edDy sYrOl

Thursday, September 29, 2011

Eddy Interview Retis : Angan-angan Hyz bersama dayang nurfaizah

wei... lawa tak poster ni? mesti tak kan? arghhhh.... aku tak reti nak mereka bentuk poster... bior ler...janji ada... kan..!! untuk segmen yang sama yang dah terlepas-lepas entry tu, jap lagi aku edit wokeh.. aku tambah poster cun aku ni.

baiklah, bertemu lagi kita dalam segmen Eddy Interview Retis. kali ini siapa pula mangsa ES yaw... ala..bukan mangsa pun.. ES tanya dengan penuh hemah ape..sopan malah santun.. (sambil nyanyi lagu pantun budi).. now, ES nak tampilkan seorang Hyz untuk semua... jom baca temu bual ES dengan hencek Hyz..


1. apa yang anda suka dengan blogging?

HYZ : Apa yang saya suka ek? Errrr paling suka bila pengunjung suka dengan entry-entry yang saya buat. So, takde lah Nampak entry syok sendiri kan? Walaupun kadang-kadang memang syok sendiri yang melampau-lampau tu memang wujud dalam diri ini. Hehehe

2. Anda pasti ada komitmen lain dalam hidup. Susah tidak nak bahagikan masa antara blogging dan komitmen-komitmen lain?

HYZ : Tak susah. Sebab saya kerja dari rumah. Cuma sesekali perlu pergi sekolah-sekolah untuk buat demo lukisan kepada pelajar. Itu pun Cuma mengambil masa dalam 1 hingga 2 jam sahaja. boleh dikatakan saya ada hari-hari di rumah. Hahaha. so, banyak masa untuk blogging…

3. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang anda?

HYZ : Saya suka berkaroke ( tengok header la… hahaha ), selain makan dan tido ( kumpul lemak )

4. penting tak follower blog bagi anda?

HYZ : Follower? Hurmmm…. Saya pun tak tahu sebab saya pun masih baru dalam dunia blogging ni. Pada saya, sesiapa sahaja boleh follow blog saya, dan yang pasti sesiapa yang follow blog saya, saya akan follow balik blog diaorang ( itu pun kalau mereka ada tinggalkan link heheheh )


ni dia Hyz..sedang menghafal lagu Dayang =.=

5. kebiasaannya, blogger suka melakukan aktiviti blogwalking (BW), anda sendiri suka BW dekat blog yang macam mana? Boleh bagi contoh?

HYZ : Saya tak pernah meletakkan tahap blog mana yang saya perlu datang. Blog yang saya tak kenal pun saya kunjung. Pada yang jerit-jerit kat saya tu, memang wajib saya jerit balik…. Jangan sombong-sombong BW ni, sebab time ni lah kita mengeratkan hubungan antara blogger selain kita dapat tahu isu-isu dan cerita-cerita menarik dari bloggers lain….

6. Anda paling benci bila ……….

HYZ : Benci ek? Tak berapa suke benci-benci ni. cuma tak suka bila orang lain menggunakan hak orang lain demi kepentingan diri mereka. Tak baik lah macam tu kan?

ni Hyz buat sendiri ok..kaw mampoo?

7. Gambarkan diri anda untuk 5 tahun akan datang?

HYZ : 5 tahun akan datang ek? Mungkin time tu saya dah ada album duet dengan dayang nurfaizah. Ehhhhh tu angan-angan je…. Jangan terpedaya. Hurmmmm mungkin kehidupan saya lebih baik dari sekarang? Harap-haraplah… amin…..

8. andai anda diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, anda ingin kembali ke zaman bila?

HYZ : Zaman sekolah. Yup…. Zaman sekolah paling seronok pada saya. So, kepada adik-adik yang masih bersekolah tu, nikmatilah zaman persekolahan kamo-kamo semua. Mungkin sekarang kamo-kamo tak rasa ianya seronok, tapi bila kamo dah habis sekolah dah kerja, kahwin, baru kamo-kamo percaya, zaman sekolah adalah zaman yang paling best dalam hidup.

9. satu perkara yang orang tak tahu tentang diri anda.

HYZ : Hahaha… kalau kamo-kamo perasan cara saya bergaul di fb dan blog, mungkin kamo akan mengandaikan saya seorang yang suka bersosial dan ramai kawan-kawan. Tapi hakikatnya dalam dunia reality, saya tak ramai kawan yang boleh lepak sama-sama, boleh dikira dengan jari. Sebab saya suka menghabiskan masa di rumah saja. Percaya tak? hehe

ok..mat rempit..!!
10. akhir sekali, ucapan untuk followers blog anda dan juga readers blog Aku&Hidup.silakan.

HYZ : Kepada followers blog saya, trimas sebab sudi mengikuti blog ekspresi seorang aku yang tak segah mana ni. diharapkan entry-entry saya cukup memberi manfaat kepada kamo-kamo semua. Kepada readers blog aku&hidup ini, diharapkan kamo-kamo terus menyokong blog ini sebab blog ini besh woooo…. Kan incik eddy syrol?

begitulah berakhirnya sesi temu bual ES bersama incik Hyz. banyak sebenarnya nak tanya kat dia ni, tapi dah format segmen ni 10 soalan sajork, so berhenti setakat ini. korang-korang semua kalau ada lagi soalan yang padu maut, silalah click mana-mana pics di atas ya untuk terus ke blog incik Hyz.. kaw tanya lah dia macam-macam. jumpa lagi............

p/s : malam ini agak panas, tapi nyaman (~_~)





17 comments:

Syahryl said...

Hyz mmg sporting...dia selalu poco-poco kt shoutbox sy..haha

Unknown said...

bro...mcmne kau temu ramah semua retis ni? jhahahha

Fiq Fikri said...

gamainye artis,mcm mne boleh tak thu ni ehehehhe

Unknown said...

wow...kini semua orang mampu jadi artis!!! hahahah!!! idea yang kretif...! gud3...

Penghuni 60 said...

kalo diijinkan kembali ke masa lalu, saya ingin ketemu lagi dengan ibu dan ayah. saya kangen sama ibu dan ayah.
saya teramat cinta mereka.

terima kasih sudah singgah di blog saya.

jom singgah sini
Satelit Jatuh

vendoline said...

mat rempit muke jambu kot.hehehe
hurm semngat menghafal lagu dayang

NER said...

Saya pun suka singgah baca entry en.Hys dan masakan dia.kagum


My Latest Entry: Jom Karaoke untuk Belajar.

Afiqah mOhammad said...

seyes anda gempak hehe..

ME CTCT said...

wlaupon dy kachak,dy xsOmbOng :D

hyz said...

eh eh eh sapo hyz ni? kacak betol dia kan? muahahahhaha tq incik eddy syrol...

n-ya said...

hahaha...x leh bla la plak ayat si hyz nih...:P...

Zasillah Ariffin said...

ooo...ni dak yang pandai masak tu kan?...ekekeke, nak atogerap dikkk

ciNdhaDahniEa said...

ooo ini abg yg suke masak masak tu kan? eheee

~untung ler banyak mase di rumah, bole bw manjang.. huhu

Run Away said...

dah lah encem..pandai masak lak....ayooo...hek..;d

bella luna said...

untung la hyz :)

Puan Kutu said...

salam kenal.singgah dr blog hyz.retis nie pandai masak dan lukis.tu yg best.hahaha..

Unknown said...

seorang yang berbakat :)