edDy sYrOl

Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Segmen: Diriku Istimewa







Ite rasew ite nak join segmen ni. Ite nak menang banyak adiah ( kaw tak rasa nak lempang aku tak? bahahahaahaha)....

#untuk kaw-kaw yang nak sertai segmen ni, kaw click lah banner kat atas tu ok. Click lelaju...

First of all, tahniah buat Fik sebab berjaya anjurkan segmen macam ni. Walaupun ni hanya segmen dalam blog, bukan segmen mencari menantu (ape kaitan =.=') tapi nak anjur segmen dalam blog memang perlukan komitmen yang tinggi.

~Perbandingan kelebihan~

Well fik, pokcik sejujurnya tak tahu nak terangkan kelebihan pokcik berbanding dengan orang lain. Maybe mcm fik, dia ada kelebihan yang kita nampak nyata iaitu pandai berbahasa isyarat. Tapi untuk pokcik, apa yang pokcik ada kebanyakan orang di luar sana pun ada. Sebab bagi pokcik istilah istimewa ni sesuatu yang kita miliki yang kebanyakan orang di luar sana tak miliki (kalau ada pun kuantiti sedikit). Jadi, pokcik ikhlas cakap apa yang pokcik ada biasa-biasa saja. Semua orang pun ada.

#fuhh... cukup dah ni karangan satu isi penting. Weehuuuuuu

Pokcik seru kawan2 blog semua meriahkan segmen ni k. Siapa tak join, pokcik carik sampai lubang cacing (Amaran keras...!!)

p/s: kelebihan manusia masih hanya sebagai pinjaman dari-NYA.

Tuesday, January 29, 2013

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

siapa nak join boleh click pic ini




Jumlah: 978

* dua-dua pic di atas adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Siapa tak patuhi lom akhil baligh.!!(ehapakaitan)

Pokcik tatau nak cite apa wahai tuan tanah (penganjur), pokcik main tepek-tepek boleh? hewhewhewhew....

Baiklah, pokcik nak ceritalah tentang kenapa pokcik nak join segmen ni.

1. Pokcik nak tambah kengkawan
2. pokcik nak topup RM10+buku nota
3. Pokcik berharap ada keajaiban mana tau tetiba tuan tanah up-kan hadiah jd RM100...Jyeahhhh

Jadi untuk merelasasikan hasrat pokcik yang tiga di atas, marilah menyokong blog ini sebab pemilik blog ni ensem..  KBAIMUNTOHHIJAU...!!!!

p/s: mai ramai-ramai join segmen ini

Tuesday, January 8, 2013

Segmen Saya Blogger Dari Negeri ......


nak join click banner di atas


HOHOHOHO..... kaw ingat santa ke? huhuhu.. pokcik adalah blogger dari negeri SABAH, negeri di bawah bayu.

Baiklah, pokcik nak share ape hal-hal yang menarik di negeri di bawah bayu ni. Lets......

1. GUNUNG KINABALU


Gunung tertinggi di Asia tenggara di mana gunung inilah yang paling baaaaanyak menarik pelancong untuk mengunjungi negeri Sabah. Tapi, pokcik pun tak naik lagi. Sabar jak lah.....

2. TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN


Satu lagi destinasi wajib di lawati di mana deretan pulau-pulau indah yang hanya mengambil masa kurang 30 minit dari main land kota kinabalu. Jarang kan ada pulau yang sangat dekat dengan kota (yakin jak aku).

3. SEAFOOD


Sabah memang terkenal dengan syurga makanan laut. Orang cakap (bukan aku cakap ya), makanan laut di sabah murah berbanding di negeri lain. Ini pokcik no comment sebab belum berpeluang nak pergi negeri lain.

4. RAFTING


Mari rasai pengalaman mencabar dengan ber-rafting di sungai padas. Dengar-dengar antara yang paling mencabar di Malaysia (kalau salah betulkan).

5. PULAU SIPADAN


Ingat filem duyung lakonan maya karin dan apek? Nah di situlah lokasi penggambarannya. Pulau Sipadan memang terkenal dengan keindahan khazanah lautnya. Yang suka diving atau sekadar snorkeling, marilah....

6. PULAU TIGA


Juga dikenali sebagai Survivor Island. Pokcik tengok pics yang member ambil waktu berkunjung di sini, memang terbaekkkk...

7. SABAH DANCE


Sabah terkenal dengan negeri yang mempunyai baaanyak etnik dan suku kaum (sorry aku lupa berapa bilangannya). So, siapa yang minat 'nonton tarian yang pelbagai, mai lah sini. Unik-unik dan menarik-menarik belaka.


last sekali negeri Sabah adaaaaaaaaaaa

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'





opkos lah ada aku... menarik tak? bahahahaha..ok sila muntahijo

tag: Khai
hawis

p/s: tabah saja dengan entry aku ni ok.. hahaha... gambar sumber dari google search ya. pemilik gambar boleh mintak pokcik remove pics berkaitan andai rasa ianya tidak boleh diguna pakai di sini. terima kasih. 

Wednesday, October 10, 2012

Carta 10: Situasi Memalukan Eddy Syrol

Tugasan Imunity minggu ini untuk pertarungan Battle Royale ialah kena buat satu entry betemakan "CARTA 10". Sebut tentang carta-carta ni, pokcik ingat lak top 5 yang pokcik selalu buat. Pokcik biasa mampu buat 5 je anak-anak...hohohoho...

lets cekidaud Carta 10 situasi memalukan bagi eddy syrol..


10. Salah tegur orang

Huh! Always terjadi. Kaw tau lah dekat dunia ini ada ramai muka seiras. This thing happen kalau dalam dua situasi bagi aku. First di shopping mall. Kedua dulu-dulu waktu dekat U. Untuk cover kemalu-maluan, just senyum dan blah dengan lelaju kemudian berdoa semoga orang tu tak jumpa kita lagi selama-lamanya. =.='

9. Demam pembentangan

Zaman sekolah, aku memang jenis yang paling sakit otak bila kena buat pembentangan, DI DEPAN KELAS. Muka merah, telinga merah dan panas, air mata dah bertakung, kaki bergetaran, tangan apa lagi, otak blur, suara dengar hujung2 sajork. Tapi itu dulu lah, sekarang dah sihat.. erkkk

8. Kantoi tak puasa

Ini sengal. Ketika zaman nakal-nakal rebina, aku ni nakal dalam diam tau. SO, waktu budak-budak dalam umur 8/9 tahun (xingat sangat), aku pernah sehari tu curi-curi makan. Dan kantoi oleh sorang budak kampung yang mengaji dengan bapa aku. Heboh le hari tu. Mula saat tersebut, dah tak curi-curi makan waktu puasa lagi. =.='

7. Lupa teks pidato

form 5 sampai form 6 sampai masuk U aku ni suka join pertandingan pidato. Tengok muka memang takde muka pemidato kan!! so, form 6 aku ada join Pidato Pencegahan Rasuah. Naik stage memulakan pidato meme kompiden terlampau. Mukadimah sajork gempak, masuk isi blur. Bijaknya aku tulis kat tangan, so aku jeling2 tangan. NAMUN, tangan aku bergetar. Semua penonton gelak. LOL. So, aku kena bahan....

6. Kantoi bonceng awek

Aku ni mat motor time form 6. pergi sekolah bawa motor WALAUPUN takde lesen.hew3.. Geng aku geng motor yang baik-baik (bajetttttt). SO, time hari raya kami ni mesti la naik motor dengan members tak kisah lelaki dan pompuan. At that time, motor aku kosong dan ada sorang awek yang tak naik motor lagi. Ekceli bukan awek pun, memang geng kami jugak. Sampai di satu round about, kami selisih dengan kereta guru ekonomi yang meme garang..hayoooo.... habis cuti raya, cikgu tu masuk sindir-sindir kami. Then. aku kena panggil masuk bilik guru kena ceramah dengan guru BM. Lagi, sebagai Ketua pengawas (ni paling lol), aku masuk bilik disiplin pun kena ceramah. Sekarang tak bonceng awek lagi...percaya lah.... =.='

5. Jatuh masuk lantai bocor

Dulu, aku selalu tunggu pengangkutan awam dengan kawan-kawan di sebuah gerai tinggal. gerai ni gerai lama yang dah takda orang meniaga, tepi jalan saja. So, tunggu punya tunggu pikap (pengangkutan awam zaman aku dulu dkt kg adalah pikcap, sampai skrg masih lagi ada), tetiba ada pikap datang. Aku ni lari la lelaju nak tahan pikap kan. tetiba KEDEBOOOOMM...sebelah kaki aku dah masuk dalam lantai gerai yang bocor. Nasib kawan2 bagi muka simpati, so malu dalam hati saja. =.='

4. Lupa tutup pintu toilet

Ni waktu mengaji. Bapa aku dulu buka kelas mengaji di area rumah ni saja. Satu hari tu pokcik sakit perut, nak mengehem ehem... dengan tergesa-gesa pergi toilet dan melakukan hajat. Tetiba, tengah fefiling dalam toilet, someone telah buka pintu toilet secara tetiba. Gilo tak tutup pintu. Yang lebih gilo aku just tutup muka dan badan cover dengan besen, nasib besen besar muat seluruh tubuh ku... =.='

3. Kena sepak cikgu

Ini waktu sekolah rendah. Waktu tu subjek apa tah kami satu kelas kena berkumpul di dewan terbuka atas arahan cikgu B ni. So, cikgu B mintak kami berbaris dalam beberapa barisan berasingan. Aku ni macam agak kompius la keluar masuk barisan sambil ketua kelas tolak-tolak aku untuk betulkan barisan. Tetiba PANGGGGG PANGG PANGGG... tiga das u'ols kena tepat di pipi mungil ceq... berpinar jap... sepanjang hari dekat sekolah pokcik sugul sebab malu.

2. Suara ayam

Kaw tau tak apa suara ayam? Suara yang kalau kita menyanyi or bercakap, tiba2 pecah tu. Itulah suara ayam paling merdu. Ni cerita waktu perkemahan pengakap, time tu aku form 6. Setiap sekolah yang join mesti buat persembahan. Sekolah aku pilih boria. So, aku ditugaskan jadi penyanyi utama selain mendendangkan syair di permulaan persembahan boria. So, dengan yakin pokcik melantunkan vokal lantang dan mendayu serangkap syair. Sampai baris ketiga (yang biasanya penyair akan tarik suara tinggi), suara ayam keluar PUN DENGAN NYARINGNYA. Satu dewan gelak gua cakap lu. So, sepanjang perkemahan berlangsung pokcik kena bahan =.='

1. Zip

Ok. Aku yakin cerita macam ni selalu jadi kat kaw2 semua kaum adam. Dulu aku ni pengawas pusat sumber dari form 1 - 5. Waktu aku form 4, aku jadi ketua librarian ni. Satu hari yang indah, cikgu N yang merupakan guru penasihat perpustakaan panggil aku masuk bilik. Dia nak bagi arahan la pada aku sang ketua pengawas kan. tapi muka dia macam nak gelak sambil seyum 5 cm. Selesai, aku keluar bilik dia. Betul-betulkan seluar di depan kaunter pertanyaan library. Tetiba aku rasa sesuatu kat zip. Ya Rabbi, zip lupa tutup, terbuka lebar lak tu. Nasib pakai dalaman kannnnn... So, seminggu aku boikot jumpa cikgu N.

Carta 10 ni, habis ja baca kaw orang delete dari ingatan ok..!!!!

p/s: kisah memalukan ni jadi kenangan seumur hidup.

Wednesday, September 19, 2012

FAIL PERIBADI AHLI B3:BR

Tugasan imuniti (episod 2) kini tiba untuk Battle Royale 3. Alhamdulillah pokcik tidak tersingkir di episod pertama. Wah..!! terasa macam realiti TV ja.. Baiklah, perkara di bawah ini merupakan apa yang kami perlu ketengahkan dalam tugasan imuniti kali ini. jyeahhh....!!

Nama Kumpulan: DEUX

Bidang diceburi: Freelancer/ business, economics & education

Hobi : Melancong/ menulis / membaca novel <--- semua agak skema tapi reality

Blog Pilihan : Billy Info <--- info2 menarik ada di sini

Tujuan Berblogging: lebih baik mengisi masa lapang dengan blogging kerana dapat tambah ilmu berbanding lepak dan melakukan kerja tidak berfaedah. This is just a principle.

Sifat Semulajadi pokcik :
1. kacak dan babyface
2. Hati basah
3. pendiam dari pandangan pertama saja.

Masa melayari Internet : Paling tepat waktu malam. Tapi siang-siang rajin juga. Pokcik kan rajin #eh
Link
Peserta ke final bersama ku : Nadia.

Kenapa Nadia : Sebab Nadia seorang gadis yang berani menyahut cabaran sebagai ketua kumpulan. Alasan bz sebagai seorang pelajar bukan penghalang. Yes, seorang pelajar perlu aktif dan berani seperti nadia. So, boleh jadi contoh kepada peserta-peserta lain yang masih bergelar pelajar.

Pandangan tentang B3:BR : Mencabar dari segi mental. Sebab peserta tidak tahu nasib mereka pada episod akan datang, sama ada akan kekal dalam permainan atau tersingkir. Walaupun agak sedikit mengelirukan pada awal penyertaan, tetapi sekarang boleh lihat rentak permainan sebenar battle royale ni. Tahniah penganjur hencek Awie Omar


p/s: gambate Duex


Saturday, January 21, 2012

Segmen Abang Stalker: Kenapa Lelaki .....



gambar hiasan terlampau..kbai

Tajuk: Kenapa Lelaki Menitiskan Air Mata


Wanita menangis itu lumrah. hati yang lembut dan mudah tersentuh. Kalau lelaki pulak macam mana? takkan lelaki tak menangis, sia-sialah terciptanya air mata ye dak? sebenarnya ada beberapa sebab kukuh yang boleh menyebabkan seorang lelaki macho, comel, ohsem, maskulin, dan masjoko menangis. di sini pokcik eddy nak senarikan 5 sebab KUKUH kenapa lelaki menitiskan air mata.

1. Pemergian insan yang disayangi buat selamanya: biasanya melibatkan ahli keluarga. ibu bapa dan adik beradik yang semestinya dekat dalam hidup kami sebagai lelaki. air mata lelaki disaat ini memang sangat mudah untuk dilihat mengalir membasahi pipi (ayat syahdu kan?)

2. Ketika akad nikah: 90% lelaki soleh yang membina masjid (berkahwin) akan merasa syahdu ketika dia sah bergelar suami kepada seorang wanita yang dicintainya. rasa syahdu sebab Allah swt kurniakan seorang isteri yang menepati kehendaknya dan syahdu di atas peralihan hidup zaman bujang ke alam rumahtangga.

3. Menjadi seorang ayah: kelahiran anak pertama umpama cahaya dalam hidup bagi seorang lelaki. sebesar-besar rezki adalah kurniaan zuriat yang bakal menyambung keturunannya. air mata menitis juga kerana jerih payah serta pengorbanan isteri yang sanggup melahirkan zuriat, yang bukannya mudah prosesnya. proses yang menyakitkan. pergilah ward bersalin, korang boleh nampak lelaki-lelaki yang menangis mengazankan anak mereka.

4. Ibu Bapa ke tanah suci: ini memang lazim. melihat ayah bonda pergi jauh dari pandangan mata. mengharapkan ayah bonda pergi dan kembali dengan selamat. terharu sebab ayah bonda sedang berjuang untuk menyempurnakan rukun Islam ke-5. dan terharu kerana bukan semua orang mampu dipanggil untuk memijak tanah haram Makkah.

5. Lisa Surihani: ketika Lisa Surihani mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan Yusri KRU. lelaki-lelaki yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, berhentikan kereta di bahu jalan, pasang siaran langsung dekat hot.fm, lalu menitiskan air mata kekesalan sebab terlambat meminang cik Lisa Surihani =.=' memang syahdu.

ini top 5 ye... belum top 20 lagi. inilah dia sebabnya KENAPA LELAKI MENITISKAN AIR MATA.

p/s: nak join sila CLICK SINI untuk detail info. jangan nangis2 yaw. (!_!)

Thursday, December 29, 2011

Segmen: 5 blog paling diminati 2011 By Nizam Ijam

Link


Kucing Parsi duduk di bangku
Muka berkerut macam hilang bini
Mari ikuti 5 blog pilihan ku
Yang paling meletup kebabomm tahun ini

1. Ekspresi Seorang Aku
Pemilik : Hydz Kalberos
Why kah? Blog ini memang menarik. pemilik blog ni iaitu hencek hydz pandai memasak.so, kalau takde idea nak masak apa, buka saja blog ini, boleh tiru mana-mana resipi. penyampaian juga menarik dan penuh emosi (agak melampau ye ayat ini) dan selalu buat aku geli usus.

2. Ahmad Fauzi Aryaan
Pemilik: Ahmad Fauzi Aryaan
Why kah? penggunaan kata ganti diri patik dalam entry beliau ni yang aku rasa menarik. susunan ayat yang mencuit hati tanpa paksaan, yang memang aku dapat bayangkan terhasil dengan spontan cukup menarik miinat untuk kita baca entry beliau dari mula sampailah akhir.

3. Daniel Adie
Pemilik: Daniel Adie
Why kah? blogger yang banyak mengkisahkan kehidupan sehari-hari beliau di dalam blog. bagi aku, kisah kehidupan hari-hari beliau ini cukup-cukup menarik, susah nak cari yang tak menarik. juga menampilkan gaya penulisan yang menarik, dekat dengan pembaca, malah menghiburkan.
Link
4. Lulu Pages
Pemilik : Lulu Caldina
Why kah? blog yang menampilkan berita. kalau anda-anda sekalian malas nak menapak beli news paper, hah! buka saja blog ini, memang update tentang berita. cerita hangat jangan harap tak masuk blog ini ok.

5. Aslann AS:: One Step Forward::
Pemilik : Aslann As
Why kah? i just like this blog. daya penarik ialah isi yang nak disampaikan. tak perlu ayat-ayat yang merapu meraban pun blogger ini mampu menarik minat pembaca. sebagai contoh entry tentang "5 Spesies Haiwan Yang Aku Geli Gila Babi Euuw" buat aku boleh rasa kegelian tahap erkkk takley sebut hencek aslann ni.

Nasib baik lima saja, kalau boleh cite lebih, banyak lagi list blogs yang aku minat sangat view untuk tahun 2011 yang gemilang ini. siapa-siapa nak join segmen ini, sila click gambar di atas laju-laju.

tag: Hawis
Piqah

p/s: marilah join ramai-ramai ye kawan2. click SINI sebab nak beli honda

Friday, December 16, 2011

Terima Kasih Kaki Wayang

Link
Setinggi-tinggi terima kasih buat Kaki Wayang yang sudi pilih blog aku untuk di Review. besar hati menerima pemilihan ini. aku rasa macam menang anugerah utama AIM lak. hehehhe... nak baca review dari kaki wayang, sila click pic kat atas itu. walaupun ni bukan syarat segmen, tapi aku nak buat jugak.sebab ape nak buat? sebab suka hati aku..buwahahahahaha...

kaki wayang banyak bagi cadangan. InsyaAllah akan dilakukan untuk perbaiki lagi blog aku ni. (~_~) sebenarnya aku tak reti sangat nak buat apa yang kaki wayang cakapkan tu. hehehehe..ade sape ley tunjuk ajar ku sifu tak? hohohoho.

kaki wayang aku rasa blogger yang sangat cepat meningkat naik, effort yang dia berikan kepada blog beliau membuatkan blog dia di kenali ramai. berita2 hangat memang selalu lah ada dalam blog dia tu. lagi satu, dia ni memang mahir grafik kot. kaw kaw tengok lah header dia cane. atas kepakaran dia dlm bidang multimedia tu, kaw kaw tengok lah susunan blog dia.hebat........!!

terima kasih sekali lagi KAKI WAYANG

p/s: saya terharu (~_~)

Thursday, December 8, 2011

Segmen: Kaki Wayang nak review blog

Link
giler best lah bile tahu kaki wayang nak buat segmen mcm ni. kaw kaw sekalian silalah click header kat atas tu kalau nak join. alahhhhhhhh.... senang sangat2 lah nak join segmen ni. jari sure takkan patah lor.. mata tak bengkak terbuntang pun. kalau nak maklumat lanjut silalah click header kat atas.

kaw-kaw undilah aku supaya kaki wayang ley pilih aku untuk di review.. *macalah ada undi2 bagai.. =.=

kaki wayang, silalah pilih hakoooo...............!! ngeh3x..

p/s: kenyang makan kek!

Tuesday, November 15, 2011

SEGMEN: TINGKATKAN FOLLOWER ANDA DENGAN SEKELIP MATA



yang suka:
----> blog ni tak berat.fine dan teratur.

yang tak suka:
----> buka je blog ada lagu. terkezut ceq..hehee..nasib boleh off.but still fine.

jom join segmen ni guys..click pada pic... di .........^..............

p/s: sunyi sepi aku sendiri =.=

Sunday, November 13, 2011

HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!


marilah join segmen ini. siapa2 berminat, boleh click banner di atas.

untukmemenuhi syarat segmen ini, mari ikuti sedikit info (sikit sajooo...) tentang aku dan blog ini.

Nama di blog: Eddy Syrol

Nama Blog: Aku&Hidup

Blog Bermula: tarikh tak ingat.tahun 2008.tapi aktif semenjak lebih kurang setahun lalu.

target 2011: tidak ada target khusus untuk blog.cuma giat untuk hasilkan entry yang menarik dan menyenangkan hati mereka-mereka yang membaca.itu saja.

p/s: happy blogging yaw.... (~_~) ini blog penganjur ------------> hencek hasrul

Friday, November 11, 2011

BELOGLIST AIN DZAYA | Earning Nuffnang Ain Dzaya untuk SAYA!



ini segmen memang menarik, dari blogger yang cun,untuk blogger2 yang sempoi (~_~)

sapa2 nak join, click banner di atas :)

p/s: line slow =.=

Thursday, October 27, 2011

Jawapan untuk Mr. Shuwiit....

fine..! bikin panas... adalah sorang mamat ni berani betul tag aku soalan-soalan cepumas.. kalau dinar emas takpe gak. ni soalan emas je.ley tukar dekat bank negara malaysia ke aku tanya kaw? opkos lah tak..! siapa orang itu? dialah Fezul Fadhley.
korang tak kenal? pe cer kaw tak kenal. kalau kaw tak kenal, jangan harap kaw boleh masuk sarawak. aku kenal dia, so boleh lah aku masuk sarawak makan kek lapis banyak-banyak-banyak. (arghh...membebel).

sebelum jawab soalan, ada rules yang kena patuhi. kaw tak tau yang aku tak suka rules and regulation. kene ke buat? tapi aku tetap gigih untuk copy+paste di bawah ini:

  • You must post these rules. Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
  • Answer the questions the tagger set for you their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag back.
  • No stuff in the tagging section about "you are tagged if you are reading this" you legitimately ( a.k.a really, trust, with all honesty ) have tagged 11 people.
BTW,11 things about Eddy Syrol yang kacak are:

1. lahir di sabah berketurunan jawa (suku sunda).
2. sangat suka nasi lemak dan soto.
3. berat badan tak pernah cecah more then 55kg.
4. i am so different in reality,sebab dalam laman sembang aku cam gampang banyak cakap itu ini.
5. tak suka coffee + nescafe atau makanan seerti dengan dua benda ni.
6. mudah sakit perut =.=
7. suka buangett dengan pantai dan pulau-pula indah.
8. tak reti berenang =.=
9. panas baran, tapi jarang tunjuk kemarahan.
10. pe-mandi yang lama. sgt lama dalam bilik mandi....
11. putih+hitam+hijau+biru+gray are match with my heart.

jawapan utk soalan Fezul:

1. Bila tarih lahir anda?
8.12.1986 (sila ingat..!!) aku nak hadiah..

2. Berasal dari keturunan, agama & tempat asal mana?
keturunan sila rujuk atas. Islam agama terbaik! asal sabah, the cawboy of the east.

3. Sekiranya dilahirkan sebagai artis, anda nak jadi siapa?
serious aku tanak jadi artis.kalau just public figure selain artis nak lah.beza kan?nak seperti Ally Iskandar. dia pengacara yang hebat.

4. Bila kali terakhir anda menangis? Sebab?
tadi. sebab abang aku sakit lagi dan aku takley jenguk dia sebab duduk jauh. =.=

5. Awak minat gadis yang macam mana?
bersopan santun, mentaati agama dan BIJAK.

6. Korang tengah buat apa tadi sebelum jawab soalan ni?

aku baru habis baca yasin then call abg aku tanya khabar.

7. Saat-saat indah bersama orang tersayang, bila...
hari raya.. semua family berkumpul.memang indah.irreplaceable moment.

8. Kalau berlakon dalam filem hantu, nak jadi watak hantu siapa?
jarang hantu lelaki.kak limah lah.sebab dia cun!

9. Apa korang selalu buat kat Blog aku?
baca dan kadang2 komen.

10. Kenapa suka berblog?
sebab aku suka menulis dan membaca. manusia di kurniakan dua mata, dua telinga,dua tangan dan mcm2 dua. so, jrg bercakap tapi banyak melihat dan mendengar. (menjawab kew?)

11. Apa pendapat korang tentang aku? JUJUR!
errmm... kaw meningatkan aku pada kek lapis sarawak..okbai..! hehehe... well, kaw blogger yang hebat.hebat itu subjective dan aku ada persepsi aku tentang orang2 yang hebat pada pandangan aku.

so, utk cukupkan syarat entry ni, aku nak bagi soalan padu maut. hambekk kaw..

1.fullname anda.
2.berasal dari mana dan sekarang berada di mana?
3.siapa manusia pertama yang kaw jatuh cinta sangat2..nyatakan! (optional to tell the name)
4.apa perkara yang sama antara kaw dengan aku?kalau ada.
5.yang kaw nak sangat complain pasal blog aku, apa dia?mesti ada.
6.tempat percutian idaman?
7.target kahwin?
8.result SPM berapa?jujur dan jangan malu2!
9.hp pertama yang dibeli sendiri?
10.perkara yang kaw nak sangat terjadi berulang kali dalam hidup. (cthnya: konvo <--ni aku, takley tiru).
11.kaw rasa aku ni mcm mana orangnya
?


p/s: silalah jawab, dan tag aku.aku nak baca entry kaw2 semua dan aku nak kutuk! okbai..



Sunday, October 9, 2011

mini segmen blogger pilihan chegu zubir



"saya mahu jadi blogger pilihan chegu zubir kerana saya nak chegu zubir tau yang saya lagi emsem dari dia..buwahahaha...erkk..! tak lawak... ok ok ok... saya dengan rendah hati ingin berkongsi cerita TENTANG AKU, DIA DAN SEMUANYA dalam dunia blog ni"

kat atas ni --------------^------- merupakan syarat yang perlu di penuhi.

p/s : apsal aku gigih sgt ikut segmen di pagi yang dingin ini? =.=

Pencarian 50 Blogger oleh Chegu Zubir


url : http://eddysyrol.blogspot.com

"ini belog yang emsem mcm haku.. (~_~) okbai.."






p/s : ekceli agak keliru dengan pra syarat chegu zubir ni, tapi join jugak dengan gigih =.=

Tuesday, October 4, 2011

Eddy Interview Retis : Ujang dan Lisa Surihani

guys....! bertemu lagi dalam segmen ES Interview retis. ES hentikan sementara proses temu bual dengan retis-retis yang lain, sebab nak habiskan dulu publish yang dah di temu bual. harap yang ada email ES tu, bersabarlah yaw..

Kali ini ES menampilkan seorang jejaka tak single berumur 25 tahun (aku masih tak caye umur dia 25 tahun dol) bernama Ujang. mari kita ikuti temu bual ES dengan hencek Ujang.

1. apa yang ujang suka sangat dengan blogging?

Ujang : mengisi masa lapang..=)

2. ada masa-masa tertentu ke ujang nak buat entry?

Ujang : tak..belasah jer bila ada idea.., kekadang auto publish

3. selain blogging, apa aktiviti masa lapang ujang?

Ujang : masa jarang lapang..so memang on9 jer kalau tak blogging..macam sekarang ni =)


inilah ujang

4. ujang minat sangat dengan lisa surihani (refer tu most entry). komen sikit. :)

Ujang : yup sgt minat lisa dan heliza..hahah

Eddy : sbb?

Ujang : sedap mata memandang(cantik) dan tak sombong..

5. penting tak followers bagi ujang?

Ujang : Untuk blogger yang personal sangat penting..

pic paling aku tak suke! jeles

6. saya ada terbaca dalam sebuah blog, entry dia marah-marah sebab apabila dia view dan komen di entry blogger lain, bloggers lain tak buat perkara yang sama pada blog dia.komen sikit.

:)

Ujang : jawapan rujuk entry ini

=)

http://azfar9897.blogspot.com/2011/04/aku-tak-jawap-komen-dan-aku-tak-sombong.html


7. kalau BW, ujang prefer blog yang macam mana? boleh bagi contoh

Ujang : erm..pertama blog kawan-kawan terdekat then blog yang lawak, entry tak panjang-panjang sangat , entry tak kutuk blogger.. penggunaan bahasa yang best..=)

bersama heliza..

8. apa perkara yang buat ujang teruja sangat tahun ni?

Ujang : kahwin dengan dapat berita bini ngandung..hahaha

9. antara blogging,FB dan tweeter, mana satu lebih utama?

Ujang : blogging.

ujang dikala kecik

10. Akhir sekali, ucapan utk followers ujang dan readers blog aku&hidup. silakan.

Ujang : erm..terima kasih kerana menyokong sesama blogger.

begitulah berakhirnya sesi temu bual ES dengan hencek ujang ni. u guys kalau nak terjah terajang blog ujang, bolehlah click mana-mana pic yang ada KECUALI pic lisa dan heliza...!! noted..! bertemu lagi kita bersama personaliti yang lain yaw..

p/s : harus mengambil peluang yang ada. harusss....!

Monday, October 3, 2011

Eddy Interview Retis : Darah Belanda Roxanne

u'olzzz .... bertemu lagi bersama ES dalam segmen Eddy Interview Retis..! alhamdulillah, segmen ni mendapat rating paling tinggi di Malaysia (ayat tak boleh blah). baiklah, siapa personaliti kita kali ini? seorang gadis cantik dari sabah u'olssss.. ES menampilkan seorang Roxanne untuk anda semua. mari ikuti temu bual ES bersama Herniza Roxanne Marcus.

1. apa yang roxanne suka dengan blogging?

Roxanne : boleh tulis apa saja..sbb blog ni online diary kan.kadang-kadang apa yng kita rasa tidak boleh luah kepada orang di luah di blog sahaja.

:p2. sebagai seorang yang bekerjaya, adakah roxanne ada flaxibility masa utk blogging?

Roxanne : memang di akui kalau bekerjaya ni agak sukar mahu cari masa utk blogging.kecuali btul-betul free.


Herniza Roxanne Marcus

3. kebanyakan blogger suka blogwalking (BW), roxanne suka BW di blog yang bagaimana?boleh bagi contoh?

Roxanne : suka BW d blog yang ada banyak informasi, dan kadang-kadang ada yang tulis cerpen...dan orang-orang yang slalu update. contoh blog www.irinenadia.blogspot.com

4. apa aktiviti masa lapang roxanne?

Roxanne : selain blogging, fb, shopping, menonton wayang.

5. ada tidak roxanne masukkan element-element hobby di atas dalam blog roxanne?

Roxanne : tidak ada :p

Eddy : knp?

Roxanne : mungkin rasa terlalu peribadi :p


keluarga sebelah ayah roxanne

6. boleh gambarkan diri anda dalam 5 tahun akan datang?

Roxanne : seorang berkelulusan Phd InsyaALLAH dan pensyarah yg berkaliber :)

7. roxanne berdarah kacukan bukan?

Roxanne : iya

eddy : apa pendapat roxanne tentang pandangan org bahawa mereka yang berdarah kacukan ini bijak.dan roxanne berdarah kacukan apa?

Roxanne : sebenarnya tidak semestinya yang berdarah kacukan ini bijak. semuanya bergantung kepada didikan keluarga dan diri sendiri. saya kurang setuju. Saya berdarah kacukan belanda dan brunei



roxanne cinta buku

8. boleh kongsi satu rahsia yang org lain tidak tahu tentang roxanne?

Roxanne : saya suka menyanyi :p

9. kenapa roxanne semakin sepi dlm dunia blog?tidak rasa ingin kembali aktif menghasilkan entry-entry seperti sebelumnya?

Roxanne : kerana sebelum ini blog saya di ceroboh oleh orang-orang tertentu yang secara tidak langsung menceroboh privasi saya. saya putus asa menghasilkan entry sejak tahun lepas dan berhajat untuk menukar blog

roxanne di kala kecik..tomei...!

10. akhir sekali, ucapan untuk followers anda dan juga buat pembaca Aku&Hidup. silakan

Roxanne : ucapan untuk followers, minta maaf kerana lama tidak update. lagipun entry terakhir ada menyatakan blog saya di perhatikan...selamat berhari raya, dan teruskan berblog. Untuk penginterview, terima kasih kerana sudi menemuramah.:)

begitulah berakhirnya temu bual ES dengan si manis Roxanne. kalau anda semua nak jenguk blog Roxanne, silalah click mana-mana pics kat atas yaw... semoga temu bual ini akan dapat mengeratkan silaturrahim antara blogger dengan lebih ketat (ayattttttt kaw eddy....). bertemu lagi dengan personaliti akan datang.

p/s : tadi aku minum milky tea yang sangat manis =.= rasa mcm kencing manis dah aku.