edDy sYrOl

Friday, November 18, 2011

Berbeza


malam ini saya rasa sedikit kelainan. malah malam ini buat saya rasa seperti benar-benar sunyi. bunyi bising malam muzik tradisi sempena malam berinai di kawasan kejiranan tidak mampu mengubah perasaan ini menjadi ramai. kenapa? saya juga tidak tahu jawapannya.

saat ini saya rasa mahu bercerita dengan seseorang.ermm.. atau lebih tepat saya mahu seseorang bercerita dengan saya, dan saya menjadi seorang pendengar. saya suka mendengar cerita, asalkan cerita itu mempunyai inti yang baik. tapi, saya tidak tahu dengan siapa saya perlu bercerita. ahh.......pasti seharusnya dengan seseorang yang saya percaya. saya cuma mampu bercerita dan mendengar cerita teman-teman rapat, melalui muka buku. walau masih sukar merubah perasaan ini, sekurang-kurangnya saya rasa sedikit terisi. terima kasih teman-teman.

tiba-tiba saya terasa ingin ke sesuatu tempat. ya...sesuatu. saya terfikir mahu ke pantai. tapi bukan di sini.saya rasa mahu ke pantai tanjung lipat. melihat orang-orang yang sedang bersantai diwaktu malam.juga mendengar bunyi ombak.pasti bunyi ombak lebih hebat dari bunyi muzik di sini. saya juga terfikirkan masjid bandaraya. entah kenapa, bila saya mengunjungi masjid tersebut, ada satu ketenangan luar biasa.actually, semua masjid pun saya rasa begitu. cuma di masjid bandaraya buat saya rasa extraordinary. saya juga terfikirkan ODEC.tempat saya selalu jogging ketika waktu belajar dulu.pantai yang luas mata memandang, pandang laut lepas di petang hari. saya rindu tempat-tempat itu.

saya rasa lain malam ni. bagaimana dengan anda-anda semua? saya doakan anda semua tidak merasakan apa yang saya rasa.

3 comments:

M Mudzamir said...

kenapa lak kelainan malam ini?? hati kosong tuh..
kena ada pengisian..:)

PemilikCahaya said...

cerita dengan aku je lah..aku pon suka dgr org bercerita..ermhh aku fhm benar perasaan kau itu..sbb kdgkala kita rasa sepi dan sunyi umpama tinggal dlm rumah yg serba kosong berserta dinding yg putih legap..sgt x best rasa mcm tu..mgkin kita trlalu merindui sesuatu disamping selalu trfikir apa yg akan berlaku dlm idup kita pd masa akan dtg..

haNIz said...

Mb nk kn ketenangan kot buat ketika ni..
Selamat ya.. :)