.. baru aku taip blog.. so memang takkan mengganggu keje aku.. sebab keje aku ni bukan fix masanya eddy... so anytime aku rasa aku free untuk blogging, baru aku blogging.. so kira aku bukan blogger tegar la kot no. :)

3. apa pandangan ady tentang org yang jadikan blogging sebagai kerja tetap?

ady : ok!!!! yang ni...aku rasa.... rasa.... tak ramai org yang berjaya dari berjuta2 blogger yang ada.. dalam jutaan blogger ini... tak semua mampu jadikan blog sebagai mata pencarian kot... tapi apa pun, bloging dah cukup terbukti mampu hasilkan income pada individu yang betol2 berusaha tanpa henti... so kalau rasa kita mampu untuk berusaha keras, dan kita akan keyakinan itu... insyaallah..

4. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang ady budika?

ady : wah!!!!!!!!!!! suke soalan ni!!!! ok2 nak list satu persatu

1- tido

2-makan

3-melancong

tu jer.. ngeee


5. blog ady tak fokus kepada hobby2 tersebut?

ady : ade2!!! pasal makan2, pasal melancong2, tapi takde pasal tido2...errrr...

pic ni takde permit dr ady budika..sorry..ngeh3x..


6. ady rasa penting tak follower blog?

ady : jujurnya...penting, sebab follower inilah org yang paling awal akan tahu apa yang kita taip kat blog. so asal jer diorg bukak jer dashboard diaorg akan ada feed kita. follower itu penting...

7. saya ada terbaca dlm sebuah blog, blogger tersebut marah2 sebab apabila dia lawat dan komen entry di blog org, org lain tak buat perkara yg sama pada blog dia. komen sikit.

ady : hadoi...pernah kene gak..hehehehehehe. nie pribadi la k. bagi ady la...ady menulis untuk luahkan apa yang ady rasa ady nak luahkan.... kita tak leh paksa org lain untuk suka apa yang kita tulis...dan..takleh gak paksa org lain datang blog kita, kalau org suke nak datang.. datang la,...kalo tak datang pun... kita tak leh paksa.

8. semua blogger gemarkan BW, blog mcm mana yg ady suka BW?

ady : pssttt...tang ni rahsia k..ahahhaha... leh gitu?? ko dah berdebar kan?aahahaha.. ko suke tak blog yang ni....(terkompius jap, blog ape la si ady ni ckp?grrr) aahahahaha..grrrrr...aku suka blog masak2 sebenrnya..aahahaha...sebab aku suka makan. aku pilih blog www.tiffinbiru.com

9. sy perasan ady sgt dekat dgn follower. komen sikit

ady : tu yang paling aku singgah (singgah ke sanggah?)...errrr. pasal soalan num 9..errrr....sebanarnya...ady tak close sangaterrr..jjujur kan?sebab kalo perasan.. asal diorg komen entry2, ady tak balas pun..errrrr. tapi kalau diorg komen kat facebook, ady cepat2 balas, tu maksudnya saya rapat dengan rakan fb compare blog..hehehee

tapi...lom habis...rakan kat blog lebih memahami ady melalui cerita2 yg ady terapkan kot.. sampai ada seorg tu die siap kaji pasal sejarah hidup ady.. grrr. walaupun die sekadar anoy... kalo perasan die selalu jer komen entry2 ady..hehehe..rasa macam kenal die jer..chinese gurl from penang kot..errr..tapi agak2 je la

peminat setia tu..

ady : aahaha


10. akhir sekali, ucapan ady budika untuk para follower dan semua pembaca blog aku & hidup

ady : ucapan....simple jer..takmo panjang2...bloging la secara aman... tak perlu la ada sikap nak jatuhkan org lain... kalau rasa kita tak mampu jadi yang terhebat di natara yang terhebat... cukuplah kita rasa kita dah cuba jadi yang terhebat dalam diri kita...hanya ilusi dapat menyatukan langit dan bumi. good luck gak untuk blog ko beb, sebab aku rasa blog ko ada potensi untuk terus berkembang satu hari nanti. janji ko yakin dan terus ada hati untuk blogging.


sepuluh soalan untuk ady budika. terharu siot dengan ucapan last ady. (~_~) eddy syrol juga nak ucapkan semoga terus berjaya dalam apa juga yang ady budika lalui dalam hidup ini. kepada sesiapa yang nak view/follow blog ady budika, silalah click mana2 pic yang ada.anda boleh kenal dengan ady budika dengan lebih dekat lagi. jumpa anda bersama personaliti seterusnya (~_~)


p/s : tengah interview daniel adie lak (~_~) hehehehe

breakfast home made

kengkawan.......!!

ni merupakan breakfast aku pagi ini. buat sendiri tau.huhuhu.. nasi goreng ikan masin. pedas..!!

pekena dgn susu suam, terangkat habaq mai... selamat bersarapan ye semua.


aku nak bagitau ni, aku nak buat segmen temu ramah dengan blogger2 lain. alhamdulillah, dah selesai interview dengan one of my favorite blogger ady budika. sat sat lagi aku publish ok. after this akan interview lagi blogger2 lain. insyaAllah aku tak memilih, aku sudi untuk interview siapa sahaja yang berkecimpung dalam dunia blog (~_~)

p/s : mode kenyang pagi ni (~_~)

Monday, September 5, 2011

Hati-hati bila berkata/menulis

sekadar hiasan dan renungan

Assalamualaikum...
good morning blogger and readers

aku nak kongsi satu perkara pagi ini. sebelum ni, a few days back aku ada follow satu misi untuk mengetahui siapa sebenarnya manusia di sebalik nama makcik sitt al wazura, yang menghina agama Islam. difahamkan dia adalah wanita melayu yang dah murtad. so, aku memang follow lah sorang blogger ni buat siasatan bermula dari cik Tan, sampailah kepada penemuan seorang individu kedua. cukup di sini pembukaan...

oleh kerana individu kedua ini lebih di yakini identitinya, maka telah dibuat satu petition bagi menyokong tindakan undang2 dikenakan kepada si pelaku, melalui website petitionbuzz (korang boleh search je nama sitt alwazura kat FB, boleh auto link ke situ). dalam web ini kita boleh kemukakan komen. so, aku terpanggil untuk menandatangani petition ini (dengan bagi full name yang sama dlm IC) serta komen one of the status di situ. dan di bawah inilah status yang aku komen/reply.

aku reply dengan ayat yang agak simple, iaitu di bawah ini.


ya, aku akui statement aku ni sangat simple. lalu menimbulkan salah faham kepada ada beberapa orang follower di web tersebut, sehinggakan wujud komen2 yang tidak menyenangkan. aku akui salah aku sebab buat statement yang tergantung macam ini. dan di bawah inilah tindak balas dari beberapa pihak.




ada dua warna anak panah yang tertera pada komen2 tersebut bukan? mula2 mari kita selidik kenapa ada anak panah merah. anak panah merah ini aku nak gambarkan sebagai mereka yang suka main lepas. bagi aku, orang2 yang macam inilah yang akan meruntuhkan adab dan tatasusila sebagai manusia. mereka bercakap/menulis umpama perkataan itu memang ada di hujung lidah dan terus di lepaskan, tanpa proses dahulu di minda sama ada kata2 mereka boleh mendatangkan rasa tidak senang pada si penerima.

mari kita baca reply bagi anak panah hijau. aku tabik kat dua ini. ini adalah cara teguran yang baik. menjaga adab dan tatasusila ketika menulis/bercakap. siapa kita nak bercakap tak elok. betul tidak? kalaupun nak tegur seseorang, tegurlah cara baik.

aku yakin, malah semua orang tahu muslim ni tergambar dari setiap sudut dan hal, dari hujung rambut sampai hujung kaki, dari luar badan sampai ke dalam hati. menurut IKIM ....

"DUA perkara penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memelihara dengan baik ialah penggunaan lidah dan tingkah laku.Rasulullah s.a.w berpesan kepada semua orang iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik, dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diperkatakannya, maka hendaklah ia berdiam diri sahaja.Pesanan ini menekankan tentang kepentingan manusia menjaga tutur katanya supaya tidak mengucapkan sesuatu yang buruk dan menyakiti hati orang lain, kerana tutur kata yang tidak baik akan membawa kepada krisis lain yang boleh menimbulkan permusuhan, kekacauan dan ada kalanya membawa kepada pertumpahan darah dan melibatkan nyawa manusia sendiri. Maka dengan menjaga lidah dan tutur kata, manusia akan dapat menjamin ketenteraman, perdamaian dan kesejahteraan masyarakat mereka sepanjang masa. Dalam konteks inilah Rasulullah s.a.w berpesan supaya menjaga lidah, maka tentulah amat diharapkan bahawa manusia juga haruslah menjaga tingkah laku dan perbuatannya agar tidak mengganggu dan melampaui batas sehingga menyentuh hak dan maruah orang lain dengan perbuatan dan gerak geri fizikalnya sendiri"

jelas bukan? aku dah betulkan statement aku di laman web petitionbuzz tersebut dengan memperjelaskan lagi maksud kata2 aku yang simple itu. harap insan2 yang tersebut faham dan tidak berperasangkan buruk pada aku. sifat perasangka buruk akan mengundang fitnah, dan fitnah itu tergolong dalam sifat2 keji.

p/s : mari jaga tutur kata/penulisan. peringatan KUAT untuk diri sendiri (~_~)

Sunday, September 4, 2011

lunch hour

tadi ketika nak masuk waktu lunch, aku merasakan sangat lapar ya kawan2... my sister lak lom masak, tengah berada di rumah sebelah (rumah akak number dua) chit chat.. perut aku dah gendang gendut tali kecapi. maka, aku dengan abang aku gigih menyiapkan makanan untuk tengah hari ini. plus, anak menakan pun dah merungut lapar, menambah lagi semangat kami untuk berjuang demi negara yang tercinta...errr... okbai!

ni menu yang nampak agak simple ya..tapi memerlukan kesabaran untuk memasaknya.. is it? =.= menunya ikan goreng, sosej goreng dan paling istimewa abang aku buat ayam masak madu guna periuk velva (tak tau velva tu betul ke cara aku eja idok..hentam sajalah) nak masak guna periuk velva ni lah kena kesabaran. kena selalu jaga ayam tu kang hangit lak.hangit kat luar, tp dalam mentah lagi. bahaya..!!

seterusnya ialah serunding ikan masin. ni ekceli dah masak beberapa hari yang lalu. pernah ka anda semua makan serunding ikan masin? kalau belum nanti ceq bagi rasa.. ni hasil kerja tangan aku 80% dengan akak aku peratus selebihnya. ekceli warna serunding ni agak hitam ya sebab aku ter-blander ikan masin ni halus sangat. so, bila halus sangat, minyak akan lambat nak kering.maka, ikan masin akan berada lama dalam kuali dan warna dia akan nampak hitam cenggini. so, after this aku akan berusaha lagi membuat serunding ini nampak lagi lawa. tapi serunding ni sedap dan tahan lama..!

o..ini simple saja. aku buat... ni untuk di cecah dengan ayam madu tadi. first time aku buat dengan menggunakan asam gelugur. baru aku tau camna nak bagi sodap sambal (sos) macam ni. kalau tak, biasa aku buat cayaq saja rupanya.


ni kononnya sambal udang. tapi aku rasa mcm udang masak sos saja..ntah la..hentam sajalah... first time aku masak udang ni seumur hidup aku. rasa dia ntah la ye kengkawan.. asal ley makan kira ok lah kot...

so, tengah hari tadi ceq memang kenyang sesangat..

p/s : korang makan amende? ke makan rumah open house? ngeee (~_~)

kejahatan kembali


Assalamualaikum
good morning peeps...

pe habaq hangpa? harini consider raya ke-6 bukan? sunday blues. harini masih ada lagi rakan2 yang buat open house, aku yakin itu. so, di hari cuti2 weekend ni, tak salah gamaknya korang mengunjungi mana2 rumah terbuka. best ape rumah terbuka.makan2 free. minum2 free. borak2 dengan member2 lama dan kenal org baru.

entry kali ni nak fokus kepada peminat alam maya (internet lor). tak kisah lah facebookers ke, tweeters ke, waimah bloggers sekali pun. masih kita ingat pada tanggal 1 Ramadhan lepas, kurang lebih 95% status/entry di FB/tweet/blog adalah penuh kesedaran,kesucian,keimanan,keinsafan, dan macam2 lagilah hal2 positif menghiasi laman sesawang ni. sampaikan kita yang membaca akan merasakan kesedaran yang tidak ada taranya. membuatkan kita celik mata dan nak sama2 menyertai orang2 yang hebat ini menuju ke arah kebaikan.

habis sahaja bulan ramadhan, hambekkk ko..!! mencarut, memaki,mengeji,menghina,menyentap,membogelkan (istilah debaters) dan macam2 lagilah hal2 negatif yang muncul. malah pada 1 syawal haritu, aku dah start buka FB, memang dah ada sorang rakan ni mula mencarut itu dan ini. maka, kecarutan ini berjangkitlah kepada seluruh umat manusia ketika itu. masing2 berlumba-lumba untuk mencarut.

apa kes ni bhai? waktu bulan puasa bukan main lagi sikap di jaga, pertuturan serta penulisan..semua nak dijaga. habis saja bulan puasa, semua hal yang di jaga tu hilang entah ke mana. adakah doktrin pemikiran kita memang telah di tetapkan "fine!bulan puasa saja kena jaga tingkah laku, habis puasa...... tett tett.." silap siapa?

1. silap diri sendiri : sebab puasa di anggap bulan menjaga tingkah laku dan mind set dah anggap hanya bulan puasa saja kena jaga tingah laku.

2. silap kau!! : sebab kau tak nak mendalami erti latihan di bulan puasa.bulan puasa ni untuk kita latih diri kita berbuat kebaikan, dan kebaikan itu perlu di teruskan walaupun dah habis puasa.

3. silap ilmu kau!! : sebab kau tak mengamalkan ilmu yang kau ada sepenuhnya.maka, kau buat sesuatu hal pun separuh jalan.cthnya, buat baik just pada bulan puasa saja. tu kerja separuh jalan tu.

so, jgn salahkan siapa2. salahkan saja diri sendiri yang membenarkan diri anda sendiri untuk melakukan hal2 yang tidak baik.jgn salahkan pengaruh kawan, sebab sebagai manusia yang sudah dewasa, anda boleh membuat pertimbangan sama ada memilih untuk melakukan hal yang mendatangkan kebaikan, atau pun nak pilih hal yang akan mendatangkan kemudaratan.

p/s : just peringatan untuk diri sendiri jugekkkk (~_~)