Pagi ini abang pokcik post dekat group sibling whatsapp gambar ema (my mom) yang tengah pandang diaorang nak balik dah. Since sorang abang pokcik dan kakak cuti lebih lama, maka diaorang boleh tinggal lama di kampung ema. Sedih pula pokcik tengok wajah ema. Ema tak dapat ikut hantar diaorang balik sebab ema demam. Lepas hari raya ni memang mostly kami tak sihat. faktor permakanan la juga dan kalau pokcik ditambah lagi dengan faktor cuaca.
Kakak pokcik bagi cadangan dengan kami semua agar berazam untuk balik jumpa ema dengan lebih kerap berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semoga Allah permudahkan azam ini. Kalau fikir betul-betul, untuk apa kerja keras bekerja kalau dah dapat rezeki tak pula berbakti kepada orang tua. Kalau kita fikirkan lebih dalam, kita dulu waktu kecil orang tua kita besarkan dalam keadaan yang mungkin sederhana, tapi semua yang kita mahu terpenuhi. Sekarang biarpun ema tidak pernah cakap secara terus, tapi pokcik yakin bahawa apa yang ema sangat-sangat mahu kami lakukan ialah kami sering balik menjenguk dia. Itu sahaja.
Pokcik harap Allah sentiasa melindungi ema di sana. Aku sayang ema sangat-sangat. Semoga Allah mengetahui perasaan pokcik ni.
p/s: I love ema so much.
1 comment:
amin :)
Post a Comment