Assalamualaikum.
Beberapa perkara berlaku kepada
Pokcik dalam beberapa minggu ini. Dengan perubahan hidup 360 darjah
semenjak hampir 8 bulan lalu, setiap perjalanan sepanjang tempoh itu
penuh dengan kisah-kisahnya yang tersendiri. Memang benar jika dikatakan
"hidup ini umpama roda" yang mana sekejap kita berada di atas dan satu
hari nanti kita akan berada di bawah. Begitulah seterusnya kehidupan
akan terus berulang. Maha kuasanya Allah S.W.T yang mengatur hidup
manusia.
Ketika kita mula berinteraksi sesama manusia
(bersahabat, bekerja, berkeluarga) ada saatnya kita akan terasa kita
memerlukan manusia lain. Which is perkara tersebut tidak salah. Ianya
adalah fitrah biologi manusia yang memang inginkan manusia lain berada
di setiap garis hidup. Interaksi manusia juga tidak hanya berlaku dalam
keadaan baik-baik saja, ada kalanya sesama manusia akan saling
bertelagah, bertikam lidah atau saling cuba menunjukkan siapa yang lebih
berkuasa sebagai manusia. Dalam situasai-situasi seperti yang
disebutkan di ataslah yang dapat menunjukkan aspek pengharapan ini.
Pokcik yakin semua kita tahu kepada siapa sebenarnya kita perlu
bergantung harap.
Allah berfirman "Dan hanya kepada
Allah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar orang yang
beriman". (Al-maidah (5), 23).
Kepada DIA sahajalah
sebenarnya kita sepatutnya bergantung harap. Kenapa? kerana kita harus
tanya kepada diri kita siapa yang menciptakan kita, malah siapa yang
merancang setiap kejadian di muka bumi ini. Kita sebagai manusia hanya
mampu mengusahakan sesuatu dengan pelbagai teknik perancangan agar
matlamat tercapai. Tetapi, hanya Allah yang maha mengetahui sama ada apa
yang kita matlamatkan tersebut wajar terkabul ataupun tidak.
Kita
juga tidak perlu risau jika kita ditakdirkan menghadapi masa-masa sukar
dengan sesama manusia. Siapa manusia untuk menentukan apa yang terjadi
kepada sesama kita. Menurut Ali Bin Abi Talib "Aku sudah pernah
merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit ialah
berharap kepada manusia".
Oleh itu, berhentilah
berharap sesama kita. Bina hubungan baik dan fikirkanlah situasi manusia
lain seolah-olah you are in their shoes.
p/s: Hanya Allah yang mampu memberi kebahagiaan untuk kita.
No comments:
Post a Comment