edDy sYrOl

Wednesday, August 28, 2013

Cemburu

Seriously, aku ni kuat cemburu. Tapi Alhamdulillah, takda la sampai cemburu yang memakan diri dan menyusahkan orang lain. Sebab kita selalu juga dengar, ada orang cemburu sampai menganiayai orang lain. Hantar itu hantar ini, buat itu buat ini sampailah puas hati. I am not gonna be like that!!..

Aku cemburu kalau lihat kejayaan orang lain. Well, as a human being memang hal ni normal kan? normal ka? melihat teman-teman yang telah atau sedang berada dalam track yang betul, aku cemburu. Tapi aku gembira. Confuse tak? 

Cemburu sebab aku tak / belum lagi berada setaraf dengan mereka-mereka. aku masih ketinggalan di belakang. Sedang berusaha mengejar. Gembira sebab mereka kawan-kawan aku dan aku kenal mereka. it is just like mereka-mereka memotivasi aku. Kira cemburu dalam pengertian yang positif la kot. 

Aku selalu terfikir apa yang mereka-mereka telah buat sampaikan mereka berada di tahap sebegitu. Conclusion, aku masih kekurangan berbanding mereka. Maybe bukan sepenuhnya material, tapi usaha. Going extra miles. Aku selalu jumpa ayat ini dalam novel bacaan aku karya A.Fuadi. Maybe, aku mesti lakukan extra miles untuk sama tahap dengan mereka-mereka. 

Motivator-motivator terkenal selalu kata, apa yang kita miliki sekarang adalah apa yang memang kita perlukan. Means? Allah berikan sesuatu pada kita atas dasar kemampuan kita untuk memilikinya. bayangkan kalau kita memiliki lebih daripada apa yang kita perlukan, mungkin kita tidak dapat mempergunakannya semaksimum mungkin. contoh harta, maybe berlaku pembaziran dan sebagainya. Aku lihat itu sebagai situasi yang sama dengan diri aku sekarang. Intinya, bersyukur dan teruskan usaha. 

p/s: gambateee nee.....!!

Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat blog.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin. Andai selama kita kenal dalam dunia blog ini, seandainya aku ada terkasar bahasa dan terlanjur terkhilaf, semoga semua boleh memaafkan aku. 

Semoga sikap baik kita yang telah dipupuk semenjak sebulan Ramadhan lalu akan kita istikamahkan bermula saat ini. Buat sahabat-sahabat yang ada sms dan call aku, tapi aku tak reply dan tak pickup phone (phone back), maaf ya. Mobile phone aku rosak buat masa ini. Just boleh baca sms saja. In Shaa Allah, kalau aku dah beli baharu or baiki HP tu nanti, kita boleh keep in touch again. 

SELAMAT HARI RAYA, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN..

p/s: jaga kesihatan semua, time raya ni lah penyakit sana-sini sebab makan tak jaga. 

Saturday, July 6, 2013

Ramadhan is coming.....!!!!

Assalamualaikum...

Macam masa berlalu terlalu pantas, kan? Bulan Sya'ban dah nak melabuhkan tirai dah ni. Sikit masa lagi kita akan menyambut datangnya bulan Ramadhan. Apa kata dalam hari-hari terakhir ni kita check balik ilmu dan pengetahuan kita tentang bulan Ramadhan, boleh?

found using google search


1. Niat puasa.

2. Syarat-syarat sah puasa.

3. Syarat-syarat wajib puasa.

4. Perkara-perkara yang membatalkan puasa. 

5. Amalan-amalan sunat ketika berpuasa.

Nah..!! zaman serba canggih ni, maklumat semua dihujung jari, tinggal search kaworang semua akan dapat la segala info yang dikehendaki. Selamat berusaha ya sahabat-sahabat.

p/s: kita rindu Ramadhan..dan ia datang lagi... (~_~)

Sunday, June 23, 2013

Jerebu sana-sini

Assalaamu'alaikum Semorang.
Sihat Kah? Harap semua sihat2 saja lah. Dalam keadaan jerebu melanda negara kita, harap semua hati2 ketika berada di Luar rumah. sila jaga kesihatan ya. Dekat sini, bacaan IPU tak seteruk di semenanjung. Maybe dalam sekitar 50 ke 60 kot. Less 100 lah. Kira masih ok, jarak pandangan pun masih releven. Maka, untuk teman2 yang berada di kawasan yang teruk bacaan IPU, sila pakai mask.

WHAT? Malu pakai mask? Tak hilang punya Henseum, jambu, jelita, comei kurang kalau pakai mask tu ya. Healthy first...

Harini pokcik langgar bucu kayu. Blatant hidunag aku luka Dan beradarah. Ok sedih, kesian hidung aku kan. Maka, minyak gamatlah disapu untuk menyembuhkan luka.

P/s: berparutlah wajah pokcik. Masih sayang pokcik tak? Kbai..!!!!!


Sunday, June 9, 2013

Pen Merah Pen Biru

Kalau dulu, warna pen merah dan pen biru menjadi debaran bagi pelajar sekolah. Dakwat pen merah pada kad kemajuan sekolah menunjukkan pelajar gagal. Dakwat pen biru (atau kadang-kadang hitam) menandakan pelajar lulus. 

Dulu, yang guna pen merah guru saja. Pelajar guna pen biru. Sekarang pelajar pun guna pen merah, nak buat garisan pada buku bagi cantik.

Ada juga dulu, orang-orang yang sedang mabuk asmara berpantun ria. Pen merah pen biru, you marah i love you. 

Tapi kan, adakah merah dan biru dulunya merupakan warna masa hadapan? Mungkin masa kini yang kita sedang lalui adalah rentetan dari si merah dan si biru. 

sumber grafik dari google


Pen merah dan pen biru menghasilkan warna berbeza. Warna merah dan warna biru. Masa depan kita juga berwarna. Dari satu kain putih bersih, dipalitkan warna yang berbeza-beza. Akhirnya timbul corak yang menjadikan siapa kita sekarang. 

Tapi apa yang lebih menakutkan, apabila kita  tidak pasti adakah corak yang terhasil adalah corak yang memberi makna, atau hanyalah satu corak yang sia-sia. Dalam satu penghasilan seni, tiada corak yang sia-sia. Tetapi bagaimana dengan hidup?

p/s: kita tidak tahu nasib kita, dan itu amat menakutkan. 

Sunday, June 2, 2013

Weekend is Lovely

Assalamualaikum...!!

Hari ini hari ahad, aku rasa macam nak buat terjunan superman pulak dari atas bangunan Yayasan Sabah. Mesti nikmat...!! Grrrr

Inilah faktor kebosanan yang amat. Well, pokcik tak boleh nak merayap sangat sekarang ni. Kerja sedang berbaris menanti untuk diselesaikan. Perghhhh... kan bagus kalau ada PA, boleh tolong aku.


Sebenarnya entry ni pasal begini:

Jika kamu melihat kejayaan seseorang, apa kata kamu raikannya. Raikannya dengan memanjatkan kesyukuran atas kejayaan mereka. Mintaklah Allah permudahkan jalan hidup kamu supaya masa kamu akan tiba kelak untuk mengecapi kejayaan seperti mana orang lain.

Memang betul, satu perkata yang paling susah untuk kita lakukan dalam hidup adalah ikhlas. Ikhlas memberikan sesuatu, ikhlas membantu, ikhlas mendoakan. Ada yang mampu ikhlas, tapi dalam tempoh kiraan masa yang singkat. 

Tapi, semoga kita semua ikhlas dengan takdir hidup kita yang telah ditentukan-Nya.

p/s: amin.... (~_~)

Monday, May 27, 2013

Untuk jiwa


Pagi hening
Jiwa berfikir
Fikiran kacau
Burung ketawakan aku.

Berlari sang awan
Umpama benci pada atmosfera alam
Atau membenci aku yang memandangnya.

Langkah yang lemah
Ku bawa terpaksa bersama kelemahan
Biar lemah terlihat gagah
Walhal yang lemah adalah yang paling hina
Terpaksa melangkah lagi
Garisan itu masih jauh
Dan yang lemah masih perlu terus melangkah.

p/s: biar