edDy sYrOl

Tuesday, January 10, 2012

Breakfast : Nasi Lemak Hati Ayam

Link
Baiklarhhhh... ini sebenarnya breakfast pagi tadi. enak bukan?opkos enak!! macam mana cara membuatnya? mari pokcik ajarkan..

memula beli nasi lemak harga 50 sen, kemudian letak hati ayam masak kicap dua ketul, kemudian letak sedikit keropok ikan. hah..! senang kan? buwahahaha...

neway, semalam hencek Hydz telah me-review blog aku. kaw komen blog aku ye hydz..!!! siap kaw..!! hehehee... timaseh lah buat kaw sudi review blog pokcik naaa....

p/s: memerlukan malam yang ohsemm... =.='

Monday, January 9, 2012

Breakfast : fries + Telur + Burger


Assalamualaikum + morning.
gigi pokcik makin lega harini. walaupun hanya berkumur banyak banyak baaaanyak dengan listerine.

breakfast hari ini simple saja. seperti yanga da di gambar itu. burger ayam yang di belah dua, telur hancur yang mengandungi origano juag fries. sekian..

p/s: berehat saja =.='

Sunday, January 8, 2012

Pokcik Sakit Gigi



Hari ini, aku sakit gigi. gigi ni tetiba sakit time aku nak mandi tengah hari *kantoi tak mandi pagi.
sakit gigi ni sangatlah sengsara ok. berdenyut-denyut. gigi yang sakit ni dekat bahagian dalam. so, bila check dekat cermin, aku nganga besaw-besaw pun tak nampak lah kan. payah3... tapi aku suspect gigi aku ni bukan berlubang, tapi mungkin ada bahagian yang bengkak. apakah yang berlaku? ada gigi nak tumbuh ka? ka gigi memburuk? hey..!! pokcik berus gigi 8 kali sehari ok. *erkkk

rasa nak pergi clinic, tapi ini kan dah malam. kawasan down town (down town lah sangat..!!) memang susah nak carik clinic yang buka di malam hari pada hari weekend ye. hospital lagilah.bahagian gigi takdenyer malam-malam..ohh ya, ada clinic buka, tapi clinic tu mahal. bertahan sajalah ya...

berikut ada beberapa petua yang aku jumpa melalui pokcik google untuk bengkak gusi dan sakit gigi :

1. Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan. Air rebusan yang telah suam boleh buat berkumur. Lakukan tiga kali sehari, bengkak akan pulih dengan segera.

2. bawang putih bubuh sikit garam, kemudian tumbuk. letakkan di bahagian gigi yang sakit.

3. Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi bila nak gosok gigi setiap pagi ataupun sebelum tidur. Amalkan cara ni korang bukan setakat dapat mencegah sakit gigi, malah gigi korang akan jadi lebih putih dan berseri

4. Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas

5. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi

6. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang

so guys, mana satu yang pokcik boleh guna pakai? sungguh sadis sakit gigi ini ok...

p/s: sure tak tido malam ni =.='

Saturday, January 7, 2012

Iklan : YOLI


anda kenal Darent Falter? beliau telah mereka teknik MARKETING MAINTENANCE FREE dari bonus. Malaysia menjadi negara kedua di dunia dan baru sahaja bermula pada September 2011.

Founder dan executive VP Yoli ini telah mengkaji segala permasalahan yang usahawan Network Marketing hadapi dalam membina perniagaan sebegini. Dengan itu, lahirlah syarikat ini yang banyak menyelesaikan masalah dalam Networking Marketing.

Tiada flushing, tidak perlu menjual, tidak perlu risau dengan main harga, tidak perlu menghantar produk, support system direka secara online, pendaftaran, pembelian, virtual office dan banyak lagi dilakukan secara online. Yoli akan memberikan gaya hidup yang anda impikan.

maklumat lanjut sila KLIK SINI ataupun klik iklan YOLI di side bar blog ini.

Ekspresi : Perjuangan Hidup


"Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai"

hidup itu memang penuh dengan cabaran hanya mereka yang kuat dan tegar menghadapi cabaran hidup yang akan terus kekal hidup dengan hati yang senang. hidup yang senang dengan kekayaan tidak sama dengan hati yang senang dengan perasaan yang tenteram. ada mereka yang memiliki kekayaan tetapi hati mereka tidak tenteram. maka, kekayaan yang dimiliki tidak berguna langsung kerana wang ringgit dan harta tidak mampu untuk membeli ketenteraman.

dalam hidup ni, kita akan di kelilingi oleh pelbagai ragam manusia. ada yang hanya memandang anda dengan membuat penilaian melalui apa yang mereka lihat dengan mata kasar. bagi mereka kehidupan anda adalah usaha anda yang mereka lihat. jika yang mereka lihat adalah tidak baik, maka itulah tanggapan mereka terhadap anda. tapi, kita tidak boleh menyalahkan orang lain yang tidak nampak perkara sebenar, kerana manusia itu pastinya bukan maha mengetahui dan bukan maha melihat. atas kelemahan itu, adalah lebih baik jika kita menjadi manusia yang bertimbang rasa dengan kelemahan manusia lain. jangan pula kita menjadi sama seperti mereka, yang cuma menilai melalui mata kasar sahaja. gunalah mata hati.

hidup ini ketentuan. sebab, apa yang telah terjadi pada kita telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. apa yang mampu kita usahakan ialah mengubah nikmat atas segala ketentuan hidup kita. andai kata kita mampu melakukannya, apa sahaja yang terjadi kita akan menerima dengan berlapang dada.

perjuangan hidup ini singkat sahaja. berapa lama anda hidup di dunia? 15 tahun? 25 tahun? 35 tahun? 65 tahun? itu adalah satu perkiraan matematik yang sangat singkat. usia yang kita anggap lama, sebenarnya terjadi dalam sekelip mata sahaja. maka, dalam keadaan yang sangat singkat ini, perjuangan hidup perlu dimainkan dengan percaturan yang betul. mereka yang salah memperjuangkan hidup, istilahnya bertukar dengan memperjudikan hidup. berjuanglah untuk hidup, bukan memperjudikan hidup.

~eddy syrol~

Friday, January 6, 2012

Sumbang Mambang : Ombak Rindu



mesti korang rasa nak muntohhh kan... hahahaha... aku try nak nyanyi dgn muzik, tp sumpah aku tak sampai suara tinggi kalau ikut muzik.. kbai..!!

lagu ni untuk mu ... (~_~)

p/s: rindu ombak

Jom Kira BMI Bloggers


adakah kaw kaw semua ni jenis yg concern tentang BMI? tau tak apa dia BMI? kalau tak tau, meh pokcik ajar camne nak tahu maksud BMI. sila pg google dan taip BMI. keh3x.. kaw rasa nak lempang aku sedas kan?

kaw kaw ley teka tak BMI aku bape? teka lah teka lah.... sebelum beri jawapan, silalah kira BMI bloggers di bawah ini :)



Amier Fekhry
Berat :
76kg Tinggi : 184cm

Link

CikBolatbolat : rahsia

Fiq Fikri
Berat :
76kg Tinggi : 178cm



Hans Hanis : tak ingat


Hawis
Berat :
48kg Tinggi : 170cm



Hydz
Berat :
49kg Tinggi : 167cm



Cikgu KesOm
Berat :
56kg Tinggi : 162cm


Sudirman
Berat :
78kg Tinggi : 182cm



Yazidy
Berat:
56kg Tinggi: 169cm

macam-macam jawapan bukan? ada tak ingat, rahsia pun ade...hehehehe.. ni aku tanya spontan je ni. sampai ada yang hairan.. sorry guys, aku saja nak buat entry sempoi.. hehehhe... so, silalah kira BMI bloggers ini. untuk kira BMI tersebut, meh CLICK SINI ermmm... jelesnya dengan berat badan mereka2 di atas :(

p/s : jawapan BMI aku ialah, dengan ketinggian dan keberatan paling KURENGG berbanding semua jejaka di atas.. so? sedey3.. =.='