edDy sYrOl

Wednesday, February 1, 2012

Eddy Interview Retis: Syed MAMPU dapat 11A

Makan roti cecah kari
Makan habis nanti lemau
Syed Hakim Al-yahya nama diberi
Tapi bukan adik bradik Scha Al-yahya tau

Mari ikuti temubual ES bersama Syed (~_~)

1. Ekspresi Syed tentang dunia blog.

Syed: BLOG, pada pendapat saya blog ni sebenarnya adalah untuk kita berkongsi pendapat dan juga berkongsi segala jenis informasi.

2. Adakah personaliti Syed dalam blog menunjukkan personaliti sebenar syed di luar?

Syed: Secara jujurnya personaliti saya di dalam blog adalah sangat berbeza sama sekali dengan di luar.

4. Apa kekuatan blog syed?

Syed: Saya sendiri pun tidak yakin apa kekuatan blog saya, sebab, blog saya hanyalah seperti cara saya sendiri menyampaikan pandangan terhadap certain isu. mungkin cara penulisan/view saya terhadap sesuatu isu yang menjadi kekuatan blog saya??

4. Pernah tidak kena reject dalam hal cinta?

Syed: Ohh, tak pernah lagi.

5. Apa Kesalahan yang Syed pernah lakukan, tetapi orang tidak tahu. Confess boleh?

Syed: saya pernah mainkan perasaan seseorang. ok, itu antara kesalahan terbesar saya rasa

6. Blogger yang Syed ingin sangat nak jumpa, dan borak selama 5 jam?

Syed: Eddy Syrol la

ES: =.='

7. Kalau diberi peluang untuk mengulang SPM, berapa yang Syed yakin boleh dapat?

Syed: Kalau diberi peluang untuk mengulang SPM balik, Saya rasa mampu dapat 11A

8. Pernah tidak terfikir untuk menjadi seperti seseorang yang Syed minati?

Syed: Pernah jugak kadang² terpikir camtu, tapi org cakap.. buat apa nak hipokrit? buat apa nak jadi orang lain? So, just be yourself is much better.

9. Apakah kehidupan impian Syed di masa hadapan?

Syed: Kehidupan impian, sebenarnya nak jadi blogger yang berjaya. tapi, mungkin itu hanya tinggal impian. Tapi, saya cuma harapkan kehidupan yanag sederhana sebagai seorang cikgu setelah graduate kelak.

10. Akhir sekali, ucapan dari Syed. silakan

Syed: First of all nak cakap terima kasih dekat abang sebab interview Syed, aaa..camne nak cakap ek. Actually macam tak sangka pun akan diinterview untuk segmen ni. yelaa, blog pun dah jarang sangat update skrang ni. hihi. So, walau apa pun, saya support segmen macam ni, sebab at least kita dapat mengenali bloggers yg lain. Teruskan usaha dalam blogging! hehe. Terima kasih


URL blog Syed: http://www.syedgraphix.com/

Terima kasih buat Syed sebab sudi meluangkan masa untuk segmen ini. mari berbondong-bondong kunjungi blog syed ok (~_~)

Editor: Eddy Syrol

p/s: email kepada eddy86bloke@gmail.com jika berminat menyertai, juga untuk sebarang komen.

Tuesday, January 31, 2012

Gambate Aniki..!!

Apa tu anki? anki dalam bahasa jepun bermaksud abang. tapi lagi proper kalau sebut oniican (kalau salah bagitau yaw).
so, semalam my sister, anak menakan and I telah hantar my bro dekat airport. dia dapat keje dekat PJ. this is 3rd times abg aku pergi sana. first study di johor, 2nd study dekat kedah. and now, kehidupan yang lagi panjang akan dia tempuhi.

agak syahdu juga suasana semalam. sebagai manusia yang agak cengeng, aku terpaksa tahan gak sebak. well, family pergi jauh siapa tak sebak ye dak. actually, ni abang aku yang paling selalu habiskan masa dengan aku di rumah. dulu lah... sekarang tak lagi. =.='

flight dia 4.20pm and sampai LCCT dalam pukul 6.30pm kot. ye ke? doa aku semoga dia kuat menempuhi onak duri di sana, even jauh dari family, kami semua mendoakan yang terbaik.

macam kata akak aku, walau di mana kita berada, kita mesti ingat pada Allah swt. kalau kita ingat, Allah swt akan selalu bersama kita dalam susah ataupun senang.

p/s: gambate anki!!

Saturday, January 28, 2012

Siapa anda melalui kentut


Mari kenali klasifikasi kentut:

1. Tidak jujur: Orang yang kentut tetapi salahkan orang lain.

2. Bengong: Orang yang tahan kentut lama-lama sampai perut kembung

3. Yakin Diri: Orang yang kentut dengan lantang

4. Sadis: Orang yang kentut dalam selimut kemudian mengibasnya

5. Strategik: Orang yang menyembunyikan kentut dengan ketawa kuat-kuat

6. Misterius: Orang yang kentut tapi tak dapat dikesan

7. Gugup: Kentut apabila disergah

8. Periang: Kentut perlahan-lahan kemudian senyum sorang-sorang

9. Pemalu: Kentut terkepit-kepit

10. Sporty: Kentut dalam air ataupun kentut sambil berlari

11. Dream boy/gurl: kentut sambil bermimpi

hey hey hey... kaw kaw sekalian dalam kategori mana eh? marilah cite ngan pokcik... ngeee

sumber: google dan FB

p/s: jangan tahan kentut, badan tak sihat dol =.='

Friday, January 27, 2012

Sumbang Mambang : Penghujung Rindu

huhuhu.. lagu yang tinggi.. so pe kes kaw mengada sangat nak nyanyi lagu ni hah hah hah!! emosi =.='

dengarlah kesumbangan lagu ini dinyanyikan okey. dah try yang terbaik (ala2 depan juri). eh, cuba kira berapa kali suara ayam aku keluar. siapa dapat teka, aku bagi hadiah singgit. kbai!!



p/s: janganlah gelakkan aku =.='

Breakfast: spaghetti

Ni spaghetti buatan aku. ekceli, kalau nak senang, toksah nak tumis2 dah boleh mkn. rebus sahaja mee spaghetti tu, kemudian tuang sos dia. siap boleh makan. tapi kalau kaw rajin sangat, boleh lah main tumis2. hiris bawang sedikit (aku tak suka bawang sangat) dan hiris halus lobak merah, bagi lobak tu kecik2 seni.

ni daging burger ayam. hancurkan dia. boleh?
bila semua dah ready, panaskan minyak dan masukkan bawang merah tadi. bila dah naik bau, masukkan cili giling sedikit ye. then masukkan lobak kemudian burger ayam tadi.kemudian masukkan sos khas spaghetti, aku guna kimball sos. gaul gaul gaul sampai sebati dan masak.


dah siap! bolehlah makan.

p/s: gigih tau masak pepagi buta =.='

Thursday, January 26, 2012

Eddy Interview Retis: Fekhry dan Bahasa Isyarat

Musim tengkujuh memang bahaya
Nak pergi laut jangan berani-berani
Bahasa Isyarat memang Kelebihannya
Mai lah kenal Amier Fekhry ni

Agak pelik ye pantun di atas. =.='
Jom kita ikuti sesi temubual ES bersama Cikgu Amier Fekhry :)

Link

1. Berikan ekspresi Fik tentang dunia blog.

Fik: Bagi Fik, dunia blog ni sangat menyeronokkan, kita boleh menulis apa yang kita mahu selagi tak menggangu org lain. Dan kita boleh menjadikan ia catatan tentang hidup kita..

2. Bagaimana Fik boleh terjebak dalam dunia blog?

Fik: Nampak bila cari maklumat dalam internet, dan rasa mahu meluahkan apa yg kita rasa..

3. Apa kekuatan blog Fik?

Fik: Cerita berkaitan pengalaman Fik dalam dunia pendidikan, mengajar anak2 istimewa. (Murid bermasalah pendengaran )

4. Senaraikan 3 benda yang tak boleh berpisah dengan Fik

Fik: A. Laptop (internet)
B. Bahasa isyarat
C. handphone

5. Pernah tidak terfikir akan ke bulan satu hari nanti?

Fik: X pernah... Sebab Fik ni takut tempat yang tinggi.. Hehehe

6. Kalau bukan menjadi cikgu, Fik adalah seorang ....

Fik: Pekerja stesen minyak...

7. Apakah warna yang menggambarkan diri Fik?

Fik: Biru... Seindah langit.

8. Blogger yang Fik ingin sangat nak jumpa, dan borak-borak selama 5 jam?

Fik: Hawis dan daniel adie...


9. Siapa sahabat anda yang sama-sama berkongsi minat dalam dunia blog?

Fik: Tak ada... Sebab kebanyakan sahabat Fik Ramai yang dah berumahtangga dan mempunyai komitmen yg banyak...

10. Akhir sekali, ucapan Fik. silakan

Fik: Fik nak ucapkan terima kasih kepada eddy sebab sudi interview Fik. Fik juga nak ucapkan berbanyak terima kasih pada mereka yang sudi membaca blog Fik dan sudi memberi komen. Fik masih baru dan perlukan pandangan bloggers lain. Harapan Fik semua memberi sokongan untuk blog Fik. Terima kasih...


LinkURL Amier Fekhry: http://feigelie.blogspot.com

Terima kasih kepada Cikgu Amier Fekhry kerana sudi meluangkan masa memenuhi undangan sesi temubual segmen EIS. Mari berbondong-bondong terjah blog cikgu ni...!!!

Editor: eddy syrol

p/s: Berminat menyertai segmen ini? emailkan kepada eddy86bloke@gmail.com atau inbox FB eddy syrol.

Wednesday, January 25, 2012

Jika Ingin Difahami

Aku yakin, semua manusia yang hidup melata di muka bumi ni mahukan manusia lain memahami diri mereka, memahami prinsip mereka, memahami kehendak mereka, dan memahami apa sahaja sisi hidup mereka.

Tapi kadang-kadang kita lupa. Dalam kita mahu orang lain memahami kita, kita lupa untuk cuba memahami orang lain. Ini namanya selfish. Mementingkan diri sendiri sehinggakan lupa akan peranan mereka terhadap orang lain. Sebenarnya, jika kita mahu orang lain memahami diri kita, terlebih dahulu kita perlu berusaha untuk memahami orang lain. Sebab, kadang-kadang orang lain sudah cuba memahami diri kita, tetapi oleh kerana sikap kita sendiri yang mementingkan diri sendiri menyebabkan kita tidak menghargai sikap orang lain terhadap kita yang selalu cuba memahami diri kita. Akhirnya, yang ada di dalam kotak fikiran kita ialah "orang lain tidak faham kita".

Cuba amalkan dari sekarang sikap cuba berusaha untuk memahami orang lain. Jika kita amalkan sikap ini, kita akan lebih menghargai orang-orang di sekeliling kita. Selagi mana kita tidak cuba memahami sikap orang lain, janganlah kita bermimpi untuk berpuas hati dengan layanan dan sikap orang sekeliling kita. Kita akan terus hanyut dalam dunia negatif lagi dan lagi dan lagi.

p/s: tak faham dengan sikap kaw *tetibe =.='