edDy sYrOl

Saturday, January 21, 2012

Segmen Abang Stalker: Kenapa Lelaki .....



gambar hiasan terlampau..kbai

Tajuk: Kenapa Lelaki Menitiskan Air Mata


Wanita menangis itu lumrah. hati yang lembut dan mudah tersentuh. Kalau lelaki pulak macam mana? takkan lelaki tak menangis, sia-sialah terciptanya air mata ye dak? sebenarnya ada beberapa sebab kukuh yang boleh menyebabkan seorang lelaki macho, comel, ohsem, maskulin, dan masjoko menangis. di sini pokcik eddy nak senarikan 5 sebab KUKUH kenapa lelaki menitiskan air mata.

1. Pemergian insan yang disayangi buat selamanya: biasanya melibatkan ahli keluarga. ibu bapa dan adik beradik yang semestinya dekat dalam hidup kami sebagai lelaki. air mata lelaki disaat ini memang sangat mudah untuk dilihat mengalir membasahi pipi (ayat syahdu kan?)

2. Ketika akad nikah: 90% lelaki soleh yang membina masjid (berkahwin) akan merasa syahdu ketika dia sah bergelar suami kepada seorang wanita yang dicintainya. rasa syahdu sebab Allah swt kurniakan seorang isteri yang menepati kehendaknya dan syahdu di atas peralihan hidup zaman bujang ke alam rumahtangga.

3. Menjadi seorang ayah: kelahiran anak pertama umpama cahaya dalam hidup bagi seorang lelaki. sebesar-besar rezki adalah kurniaan zuriat yang bakal menyambung keturunannya. air mata menitis juga kerana jerih payah serta pengorbanan isteri yang sanggup melahirkan zuriat, yang bukannya mudah prosesnya. proses yang menyakitkan. pergilah ward bersalin, korang boleh nampak lelaki-lelaki yang menangis mengazankan anak mereka.

4. Ibu Bapa ke tanah suci: ini memang lazim. melihat ayah bonda pergi jauh dari pandangan mata. mengharapkan ayah bonda pergi dan kembali dengan selamat. terharu sebab ayah bonda sedang berjuang untuk menyempurnakan rukun Islam ke-5. dan terharu kerana bukan semua orang mampu dipanggil untuk memijak tanah haram Makkah.

5. Lisa Surihani: ketika Lisa Surihani mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan Yusri KRU. lelaki-lelaki yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, berhentikan kereta di bahu jalan, pasang siaran langsung dekat hot.fm, lalu menitiskan air mata kekesalan sebab terlambat meminang cik Lisa Surihani =.=' memang syahdu.

ini top 5 ye... belum top 20 lagi. inilah dia sebabnya KENAPA LELAKI MENITISKAN AIR MATA.

p/s: nak join sila CLICK SINI untuk detail info. jangan nangis2 yaw. (!_!)

Friday, January 20, 2012

Duit Banyak atau Duit yang berkat


Hari ini, dalam perjalanan nak pergi solat jumaat, my sister,my bro and I dalam kereta dan aku drivernya. so ape kes? hehehe.. so sebagai pemandu, aku cuma diam saja. ada perbincangan antara akak aku dan abang aku.

Perbincangan lebih menjurus soal rezeki manusia. akak aku cakap, rezeki manusia ni dah ditetapkan oleh Allah swt. dia nasihat dekat kiteorang, zaman sekarang kalau dapat peluang kerjaya, ambil saja. jangan memilih sangat dan jangan tunggu kerja yang kita idam-idamkan, tapi masih tak pasti. Akak aku cakap, kerja lah dalam apa lapangan pun ASALKAN jangan kita gadaikan ibadah.

Akak aku cerita juga pengalaman dia dulu2. waktu dia masih lagi kerja dengan company gaji kecik, dia cakap pernah dia outstation, dalam satu bas, ketika dalam perjalanan dia mintak bas berhenti. kenapa? sebab dia nak solat dulu. ada orang dalam bas protes, kata nanti lambat sampai ke destinasi. akak aku berkeras, dia cakap kalau semua nak rush, tinggalkan saja dia dekat tempat solat tu. akhirnya, bas tu berhenti juga untuk turunkan akak aku solat dan most of insan2 dalam bas tu muka masam termasuk yang sepatutnya mengerjakan solat. akhirnya, yang paling best ialah, pemandu bas yang bukan beragama Islam tersebut pula yang bertanya dalam perjalanan seterusnya di mana bas perlu berhenti untuk solat. tak ke sentap semua yang dalam bas? moral di sini, kita kena tegas dengan prinsip kita terhadap pegangan agama. orang akan beri rasa hormat pada kita bila kita tahu menghormati perintah Allah. Akak aku cakap, itu janji Allah. Allah tidak akan tinggalkan orang2 yang selalu ingat padanya.

Akak aku cerita lagi, dia pernah datang interview dekat sebuah company juga. dan kebanyakan orang atasan, termasuk yang jadi interviewers adalah bukan beragama Islam. so, dalam sesi temu duga, sebelum apa2 soalan ditanya, soalan pertama yang interviewer tu tanyakan ialah "sanggupkah awak buka tudung jika diterima bekerja di syarikat ini? kami mahukan pekerja yang berfikiran terbuka, termasuklah dari aspek berpakaian." bila dengarkan sahaja soalan itu, akak aku jawab "Tidak apa lah encik. saya tarik diri." ada a few kawan2 akak aku yang sanggup buka tudung, dah keje disyarikat tersebut sampai sekarang. tapi, akak aku cakap, kerjaya mereka takat tu sajalah. prinsip mereka dalam agama dibuang begitu sahaja.

beginilah, sebenarnya semua orang nak bekerja sebab nak mendapatkan rezeki. rezeki dalam bentuk apa? sudah pasti dalam bentuk wang ringgit bukan? sebenarnya, rezeki/duit yang kita ada ni, yang kita pegang ni, yang ada dalam bank account kita, bukan diukur dari banyaknya jumlah wang tersebut. tapi percayalah, ianya akan lebih indah dengan berkatnya wang yang kita miliki. trust me, wang yang sedikit jumlahnya, tapi jika ianya adalah hasil yang barokah, pasti ianya mencukupi untuk kamu kamu semua menjalani hidup.

Sedikit perkongsian: “Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)"

p/s: marilah kita sama-sama ingatkan diri kita (~_~)

Bapa Borek Anak Rintik

Gambar Hiasan

Pernah tak dengar Pepatah BAPA BOREK ANAK RINTIK. Eh... betul ke pepatah?ke peribahasa? hehehe... mana-mana lah ya. like father like son. itu omputihnya. ok cukuplah mukadimah ini dah cukup panjang ye dak?

hari ini aku terasa nak ekspresikan pendapat. tadi terdengar seorang hamba Allah ni cakap "budak ni mesti kena pantau, mulut dia boleh tahan. kadang-kadang suka merendah-rendahkan orang lain". FYI, budak yang dimaksudkan itu baru berusia 6 tahun.

Secara tidak langsung bila hamba Allah ni cakap macam tu, aku terus terfikir siapa bapa budak ni eh? hah...!! aku ingat bapa dia. terus otak aku scan bapa dia ni atas bawah depan belakang luar dalam. hebat tak? ngeh3x. alkisahnya aku kenal lah juga dengan ayahanda budak ni. seorang guru sekolah rendah. dan kebetulan berjumpa dengan si ayahanda ni somewhere. aku amati cara ayahanda ni bercakap. siap dalam kata-kata dia ada perkataan lahanat bla bla bla.

baiklah, aku nak tanya korang la ye hadek2, kalau budak-budak ni kita ajar dua jenis perkataan.
1. perkataan baik baik belaka/sopan
2. perkataan tak baik/tak sopan

pada pandangan korang, mana satu yang mudah melekat dalam minda buadak2? 90% aku cakap dengan kaw kaw sekalian bahawa budak2 akan lebih mudah ingat perkataan tak baik. kenapa?itu aku tak tahu pula. so, bila kita sebagai orang dewasa, apatah lagi ayah ibu kepada anak-anak yang shomelll, apakah wajar untuk kita menuturkan perkataan yang tak elok di hadapan anak-anak? cuba kaw jawab (touching jap). sikap kita sebagai orang dewasa akan secara langsung mempengaruhi sikap anak-anak. walaupun pokcik eddy takde anak kandung lagi, tetapi anak menakan dah bersusun juga. so, pokcik dapat lihat lah bagaimana sikap ibubapa kepada anak menakan pokcik ni memang mempengaruhi sikap anak-anak mereka. yang baik, yang tak baik, yang positif, yang negatif semua pokcik boleh nampak.

jadi, tolonglah risaukan perkembangan anak-anak. jangan sebab kita sombong menganggap sikap kita ni dah baik sangat, sampai jadi tahap lupa diri, dan sikap tu pengaruhi pada anak. macam harta pula kan? boleh main turun temurun. tapi, hal ini realiti guys. jangan ambil mudah. sebab itu dalam Islam ada konsep muhasabah diri. kita cermin diri kita, imbau kembali apa yang dah kita buat. bila kita selalu muhasabah, InsyaAllah kita akan dihindarkan daripada pengaruh sikap2 mazmumah.

Sedikit perkongsian: Sabda Rasulullah SAW: “Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia mengatakan perkara yang baik atau diam.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

bertapa pentingnya menjaga tutur kata/lidah yang mana setiap apa yang kita katakan itu, sebenarnya menggambarkan sikap kita. jangan kerana lidah kita yang tidak menuturkan perkara yang tidak elok, maka tempiasnya terpalit kepada anak-anak kita yang masih polos.

p/s: muhasabah diri kita (~_~)

Wednesday, January 18, 2012

Ekspresi : Hidup dan pilihan


Pilihan dalam hidup merupakan sesuatu yang sangat sukar. terlalu sukar =.='

p/s: jangan menyesal bila sudah memilih

Bermulanya Makan Ubat


Tadi aku pergi clinic dengan my sister. dua2 tak sihat. demam dan batuk. my sister dapat 4 jenis ubat. tak sure dia dapat ubat apa, tapi aku dapat tiga jenis ubat sahaja.

Inilah ubat-ubat tersebut. yang kapsul tu ubat mati kuman. kena habiskan no matter what. mandatori...!! yang warna kuning pula ubat demam,selsema dan tonsil. ubat ni boleh menyebabkan rasa mengantuk. terbukti, memang aku mengantuk dikala ini. juga ubat batuk.

harap-harap semuanya ok. sembuh cepat dan melalui hari-hari seperti biasa. Terima Kasih buat Yang Maha Esa yang menciptakan sakit. bila kita sakit, kita semakin dekat dengan Allah swt. dan semoga kita terus dekat pada-Nya.

p/s: kejap lagi mesti aku lalok dan landing zzzz

Lunch: Sup telur



Ini merupakan sup telur. first time juga buat. aku just google saja cara2 nak buat ni. Alhamdulillah, jadi juga. nak buat ni simple saja. letak mee sohoon (sorry kalau silap ejaan) untuk jadikan sup ini lebih istimewa.

try lah, berkhasiat untuk seisi keluarga.

p/s: masak boleh buat kita hilang stress

Hargai Ibu Anda. هذا الزمان



p/s: Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. itu tandanya besar sungguh pengorbanan seorang ibu. ingat semua. ingat...