edDy sYrOl

Monday, October 3, 2011

Eddy Interview Retis : Darah Belanda Roxanne

u'olzzz .... bertemu lagi bersama ES dalam segmen Eddy Interview Retis..! alhamdulillah, segmen ni mendapat rating paling tinggi di Malaysia (ayat tak boleh blah). baiklah, siapa personaliti kita kali ini? seorang gadis cantik dari sabah u'olssss.. ES menampilkan seorang Roxanne untuk anda semua. mari ikuti temu bual ES bersama Herniza Roxanne Marcus.

1. apa yang roxanne suka dengan blogging?

Roxanne : boleh tulis apa saja..sbb blog ni online diary kan.kadang-kadang apa yng kita rasa tidak boleh luah kepada orang di luah di blog sahaja.

:p2. sebagai seorang yang bekerjaya, adakah roxanne ada flaxibility masa utk blogging?

Roxanne : memang di akui kalau bekerjaya ni agak sukar mahu cari masa utk blogging.kecuali btul-betul free.


Herniza Roxanne Marcus

3. kebanyakan blogger suka blogwalking (BW), roxanne suka BW di blog yang bagaimana?boleh bagi contoh?

Roxanne : suka BW d blog yang ada banyak informasi, dan kadang-kadang ada yang tulis cerpen...dan orang-orang yang slalu update. contoh blog www.irinenadia.blogspot.com

4. apa aktiviti masa lapang roxanne?

Roxanne : selain blogging, fb, shopping, menonton wayang.

5. ada tidak roxanne masukkan element-element hobby di atas dalam blog roxanne?

Roxanne : tidak ada :p

Eddy : knp?

Roxanne : mungkin rasa terlalu peribadi :p


keluarga sebelah ayah roxanne

6. boleh gambarkan diri anda dalam 5 tahun akan datang?

Roxanne : seorang berkelulusan Phd InsyaALLAH dan pensyarah yg berkaliber :)

7. roxanne berdarah kacukan bukan?

Roxanne : iya

eddy : apa pendapat roxanne tentang pandangan org bahawa mereka yang berdarah kacukan ini bijak.dan roxanne berdarah kacukan apa?

Roxanne : sebenarnya tidak semestinya yang berdarah kacukan ini bijak. semuanya bergantung kepada didikan keluarga dan diri sendiri. saya kurang setuju. Saya berdarah kacukan belanda dan brunei



roxanne cinta buku

8. boleh kongsi satu rahsia yang org lain tidak tahu tentang roxanne?

Roxanne : saya suka menyanyi :p

9. kenapa roxanne semakin sepi dlm dunia blog?tidak rasa ingin kembali aktif menghasilkan entry-entry seperti sebelumnya?

Roxanne : kerana sebelum ini blog saya di ceroboh oleh orang-orang tertentu yang secara tidak langsung menceroboh privasi saya. saya putus asa menghasilkan entry sejak tahun lepas dan berhajat untuk menukar blog

roxanne di kala kecik..tomei...!

10. akhir sekali, ucapan untuk followers anda dan juga buat pembaca Aku&Hidup. silakan

Roxanne : ucapan untuk followers, minta maaf kerana lama tidak update. lagipun entry terakhir ada menyatakan blog saya di perhatikan...selamat berhari raya, dan teruskan berblog. Untuk penginterview, terima kasih kerana sudi menemuramah.:)

begitulah berakhirnya temu bual ES dengan si manis Roxanne. kalau anda semua nak jenguk blog Roxanne, silalah click mana-mana pics kat atas yaw... semoga temu bual ini akan dapat mengeratkan silaturrahim antara blogger dengan lebih ketat (ayattttttt kaw eddy....). bertemu lagi dengan personaliti akan datang.

p/s : tadi aku minum milky tea yang sangat manis =.= rasa mcm kencing manis dah aku.

Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita !


sekali lagi ES nak join segmen... tapi segmen ni untuk orang2 yang banyak cakap je =.= erkkk.... gurau... nampak tak banner kat atas? itulah pemilik blognyer dan tuan tanah yang menganjurkan segmen ini. ES rasa mcm join pertandingan bercerita pulekkk... kalau pertandingan bercerita mesti ES menang nombor 1 .................. dari belakang >.<

hey u guys..! join lah segmen ni. best tau segmen ni..sumpah best..!! dah lah pemilik dia comel dan cantik (single ke lagi..? ermmmm) , so rugi benarlah andai korang tak join. mai lah sokong industri blog negara ni (ok fine..! agak melampau ayat ni).. click banner kat atas kalau nak join..! hey, member2 yang sayang aku mesti join segmen ni..!!

ES nak tag :-
edy
Piqah

Jom tambah trafik blog!


satu lagi segmen yang berfaedah tapi simple saja syarat-syaratnya. so, takkan korang tanak join dan sokong segmen seperti ini? korang kenalah sokong... tak sempoi la kalau tak sokong... huhuhuhu... click je banner di atas untuk ke blog tuan tanah ke...

p/s : sebenarnya diri sendiri tak faham sgt pun about traffic2 ni.. =.=

Sunday, October 2, 2011

Sumbang Mambang : Patah Seribu



erkk... ekceli aritu aku ada buat entry pasal nak karoks nanyi lagu ni...

boleh tgk kat SINI...

so, sekarang aku dah menyumbangkan diri aku sendiri... korang dengar lah k..pastu kutuk lah aku... grrrr...

p/s : tema anak patung.. kao mampooo? >.<

bebola coklat

sedap tak benda ni? inilah dia chocolate ball (seperti yang tertulis kat kedai jual makanan ni). dalam dia ada coklat..

see..


kan aku ckp ada coklat. ada gak yang ada kaya, tapi aku tak suka makan kaya. jadi kaya suka!!



p/s : makan untuk hidup (~_~)

Saturday, October 1, 2011

FIFA haramkan team bola wanita Iran

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.
Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.
Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.


Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam."
berita selanjutnya di SINI

P/S : temu bual terkini di SINI

perogol kena potong anu


erkkk....! malang nasib perogol ini apabila zakarnya dipotong oleh mangsa rogolnya sendiri. percubaannya untuk merogol seorang wanita gagal dan lebih malang wanita itu telah memotong zakarnya. menurut wanita itu, dia telah diserang ketika tidur di pondoknya. sedang perogol itu berusaha untuk memperkosa, wanita tersebut telah memotong zakar lelaki tersebut (sempat ni amik pisau) dan dibawa ke balai polis sebagai bahan bukti.

selanjutnya di SINI

P/S : temu bual terkini DI SINI