edDy sYrOl

Tuesday, January 29, 2013

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

siapa nak join boleh click pic ini




Jumlah: 978

* dua-dua pic di atas adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Siapa tak patuhi lom akhil baligh.!!(ehapakaitan)

Pokcik tatau nak cite apa wahai tuan tanah (penganjur), pokcik main tepek-tepek boleh? hewhewhewhew....

Baiklah, pokcik nak ceritalah tentang kenapa pokcik nak join segmen ni.

1. Pokcik nak tambah kengkawan
2. pokcik nak topup RM10+buku nota
3. Pokcik berharap ada keajaiban mana tau tetiba tuan tanah up-kan hadiah jd RM100...Jyeahhhh

Jadi untuk merelasasikan hasrat pokcik yang tiga di atas, marilah menyokong blog ini sebab pemilik blog ni ensem..  KBAIMUNTOHHIJAU...!!!!

p/s: mai ramai-ramai join segmen ini

Sunday, January 27, 2013

Sumbang Mambang: Untuk Mu Teman



Ihikss <-------- gedik..="" gelak="" p="">
Lagu ni enak, tapi versi ini opkos sumbeng mambang ya... Kalau kedengaran terlebih ke laut sila tabahkan hati... kbai!!

p/s: untuk teman-teman sekalian

Tuesday, January 22, 2013

Wawan Cute Poses







Boleh teka apa wawan tengah buat? hohohoho.. it is our secret ..weehuuuuu



When everything release, wawan buat muka sposen dan ke-agresifan-nya tergendala... huhuhuhu... So kaw semua boleh teka apa yang berlaku kepada wawan ni?

p/s: kids are always cute no matter what

Friday, January 11, 2013

Siapa Makan Cili, Dia Rasa Pedasnya

Cili, 
Siapa suka makan cili?
Pokcik yakin ramai yang suka makan cili. Buat mereka yang memang dah biasa dengan juadah pedas, kalau tak ada kepedasan tu memang tak sah kan. Maka, ada yang sanggup ambik garam dengan cili, jamah dengan ikan goreng atau ikan masin. Perabih 3 pinggan baq hangggg.....

Sebut pasal cili ni, cili yang diberi nama Trinidad Moruga Scorpion (tak ke panjang nama cili ni, kalah nama kaw) meruakan cili paling pedas di dunia. Ini merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh New Mexico State University. 


Bayangkan (cuba pejam mata dan bayangkan cepat..!!) cili padi tu kalau kita makan pun boleh merah telinga (ok mitosss), maka cili ini pula diiftiraf sebagai cili paling pedas di dunia. Hebat kaw cili Trinidad Moruga..!!  Teringin pulak pokcik nak merasanya ye dak. Mesti buasir bila makan ni.. huhuhuhu...

Sebut pasal buasir, setau pokcik penggemar makanan pedas memang terdedah kepada penyakit ini. Maka berwaspadalah ya. Selain tu, orang yang ada gastrik teruk, kaw jangan nak bernafsu sangat makan cili satu kuali ok. Sila jaga usus anda. Pokcik sendiri kalau makan mesti ada at least satu lauk yang pedas-pedas manja. Kalau tak ada yang pedas langsung, memang susah nak lalu makan. Tapi pokcik masih berwaspada, sebab pokcik ada sedikit masalah perut ya. Bukan perut membuncit, tetapi sensitif terlampau. So, makanan memang kena jaga. 

p/s: Jangan nak cili mulut orang dengan cili Trinidad ni ok.. hohoho

Tuesday, January 8, 2013

Segmen Saya Blogger Dari Negeri ......


nak join click banner di atas


HOHOHOHO..... kaw ingat santa ke? huhuhu.. pokcik adalah blogger dari negeri SABAH, negeri di bawah bayu.

Baiklah, pokcik nak share ape hal-hal yang menarik di negeri di bawah bayu ni. Lets......

1. GUNUNG KINABALU


Gunung tertinggi di Asia tenggara di mana gunung inilah yang paling baaaaanyak menarik pelancong untuk mengunjungi negeri Sabah. Tapi, pokcik pun tak naik lagi. Sabar jak lah.....

2. TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN


Satu lagi destinasi wajib di lawati di mana deretan pulau-pulau indah yang hanya mengambil masa kurang 30 minit dari main land kota kinabalu. Jarang kan ada pulau yang sangat dekat dengan kota (yakin jak aku).

3. SEAFOOD


Sabah memang terkenal dengan syurga makanan laut. Orang cakap (bukan aku cakap ya), makanan laut di sabah murah berbanding di negeri lain. Ini pokcik no comment sebab belum berpeluang nak pergi negeri lain.

4. RAFTING


Mari rasai pengalaman mencabar dengan ber-rafting di sungai padas. Dengar-dengar antara yang paling mencabar di Malaysia (kalau salah betulkan).

5. PULAU SIPADAN


Ingat filem duyung lakonan maya karin dan apek? Nah di situlah lokasi penggambarannya. Pulau Sipadan memang terkenal dengan keindahan khazanah lautnya. Yang suka diving atau sekadar snorkeling, marilah....

6. PULAU TIGA


Juga dikenali sebagai Survivor Island. Pokcik tengok pics yang member ambil waktu berkunjung di sini, memang terbaekkkk...

7. SABAH DANCE


Sabah terkenal dengan negeri yang mempunyai baaanyak etnik dan suku kaum (sorry aku lupa berapa bilangannya). So, siapa yang minat 'nonton tarian yang pelbagai, mai lah sini. Unik-unik dan menarik-menarik belaka.


last sekali negeri Sabah adaaaaaaaaaaa

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'





opkos lah ada aku... menarik tak? bahahahaha..ok sila muntahijo

tag: Khai
hawis

p/s: tabah saja dengan entry aku ni ok.. hahaha... gambar sumber dari google search ya. pemilik gambar boleh mintak pokcik remove pics berkaitan andai rasa ianya tidak boleh diguna pakai di sini. terima kasih. 

Tuesday, January 1, 2013

Pertama di Tahun 2013


dari google


Wah..!! kindda wow wow wow. Ok merapik... Lihatlah, kita sudah berada di tahun 2013. Sekejap saja masa berlalu, tapi ada tidak di antara kaworang yang rasa masa berlalu lama sangat? Mungkin ada, mustahil tak ada. Biasanya mereka yang merasakan masa berlalu terlalu lama adalah mereka-mereka yang berada dalam sesebuah penantian. Nak kahwin contohnya. 

Langkah pertama adalah meneruskan usaha untuk mencapai impian. Ini takkan luput dari jiwa dan raga. Seterusnya, berusaha untuk luaskan hati dan pemikiran, biar yang positif saja masuk meresap dalam roh ni. Taknak yang negatif-negatif. Mohon di elakkan.

Waaa............. Sekolah pun dah nak buka. Jalan raya dipenuhi oleh lautan manusia (over..!!). Sana sini ibu bapa dan anak-anak kecil mereka sibuk beli peralatan sekolah. Saat akhir katanya yang terbaik, boleh dapat murah segalanya. Yang dah akhil baligh beli barangan sekolah sendiri, ataupun dengan kawan-kawan, tidak lupa dengan teman istimewa. Tolonglah ya, habiskan sekolah dulu baru kaw nak main-main cinta. Geli okey..!!! 

Apa yang telah berlaku semalam? Semoga tidak ramai yang kecundang. Kita inginkan kebaikan, bukan kebobrokan yang merosakkan.


p/s: hari ini penat dan sedikit empty

Monday, December 31, 2012

Hari Terakhir 2012



Meniti hari-hari terakhir di tahun 2012, mengenangkan kembali apa yang telah berlaku disepanjang tahun ini. Pencapaian, suka, duka, tawa, tangis, keriangan, kegundahan, kegagalan, dan sebagainya. Semuanya berputar-putar dalam kepala pokcik ni.

Bermula dengan tarikh 1 January 2012, pokcik cuba imbas kembali setiap detik perjalanan hidup pokcik di tahun ini. Pokcik akui bukan semuanya keriangan, tapi tidak semuanya kedukaan. Ada detik-detik manis yang pokcik lalui dan InsyaAllah takkan dilupakan. Kedukaan akan dijadikan sebagai inspirasi dan mungkin motivasi untuk memperbaiki diri. Kedukaan mungkin kerana kegagalan mencapai sesuatu, biasalah kita sebagai manusia pasti memiliki cita-cita. Andai cita-cita itu belum tercapai, nah! Di situlah kedukaan. Melihat yang lain telah berada di landasan yang tepat, pasti mengundang rasa iri. Tetapi iri hati yang wajarlah kerana bukannya iri hati yang menyebabkan kita berfikir oraang lain perlu jatuh. Bukan..... Melihat kejayaan orang lain menjadikan pokcik lebih bermotivasi, andaipun tidak menyebabkan pokcik mahu mencari sisi kekuatan meneruskan usaha menjadi seperti mereka. Optimis kan penting dalam kehidupan. 

Tahun 2012 merupakan tahun penuh doa. Pokcik rasa pokcik tidak lepas dari memohon setiap hari. Dalam doa mahupun sepanjang ingatan masih tersisa. Doa untuk ibu bapa tercinta, untuk keluarga yang masih mendukung, buat sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam meniti hidup, serta saudara seagama. Tidak dilupakan buat mereka yang telah tiada. Semoga mereka juga sentiasa mengingati pokcik dalam doa mereka. Aminnn....

Oh ya, detik yang paling menggembirakan mungkin ketika dapat bertemu ayah bonda ketika hari raya aidilfitri yang lalu. Bukan senang bertemu mereka yang jauh di tanah seberang, berjuang untuk matlamat hidup mereka yang dicita-citakan. Berjabat tangan, berpelukan dan mencium tangan mereka di hari yang cukup bermakna untuk umat Islam, satu hari kemenangan. Terima kasih ya Allah di atas peluang tersebut. InsyaAllah pokcik mahu mengulangi detik tersebut. 

Hari ini, di akhir tahun 2012, semoga apa yang kita kerjakan adalah perlakuan yang bermanfaat. Diharap perlakuan yang baik akan mengatasi perlakuan yang tidak baik, iaitu Allah menerima apa yang kita kerjakan ditulis sebagai pahala bukannya dosa (pahala mengatasi dosa). 

p/s: mahu memperbaiki diri dalam semua aspek kehidupan