edDy sYrOl

Saturday, April 21, 2012

Motivasi Kendiri: Dugaan


Setiap hari, setiap detik, setiap langkah .... pasti kita akan melalui pelbagai perkara. Ada perkara yang manis, ada yang memberikan sentuhan pahit. Hidup kita sebagai manusia sudah lengkap sebenarnya. Umpama sebuah hidangan yang enak, semua perencah telah menyatukan rasa, dan ianya dipanggil kehidupan.

Jatuh tersungkur adalah lumrah manusia. Siapa yang tidak pernah diduga di dunia ini? semua pernah merasakannya. Mungkin ada yang mengatakan bahawa hidupnya sentiasa mencukupi tanpa ada sebarang kesusahan jiwa dan raga, namun mungkin mereka lupa bahawa kesenangan juga merupakan satu bentuk dugaan. Dugaan untuk melihat samada kesenangan membuatkan kita lupa pada Yang Maha Pencipta atau kesenangan membuatkan kita semkin dekat dengan-Nya.

Ramai dari kita (termasuk penulis sendiri) yang akan bertempik, kecewa, menangis teresak-esak, dan merasa tak tertanggung derita saat dugaan datang melanda. Malah ada yang berperasangka buruk pada Allah dengan mengatakan mereka tidak mendapat keadilan dalam hidup (Nauzubillah). Lalu kebanyakan yang dilanda dugaan terlupa akan kalimah sabar dan redha. Kita juga lupa bahawa kita ada Allah Yang Maha Esa. Kita tidak menyakini bahawa dengan kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.

Bukankah Allah memberikan ujian adalah untuk meningkatkan keimanan kita? mengapakah kita mudah lupa sedangkan dari banyak dugaan yang kita perolehi, kita sebenarnya telah mendapat sebanyak-banyak nikmat yang tak terperi bilangannya dari Allah swt.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."

(Az-Zumar: 10)


Dugaan itu sebenarnya satu tanda bahawa Allah swt sedang berbisik pada kita agar kita melupakan kesombongan dan ingat tentang erti kesabaran (malah yang lebih besar ialah makna disebalik kesabaran). Dugaan itu pasti akan menjadi manis, sekiranya kita mampu menempuhinya dengan tetap percaya kepada janji-janji Yang Maha Esa.

p/s: pesanan buat penulis sendiri

4 comments:

NAL said...

setuju btw nice sharing

Anonymous said...

be strong yar, menjalani kehidupan hari-hari :)

Anonymous said...

betul3... semua tuh ade hikmah disebliknya... :)

aindzaya said...

penulis da mula bermuhasabah diri :)

"Ain Dzaya | Tips penting bodek godek pensyarah.hik.hik..".