edDy sYrOl

Sunday, February 12, 2012

Eksklusif bersama Syed Shamim Al Idrus


Assalamualaikum sahabat-sahabat Eddy Syrol.

Dengan penuh yakin ES rasa ramai dah tahu tentang kewujudan Clora Studio yang kini sedang hot dengan kehadiran Tasha Manshahar. Sebelum ini, blogger Ammar Yasir ada menulis satu entry khas berkenaan Tasha Manshahar (click sini). Sesiapa yang dah dengar dan saksikan cover version lagu Mr. Saxobeat Tasha (click sini), ada seorang jejaka yang bermain guitar dan berduet dengan beliau. Itulah dia Syed Shamim. mari kita dekati Syed Shamim exclusive temu bual ES bersamanya melalui laman Facebook.

Biodata

Nama Penuh : Syed Shamim Al Idrus Syed Abdul Kadir

Nama Panggilan: Syed Shamim

Tarikh Lahir: 27 Februari 1993

Asal: Seremban, Negeri Sembilan

Tinggi: 168cm

Berat: 52kg

Pendidikan: SK. Seri Kelana, Seremban (primary)
SMK. Dato Hj. Mohd Reza, Seremban (Secondary)
SMK. Dato Sheikh Ahmad, Seremban (Secondary)
Institut Pendidikan GuruKampus Ilmu Khas, Cheras [Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan] (sekarang)

Kegiatan Masa Lapang: Apa sahaja berkaitan muzik

Tokoh Luar/dalam negara: Tan Sri P.Ramlee, Jason Mraz, Bruno Mars, John Mayer



Menurut Syed Shamim, beliau meminati bidang muzik kerana bidang ini sudah sebati dengan dirinya, apatah lagi ayah beliau merupakan seorang guru muzik sambilan dan merupakan seorang pemuzik. Ayah beliaulah yang memberi bimbingan padanya tentang dunia muzik semenjak kecil lagi.

Apabila ditanya mengenai pendorong Syed Shamim dalam bidang seni muzik/seni suara, beliau menyatakan bahawa keluarga dan rakan-rakan menjadi pendorong kuat dalam bidang ini. Selain itu, Tasha Manshahar sebagai salah seorang daripada Clora Studio juga adalah yang banyak menyokongnya untuk terus berdiri memperjuangkan minatnya.

Penggabungan Syed Shamim dan Clora Studio berlaku tanpa dirancang. Bermula dengan menemani Tasha bertemu dengan sekumpulan remaja yang menguruskan hal videografi lagu Tasha, lalu bertitik tolak dari itu mereka mula berkawan dan menyanyi bersama. Melihatkan keserasian yang wujud antara mereka semua, dengan idea bersama maka tertubuhlah Clora Studio.
Bercakap mengenai personaliti tanah air, Yuna menjadi sumber rujukan Syed Shamim. Beliau kagum dengan seorang gadis biasa yang kini menjadi luar biasa dari segi muziknya. Harapan Syed Shamim agar ramai yang akan menerima muzik yang diperjuangkan oleh beliau yang dipengaruhi oleh genre acoustic pop yang beliau rasakan tidak ramai penghibur malaysia perjuangkan. Harapan beliau juga agar peminat muzik Malaysia akan terus menyokong Syed Shamim, Tasha Manshahar dan Clora Studio di dalam industri seni tanah air.

p/s: Nantikan single pertama Syed Shamim yang kini dalam proses dan like Fan Page Syed Shamim di SINI.

22 comments:

hawiz said...

xberapa minat..ihhih...

Unknown said...

boleh thn gak suara syed shamim ni..

p/s :dah bleh jadi wartawan da ni eddy. keep up your good work bro :D!

iAmCekbolat said...

Oh.. penggiat seni baru jugak (^^,)

farah piu piu said...

umur syed shamim sama ngan umur kakak saya.. --' 19 tahun... ^,^
syed shamim: jadi abg ipas sy nak..?? haha (kidding only) jngn ambl serius..
syed shamim: suara best.. boleh popular lg :)

Luqman Zakaria said...

saya tak kenal pon beliau~

eddy syrol said...

hawis : takpe..kaw minat selena je kan..hehe

Qarl : yup.. terutama yg lagu mr.sexobeat..

cekbolat: yup..jgn lupa click like fan page dia..

farah: cuba PM dia..mana tau dia sudi..hehehe

luqman : sbb tu ada entry ni..memperkenalkan dia :)

Aida Azmi said...

K sukanya dekat dia >< <3

Ammar said...

Minat Tasha Manshahar lagi...hahahaha

anNaqia said...

alahai, muda lg syed shamim ni rupenye.

tq for the info btw. :)

aliah said...

syed syamim...awesome

Faraa Malek said...

nak ngorat dia boleh . k gurau jea . saya jatuh cinta dengan suara nya :)

Amanina Amran said...

ingtkn syed shamim mana -_-" budak ni hahaha. pandai math kot masa f4 dulu :O

nabila binti masri said...

syed shamim
SMK DATO SHEIKH AHMAD ((((:
my ex senior.memang dr skolah dengan gitar je dia ni :D

*keep it up,dude!

nabila binti masri said...

syed shamim

SMK DATO SHEIKH AHMAD
my ex senior.'
hah dari skolah lagi dia ney dengan gitar je kalo ade event kat skolah.HAHA

*keep it up dude!

Unknown said...

Tak sangke kecik je dunia. Saya yang gila2 kan Syed baru tau yang dia abang sedara kawan saya. Haha LOL sangat. Tapi dia dan kak Tasha always jadi idola saya. Sebab saya pun budak pemuzik. ^^

Nurain How said...

Minat giler kat ed ni..hahahaa....

pjAh mEans dArE said...

not bad...

Unknown said...

cikgu di sekolah aku...always love you cikgu...cikgu comel sangatt bila pakai kemeja..heheh...harap cikgu sekalu sukses...and always teach at my school..[walaupun cikgu practical]heheh...love you cikgu..^_^

Unknown said...

sye sanggat meminati syed shamim..suaranya begitu lembut menyanyikan bermacam jenis lagu...harap2 dapat berjumpa dgn beliau..sudi lh dtg ke sabah

Unknown said...

suka tngok dya main guitar.....dtg lh ke sabah

Unknown said...

wei bahlol... bodoh nyoo paluiiii... pgil syed syamim jmpa aq kt k.l .. mid pkul 2 ptg ni..

eddy syrol said...

Encik Hafizuddin rosli ada masalah ke dgn syed ni?