Bismillahirrohmanirrohim....
Rindu itu kurniaan Allah yang sangat besar. Kerana rindu kita boleh goyah dan kerana rindu juga kita akan jadi lebih kuat.
Pokcik memang dalam mood rindu. Rindu kekasih? mungkin tidak. Pokcik rindu sangat dengan keluarga yang nuuunnn jauh di sana. Rindu mak kat kampung. Rindu abang-abang dan kakak-kakak. Rindu berkumpul bersama, bergelak ketawa dan bergurau ria. Rindu yang sememangnya sangat besar. Pokcik cuma dapat lepas rindu dengan mereka-mereka ni melalui group Whatsapp keluarga. Tapi mak tak ada dalam group Whatsapp. Nak lepas rindu dengan mak memang kena call. Kau percaya tak bila pokcik ada masalah, pokcik tengah jiwa kacau, makan hati, rungsing dan sebagainya, bila call mak rasa semua beban yang ditanggung akan terlepas begitu sahaja. Walaupun mungkin tidak akan dapat menyelesaikan masalah, tapi dengan dengar suara mak seolah-olah ada kekuatan untuk Pokcik.
Pokcik selain itu rindu dengan kawan-kawan lama. Dapat tengok kawan-kawan dari Facebook sahaja. Moga satu hari nanti Pokcik boleh melepaskan rindu dengan semua orang yang Pokcik rindui.
p/s: Yang Maha Memberi jalan keluar terhadap setiap masalah ialah Allah S.W.T. Ingat Dia, maka kita akan dipermudahkan segalanya. InshaAllah
No comments:
Post a Comment