Assalamualaikum...
Perubahan hidup pastinya menjadikan kita bergerak umpama sebuah roda, iaitu berada sedikit berbeza dalam dimensi yang lain. Namun, kita perlu beringat bahawa perubahan hidup tidak semuanya menjanjikan kemanisan. Saya berikan contoh:
1. Seorang penganggur yang sudah lama mencari pekerjaan tiba-tiba memperolehi pekerjaan di sebuah syarikat menjual barangan terpakai.
2. Seorang penganggur yang sudah lama mencari pekerjaan tiba-tiba memperolehi pekerjaan di sebuah premis menjual barangan curi.
Pada pandangan anda, adakah kedua-dua situasi ini kita klasifikasikan sebagai perubahan hidup?
Jika tidak, maka abaikan saja pertanyaan berikutnya.
Jika jawapan anda YA, yang mana satukah perubahan hidup yang mendatangkan kebaikan dan mendatangkan keburukan?
Jawapan semua ditangan anda. Kemanisan hidup mungkin bersifat subjektif. Kita sebagai individu yang telah mampu berfikiran jauh pasti melihat kemanisan hidup dari perlbagai aspek. Nilaikan perubahan hidup kita (termasuk saya), adakah perubahan hidup ini pada akhirnya akan mendatangkan kemanisan. Saya selalu berfikir jika sesuatu yang LUAR BIASA datang kepada saya. Saya bersyukur dan kemudian berfikir mengapa sesuatu yang luar biasa datang mendekati hidup saya. Saya harap teman-teman semua mendepani perubahan hidup yang membawa teman-teman semua ke arah kebaikan.
p/s: semoga kita semua OK!
edDy sYrOl
Showing posts with label ekspresi. Show all posts
Showing posts with label ekspresi. Show all posts
Sunday, November 24, 2013
Sunday, June 9, 2013
Pen Merah Pen Biru
Kalau dulu, warna pen merah dan pen biru menjadi debaran bagi pelajar sekolah. Dakwat pen merah pada kad kemajuan sekolah menunjukkan pelajar gagal. Dakwat pen biru (atau kadang-kadang hitam) menandakan pelajar lulus.
Dulu, yang guna pen merah guru saja. Pelajar guna pen biru. Sekarang pelajar pun guna pen merah, nak buat garisan pada buku bagi cantik.
Ada juga dulu, orang-orang yang sedang mabuk asmara berpantun ria. Pen merah pen biru, you marah i love you.
Tapi kan, adakah merah dan biru dulunya merupakan warna masa hadapan? Mungkin masa kini yang kita sedang lalui adalah rentetan dari si merah dan si biru.
![]() |
| sumber grafik dari google |
Pen merah dan pen biru menghasilkan warna berbeza. Warna merah dan warna biru. Masa depan kita juga berwarna. Dari satu kain putih bersih, dipalitkan warna yang berbeza-beza. Akhirnya timbul corak yang menjadikan siapa kita sekarang.
Tapi apa yang lebih menakutkan, apabila kita tidak pasti adakah corak yang terhasil adalah corak yang memberi makna, atau hanyalah satu corak yang sia-sia. Dalam satu penghasilan seni, tiada corak yang sia-sia. Tetapi bagaimana dengan hidup?
p/s: kita tidak tahu nasib kita, dan itu amat menakutkan.
Saturday, April 20, 2013
Getar Suara
Ketika kau jejak pasir itu
Maka kau tahu ianya butiran lembut
Nyaman, segar tapi dingin sesuai waktu pagi
Cuba kau ucapkan sesuatu
Getaran suara mu tenggelam dek ombak yang menderu
Tenggelam pergi di bawa angin
Lalu emosi mengambil posisi
Kau terkenang lagi
Yakinlah
Seperti saat ombak memukul kuat pantai
Di saat itu juga kau akan lupa pada khayalan
Tentang dia, tentang aku dan tentang semua
Kau pasti marahkan bunyi lalu mencari kembali kenangan
Tapi sebenarnya biarkan saja ia hilang
Dan dengarkan saja bunyi ombak
Cuba kau nyanyikan satu lagu
Dengan getar suara mu yang kedinginan
~eddy syrol~
p/s: just a lil'bit words
Monday, December 31, 2012
Hari Terakhir 2012
Meniti hari-hari terakhir di tahun 2012, mengenangkan kembali apa yang telah berlaku disepanjang tahun ini. Pencapaian, suka, duka, tawa, tangis, keriangan, kegundahan, kegagalan, dan sebagainya. Semuanya berputar-putar dalam kepala pokcik ni.
Bermula dengan tarikh 1 January 2012, pokcik cuba imbas kembali setiap detik perjalanan hidup pokcik di tahun ini. Pokcik akui bukan semuanya keriangan, tapi tidak semuanya kedukaan. Ada detik-detik manis yang pokcik lalui dan InsyaAllah takkan dilupakan. Kedukaan akan dijadikan sebagai inspirasi dan mungkin motivasi untuk memperbaiki diri. Kedukaan mungkin kerana kegagalan mencapai sesuatu, biasalah kita sebagai manusia pasti memiliki cita-cita. Andai cita-cita itu belum tercapai, nah! Di situlah kedukaan. Melihat yang lain telah berada di landasan yang tepat, pasti mengundang rasa iri. Tetapi iri hati yang wajarlah kerana bukannya iri hati yang menyebabkan kita berfikir oraang lain perlu jatuh. Bukan..... Melihat kejayaan orang lain menjadikan pokcik lebih bermotivasi, andaipun tidak menyebabkan pokcik mahu mencari sisi kekuatan meneruskan usaha menjadi seperti mereka. Optimis kan penting dalam kehidupan.
Tahun 2012 merupakan tahun penuh doa. Pokcik rasa pokcik tidak lepas dari memohon setiap hari. Dalam doa mahupun sepanjang ingatan masih tersisa. Doa untuk ibu bapa tercinta, untuk keluarga yang masih mendukung, buat sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam meniti hidup, serta saudara seagama. Tidak dilupakan buat mereka yang telah tiada. Semoga mereka juga sentiasa mengingati pokcik dalam doa mereka. Aminnn....
Oh ya, detik yang paling menggembirakan mungkin ketika dapat bertemu ayah bonda ketika hari raya aidilfitri yang lalu. Bukan senang bertemu mereka yang jauh di tanah seberang, berjuang untuk matlamat hidup mereka yang dicita-citakan. Berjabat tangan, berpelukan dan mencium tangan mereka di hari yang cukup bermakna untuk umat Islam, satu hari kemenangan. Terima kasih ya Allah di atas peluang tersebut. InsyaAllah pokcik mahu mengulangi detik tersebut.
Hari ini, di akhir tahun 2012, semoga apa yang kita kerjakan adalah perlakuan yang bermanfaat. Diharap perlakuan yang baik akan mengatasi perlakuan yang tidak baik, iaitu Allah menerima apa yang kita kerjakan ditulis sebagai pahala bukannya dosa (pahala mengatasi dosa).
p/s: mahu memperbaiki diri dalam semua aspek kehidupan
Friday, December 14, 2012
Untuk mu Palestine
Palestine.... menjadi tanah yang di mimpikan oleh zionis yahudi. Mimpi mereka semakin hampir untuk memiliki keseluruhan tanah suci milik rakyat berhati besar ini. Rakyat Palestine menjadi pelarian di tanah sendiri. Kejam kan zionis Israel ni...
Setelah lebih kurang 8 hari melakukan serangan ke atas Palestine, Israel akhirnya akur dengan gencatan senjata. Wah....!! seluruh dunia meraikan kemenangan ini, malah pintu perbatasan dari / ke gaza kepada negara2 terdekat juga dibuka (kecuali Israel yg tetap enggan). Ya, kita selayaknya meraikan kemenangan ini.
Cuma apa yg di bimbangkan adakah kekejaman Israel akan berhenti di sini? aku percaya Israel masih tidak akan berhenti. Selagi mereka tidak memiliki keseluruhan Palestine, dan selagi US dan negara-negara sekutu masih berpihak kepada mereka, maka Palestine masih belum selamat. Sama-sama kita berdoa untuk sahabat-sahabat kita di sana.
Eh, you guys masih boikot tak barangan yang label asal yahudi? Banyak kan? senarai boleh google saja. Well, ada pihak yang mentertawakan tindakan boikot ini. Kata diaorang, buatpa nak boikot, banyak barangan yahudi ni untuk kesejahteraan hidup kita. Kalau boikot semua, macam mana nak hidup?
Phewww... anda silap. Semua adalah bergantung kepada kita. Sekarang banyak pilihan brothers and sisters. Tinggal mahu atau tidak mahu. Ingat ya, boikot ini prinsip dia adalah "IT IS NOT ABOUT THE RESULT, IT IS ABOUT THE ACT". Kita boikot bukan nak 100% berhasil (kalau berhasil menjatuhkan yahudi, syukurlah). Tetapi, ini adalah berkenaan kesedaran kita serta keperihatinan kita kepada sahabat-sahabat kita yang sedang ditindas. Boikot mana yang mampu. Kalau dah terbeli barangan-barangan yahudi, pakai sajalah. Nak buang membazir bukan? Think....
Mari sama-sama dengarkan lagu baru untuk Palestine. Dendangan Syahir Ahnaf dan rakan-rakan. Nantikan interview pokcik dengan Syahir ok...
p/s: bila kita mahu membantu, InsyaAllah kelak kita juga akan dibantu...
Sunday, December 9, 2012
Tiada Pendirian
Manusia yang tiada pendirian lebih teruk dari lalang. Sedangkan lalang biarpun ke kiri dan kanan mengikut tiupan angin, tetapi lalang tetap berdiri di tempatnya. Manusia?
Manusia yang tiada pendirian mudah untuk dipermainkan. Mereka akan mengikut kata nafsu dan lojik akal orang lain untuk menjalani hidup. Mungkin juga bagi mereka apa yang orang lain katakan adalah yang terbaik untuk kehidupan.
Pendirian atau prinsip hidup perlu dipegang. Tapi jangan sampai kita memiliki prinsip yang bukan-bukan hingga memudaratkan diri sendiri. Sebagai insan yang sudah akil baligh, sudah dewasa, dan mampu untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara, adalah lebih baik kita membuat penilaian tentang pendirian hidup yang ingin kita pegang. Membaca, bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman, dan rujuk kepada syariat (agama).
p/s: berdoalah semoga kita dijauhkan dari hidup yang tidak membahagiakan kita di akhirat kelak
Sunday, June 3, 2012
Jujur
Bila kau ucapkan pengakuan YA
Lalu raut wajah mu tidak setara
Kau berikan keizinan namun nada mu menghalang
Kau luahkan kata semangat
Di hujung ayat mu ada sengat kerisauan
Adakah ini yang dikatakan rahmat
Tidak mengapa
Ada Allah yang beri kesejukan
Ada Allah yang salurkan ketenangan
Ada Allah yang lebih tepat memberi
Yang tidak menipu pada janji
Yang tidak berselindung pada kalimat
~eddy~
Lalu raut wajah mu tidak setara
Kau berikan keizinan namun nada mu menghalang
Kau luahkan kata semangat
Di hujung ayat mu ada sengat kerisauan
Adakah ini yang dikatakan rahmat
Tidak mengapa
Ada Allah yang beri kesejukan
Ada Allah yang salurkan ketenangan
Ada Allah yang lebih tepat memberi
Yang tidak menipu pada janji
Yang tidak berselindung pada kalimat
~eddy~
Saturday, January 7, 2012
Ekspresi : Perjuangan Hidup
"Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai"
hidup itu memang penuh dengan cabaran hanya mereka yang kuat dan tegar menghadapi cabaran hidup yang akan terus kekal hidup dengan hati yang senang. hidup yang senang dengan kekayaan tidak sama dengan hati yang senang dengan perasaan yang tenteram. ada mereka yang memiliki kekayaan tetapi hati mereka tidak tenteram. maka, kekayaan yang dimiliki tidak berguna langsung kerana wang ringgit dan harta tidak mampu untuk membeli ketenteraman.
dalam hidup ni, kita akan di kelilingi oleh pelbagai ragam manusia. ada yang hanya memandang anda dengan membuat penilaian melalui apa yang mereka lihat dengan mata kasar. bagi mereka kehidupan anda adalah usaha anda yang mereka lihat. jika yang mereka lihat adalah tidak baik, maka itulah tanggapan mereka terhadap anda. tapi, kita tidak boleh menyalahkan orang lain yang tidak nampak perkara sebenar, kerana manusia itu pastinya bukan maha mengetahui dan bukan maha melihat. atas kelemahan itu, adalah lebih baik jika kita menjadi manusia yang bertimbang rasa dengan kelemahan manusia lain. jangan pula kita menjadi sama seperti mereka, yang cuma menilai melalui mata kasar sahaja. gunalah mata hati.
hidup ini ketentuan. sebab, apa yang telah terjadi pada kita telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. apa yang mampu kita usahakan ialah mengubah nikmat atas segala ketentuan hidup kita. andai kata kita mampu melakukannya, apa sahaja yang terjadi kita akan menerima dengan berlapang dada.
perjuangan hidup ini singkat sahaja. berapa lama anda hidup di dunia? 15 tahun? 25 tahun? 35 tahun? 65 tahun? itu adalah satu perkiraan matematik yang sangat singkat. usia yang kita anggap lama, sebenarnya terjadi dalam sekelip mata sahaja. maka, dalam keadaan yang sangat singkat ini, perjuangan hidup perlu dimainkan dengan percaturan yang betul. mereka yang salah memperjuangkan hidup, istilahnya bertukar dengan memperjudikan hidup. berjuanglah untuk hidup, bukan memperjudikan hidup.
~eddy syrol~
Subscribe to:
Posts (Atom)


