edDy sYrOl

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, December 22, 2016

Pengharapan

Assalamualaikum.

Beberapa perkara berlaku kepada Pokcik dalam beberapa minggu ini. Dengan perubahan hidup 360 darjah semenjak hampir 8 bulan lalu, setiap perjalanan sepanjang tempoh itu penuh dengan kisah-kisahnya yang tersendiri. Memang benar jika dikatakan "hidup ini umpama roda" yang mana sekejap kita berada di atas dan satu hari nanti kita akan berada di bawah. Begitulah seterusnya kehidupan akan terus berulang. Maha kuasanya Allah S.W.T yang mengatur hidup manusia.

Ketika kita mula berinteraksi sesama manusia (bersahabat, bekerja, berkeluarga) ada saatnya kita akan terasa kita memerlukan manusia lain. Which is perkara tersebut tidak salah. Ianya adalah fitrah biologi manusia yang memang inginkan manusia lain berada di setiap garis hidup. Interaksi manusia juga tidak hanya berlaku dalam keadaan baik-baik saja, ada kalanya sesama manusia akan saling bertelagah, bertikam lidah atau saling cuba menunjukkan siapa yang lebih berkuasa sebagai manusia. Dalam situasai-situasi seperti yang disebutkan di ataslah yang dapat menunjukkan aspek pengharapan ini. Pokcik yakin semua kita tahu kepada siapa sebenarnya kita perlu bergantung harap.

Allah berfirman "Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar orang yang beriman". (Al-maidah (5), 23).

Kepada DIA sahajalah sebenarnya kita sepatutnya bergantung harap. Kenapa? kerana kita harus tanya kepada diri kita siapa yang menciptakan kita, malah siapa yang merancang setiap kejadian di muka bumi ini. Kita sebagai manusia hanya mampu mengusahakan sesuatu dengan pelbagai teknik perancangan agar matlamat tercapai. Tetapi, hanya Allah yang maha mengetahui sama ada apa yang kita matlamatkan tersebut wajar terkabul ataupun tidak.

Kita juga tidak perlu risau jika kita ditakdirkan menghadapi masa-masa sukar dengan sesama manusia. Siapa manusia untuk menentukan apa yang terjadi kepada sesama kita. Menurut Ali Bin Abi Talib "Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit ialah berharap kepada manusia".

Oleh itu, berhentilah berharap sesama kita. Bina hubungan baik dan fikirkanlah situasi manusia lain seolah-olah you are in their shoes.

p/s: Hanya Allah yang mampu memberi kebahagiaan untuk kita.

Friday, December 2, 2016

Ketenangan Hati

Bismillahirrohma nirrohim

Dengan nama Allah SWT, Tuhan yang satu yang menjadikan segala sesuatu. Dengan mengingati Allah, kita akan selalu merasa segan untuk mendongak langit. Dengan mengingati Allah, kita sedar bahawa bertapa kecilnya kita. Hanya dengan membolak balik hati, kita akan merasa kesusahan hidup di muka bumi ini. Bertapa nikmatnya ketenangan hati.

Rasulullah SAW bersabda "Tidaklah orang itu kaya lantaran banyak harta. Sesungguhnya orang kaya itu ialah orang yang kaya jiwa."  

Rasulullah SAW juga bersabda "Bukanlah dinamakan kaya itu kerana berlimpah ruahnya harta, tetapi yang dinamakan kaya itu ialah kaya jiwa".

Bertapa besarnya nikmat hati dan jiwa yang diberikan oleh Allah. Berdoalah kita selalu kepadaNYA agar diberikan ketenangan hati dan jiwa. Kita sering risau dengan intrepertasi manusia terhadap kita, dengan harta, dengan pangkat dan kedudukan serta dengan segala macam hal dunia. Benar dunia ini penting, nah! walau penting mana dunia dengan hati yang tidak tenang, jiwa dan perasaan malah kewarasaan minda kita juga akan teruji. Bertapa sengsaranya hidup tanpa ketenangan hati. Moga kita dijauhkan dari tidak mendapatkan ketenangan hati. InshaaAllah....

p/s: Ya Allah Ya Rahman Ya Rohim, berikanlah ketenangan hati, jiwa dan fikiran kepada ku. Takdirkanlah sesuatu yang baik untukku, biar sikit, biar tidak sehebat orang lain, asalkan nikmat ketenangan tidak ditarik dari diri ku. Amin ya robbal 'alamin. 

Monday, September 15, 2014

Perumpamaan

Hidup itu terlalu banyak perumpamaannya. Ada yang mengaitkan dengan roda, ada juga yang mengaitkan dengan layang-layang. Semua perumpamaan ini mahu membantu kita untuk sedar akan beratnya beban hidup. Hidup satu bebanan kerana kita sedang memikul seribu satu tanggungjawab. Tanggungjawab manusia pastinya tidak semudah mengunyah kacang yang diambil dari balang. Ada proses yang lebih rumit untuk menuju satu titik kebahagiaan. Kebahagiaan juga bersifat subjektif kerana setiap manusia memiliki pandangan yang berbeza tentang kebahagiaan yang mereka cari walaupun pada dasarnya matlamat kita semua adalah satu. 

Bercuti tanpa melakukan apa-apa merupakan hari yang sangat membosankan. Doing nothing is feel like i am not really exist in this world. Agak melampau tetapi pokcik pernah terbaca ada tiga perkara yang boleh membuatkan kita bahagia.

1. Mencintai dan dicintai.
2. Mempunyai cita-cita.
3. Melakukan sesuatu pekerjaan.

Nah! Point ketiga itulah yang membuatkan pokcik sedikit kebosanan hari ini. Mungkin hari ini meruapakan hari bermalasan untuk pokcik. In Shaa Allah i am not going to do this again. Bermalasan seharian membuatkan pokcik rasa sedikit tepu di bahagian otak. Kurang befikir dan kurang bergerak. For those yang bekerja / telah melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat pada hari ini, anda telah menjadi orang yang berjaya. 

Musim durian sudah semakin reda. Jumlah durian yang dijual di pasaran juga semakin sedikit dengan harga yang sedikit lebih mahal dari sebelumnya. Namun, musim rambutan dan langsat pula telah berganti. Hujung tahun merupakan satu pesta untuk kita. Banyak pesta yang terjadi tetapi janganlah kita leka dengan pesta. Hidup kita ada prioritinya. lakukan yang penting dan nikmatilah peluang hidup. 

p/s: I need a vacation. 

Sunday, November 24, 2013

Perubahan Hidup: berpada-pada

Assalamualaikum...

Perubahan hidup pastinya menjadikan kita bergerak umpama sebuah roda, iaitu berada sedikit berbeza dalam dimensi yang lain. Namun, kita perlu beringat bahawa perubahan hidup tidak semuanya menjanjikan kemanisan. Saya berikan contoh:

1. Seorang penganggur yang sudah lama mencari pekerjaan tiba-tiba memperolehi pekerjaan di sebuah syarikat menjual barangan terpakai.

2. Seorang penganggur yang sudah lama mencari pekerjaan tiba-tiba memperolehi pekerjaan di sebuah premis menjual barangan curi.


Pada pandangan anda, adakah kedua-dua situasi ini kita klasifikasikan sebagai perubahan hidup?

Jika tidak, maka abaikan saja pertanyaan berikutnya.

Jika jawapan anda YA, yang mana satukah perubahan hidup yang mendatangkan kebaikan dan mendatangkan keburukan?

Jawapan semua ditangan anda. Kemanisan hidup mungkin bersifat subjektif. Kita sebagai individu yang telah mampu berfikiran jauh pasti melihat kemanisan hidup dari perlbagai aspek. Nilaikan perubahan hidup kita (termasuk saya), adakah perubahan hidup ini pada akhirnya akan mendatangkan kemanisan. Saya selalu berfikir jika sesuatu yang LUAR BIASA datang kepada saya. Saya bersyukur dan kemudian berfikir mengapa sesuatu yang luar biasa datang mendekati hidup saya. Saya harap teman-teman semua mendepani perubahan hidup yang membawa teman-teman semua ke arah kebaikan.

p/s: semoga kita semua OK!

Sunday, June 9, 2013

Pen Merah Pen Biru

Kalau dulu, warna pen merah dan pen biru menjadi debaran bagi pelajar sekolah. Dakwat pen merah pada kad kemajuan sekolah menunjukkan pelajar gagal. Dakwat pen biru (atau kadang-kadang hitam) menandakan pelajar lulus. 

Dulu, yang guna pen merah guru saja. Pelajar guna pen biru. Sekarang pelajar pun guna pen merah, nak buat garisan pada buku bagi cantik.

Ada juga dulu, orang-orang yang sedang mabuk asmara berpantun ria. Pen merah pen biru, you marah i love you. 

Tapi kan, adakah merah dan biru dulunya merupakan warna masa hadapan? Mungkin masa kini yang kita sedang lalui adalah rentetan dari si merah dan si biru. 

sumber grafik dari google


Pen merah dan pen biru menghasilkan warna berbeza. Warna merah dan warna biru. Masa depan kita juga berwarna. Dari satu kain putih bersih, dipalitkan warna yang berbeza-beza. Akhirnya timbul corak yang menjadikan siapa kita sekarang. 

Tapi apa yang lebih menakutkan, apabila kita  tidak pasti adakah corak yang terhasil adalah corak yang memberi makna, atau hanyalah satu corak yang sia-sia. Dalam satu penghasilan seni, tiada corak yang sia-sia. Tetapi bagaimana dengan hidup?

p/s: kita tidak tahu nasib kita, dan itu amat menakutkan. 

Sunday, June 2, 2013

Weekend is Lovely

Assalamualaikum...!!

Hari ini hari ahad, aku rasa macam nak buat terjunan superman pulak dari atas bangunan Yayasan Sabah. Mesti nikmat...!! Grrrr

Inilah faktor kebosanan yang amat. Well, pokcik tak boleh nak merayap sangat sekarang ni. Kerja sedang berbaris menanti untuk diselesaikan. Perghhhh... kan bagus kalau ada PA, boleh tolong aku.


Sebenarnya entry ni pasal begini:

Jika kamu melihat kejayaan seseorang, apa kata kamu raikannya. Raikannya dengan memanjatkan kesyukuran atas kejayaan mereka. Mintaklah Allah permudahkan jalan hidup kamu supaya masa kamu akan tiba kelak untuk mengecapi kejayaan seperti mana orang lain.

Memang betul, satu perkata yang paling susah untuk kita lakukan dalam hidup adalah ikhlas. Ikhlas memberikan sesuatu, ikhlas membantu, ikhlas mendoakan. Ada yang mampu ikhlas, tapi dalam tempoh kiraan masa yang singkat. 

Tapi, semoga kita semua ikhlas dengan takdir hidup kita yang telah ditentukan-Nya.

p/s: amin.... (~_~)

Sunday, May 26, 2013

Kembali..!!!

Assalamualaikum semua....

Wah, pokcik terasa begitu lama tak update entry. Rasa macam pokcik menjauhkan diri dari dunia blog (ayat takley blah). banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa minggu pokcik tak berblogging. Biasalah, manusia bukan, ada perkara yang berlaku tanpa kita sangkakan. Semua itu di luar perancangan  kita sebagai manusia. 

Banyak sudah perkara yang kita lalui sepanjang beberapa putaran masa ke belakang. Kita  telah melalui proses PRU 13. Panas sungguh proses ini. Kemudian kita melalui proses pengumuman kabinet baharu. Banyak perubahan. 

Secara individu, apa yang telah kita lalui? perubahan? atau statik? Kita harapkan perubahan, tetapi perubahan yang positif. Manusia yang berjaya adalah manusia yang ingin berubah daripada yang tidak baik, kepada yang baik. Daripada yang baik, kepada yang lebih baik. Apa lagi yang lebih hebat daripada perubahan yang baik? pasti tidak ada....



Dari mana kita datang,di situlah jua tempat kita dikembalikan.
Kita semua manusia.Kita semua hamba.
Maka bertindaklah sebagaimana layaknya seorang hamba.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
[13:11]

Semoga kata-kita ini dihadam oleh pokcik sendiri.

p/s: rindu semua bloggers

Thursday, February 21, 2013

Takdir Kita



Assalamualaikum.

Yakinlah bahawa hari-hari yang kita lalui merupakan pengalaman yang akan memberi makna dalam hidup kita. Mungkin ada yang akan merasakan dia merupakan manusia paling malang pada hari tersebut, tapi yakinlah malang yang kita rasakan itu sebenarnya akan memberikan pengajaran terbaik pada masa akan datang. Kesempurnaan hidup memang tidak akan kita kecapi, itu mustahil..!! kerana fitrah kita memang tidak sempurna. 

Takdir kita nyata hanya milik Pencipta. Kita telah ditakdirkan untuk menjadi A B C D sama ada ianya sudah ada dalam perancangan kita ataupun masih belum kita rancangkan. Kita cuma perlu berusaha untuk memperolehi sesuatu, maka berusahalah sampai kamu berjaya. 



Takdir kita berbeza, tetapi matlamat kita InsyaAllah sama.

p/s:

Sunday, February 17, 2013

Kurang Kata


Tuesday, December 25, 2012

Perjalanan Kita Jauh atau Dekat?


Kita memang digalakkan untuk memandang ke hadapan. Memandang hari-hari yang mendatang. Dalam Islam sendiri kita dituntut untuk melakukan sesuatu perkara hari ini, untuk hasil yang baik di kehidupan mendatang (alam kekal). Maka berlatalah kita manusia di muka bumi ini melakukan seberapa banyak perkara baik agar ianya membuahkan hasil yang ranum di sana nanti. 

Kita berjalan, berjalan dan terus berjalan mencari kehidupan. Ada yang sudah menemuinya dan ada yang masih kekal mencari. Janganlah berputus asa di atas keterlambatan kita yang masih belum menemui kehidupan seperti orang lain. Memang tidak dinafikan nasib manusia itu berbeza. Ada yang cuma perlu berjalan sedikit sahaja kehadapan lalu menemui kehidupan bahagianya sebagai manusia. Namun, ada juga yang berjalan sejauh luasnya tanah tetapi belum memperolehi apa-apa. 

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" ((Al-Bakarah, 2 : 153)

 Kita ada jalan hidup berbeza, kerana matlamat kita biasanya berbeza (walaupun akan bertemu matlamat akhir yang sama). Nasib kita juga berbeza dan kita akan memperolehi nikmat dengan cara yang berbeza. Jalanilah kehidupan kita selayaknya kita sebagai manusia, yang hanya mampu berusaha dan berharap yang terindah akan berlaku dalam hidup.

p/s: untuk aku, untuk kita

Sunday, December 9, 2012

Tiada Pendirian

Manusia yang tiada pendirian lebih teruk dari lalang. Sedangkan lalang biarpun ke kiri dan kanan mengikut tiupan angin, tetapi lalang tetap berdiri di tempatnya. Manusia? 

Manusia yang tiada pendirian mudah untuk dipermainkan. Mereka akan mengikut kata nafsu dan lojik akal orang lain untuk menjalani hidup. Mungkin juga bagi mereka apa yang orang lain katakan adalah yang terbaik untuk kehidupan. 



Pendirian atau prinsip hidup perlu dipegang. Tapi jangan sampai kita memiliki prinsip yang bukan-bukan hingga memudaratkan diri sendiri. Sebagai insan yang sudah akil baligh, sudah dewasa, dan mampu untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara, adalah lebih baik kita membuat penilaian tentang pendirian hidup yang ingin kita pegang. Membaca, bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman, dan rujuk kepada syariat (agama).


p/s: berdoalah semoga kita dijauhkan dari hidup yang tidak membahagiakan kita di akhirat kelak

Saturday, September 1, 2012

Semakin Laju


Assalamualaikum + Selamat Pagi....

Apa khabar semua? lama dah tak membuat entry, rasa dah dalam 2 minggu lebih kot. Pokcik baru saja tiba malam jumaat (30 Ogos 2012) hari tu. Landed pada pukul 11.20pm waktu Malaysia.

Ketika menginjak tanah (actually simen), pokcik sempat lagi mintak anak menakan snap 1 pic pokcik di tempat pendaratan. Sempat lagilah petugas wanita tu halau pokcik suruh cepat bergerak, nasib mood pokcik bagus walaupun baru bangun tidur. Kalau tak, selesai petugas wanita itu disekolahkan..miahahaha...

Semalam mood perut pokcik pula yang tak baik. Asik merindukan toilet saja. Cubalah rindu makanan-makanan yang enak, kan baik. Ni rindu toilet, busuk tau!! Maybe pokcik telah tersalah telan makanan, ATAUPUN terlebih makan benda yang tak sepatutnya dilebihkan. Kaw taulah kan, pokcik ni kan slim walaupun banyak makan, so pokcik tak risau berat badan. Jangan jeles yew..hewhewhew....

Pokcik rasa masa terlalu pantas berlalu, ke kaw rasa masa sangat lambat? kejam je bro. tiktoktiktok, tetiba dah hari raya. tiktoktiktok dah merdeka. pejam celik pejam celik sat g dah nak tahun baru masihi. Kagum kan? dengan keadaan kita sekarang ni, kadang-kadang kita terlupa dengan masa. Sampaikan kita tidak menghargai masa yang ada. Itu sangat sadis.

Pokcik harap, semua kita tak terkecuali siapapun akan berusaha gigih untuk menghargai masa dengan mengisi masa yang ada sebaik mungkin. Bukan apa, bayangkan jika Allah tarik dan hentikan nikmat masa kita di dunia immediately, how? bagi yang berwaspada beruntunglah, tetapi bagi yang leka pula?

p/s: rindu kedinginan di sana

Thursday, May 3, 2012

Motivasi kendiri: Minda positif


Assalamualaikum dan selamat pagi teman-teman bloggers. Pagi ini cukup indah, sejuk pun tak sangat, panas jauh sekali. Semalam rasa cam nak hujan lebat saja, kelkatu pun dah memenuhi mentol lampu, tapi nampaknya hujan tak jadi pula.

Kaw kaw semua tahu tak pagi merupakan waktu yang paling baik untuk kaw kaw semua setting minda dengan mode yang positif. Bila kita set-kan minda dengan perkara positif, insyaAllah walaupun ada perkara yang tak baik berlaku di hari tersebut, kita akan menghadapinya dengan berlapang dada. Tapi bayangkan bila kita bangun pagi, dengan mood malas dan mengeluh nak kerja atau melakukan sesuatu, kemudian ada perkara tak baik pula, kaw kaw rasa apa yang akan terjadi? sumpah seranah dan mungkin akan menyalahkan situasi yang berlaku semahunya. Bahaya kan???

Pokcik ucapkan selamat menjalani pekerjaan hari ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar bagi kita semua.

p/s: rasa something wrong =.='

Saturday, April 21, 2012

Motivasi Kendiri: Dugaan


Setiap hari, setiap detik, setiap langkah .... pasti kita akan melalui pelbagai perkara. Ada perkara yang manis, ada yang memberikan sentuhan pahit. Hidup kita sebagai manusia sudah lengkap sebenarnya. Umpama sebuah hidangan yang enak, semua perencah telah menyatukan rasa, dan ianya dipanggil kehidupan.

Jatuh tersungkur adalah lumrah manusia. Siapa yang tidak pernah diduga di dunia ini? semua pernah merasakannya. Mungkin ada yang mengatakan bahawa hidupnya sentiasa mencukupi tanpa ada sebarang kesusahan jiwa dan raga, namun mungkin mereka lupa bahawa kesenangan juga merupakan satu bentuk dugaan. Dugaan untuk melihat samada kesenangan membuatkan kita lupa pada Yang Maha Pencipta atau kesenangan membuatkan kita semkin dekat dengan-Nya.

Ramai dari kita (termasuk penulis sendiri) yang akan bertempik, kecewa, menangis teresak-esak, dan merasa tak tertanggung derita saat dugaan datang melanda. Malah ada yang berperasangka buruk pada Allah dengan mengatakan mereka tidak mendapat keadilan dalam hidup (Nauzubillah). Lalu kebanyakan yang dilanda dugaan terlupa akan kalimah sabar dan redha. Kita juga lupa bahawa kita ada Allah Yang Maha Esa. Kita tidak menyakini bahawa dengan kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.

Bukankah Allah memberikan ujian adalah untuk meningkatkan keimanan kita? mengapakah kita mudah lupa sedangkan dari banyak dugaan yang kita perolehi, kita sebenarnya telah mendapat sebanyak-banyak nikmat yang tak terperi bilangannya dari Allah swt.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."

(Az-Zumar: 10)


Dugaan itu sebenarnya satu tanda bahawa Allah swt sedang berbisik pada kita agar kita melupakan kesombongan dan ingat tentang erti kesabaran (malah yang lebih besar ialah makna disebalik kesabaran). Dugaan itu pasti akan menjadi manis, sekiranya kita mampu menempuhinya dengan tetap percaya kepada janji-janji Yang Maha Esa.

p/s: pesanan buat penulis sendiri

Thursday, March 29, 2012

Motivasi Kendiri: Hati Disakiti


Pernahkah anda-anda disakiti? Pernahkah hati anda dilukai?

Jawapan: Mesti pernah.

Disakiti dan dilukai ni mungkin sinonim dengan soal cinta. Tapi apa yang aku nak kongsi di sini ialah berkenaan perasaan secara keseluruhannya. Kita merasa disakiti oleh kekasih, oleh pasangan suami/isteri, majikan, guru, sahabat, ibu bapa dan lain-lain. Boleh jadi sebenarnya kita tidak disakiti, tapi hanya kita yang tersalah tafsir lalu merasa disakiti.

Apa yang perlu anda lakukan bila diri anda disakiti?

1. Lemparkan senyuman tanda anda tidak akan menyakiti dia (yang menyakiti anda).

2. Banyakkan Istighfar untuk meredakan amarah

3. Pandang cermin dan katakan pada diri anda bahawa anda tidak akan berdendam untuk menyakiti orang lain seperti mana anda disakiti.

4. Doakan agar orang yang menyakiti anda akan sedar sikapnya telah menyentuh hati kecil anda, tapi tidak perlu mengharap agar dia datang kepada anda lalu meminta maaf.

5. Doakan diri anda agar dijauhkan dari sikap-sikap tercela.

6. Selalu muhasabah diri agar dapat merenung kesalahan yang pernah dilakukan, mana tahu ini adalah kafarah atas sikap kurang baik kita di masa lalu.

7. Luahkan pada insan yang dekat dengan anda (Ibu bapa, sahabat dll...) agar bebanan perasaan akan terlerai sedikit.

8. Kunjungi tempat-tempat yang menenangkan (club bukan tpt pilihan ok. itu lari dari fitrah..!)

9. Biasakan diri memaafkan orang lain. Ini akan membuatkan kita menjadi insan yang berperasangka baik kepada takdir yang Allah swt berikan.

10. Jaga hubungan dengan Allah, pasti Allah akan memelihara kamu, termasuk perasaan dan hati kamu.

p/s: semoga hati kita dipelihara (~_~)

Thursday, March 22, 2012

SPM 2012: Langkah seterusnya

Assalamualaikum....

Adik-adik SPM 2011 lena tidur tak semalam? Mudah2an lena lah ya. Sekarang ni masa untuk tenangkan diri, sebab ketenangan hati dan minda akan membantu adik-adik semua untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Setelah keputusan SPM dah keluar, adik-adik perlu tahu maklumat penting untuk menyambung pengajian. Pelajar lepasan SPM boleh menyambung pelajaran ke peringkat diploma, matrikulasi, pra universiti (STPM), maktab perguruan dan pra perdagangan/asasi sains. Boleh juga sambung ke peringkat A-level atau O-level. wow..!! bukankah banyak peluang untuk adik-adik menempatkan diri ke peringkat yang lebih tinggi? tinggal memilih saja. So, adik-adik perlu rajinkan diri untuk mencari maklumat, bukankah sekarang maklumat semua di hujung jari. Jangan asyik mahsyuk ber-FB, ber-twitter, ber-YM atau lebih tepat berlaman sembang sahaja. luangkan masa sedikit, bukan lama pun.

Lepas SPM kena sambung study juga ke? Kalau adik-adik lebih cenderung untuk bekerja dahulu, apa salahnya. Isi SPA, isi SPP, isi suruhan jaya perkhidmatan negeri (ikut negeri masing2), atau boleh juga isi di syarikat-syarikat swasta. Bila dah kerja, dan adik-adik dah bersedia untuk sambung belajar, tidak ada masalah. Malah ada syarikat atau organisasi kerajaan yang membuat penajaan untuk staf2 mereka melanjutkan pelajaran. Adik-adik perlu ingat, sambung belajar ni tidak kira usia. Yang penting ada kemahuan. Boleh?

Maka, mulai sekarang tetapkanlah matlamat. pastikan adik-adik tahu apa yang ingin dikejar, walaupun kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Dengan menetapkan matalamat, InsyaAllah kita tidak akan sia-siakan setiap langkah dan perjalanan hidup kita, walaupun sedetik.

p/s: Good luck!!

Wednesday, March 21, 2012

SPM: Cemerlang, biasa-biasa dan gagal

Hari ini, 21 mac 2012 merupakan tarikh keramat bagi calon SPM 2011. Hari ini keputusan SPM yang mereka perjuangkan telah diumumkan. wah!! teringat kenangan zaman lampau ketika aku menjadi salah seorang dari ribuan calon SPM di Malaysia.

Pasti hari ini, pelbagai situasi akan dilihat di sekitar sekolah. Ada yang menangis kegembiraan, tidak kurang yang menangis kedukaan. Mungkin juga ada yang menerima keputusan dengan perasaan "biasa-biasa aje". Apa pun ekspresi anda adik-adik, yang penting adalah redha. Saat ini redha dengan ketentuan adalah yang terbaik.

Slip keputusan SPM hanyalah sebuah kertas. Kertas yang menggambarkan sama ada seseorang individu itu mampu untuk memindahkan maklumat dari buku teks kepada kertas jawapan peperiksaan. Itu sahaja. Kalau adik-adik mahu tahu kemampuan sebenar, silalah berganjak ke peringkat lebih tinggi. STPM, diploma, Matrikulasi, ijazah pertama dll. Di tempat tersebut barulah keupayaan adik-adik akan teruji dengan sepenuhnya.

Bagi mereka yang memperolehi keputusan cemerlang, teruskan usaha. Tetapkan matlamat dan berbincanglah dengan keluarga atau guru-guru tentang masa depan kalian. Masa depan bukan perkara yang boleh di bawa main-main. Bagi mereka yang tidak berapa cemerlang, jangan berputus asa. Ini bukan pengakhiran bagi kehidupan kalian. Masa depan itu masih jauh, dan langkah adik-adik masih perlu diatur. Seperti apa yang dinyatakan tadi, SPM hanyalah sebuah kertas.

Gagal?! maaf.. tiada istilah gagal dalam hal-hal peperiksaan. kenapa? sebab mereka yang gagal dalam peepriksaa adalah mereka yang tidak bersungguh ataupun dalam bahasa kasar "main-main". Ingat adik-adik, jangan bermain dengan masa depan. Kelak adik-adik yang akan menyesal. Bagi yang gagal, kalian perlu ubah sikap. tingkatkan usaha walau sedikit pun, InsyaAllah kalian akan berjaya.

p/s: masa hadapan adalah satu cabaran

Wednesday, March 7, 2012

Pelihara Hati Kami Ya Allah

Semenjak dua menjak ni, aku rasa sangat stress. stress kenapa? biarlah Allah swt yang tahu. wajah mempamerkan riak senyum dan selamba. tapi dalam hati hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

dalam meniti arus langkah yang semakin jauh, dengan meningkatnya usia, aku semakin menghadapi kesukaran demi kesukaran. bagi aku, kesukaran yang paling tinggi levelnya ialah yang wujud di dalam hati. hati adalah satu ruang yang sering terisi dengan pelbagai bentuk perasaan. kasih sayang, benci, marah, dendam, rindu, malu, cemburu, gembira, sedih, bahagia, teruja dan sebagainya. pernah dengar tak, "jika baik hati itu, maka baiklah jasad. jika busuk hati itu, maka jasad juga menjadi busuk". maka, apa yang sedang mengisi hati kita akan menggambarkan kedudukan sebenar jasad kita.

tiap apa yang aku lihat, jatuh bangun rakan-rakan dan apa yang dilalui oleh orang2 di sekeliling aku banyak mempengaruhi perasaan dan hati kecil aku. aku ketawa, menangis, gembira, kecewa dan pelbagai perasaan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. sebenarnya aku sangat cengeng. i dono why... tp rasa cengeng ini tersembunyi jauh di dasar hati. hanya yang benar2 mengenali yang tahu perilaku aku.

satu perkara yang boleh membuatkan aku dapat mengembalikan semangat kepada keadaan asal ialah dengan selalu mengadu kepada-Nya. dengan mengadu kepada-Nya aku rasa sangat2 tenang. aku juga akan rasa gembira dengan menggembirakan orang lain. apalah sangat dengan perasaan peribadi jika dibandingkan kepuasan melihat orang sekeliling kita tersenyum ceria.

hati ini sangat-sangat lemah. sangat lemah selemah jasad yang memiliki hati itu. semoga aku dan kita semua terus diberikan kekuatan untuk kekal teguh menjaga hati yang lemah ini. kerana hanya dengan pertolongan Allah swt kita akan mampu untuk kekal sebagai manusia yang kuat semangat menempuhi perjalanan hidup.

p/s: Ya Allah, kami mohon Engkau kuatkan hati kami agar tidak menjadi buruk dan memburukkan jasad kami.

Monday, February 20, 2012

Motivasi Kendiri: Hak dan Bukan Hak


Kau lihatlah langit yang terbentang luas, lihat juga kepada daratan yang seluas mata memandang, juga kepada laut yang terhampar, jangan dilupakan hutan yang menghijau. Tahukah anda bahawa semua yang telah disebutkan tadi mengandungi nikmat yang tiada taranya. Jika Allah swt mengizinkan rezeki yang ada di semesta alam ini adalah HAK kalian, maka ianya pasti akan terjadi.

Manusia melata di muka bumi adalah untuk beribadah kepada Allah swt. Konsep ibadah itu sangat luas. Jika kita bincangkan tidak cukup kiraan 7 hari seminggu. Rezeki merupakan rahsia Allah swt. Maka kita sebagai manusia tidak akan pasti jumlah rezeki yang kita akan perolehi.

Andai satu ketika, kita berusaha dengan penuh gigih, membanting tulang, berkorban seluruh kudrat untuk mencapai sesuatu dan keputusan akhir dari usaha itu adalah kegagalan, pasti kita akan kecewa bukan? tetapi itulah rahsia Allah swt. Jika sesuatu itu bukan hak kita, maka kita tidak akan memperolehinya. Rezeki yang kita perolehi dengan jalan yang baik adalah ketentuan Allah swt yang memberikan hak bertepatan dengan keperluan hidup manusia. Maka jika ianya masih belum menjadi hak kita, teruskanlah berusaha. minta pada Allah swt. Jangan bosan untuk meminta pada Allah swt kerana hanya Dia yang Maha Memberi nikmat dan Maha memberi rezeki.

Allah berkata dalam hadith Qudsi :

Wahai anak Adam, hendaklah kamu luangkan waktumu untuk beribadah kepadaku. Aku akan penuhi dadamu dengan kecukupan, aku akan tutup kefakiranmu. Kalau kamu tidak lakukan, aku akan penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak akan tutupi kefakiranmu”.

Hadith sahih : Ibnu Majah, Tirmidzi, Ibnu Hibban

Nah, bukankah ini sudah jelas menunjukkan bahawa rezeki itu rahsia Allah swt. Jika kita melakukan perintah-Nya yang tidaklah memerlukan kudrat yang besar, maka Allah swt akan limpahkan rezeki kepada kita. Bertapa kita menzalimi diri kita apabila menginginkan rezeki daripada Allah swt tetapi kita mengingkari suruhan-Nya.

Ingatlah bahawa kita ini hak Allah swt, dan apa yang menjadi hak kita adalah semuanya milik Allah swt.Jangan rungsing soal rezeki, masa mu akan tiba untuk menikmati apa yang orang lain miliki.

p/s: Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang bermanfaat dan rezeki yang tidak menyebabkan kami lupa akan Mu.

Sunday, February 19, 2012

Motivasi Kendiri: Saat langkah dihayun

Ingat lagi anda semua dengan langkah pertama ketika anda berusia setahun. Di saat itu bayi-bayi kecil sudah mula bertatih dengan kaki yang sedikit bergetar kerana tulang yang masih tidak berapa kuat menampung berat badan. Tahukah anda bahawa saat itu anda melangkah dengan penuh gembira, dan ibu bapa anda melihat anda melangkah dengan penuh harapan.

Saat ini, ketika anda sudah sangat kuat melangkah, adakah anda masih melangkah dengan yakin? kalau jawapannya ialah ya, maka anda beruntung hidup dengan langkah yang penuh yakin. Tetapi, adakah anda juga melangkah dengan meletakkan kekuatan di dalam hati? jika tidak, anda masih merupakan seorang bayi berusia setahun itu, yang melangkah dengan kaki yang bergetar.

Kita sebagai manusia melangkahkan kaki di muka bumi ini adalah semata-mata atas kehendak Yang Maha Esa. langkah kita hanya untuk tujuan mencari redha-NYA. tidak ada alasan lain yang boleh menafikan hal ini.

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Bukankah ini merupakan satu peringatan kepada kita terhadap apa yang akan berlaku di kemudian hari, ketika jasad kita sudah ditelan bumi, dan kita dibangkitkan untuk dihisab di hari perhitungan.

Oleh itu, adalah rugi bagi kita yang lupa untuk meletakkan kekuatan di dalam hati ketika kita melangkah. Langkah kaki kita tidak hanya perlu kuat pada tulang dan otot yang menyokong, tetapi juga pada hati yang menggerakkan niat kita untuk melangkah. Jika hati kita kuat, maka InsyaAllah kita akan melangkah ke arah yang betul. Jika hati kita lemah, kemankah akan kita melangkah nanti?

p/s: Ya Allah, ampunkan kami yang selalu lalai. Bantulah kami untuk sentiasa beringat.