edDy sYrOl

Saturday, July 30, 2011

CONTEST SEO : aku seorang blogger ... EMSEM


baiklah... tetibe rasa terpanggil utk join contest ni, waimah tarikh luput ida adalah besok..maka ngan gigihnya pokcik telah menyiapkan entry yang superb (keee) untuk tatapan semua... BTW, siapa nak join contest ni bolehlah click pic aku kat atas tu (motif kene click pic aku kan...) hehehehe

ekceli ada tiga jenis entry yang korang boleh buat untuk join contest ni, semuanya ada dlm blog yang korang leh layari dengan click pic aku td... pic aku lagi (~_~) huhuhu

kali pertama :

first time aku jadi blogger bulan november tahun 2008. waktu tu aku ikut member samata-mata. member buat blog, aku pun buat la juga kononnya. Ini merupakan entry pertama aku (SINI). Tapi, time tu oleh kerana sekadar ikut sajork, maka takde makna sgt lah blog ni bagi aku. Ada pun mcm takde sajork… maka aku sepi dalam beberapa bulan, malah aku rasa beberapa tahun after that…. Baca je lah entry2 awal aku, macam ape saja kan..ngeee (~_~)


seterusnya.................................. (~_~)




pencapaian... ermmm, tak pernah ada pencapaian dlm dunia blog ni..selaku blogger yang boleh di kira agak baru dan agak comel, maka takde pencapaian yang aku dapat. award pun tak pernah... kalaulah hadiah2 giveaway yang pic kat bawah ni boleh di anggap award, yup!! ini serba sedikit yang aku pernah dpt dr rakan2 blogger...semua aku masih simpan dengan baik.. (~_~)

ni hadiah2 dari ady budika ada 3
yang 3 lagi aku tak ingat lah..maaf...


blog adalah sebahagian dari hidup aku. umpama makan nasi dengan ikan dan sayur sudah memadai untuk kenyang, tapi hati tetap nak rasa makan ayam.. maka blog ni umpama sayur tu lah..eh...ape aku cakap ni..erkkk.... blog banyak bagi aku info, blog banyak buat aku kenal ramai org dengan pelbagai ragam. blog buat aku rasa seperti wujud di satu dunia maya, yang lebih bermakna...


p/s : berpeluh tiak buat entry ni..huhuhu (~_~)

ramai tau yang sponsor contest ni, sangat menarik :) joinlah!!



Friday, July 29, 2011

kecil lagi nak solat

gambar hiasan

"alaaaa.... anak akak kecik lagi.baru masuk darjah, tak perlu lah kot nak paksa2 solat.besar nanti barulah.dia tak tau apa2 lagi tu."

"bacaan solat pun dia tak tahu, buatpe nak suruh dia solat.budak kecik apa dia tahu?"

"mama papa kata adik tak payah solat..adik takde dosa lagi."

mcm ni lah dialog2 yang aku percaya kita semua biasa dengar. anak-anak kecil dikatakan tak perlu solat, sebab masih kecil lagi. sebenarnya itu salah. pernah dengar kan melentur buluh biarlah dari rebungnya ? bukahkah pepatah melayu ini sendiri memberi gambaran bahawa kalau kita mau membiasakan insan itu melakukan sesuatu yang BAIK,harus dimulakan dari awal usia mereka.

ibu bapa perlu memberikan contoh pada anak-anak.contoh yang baik dengan mengajak anak2 kecil ini sama2 solat berjamaah.bukankah tabiat semulajadi anak2 suka meniru perbuatan orang lain, nah! ini memudahkan kita untuk membiasakan mereka dengan solat.

Rasulullah saw ada memberikan panduan bahawa anak2 sudah boleh diajar solat seawal umur 2 atau 3 tahun. berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani dari Abdullah bin Habib,bahawa Rasulullah pernah bersabda " jika seorang anak sudah mengetahui dan dapat membezakan tangan kiri dan kanan,maka perintahkanlah dia untuk mengerjakan solat."

disiplin terhadap solat perlu dikukuhkan lagi apabila anak-anak sudah mencecah usia 7 tahun. dalam hadis riwayat Al-Hakim dan Abu Dawud, Rasulullah bersabda "Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukullah dia demi sembahyang pada usia 10 tahun, dan pisahkan antara mereka di tempat tidur." hadis ini sendiri menyatakan galakan solat kepada anak2 kecil malah perlu dihukum jika mereka tidak solat ketika usia 10 tahun (hukuman yang tidak mencederakan fizikal dan mental).

hendak seribu daya, mahu seribu cara. kalau kita mahu memang kita mampu untuk mendidik anak2 kecil kita yg comel2 itu untuk mencintai solat.indahnya hidup kalian wahai ibu dan ayah andai kata anak2 kalian yang kecil sudah mahu bersolat.

p/s : ada orang yang bagi alasan belum tiba masanya dia solat sebab hati belum ikhlas. so bila nak ikhlas solat tu? (~_~)

ranking pengguna FACEBOOK


harini aku nak share dengan korang tentang ranking jumlah pengguna facebook tertinggi mengikut negara... mana Malaysia ye.. ada sape2 yang tahu?

1. Amerika (143.6 juta)
2. Indonesia (30.1 juta)
3. UK (28.4 juta)
4. Turki (23.3 juta)
5. Perancis (19.7 juta)
6. Filipina (18.1 juta)
7. Itali (17.3 juta)
8. Kanada (17.2 juta)
9. Mexico (17 juta)
10. India (15.4 juta)

eh eh, mana Malaysia... hah...! untuk pengetahuan semua, Malaysia berada di tangga ke-16 dengan jumlah pengguna facebook sebanyak 8.9 juta orang iaitu di belakang Australia iaitu 9.5 juta orang pengguna. mcm mana pulak dengan negara China? walaupun negara ini mempunyai jumlah penduduk paling ramai di dunia, namun pengguna facebook di negara itu hanya sebanyak 83 ribu orang. sikit kan? malah China berada di tangga yang ke 129 dari 213 negara yang mempunyai pengguna facebook.

pengguna yang paling sikit ialah rakyat di vatican City iaitu di tangga ke 213 dengan jumlah pengguna facebook sebanyak 40 je... sangat tak suke facebook lah kan tempat ni..adehhh....

sumber daripada majalah Muslimah dan http://www.socialbakers.com/facebook-statistics/

eh, jangan lupa lak jenguk entry yang SINI ye dan juga SINI (~_~)

P/S : aku pengguna facebook yg keberapa juta lah ye..leh tak carikan statistik cenggitu (~_~) ngeee

Thursday, July 28, 2011

wordless thursday #3

Wednesday, July 27, 2011

siapa tak baca aku BLASAH..!!!


gerun tak dgn tajuk entry? hehehe.... entry ni terhasil dr entry yang sebelumnya CLICK JE DI SINI. so, aku nak menyeru korang lah untuk click kat bahagian yang aku dah tandakan dengan color merah (yang ada anak panah yg juga color merah)...untuk pic kat atas sekali, dekat side bar... click tau...



kemudian, satu lagi ialah dekat bottom of my blog. yang dekat bahagian chatbox tu. minta tolong lah korang click banyak2 pun bolehhh... jasa korang akan di kenang... aku tau korang sayang aku (sila muntahijo....huhuhuhu)

p/s : sape tak click aku carik sampai lubang cacing (~_~)

SARANG JERUNG NAK MENEMPEL KAT BLOG EDDY SYROL


uiks uiks uiks... tetibe aku rasa cam ada sarang jerung yang nak menempel kat blog aku. ape ni derr.... hohohoho..

lek semua, aku saja buat kecoh. ok, blogger yang menyintai sarang jerung ni (aku pun tak tahu lah camne rupa sarang jerung tu kannn) telah menganjurkan contest yang bernilai RM150.00... pre-contest sedang berlangsung sekarang sampailah 31 Julai 2011 ni..tp contest sebenarnya akan diadakah sampailah 31 Ogos 2011 nanti... sapa2 nak join korang click lah mana2 pic kat sini yg aku tepek...


baiklah, untuk syarat2 penyertaan dan maklumat paling tepat berkenaan contest ni, mari kita baca selanjutnya...

syarat untuk join contest ni mudah jer, just perlu buat perkara berikut:

1. buat satu entry khas untuk contest ni.

2. follow blog Sarang Jerung.

3. like page Sarang Jerung kat facebook.

4. submit entry yang siap tu kat wall page Sarang Jerung.

lepas tu siap dan dah boleh start untuk menang. hehehe.

hadiah yang ditawarkan juga lumayan:

tempat pertama: rm50

tempat kedua: rm30

tempat ketiga: rm20

dan hadiah saguhati: rm10 untuk mereka yang layak (5 orang terpilih).

apa cara untuk menang:

1. untuk tempat pertama, minimum 350 unique click dari blog korang dalam tempoh sebulan.

2. untuk tempat kedua, minimum 250 unique click dari blog korang dalam tempoh sebulan.

3. untuk tempat ketiga, minimum 150 unique click dari blog korang dalam tempoh sebulan.

saguhati 5 orang. minimum 50 unique click dari blog korang dalam tempoh sebulan.

contest ni sebenarnya pasal apa?

peserta just perlu mempromosi blog Sarang Jerung ikut kekreatifan masing-masing, dan setiap unique click ke izzudin.com akan dikira then blog yang mendapat klik tertinggi akan menang dengan wang tunai dan boleh lah shopping raya.. yahuuuuuuuuuuuuu (~_~)


so, aku rasa nak men-tag org2 ini:

yazid
azri
hawis
scha putra

so, sape rasa rajin, mai lah menjoinkan diri...

p/s : sape tak click kat blog aku, aku kick!! (~_~)

Tuesday, July 26, 2011

sumbang mambang : terima kasih cinta

pepagi ni, ketika aku bz mengisi borang yang sangat banyak halaman dia ye..maka aku jadi boring. oleh sebab itu, aku dengan tak tau malunya melalak tak tentu pasal. silalah keji ke-sumbangan suara aku ye... kalau rasa ada lirik tak ikut melodi, pepaham lah..bukan aku nyanyi, teddy bear tu yang nyanyi (dua tangan di dada, mata pandang atas)

sketch : ramadhan mode





semua................ lukisan yang aku lukis semalam waktu abg aku call aku. tetibe kan ilham datang, maka aku lukis lah apa yang aku nampak kat kulit buku novel ketika cinta bertasbih. cuma serious aku tak reti nak lukis betul2 cam kulit buku tu, susah kot nak ukir..hahahaha...akhirnya jadi mcm ni pun ok sudahhhhhhhhhhhhhh....

p/s : tgl beberapa hari lagi bulan ramadhan kan? (~_~)

Sunday, July 24, 2011

aiskrim potong

makan pun stim.muke keji

aiskrim potong... sape minat? aku dgn abg aku suka gila makan aiskrim ni. haritu aku es em es (hehehe) dia, ckp aku tengah makan aiskrim potong, dan dan dia mencari aiskrim ni time lunch hour. apekah heyyy.... buang tebiat.

apa istimewanya aiskrim potong? harganya for sure murah dari aiskrim2 standard biasa. rasa dia pun lemak dan sedap. mengenyangkan pula tu. aku suka yang perasa kacang merah. favorite aku kot..hohohoho...

dan....hari ini (petang ini) ketika tengah drive, aku makan lagi aiskrim potong. tapi perisa jagung lak.sampai aku rasa nak terdemam aiskrim potong. sape2 nak blanja aku aiskrm, silalah blanja aku aiskrim potong je (tapi aiskrim mahal pun aku tak menolak..hehehe).

p/s : takleh makan banyak sangat aiskrim, perut leh jadi krem... (~_~)

sketch : double sketch

tengah hari td aku rasa nak tidur. tapi, oleh kerana panas sangat2 di tambah aku kena ke pekan menunaikan pesanan kakak aku lepas solat asar, so aku tak boleh tidur. aku kalau tidur for sure bangun pukul 5pm lebih2...haaa.....terlewat sudah..... oleh kerana aku tak tidur, dan panas...aku duduk lah di kaki lima. tiba2 aku terpandang kertas kosong, maka aku rasa nak melukis...

maka terhasillah lukisan2 ini... sila jangan kutuk aku ya, aku tak reti melukis dengan baik (~_~)

ni kononnya pemandangan kaki lima...tp aku rasa a bit wired dengan lukisan pertama ni, nampak kasar sangat...cam budak tadika melukis. budak tadika lagi lawa lukisan drg kot..huhuhuhu


lukisan kedua pula mcm ni. ni lukisan ape ye?ntah lah... aku suka lukisan kedua. eh...tiba2 aku terfikir yang lukisan ni kan menggambarkan apa yg difikirkan oleh si pelukis, so sapa tahu apa yang aku fikirkan? ahaks... sapa betul aku bagi sposen..eh, doposen...

p/s : nak lukis benda2 yang lagi susah,dan nak nampak mcm lukisan pro..hohohoho (~_~)

Artis Malaysia tak bijak


ketika kita bangun dari tidur, sebenarnya semua makhluk Allah juga bangun (mungkin tak tidur) berlumba-lumba bertasbih pada Sang Pencipta. pepohon bertasbih,burung bertasbih, batuan bertasbih -- tiada yang terkecuali melafazkan tasbih pada Yang Maha Agung. bukankah rugi bagi kita yang lupa untuk melakukan ini?

oklah, saja nak bagi mukaddimah. untuk renungan bersama. refer kepada tajuk entry kali ini, mungkin lebih tepat untuk aku katakan SEGELINTIR BESAR artis Malaysia tidak bijak. kenapa aku katakan begitu? sebab ini menurut pemerhatian aku lah melalui stesen TV juga media massa yang lain.

situasi 1 : wartawan bertanya "kenapa sekarang pakai tudung nampak lain dari sebelum ni?tak bimbang ke nanti peminat kata apa2?" si artis menjawab "ooo... (sambil tergelak kecil). ni cuma nak sesuaikan dengan aktiviti kali ni.mungkin orang nampak A (bukan huruf sebenar) ni lemah lembut je kan, tapi sebenarnya A ni lasak..alah...kan masih tutup rambut lagi." FYI, artis ni pakai tudung cam rahib tu, nampak leher dan baju ketat giler waktu disoal wartawan.

situasi 2 : wartawan bertanya "kenapa B (bukan huruf sebenar) selalu berpenampilan sexy ye, tak risau ke kontroversi sebab penampilan mcm tu?" si artis menjawab "owh...sebenarnya saya berpenampilan sexy cuma untuk mewakili sesuatu produk saja.tak pun kalau berada di majlis2 yang bersesuaian, tapi saya yang sebenar biasa saje.saya rasa orang boleh terima saya ketika bekerja dengan di luar waktu kerja."

situasi 3 : wartawan bertanya "kenapa sanggup pegang watak mcm tu?adegan mcm tu nanti kan menimbulkan kontroversi?" si artis menjawab "itu cuma watak dalam filem.jadi untuk lebih menjayakan watak tersebut, adegan mcm tu rasanya tak salah.lagipun hanya tujuan lakonan kan, lagipun org akan faham adegan ranjang mcm tu ada nilai moral di akhir cerita."


jawapan2 tadi merupakan jawapan segelintir para artis yang boleh dilabelkan bijak menjawab soalan wartawan. memang di akui, dalam sekelip mata soalan kontroversi dari wartawan mampu ditutup oleh jawapan yang nampak sangat spontan NAMUN jawapan yang mereka anggap bijak itu sebenarnya sangat tidak bijak. eh eh eh....dekat mana jawapan tu nampak tidak bijak? fikir lah sendiri.... aku rasa artis2 yang bagi jawapan mcm ni adalah artis yang keliru dengan diri mereka sendiri.keliru dengan apa yang drg katakan dan keliru dengan apa yang drg lakukan.

p/s : sama2 lah perbaiki diri.Ilmu kan penting (~_~)

keputusan MTQ Antarabangsa kali ke-53

pemenang Qari dan Qariah

berikut merupakan keputusan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa kali ke-53 yang berlangsung di PWTC semalam (23.07.2011)..

kategori Qari :

1. Malaysia (89.26%)
2.Filipina (88.67%)
3. Mesir (87.88%)

kategori Qariah :

1. Malaysia (88.33%)
2. Indonesia (88.3%)
3. Singapura (86.17%)

tahniah kepada pemenang. yang pasti, tahun ni memang ramai yang dah boleh berlagu dalam bacaan Al-Quran (Tarannum) tetapi, masih juga yang menjadi keutamaan adalah tajwid. maka tidak hairanlah walau ada lagi peserta lain yang tarannum dia cantik, tapi tidak dapat top 5 pun sebab kelemahan dari aspek tajwid, fasahah dll aspek yang menyumbangkan markah yang lebih tinggi...

sumber : TV1 dan Berita harian

p/s : teringin nak belajar Tarannum ni, tp nafas pendek je..huhuhu (~_~)

Saturday, July 23, 2011

syukur + impian + hidup


manusia memang ditakdirkan untuk hidup dengan pelbagai impian. impian yang sinonim dengan apa yang dinamakan dengan mimpi. bermula dengan satu angan2, kemudian menjadi satu mimpi dalam igauan, lantas menjadi satu impian. kalau hatinya besar, maka ia akan menjadi satu matlamat hidup. moga kita menjadi manusia yang mengimpikan sesuatu yang baik2 saja... amin ya Rob...

aku juga ada impian. besar impian aku. luas seluas bumi dan segala isi cakrawala. sedalam 7 petala langit dan lapisan bumi. mungkin tidak terbatas. memang begitu kan sikap manusia, mana pernah mengenal erti keterbatasan dalam menanam impian. kalau satu dah tercapai, akan wujud lagi yang baru, lagi dan lagi dan lagi. impian aku paling utama, ingin membuatkan ibu ayah bangga dengan aku. siapalah aku tanpa keduanya. Allah mengizinkan mereka berdua menjadi asbab kelahiran aku di muka bumi ini. jadi, sebagai insan yang mahu membalas jasa, bukankah itu yang paling kita idam2kan sebagai seorang anak. biarlah apa org kata, mencaci ataupun mencerca, yang penting ibu bapa masih mahu menjadikan kita modal kebanggaan mereka..CUKUP!! kalau kita mahu memikirkan kata2 orang lain, siapa mereka yang mengetahui susah jerih dan payah hidup ibu bapa kita,dan diri kita sendiri. maka, abaikan saja..

aku bersyukur, hidup di persekitaran yang mudah dekat dengan siapa sahaja. ntah la, bagi aku aku mudah dekat dgn siapa saja, walaupun pernah ada melabelkan aku sombong atas dasar mereka tidak kenal siapa aku. tp, bila sdh kenal, ya this is who i am... aku juga diizinkan Allah untuk bertemu dengan insan-insan yang begitu ambil berat dengan aku. kadang2 aku terfikir, siapa aku dalam hidup orang lain sehinggakan ada yang sanggup mengambil berat tiap inci hidup aku. tapi bila ada yang mengatakan yang tindakan yang dilakukan adalah kerana Allah, aku jadi luluh.hati tambah parah. sebab segala budi yang ditabur adalah menjadi tanggung jawab aku untuk membalas. walaupun tidak pernah secalit pun terluah sebutir kata meminta balas,tapi itu tanggung jawab aku. apa yang terlintas di fikiran aku kini, mahu membuat sesuatu yang membanggakan utk insan ini. doa.................dipanjatkan buat Sang Pencipta agar aku di murahkan rezki dan di permudahkan jalan untuk menggembirakan hati orang lain. apa lagi yang aku mampu lakukan sebagai seorang hamba Allah yang sangat lemah dan tidak punya apa2.

aku yakin, dalam hidup ini semua orang mahu jadi yang hebat. inginkan sesuatu yang hebat2.dan ingin diri mereka di pandang hebat. aku juga ada merasakan hal seumpama itu. tapi, pada satu hari (malam), waktu aku sdg bersiap2 untuk ke suatu tempat pada keesokan harinya, aku selak almari baju. hah?!!!! baru perasan yang aku dah tak memiliki baju yang HEBAT untuk aku pakai esok. aku cuma ada seluar slack yang cantik. selain itu tidak ada lagi yang HEBAT, kasut aku yang HEBAT juga sudah tiada. hilang..... aku terduduk seketika, dan berfikir macam mana aku nak tampil dalam keadaan HEBAT esok??? setelah lama berfikir, aku rasa mcm kepala aku dan dinding hati aku di ketuk oleh satu kesedaran.. ya..satu kesedaran, di mana aku sepatutnya tidak memikirkan sesuatu yang bersifat HEBAT. aku sepatutnya pandang cermin terlebih dahulu, dan tunjuk pada cermin itu kenapa aku harus kelihatan HEBAT sedangkan kau tak layak pun untuk jadi HEBAT.kau tak rasa baju yang ada tu hebat?sedangkan ada lagi yang tengah bermati-matian utk memiliki baju seperti kau.kasut HEBAT kau hilang?itu salah kau dan kau patut mencari jalan agar esok kau ada kasut.dan itu salah kau sebab kau nak jadi HEBAT esok...bukan HEBAT yang kau perlu tampilkan, tapi cukup dengan menampilkan siapa sebenarnya diri kau.selesa dengan siapa sebenarnya diri kau. jadilah diri kau yang sebenar, maka esok akan jadi baik2 saja.... maka, pada keesokan harinya aku masih rasa HEBAT tetapi dengan menjadi diri aku sendiri.... dengan apa yang aku ada... buat pertama kali aku rasa melakukan sesuatu yang paling paling paling benar....



impian itu adalah lumrah kita, kita sebagai manusia... impian paling besar adalah impian terhadap sesiapa yang kita sayangi di dunia ini.moga kita dapat berpimpin tangan dengan mereka di syurga kelak...aminn ya Rob.... bersyukurlah kerana Allah selalu tunjukkan kasih sayangnya melalui pelbagai kejadian yang selalunya tanpa kita sedari sedikit pun. maka setiap hari kita perlu bersyukur. hidup sememangnya sukar buat manusia, sebab itu hidup ini sering di umpamakan sebagai perjuangan.malah, akan bertambah susah bagi mereka yang besar keinginannya. berjuanglah asalkan ianya masih baik untuk kamu.

sebagai mana manusia yang lain, tiada pernah aku terlepas dari menitiskan syahdunya air mata.tiada pernah aku terlupa selalu meminta-minta pada-Nya. selalu aku merayu meminta belas agar aku terus menjadi si perayu rindu, rindu pada yang aku cinta atas rasa cinta pada Yang Maha Memiliki Cinta,menjadi si penghibur kepada hidup org yang ingin aku gembirakan atas rasa tanggungjawabku sebagai manusia... izinkan aku...izinkan aku...izinkan aku...

p/s : andai hidup ini sukar, maka itu memang pilihan kita.andai hidup itu senang,kerana itu apa yang telah diberikan-Nya... (~_~)

Terima kasih ADY BUDIKA


tara................... ini dia ole2 dari bandung yang di kirimkan oleh bapak ady budika lewat giveaway-nya... entry tentang itu boleh diliat di sini ya semua CLICK..... hahaha..terror tak aku ckp indo? haaa..ko mampu? tak kan tak kan?ahaks...

so, ribuan terima kasih buat hencek ady budika ya... aku tak tahu ni dah yang keberapa dari ady,tp kalau dia buat ape2 segmen mesti aku ikut. tak kisah menang hadiah utama ke tak, janji ikut je..huhuhuuhuhu...

p/s : rasa nak gi bandung jugak (~_~)

Wednesday, July 20, 2011

rojak RM1.00 +susu + biskut


ni menu breakfast aku harini. beli kat gerai tepi jalan je..ada makcik tu selalu aku jenguk makanan dia jual kan. kirenya aku nak beli nasi lemak, as usual...tapi habis.so, aku beli lah rojak yang tinggal. harga dia sama gak dengan nasi lemak tu, RM1.00. aku ber-breakfast dengan susu plus biskut (takut tak kenyang..hehehehehe).

korang breakfast ape?

p/s : susu memang sedap

chatbox


just nak bagitau member2 blogger ni kan, aku dah ada chatbox..baru je letak pun..tapi aku letak kat bawah, bukan mcm selalu org buat drg letak kat side bar kan... aku belum susun lagi hiasan2 dinding blog aku ni..t dah hias bagus2 rajin2 lah ye chat situ..hehhe

Monday, July 18, 2011

FB : baru tapi aku tak suka


ahoi..... ape kabar semua? korang tgh buat ape?main facebook ye?hehehehe... ckp main facebook ni, ada someone yg selalu rasa cam tak senang bila aku main facebook.ntah le,main facebook pun salah.just ignore it, hidup aku pilihan aku kan...

tapi aku bukan nak cakap sal aku main facebook, tapi fasal the facebook it self. aku perasan yang facebook ni dah berwajah baru. walaupun tak lah baru sangat, tapi ada sedikit perubahan yang aku tak senangi lah.mungkin hencek mark nak jadikan aplikasi Muka buku ni lebih friendly, tapi................arghhhh aku still tak ske perubahan ittew.....

1. kaler merah hati tu (sebelah kanan) aku buatkan kotak dan anak panah dengan warna yg sama. kat situ ada aktiviti yang berlaku dalam facebook yg aku buat juga yang member2 aku buat sama ada komen mahupun status terkini.benda tu akan skroll down automatically.nampak nice kan?tp nampak tak tanda tanya color kuning?kan biasa kat situ ada letak birthday member2 kita, so now dah takde lak.susah r nak wish birthday org. then, kat situ biasanya kalau ada org nak invite kita for anything la kan, dia akan letak kat situ. but now dah takde. walaupun aku kadang2 rasa tak suke dengan invitation bagai ni, tapi ada gak invitation yang best dan aku nak tahu.

2. colour purple lak cuba tengok. anak panah tu menghala ke bawah. ekceli, kalau kita ckroll down, segala status tu akan bergerak (biasalah kan), tapi yg status tengah tu je bergerak. apa yang ada di kiri dan kanan, termasuklah yang bertanda hijau tu, akan statik. so maknanya, kalau kau ada 20 org yang mengomen, dia akan keluar notification kan sampai terlebih skrin laptop kau, so bila kita skroll ke bawah dia akan ikut lah sekali kan sampai kita jumpa penghujung notification tu. but now tak,dia akan stop sampai hujung skrin laptop anda je...pedup!!

3. lastly, nampak yang berwarna orange tu?tanda soal... kan kat situ dulu ada list friend kita yg online.now dah takde... kene tgk kat kanan sebelah bawah.agak tak best...

so, memanglah kadang2 perubahan ni untuk tujuan menyenangkan, tapi kdg2 ada gak perubahan yang tak praktikal. sama ada tak praktikal dari aspek perubahan terlalu mendadak, or memang benda tu tak praktikal langsung.hohohoho..ada kot yg akan cakap aku ni tak boleh terima perubahan, tapi bg aku apa yang aku cakap kat atas td just apa yang aku rasa je. RASA TAK SUKA... lalalalala

p/s : sorry la kalau ayat sungguh power sampai berbelit-belit (~_~)

Sunday, July 17, 2011

exam gomen lagi

bertepatan dengan tarikh 16 julai 2011, aku duduk exam jawatan gomen under SPA. jawatan ape?rasanya semua sedia maklum sbb exam ni serentak satu malaysia... aku datang agak lewat (walaupun tak le lewat pun, cuma ramai je yg dtg awal), then akak pengawas tu suh aku duduk kat bilik 3. ada dua kerusi kosong kat bilik tu, then aku pilih duk kat belakang sebab yg satu lagi hampir2 nak depan. duk blakang kan best, leh tgk org2 yg stress tgh menjawab (bukan nak tgk toyol ye).


soalan exam gomen ni sebenarnya bukan boleh kita jangkakan..sebab dia buat ambil isu secara rawak.bukan cam SPM or STPM. kita boleh ramal, malah ada yang mmg kita tau topik wajib keluar exam. even semalam topik 1Malaysia pun takde (kalau aku lupa ingatkan aku), cuma yang ada isu National Key Result Area (NKRA) dan tak salah dua soalan.. so, untuk seksyen A - C, takde soalan yang boleh di ramal..tu rumusan aku...


rehat untuk selang dr satu paper ke paper yang lain ialah 30 minit.tp takleh kata 30 minit total juga,sebab belum habis masa rehat kertas jawapan OMR dah datang.so kena lah isi satu2 untuk setiap seksyen dr A- D. cuma karangan je lah toksah OMR kan. so sepanjang rehat2 tu aku menyempatkan diri lah snap2 gambar cam kat bawah ni... boring nyer pasal..

yang anak panah oren tu member aku.. nama dia EZ, sama satu U and satu sekolah (fakulti) dengan aku.cuma lain kursus. dia duk depan tu, aku duk blakang.so sepanjang perjalanan exam aku tak say hi pun dengan dia.hehehe..bukan sombong, mls nak berjalan ke depan.dia pun sepanjang exam tak toleh2 belakang.tahan tol dia... tak krem ke leher tu...adehhhh... bila time semua paper habis baru dia perasan aku, sbb dr dalam kereta dia lambai aku..hehehe...

ni semua tgh tunggu paper yang seterusnya. ada siap bawa nota tebal lagi.aku tak tau r drg dpt nota dr mana, tp respect la...tebal giler kot nota..tapi aku tgk lelaki sorang pun takde yang bawa nota (termasuk aku).


waktu rest untuk lunch and solat, aku menyempatkan diri ke masjid bandaraya.solat n makan kat sana terus. time habis doa, ni lah yang aku snap.pic kat atas ni. nampak tak anak beranak tu tengah solat. sebelum solat, anak dia yang kecik tu (dalam 5 - 6 tahun) siap laungkan iqamah lagi..sweet giler...dah la comel.sejuk hati tengok...

so, rumusan untuk exam kali ini, takde yang banyak beza pun dengan exam yg sebelum ini aku duduki. soalan objective dia memang susah nak ramal. tapi yang bestnya soalan karangan dia ada yang aku pernah buat iaitu pasal PENDERMAAN ORGAN.so aku buat soalan tu iaitu soalan 1. untuk karangan english aku buat pun soalan 1. tajuk developments in technology and communication affected life in Malaysia. aku goreng je lah... harap fakta betul, huraian kena dengan tajuk.hehehe

p/s : tak nak over confident (~_~)

Friday, July 15, 2011

membebel petang jumaat

gambar hiasan saje


Assalamualaikum... brapa hari dah tak buat entry panjang meraban?banyak hari dah kan..huhuhu... hari ini hari jumaat. mungkin ada yang masih ingat bila aku ada buat beberapa entry tentang pandangan aku pada sesuatu perkara di hari jumaat ni.. lihat SINI ataupun di SINI .

Both entry tersebut aku buat sebab tiba2 muncul ilham di hari jumaat. ye lah, kita ni biasa banyak berfikir bila kita banyak meemrhatikan sesuatu. but make sure sesuatu yang kita fikir itu biarlah berfaedah dan tak merapu bagai.

sebelum aku nak share perjalanan hidup aku harini, tema khutbah jumaat harini ialah tentang SABAR. itu adalah intipati utama dalam khutbah kali ini. itu just pembuka kata je lah ye...kat tpt korang ape lak tema dia?

harini sebenarnya aku agak busy gak. duduk sorang2 kan sebab yang lain semua khoje. so, aku apa lagi mencuci baju lah sebab dah beberapa hari dah tak cuci baju.banyak siot. awal2 pagi aku dah rendam baju tu sebab aku nak cuci lepas hantar akak aku gi sekolah. dah beres hal kakak aku, dalam perjalanan aku nyanyi lagi lagu najwa latif CINTA MUKA BUKU (korang mampoo?) hehehe... so sesampainyer aku kat rumah, aku apa lagi bersarapan pagi lah. sebab td habis je aku nyanyi lagu CINTA MUKA BUKU, aku menyempat lah singgah sat dekat gerai tepi jalan. katenyer nak beli nasi lemak, takdok...!! sempat lagi aku marah akak jual tu (dalam hati je) kenapa cepat sangat habis nasi lemak dia yang murah tp sedap tu. so aku beli mee goreng sajork. habis dah kenyang aku dengan pantasnya membasuh baju (guna tangan ok, mesin rosak :( uwaaa) itu pun setelah aku puas hati tengok citer JUVANA yang aku download. tu pun ada lagi aku belum habis download. sape ada full dr episod 1 - terbaru?lau ade sound2 aku k.

sebelum g keje abg aku ada pesan belikan ikan masin liking (ikan masin istimewa di sini) untuk pengarah dia. pengarah dia nak balik KL petang ni. so habis je membasuh aku mandi dan pecut ke pekan. terget leh kirimkan ikan masin tu (kirim guna teksi p town) sampai dlm tengah hari dkt tangan pengarah tu. jumpa makcik ikan masin aku senyum sambil tenyeh2 ikan masin dia. then aku senyum lagi. maka, berlakulah sesi tawar menawar harga. aku nak gak beli ikan masin yang tebal (takmo yang nipis walaupun murah) sebab tu pesanan abg aku. beli dua ketul, dua2 ekor, satu yang ada cili satu takde cili. pok pek pok pek, akhirnya harga semua RM33.00, lari dari budget yang abang aku bagi. so, aku plan nak claim balik dekat abg aku RM3.00 (kedekot aku kan?). ala, bukan untuk aku, untuk pengarah abg aku.

settle benda tu, aku pecut amik abg aku dari sekolah (abg aku number dua). jauh giler sekolah dia mengajar. so aku dengan pemanduan yang agak slow dari biasa, aku nyanyi lagi lagu CINTA MUKA BUKU walaupun hot.fm tgh on. syukur la aku tak lelaju, sebab dalam pertengahan jalan ada abang2 polis traffic (dan sorang akak polis) tengah buat road block. maka aku macam lipas kudung tarik2 seat belt dengan sepantas mungkin. berjaya! (tak sangkut cam biasa). sambil aku menghabiskan nyanyian aku CINTA MUKA BUKU, aku buka je lah tingkap siap2 then senyum bila dah betul2 dekat abg polis tu. kire nak borak2 jap (bongok punya idea) tapi abg polis ni takde lah tanya apa2 kan, dia just tgk kereta aku pandu dr depan ke belakang, then jalan. kirenya aku nak tunjukkan lesen dengan dia (nak tunjuk pic aku kat lesen yang emsem (~_~) lol ) tp dia tak minta. malah dia suh aku gerak. so aku gerak sambil lalalalalala.

dari amik abg aku, kami direct gi masjid. sampai d masjid aku rasa nak terkucil. haishhh..tandas hancing.. memang depa tak basuh ke hape. ke ada yang makan benda tak bagus sampai kencing bau hancing.. eh...bukan memang kencing bau cenggitu ke? lalala... selesai..!! aku gerak nak mengambil wudhu, tetiba ada bising2.. lorr..rupanya ada penunggang motor gaduh ngan penjaga masjid. dari pergaduhan drg tu (yang aku tak tau mula dia) aku dpt tangkap yang penjaga tu larang motor parking kat laluan kereta tu (even motor2 tu parking separuh dr jalan je). so berlaku lah perang mulut blah3x... tua2 lak tu nak gaduh. kat masjid pun nak gaduh.hari mulia ni..

aku amik wudhu awal dari biasa. so masuk masjid duduk tunggu azan pertama sambil tengok persekitaran masjid. aisehmen.... jam digital mati lah kat masjid ni. aku noticed dah lama dah, rupanya depa tak bagi baiki lagi..hey..kan tabung masjid ada, tak guna ke?macam2 lah dorang... so aku tundukkan kepala tanak dah tengok benda2, kang ade lagi yang aku mengomel (dalam hati).

harini hari yang agak main ke sana ke mari je. takpe....best gak kan... kenyang je makan tengah hari ( aku tapau saje), trus aku layan juvana lagi, yang baru aku download. eh tapi, ada yang terpotong2 la yang aku download. sape ade tau link yang leh aku download penuh kat youtube?sape tahu bglah aku tahu, nanti aku sayang kat korang lebih (sila muntah hijo).

kereta tempatan yang aku pandu dah bersih petang ni, aku dah lap2 dia dengan air mutlak.esok exam, haih....nebes lak...buat tenang sudah la kan...doakan aku.. (~_~)

p/s : petang2 membebel... (~_~)

Thursday, July 14, 2011

sumbang mambang : cinta muka buku



ni hasil kebuhsanan yang teramat sangat..lalu dgn takzimnya aku menyumbangkan diri..sila kutuk..hohohoho

p/s : tak reti nyanyi dol

Sunday, July 10, 2011

exam gomen


minggu depan bertepatan dengan tarikh kat diary aku tu, akan aku duduki exam. fuhhh...dah lama gile kot tak duduk exam ni. zaman exam dah lama tinggal...

ni nak cari tips la kan utk duduk exam ni. haritu aku dook godek2 internet nak cari maklumat, tetibe member aku buzz kat facebook chat. dia dengan baik hati telah memberikan aku URL (yang ada id dan password ye) untuk tips duduk exam ni. fuhh...kelegaan tol..

hopefully lah dapat masuk keje gomen ni. faham2 lah kan, nak masuk keje gomen ni bukan senang. nampak je mcm senang tapi proses dia................................................ susah. so semoga aku berjaya.... wish utk diri sendiri kannnn...

p/s : sape lagi ada exam sama cam aku... jawatan dia di censored (~_~) keh3x...

bread + ice cream


sape pernah mkn bread dgn ice cream? mcm kat pic di atas? aku punya khoje lah tu... sedap je kot, menyamankan dan menyegarkan... ce torai....

p/s : makan kene kreatif... (~_~)

first hand

click untuk tumbesaran


oleh kerana agak bosan tgh hari ini,aku mencubakan diri untuk melukis... since ada someone yg encourage aku untuk melukis..hihihihihi... aku lukis benda simple dulu sebab aku memang tak reti nak melukis kan. so, yang ni je lah hasil yang dapat aku buat...

p/s : sila jadi juri (~_~)

perkahwinan adik member : akad nikah


ni merupakan koleksi majlis pernikahan adik perempuan kepada member aku. nama member aku tu jimi. majlis akad nikah dilakukan di rumah pengantin perempuan, iaitu di sebelah rumah aku sajorkk.. huhuhu... so after solat jumaat aritu, aku menyempatkan diri lah untuk jadi tukang snap2.. tapi apa leh buat, snap guna empon ni, kualiti tak brapa baik.sila belikan aku DSLR ye...hehehe...



ijab qabul... dua kali tu..hehe..nebes kot...

sesi membatalkan air sembahyang. juga menyarungkan cincin...


ini dia pasangan bahagia di hari yang bersejarah itu. (~_~)

kita doakan semoga perkahwinan ini berkekalan hingga syurga... aminn.. utk pic resepsi, aku takde snap lak. aku dtg makan saje.haha..tp nanti lah kalau akak aku post kat FB dia, akan aku curik satu persatu dan share pd korang ye... :)

ni dia video masa ijab qabul.. aku suka tgk org ijab qabul ni, sebagai latihan aku..hahaha..



p/s : perkahwinan itu indah (~_~)

Friday, July 8, 2011

lempeng ke lempang


dah breakfast ke korang? ni lah breakfast aku..dgn gigihnya aku buat... lempeng ermmmm ntah la lempeng hape.. ni lempeng simple sajork... makan cecah ngan sambal sotong... sedap kannnnnnnnnnnn...haahhahaha.... selamat ber-breakfast semua...

for today, tanak la bagi resipi kan..rasanya ramai kot yang tau cane nak buat lempeng.bukan susah pun. anak menakan aku pun reti buat... plus susu suam pagi ni.. huaaa

p/s : selamat ber-breakfast yang sihat (~_~)

laksa RM1.50


hohoho.... laksa ni harga dia RM1.50 je... murah kan? tp ok lah untuk laksa yang harga mcm tu, rasa dia boleh tahan juga. nak expect lebih2 tak boleh lak. tp tu lah juadah lunch aku semalam...


p/s : makan itu nikmat (~_~)

fake..!!


sebut pasal fake ni, i am facing a dilemma on my facebook. eh... aku ke yang dilema ni? bukan aku kot. begini, ada someone yang nak add aku dekat facebook. dia keep on asking me kenapa aku tak approve dia lagi. dia send massage dekat inbox for so many times. aku tak layan, booo layan sajork..

kenapa aku tak approve dia as my friend on facebook? sebab aku tau tu fake profile. malah aku found out, ada dua fake profile yang sebok2 nak add aku dekat facebook. WATCHOUT..!! aku tau taktik tak berapa nak sihat itu. maybe dia ingat aku ni jenis nak main approve orang saja dalam facebook. no i am not. aku akan kaji dulu sapa orang tu dan lain-lain. plus, aku main facebook untuk ada kenalan, bukan untuk memperbanyakkan koleksi kenalan. beza tu...

so, for those yang suka buat fake profile, stop it. tak baik. untuk apa buat fake profile? nak stalker someone ke?untung apa nak stalker2 org?nak jadi CIA? jadilah diri sendiri, toksah nak stalker2 lah.. kalau ada nak tanya, direct to the business.senang cerita.

buat fake profile yang tgh tunggu aku nak approve tu, aku kenal kau siapa. so, u r not going to be in my list. fullstop...

p/s : pokcik nasihat je (~_~)

Thursday, July 7, 2011

mee goreng aku punya suka... (~_~)


huaaaa... tadi aku bingung nak buat breakfast apa, last2 aku terfikir nak buat mee goreng. sorry larr, mee goreng ni takde tajuk sebab aku tak tahu ni mee goreng apa. main lempar2 sajorkk...


bahan2nya :-
1.bawang merah
2.bawang putih
3.halia
4.buah keras (tak tau nape aku letak benda ni, kan ikut suke aku)
5.cili hijau + yang kaler putih tu hape?
6.kobis
7.perasa tambahan
8.kicap
9.udang kering jangan di lupa..


first of all, kita lumatkan dulu udang kering. kemudian lumatkan pulak bahan2 tumis iaitu bawang, halia dll lah. dan bila dah ok semua, kita tumis lah bahan2 lumatan tadi di mulakan dengan campuran bawang. kemudian masukkan udang kering. dah matang semua, kita masukkan mee.. sebatikan. masukkan kicap + serbuk perasa. kemudian, sebagai perhiasan dan rasa tambahan (kot), masukkan hirisan sosej goreng dengan hirisan telur dadar. pastikan semuanya sebati. make sure masukkan air sedikit supaya mee ni tak kering sangat. kalau kering tak best.


taraaaaaaaaaaaaa.... dah selesai... bolehlah makan dengan tea O suam... selamat berbreakfast...


p/s : makan kenyang2 ya.. breakfast itu penting ok (~_~)