edDy sYrOl

Saturday, January 7, 2012

Ekspresi : Perjuangan Hidup


"Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai"

hidup itu memang penuh dengan cabaran hanya mereka yang kuat dan tegar menghadapi cabaran hidup yang akan terus kekal hidup dengan hati yang senang. hidup yang senang dengan kekayaan tidak sama dengan hati yang senang dengan perasaan yang tenteram. ada mereka yang memiliki kekayaan tetapi hati mereka tidak tenteram. maka, kekayaan yang dimiliki tidak berguna langsung kerana wang ringgit dan harta tidak mampu untuk membeli ketenteraman.

dalam hidup ni, kita akan di kelilingi oleh pelbagai ragam manusia. ada yang hanya memandang anda dengan membuat penilaian melalui apa yang mereka lihat dengan mata kasar. bagi mereka kehidupan anda adalah usaha anda yang mereka lihat. jika yang mereka lihat adalah tidak baik, maka itulah tanggapan mereka terhadap anda. tapi, kita tidak boleh menyalahkan orang lain yang tidak nampak perkara sebenar, kerana manusia itu pastinya bukan maha mengetahui dan bukan maha melihat. atas kelemahan itu, adalah lebih baik jika kita menjadi manusia yang bertimbang rasa dengan kelemahan manusia lain. jangan pula kita menjadi sama seperti mereka, yang cuma menilai melalui mata kasar sahaja. gunalah mata hati.

hidup ini ketentuan. sebab, apa yang telah terjadi pada kita telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. apa yang mampu kita usahakan ialah mengubah nikmat atas segala ketentuan hidup kita. andai kata kita mampu melakukannya, apa sahaja yang terjadi kita akan menerima dengan berlapang dada.

perjuangan hidup ini singkat sahaja. berapa lama anda hidup di dunia? 15 tahun? 25 tahun? 35 tahun? 65 tahun? itu adalah satu perkiraan matematik yang sangat singkat. usia yang kita anggap lama, sebenarnya terjadi dalam sekelip mata sahaja. maka, dalam keadaan yang sangat singkat ini, perjuangan hidup perlu dimainkan dengan percaturan yang betul. mereka yang salah memperjuangkan hidup, istilahnya bertukar dengan memperjudikan hidup. berjuanglah untuk hidup, bukan memperjudikan hidup.

~eddy syrol~

Friday, January 6, 2012

Sumbang Mambang : Ombak Rindu



mesti korang rasa nak muntohhh kan... hahahaha... aku try nak nyanyi dgn muzik, tp sumpah aku tak sampai suara tinggi kalau ikut muzik.. kbai..!!

lagu ni untuk mu ... (~_~)

p/s: rindu ombak

Jom Kira BMI Bloggers


adakah kaw kaw semua ni jenis yg concern tentang BMI? tau tak apa dia BMI? kalau tak tau, meh pokcik ajar camne nak tahu maksud BMI. sila pg google dan taip BMI. keh3x.. kaw rasa nak lempang aku sedas kan?

kaw kaw ley teka tak BMI aku bape? teka lah teka lah.... sebelum beri jawapan, silalah kira BMI bloggers di bawah ini :)



Amier Fekhry
Berat :
76kg Tinggi : 184cm

Link

CikBolatbolat : rahsia

Fiq Fikri
Berat :
76kg Tinggi : 178cm



Hans Hanis : tak ingat


Hawis
Berat :
48kg Tinggi : 170cm



Hydz
Berat :
49kg Tinggi : 167cm



Cikgu KesOm
Berat :
56kg Tinggi : 162cm


Sudirman
Berat :
78kg Tinggi : 182cm



Yazidy
Berat:
56kg Tinggi: 169cm

macam-macam jawapan bukan? ada tak ingat, rahsia pun ade...hehehehe.. ni aku tanya spontan je ni. sampai ada yang hairan.. sorry guys, aku saja nak buat entry sempoi.. hehehhe... so, silalah kira BMI bloggers ini. untuk kira BMI tersebut, meh CLICK SINI ermmm... jelesnya dengan berat badan mereka2 di atas :(

p/s : jawapan BMI aku ialah, dengan ketinggian dan keberatan paling KURENGG berbanding semua jejaka di atas.. so? sedey3.. =.='

Berhati-hati lah budak sekolah


Hari khamis lepas, ketika aku on the way nak ambik akak dari sekolah, aku dengan hanya berkelajuan 60 - 70 km/j hampir terlanggar seorang budak sekolah yang baru turun dari kenderaan awam. for your info, kenderaan awam utama di daerah aku tinggal ini ialah lori pick up yang telah diubah suai.

budak lelaki yang tak lah emsem sangat ni melintas jalan tanpa melihat kiri kanan. tapi, dia busy dengan membelai rambut dia yang kononnya sangat ohsem.... hakkthuii.. nasib baik dia perasan aku di saat-saat akhir dan dia berhenti betul-betul di garis tengah. sumpah aku memang tak sempat nak break ok!! kalau tidak..... TANAKFIKIR..!!

i wonder, bila tengok budak-budak zaman sekarang, yang sekolah menengah lah, terutama lelaki mahupun yang tak berapa lelaki (erkkk) sangat pentingkan gaya ok. rambut fuhhh..retissss sangaddd... zaman ceq, rambut pacak kbai..denda. advance3...

sorrylah, rasa malam ni cam nak membebel saje... =.='

p/s: leher ceq rasa pegal-pegal =.='

Thursday, January 5, 2012

Cerita benar dia


Ini cerita dia:

Bila aku menangis, aku harap tiada siapa yang melihat, malah mengetahuinya.
Aku malu untuk menjadi lemah di hadapan siapa pun.
Biar hanya DIA yang tahu ada air mata yang mengalir.

Aku selalu menjadi orang lain.
Menjadi seseorang yang bersahaja di hadapan semua.
Sehinggakan tidak ada siapapun yang tahu di sebalik raut wajah bersahaja itu.
Tapi.... hakikatnya aku selalu tidak terdaya.
Hakikat manusia yang tidak berdaya, yang hanya bergantung pada Penciptanya.

Kalau diizinkan, aku ingin kembali di masa lalu.
memperbaiki semua kesilapan yang pernah dilakukan.
mengubah semua perkara dan kembali mengambil keputusan yang bijak dalam hidup.
itu cuma angan2.
mimpi dan khayalan yang tidak mungkin akan terlaksana.

Siapalah aku untuk menentang takdir.
Siapa mereka untuk menidakkan usaha aku yang tidak kelihatan.
Siapa semua untuk sama-sama memikul bebanan.
Kita bukan siapa-siapa untuk orang lain.
Malah, kita bukan siapa-siapa untuk diri kita sendiri.

p/s: siapakah dia? hanya Yang Maha Esa yang maha mengetahui (~_~)

Lunch : Telur Burger Ayam + Ayam Goreng Madu

Ini telur burger ayam. bunyi cam sedap tak?hehehe... simple saja. pukul 3 biji telur sampai sedikit kembang. ambik burger ayam (daging pun boleh) kemudian cincang halus. goreng burger tadi tapi jangan bagi garing. goreng lite2 saja. masukkan burger yang dah di goreng td ke dalam bekas telur itu. kacau bagi sebati. last sekali, goreng telur tersebut macam buat telur dadar. kalau rajin sediakan sos dia mcm aku buat tu. sweet and sour sos.


Ini ayam goreng madu. hambek ketulan-ketulan ayam. basuh..!!! then. lulurkan dengan madu. letak lah apa-apa perasa kaw kaw suka. perap dalam 10 ke 15 minit cukuplah. lama sangat lapar aku..!! goreng macam biasa. jangan kuatkan api sangat, kang jadi mcm ayam aku kat atas tu. demm... =.='

p/s : inilah ciri masakan orang bujang (~_~) simple

Mari ke Sekolah

yesterday, aku di minta oleh akak aku untuk mendaftarkan anak dia ke sekolah. Sekolah Tadika PASTI Al-Firdaus. happy bila tengok anak-anak bersemangat untuk kembali ke sekolah. ini merupakan tahun ke tiga anak menakan aku ni bersekolah. so, tahun depan, bolehlah dia melangkah ke tahun 1. macam-macam ragam yang aku dapat lihat. ceria tu for sure lah (~_~)

yang ditunjukkan oleh anak panah merah tu merupakan anak menakan aku, nama Naqiyyah. suara nyaring ok..!! lihatlah sesi suai kenal mereka, dan Naqiyyah sedang perkenalkan kazen dia (yang beranak panah purple) nama dia Izwan.


lihat pic di atas, budak tu menangis cari umi dia. hehehe... umi dia dah g khoje.. kesian3x.. menangis sampai termuntah ok..



bersepah kasut-kasut dan selipar. adeyyy... inilah sesi pendaftaran budak sekolah yang penuh warna-warni. time ni aku terfikir, alangkah indah kalau masa itu boleh diputarkan semula. bolehlah aku kembali ke zaman kanak-kanak dan merubah banyak perkara yang sememangnya aku ingin sangat terjadi. tapi, itu cuma angan-angan.

buat adik-adik yang masih bersekolah, selamat kembali ke sekolah. hargai masa-masa korang kini. penting bagi kaw kaw semua ye adik untuk mencintai sekolah. zaman sekolah sepatutnya jadi zaman yang menyeronokkan.

p/s: sleepy but i won't sleep.. =.='