edDy sYrOl

Sunday, June 9, 2013

Pen Merah Pen Biru

Kalau dulu, warna pen merah dan pen biru menjadi debaran bagi pelajar sekolah. Dakwat pen merah pada kad kemajuan sekolah menunjukkan pelajar gagal. Dakwat pen biru (atau kadang-kadang hitam) menandakan pelajar lulus. 

Dulu, yang guna pen merah guru saja. Pelajar guna pen biru. Sekarang pelajar pun guna pen merah, nak buat garisan pada buku bagi cantik.

Ada juga dulu, orang-orang yang sedang mabuk asmara berpantun ria. Pen merah pen biru, you marah i love you. 

Tapi kan, adakah merah dan biru dulunya merupakan warna masa hadapan? Mungkin masa kini yang kita sedang lalui adalah rentetan dari si merah dan si biru. 

sumber grafik dari google


Pen merah dan pen biru menghasilkan warna berbeza. Warna merah dan warna biru. Masa depan kita juga berwarna. Dari satu kain putih bersih, dipalitkan warna yang berbeza-beza. Akhirnya timbul corak yang menjadikan siapa kita sekarang. 

Tapi apa yang lebih menakutkan, apabila kita  tidak pasti adakah corak yang terhasil adalah corak yang memberi makna, atau hanyalah satu corak yang sia-sia. Dalam satu penghasilan seni, tiada corak yang sia-sia. Tetapi bagaimana dengan hidup?

p/s: kita tidak tahu nasib kita, dan itu amat menakutkan. 

Sunday, June 2, 2013

Weekend is Lovely

Assalamualaikum...!!

Hari ini hari ahad, aku rasa macam nak buat terjunan superman pulak dari atas bangunan Yayasan Sabah. Mesti nikmat...!! Grrrr

Inilah faktor kebosanan yang amat. Well, pokcik tak boleh nak merayap sangat sekarang ni. Kerja sedang berbaris menanti untuk diselesaikan. Perghhhh... kan bagus kalau ada PA, boleh tolong aku.


Sebenarnya entry ni pasal begini:

Jika kamu melihat kejayaan seseorang, apa kata kamu raikannya. Raikannya dengan memanjatkan kesyukuran atas kejayaan mereka. Mintaklah Allah permudahkan jalan hidup kamu supaya masa kamu akan tiba kelak untuk mengecapi kejayaan seperti mana orang lain.

Memang betul, satu perkata yang paling susah untuk kita lakukan dalam hidup adalah ikhlas. Ikhlas memberikan sesuatu, ikhlas membantu, ikhlas mendoakan. Ada yang mampu ikhlas, tapi dalam tempoh kiraan masa yang singkat. 

Tapi, semoga kita semua ikhlas dengan takdir hidup kita yang telah ditentukan-Nya.

p/s: amin.... (~_~)

Monday, May 27, 2013

Untuk jiwa


Pagi hening
Jiwa berfikir
Fikiran kacau
Burung ketawakan aku.

Berlari sang awan
Umpama benci pada atmosfera alam
Atau membenci aku yang memandangnya.

Langkah yang lemah
Ku bawa terpaksa bersama kelemahan
Biar lemah terlihat gagah
Walhal yang lemah adalah yang paling hina
Terpaksa melangkah lagi
Garisan itu masih jauh
Dan yang lemah masih perlu terus melangkah.

p/s: biar

Sunday, May 26, 2013

Kembali..!!!

Assalamualaikum semua....

Wah, pokcik terasa begitu lama tak update entry. Rasa macam pokcik menjauhkan diri dari dunia blog (ayat takley blah). banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa minggu pokcik tak berblogging. Biasalah, manusia bukan, ada perkara yang berlaku tanpa kita sangkakan. Semua itu di luar perancangan  kita sebagai manusia. 

Banyak sudah perkara yang kita lalui sepanjang beberapa putaran masa ke belakang. Kita  telah melalui proses PRU 13. Panas sungguh proses ini. Kemudian kita melalui proses pengumuman kabinet baharu. Banyak perubahan. 

Secara individu, apa yang telah kita lalui? perubahan? atau statik? Kita harapkan perubahan, tetapi perubahan yang positif. Manusia yang berjaya adalah manusia yang ingin berubah daripada yang tidak baik, kepada yang baik. Daripada yang baik, kepada yang lebih baik. Apa lagi yang lebih hebat daripada perubahan yang baik? pasti tidak ada....



Dari mana kita datang,di situlah jua tempat kita dikembalikan.
Kita semua manusia.Kita semua hamba.
Maka bertindaklah sebagaimana layaknya seorang hamba.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
[13:11]

Semoga kata-kita ini dihadam oleh pokcik sendiri.

p/s: rindu semua bloggers

Saturday, April 20, 2013

Getar Suara


Ketika kau jejak pasir itu
Maka kau tahu ianya butiran lembut
Nyaman, segar tapi dingin sesuai waktu pagi

Cuba kau ucapkan sesuatu
Getaran suara mu tenggelam dek ombak yang menderu
Tenggelam pergi di bawa angin
Lalu emosi mengambil posisi
Kau terkenang lagi

Yakinlah
Seperti saat ombak memukul kuat pantai
Di saat itu juga kau akan lupa pada khayalan
Tentang dia, tentang aku dan tentang semua
Kau pasti marahkan bunyi lalu mencari kembali kenangan
Tapi sebenarnya biarkan saja ia hilang
Dan dengarkan saja bunyi ombak

Cuba kau nyanyikan satu lagu
Dengan getar suara mu yang kedinginan

~eddy syrol~







p/s: just a lil'bit words

Tuesday, April 9, 2013

Boleh Ka Tidak???

Boleh ka tidak kalau kita nak jadi seseorang yang tak nak fikirkan tentang orang lain. Hanya fikirkan diri kita sahaja. Bukan bermakna tidak peduli, tapi hanya mahu jadi seseorang yang lebih memikirkan keupayaan diri sendiri sebelum mahu memikirkan hal orang lain.



Boleh ka tidak????


p/s: saya risau

Sunday, March 31, 2013

Terminat Lagu DEJAVU

Selamat petang yang panas..!!


Panas cuaca semenjak dua ni kan? tapi tidak mengapa, panas seketika, nanti datanglah juga hujan. Pencipta takkan menganiayai kita, kerana DIA maha pengasih dan penyayang.

Aku semenjak dua ni minat dengan satu lagu ni, Tajuk dia Dejavu di dendangkan oleh Shila Amzah. Aku pun pelik kenapa boleh jadi minat dengan lagu ni. Adakah kerana liriknya, kerana melodinya, ataupun kerana Shila Amzah? OMG OMG OMG.... Mengarut sudah.

BTW, lagu ni layan je lah untuk jiwa-jiwa patriotik macam aku ni (apa kaitan?!! =.=' ) Kepada kengkawan yang rasa nak kongsi lagu tema aku semenjak dia menjak ni, meh dengarkan di

---------------------->  SINI

p/s: mesti korang cakap aku jiwang kan. biarkan!!