edDy sYrOl

Showing posts with label seni. Show all posts
Showing posts with label seni. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

Terminat Lagu DEJAVU

Selamat petang yang panas..!!


Panas cuaca semenjak dua ni kan? tapi tidak mengapa, panas seketika, nanti datanglah juga hujan. Pencipta takkan menganiayai kita, kerana DIA maha pengasih dan penyayang.

Aku semenjak dua ni minat dengan satu lagu ni, Tajuk dia Dejavu di dendangkan oleh Shila Amzah. Aku pun pelik kenapa boleh jadi minat dengan lagu ni. Adakah kerana liriknya, kerana melodinya, ataupun kerana Shila Amzah? OMG OMG OMG.... Mengarut sudah.

BTW, lagu ni layan je lah untuk jiwa-jiwa patriotik macam aku ni (apa kaitan?!! =.=' ) Kepada kengkawan yang rasa nak kongsi lagu tema aku semenjak dia menjak ni, meh dengarkan di

---------------------->  SINI

p/s: mesti korang cakap aku jiwang kan. biarkan!!

Thursday, December 20, 2012

Official Music Video | Tasha Manshahar & Syed Shamim - Be Mine









Pertama kali dengar lagu ini sebelum dirakam penuh ialah waktu lagu ni masih ada mixed bahaya Melayu dan Inggeris... Still sweet, tapi yang versi ini lebih kaya dengan muzik dan kedengaran lebih menarik.....

p/s: like it............!!!

Friday, December 14, 2012

Untuk mu Palestine



Palestine.... menjadi tanah yang di mimpikan oleh zionis yahudi. Mimpi mereka semakin hampir untuk memiliki keseluruhan tanah suci milik rakyat berhati besar ini. Rakyat Palestine menjadi pelarian di tanah sendiri. Kejam kan zionis Israel ni...

Setelah lebih kurang 8 hari melakukan serangan ke atas Palestine, Israel akhirnya akur dengan gencatan senjata. Wah....!! seluruh dunia meraikan kemenangan ini, malah pintu perbatasan dari / ke gaza kepada negara2 terdekat juga dibuka (kecuali Israel yg tetap enggan). Ya, kita selayaknya meraikan kemenangan ini. 

Cuma apa yg di bimbangkan adakah kekejaman Israel akan berhenti di sini? aku percaya Israel masih tidak akan berhenti. Selagi mereka tidak memiliki keseluruhan Palestine, dan selagi US dan negara-negara sekutu masih berpihak kepada mereka, maka Palestine masih belum selamat. Sama-sama kita berdoa untuk sahabat-sahabat kita di sana. 

Eh, you guys masih boikot tak barangan yang label asal yahudi? Banyak kan? senarai boleh google saja. Well, ada pihak yang mentertawakan tindakan boikot ini. Kata diaorang, buatpa nak boikot, banyak barangan yahudi ni untuk kesejahteraan hidup kita. Kalau boikot semua, macam mana nak hidup? 

Phewww... anda silap. Semua adalah bergantung kepada kita. Sekarang banyak pilihan brothers and sisters. Tinggal mahu atau tidak mahu. Ingat ya, boikot ini prinsip dia adalah "IT IS NOT ABOUT THE RESULT, IT IS ABOUT THE ACT". Kita boikot bukan nak 100% berhasil (kalau berhasil menjatuhkan yahudi, syukurlah). Tetapi, ini adalah berkenaan kesedaran kita serta keperihatinan kita kepada sahabat-sahabat kita yang sedang ditindas. Boikot mana yang mampu. Kalau dah terbeli barangan-barangan yahudi, pakai sajalah. Nak buang membazir bukan? Think....




Mari sama-sama dengarkan lagu baru untuk Palestine. Dendangan Syahir Ahnaf dan rakan-rakan. Nantikan interview pokcik dengan Syahir ok...

p/s: bila kita mahu membantu, InsyaAllah kelak kita juga akan dibantu...

Tuesday, August 9, 2011

Lagu nasyid pilihan

sekadar gambar hiasan yg comel (~_~)

Assalamualaikum...

apa khabar semua? harini puasa yang ke berapa anak2? meh kire dengan pokcik..hehehe...ke-9 ye... harap semuanya ok2 saja... baiklah, nak share sikit lagu2 nasyid pilihan aku... memang lagu yang aku suka nyanyi dengan penuh penghayatan sama ada bukan di bulan Ramadhan dan takkan nyanyi di bulan ramadhan (takut dahaga kering tekak sebab melalak..huhuhu)


1. Tajuk: I'tiraf Nyanyian : Raihan
lagu ni memang sangat best. aku selalu dengar kalau aku drive kreta abg ipar aku.ada CD dia. lagi ni leh buat aku terbuai ingat kisah2 lama, kesalahan2 lalu.so, memang boleh menitis air mata.


2. Tajuk : Antara mata dan Hati Nyanyian : Hijjaz
sape pernah dgr lagu ni? masti tak ramai yang tahu kan kan kan?hehehe...lagu ni aku suka sebab aku pernah menyanyikannya dalam pertandingan nasyid peringkat sekolah, ala....time aku sekolah menangah dulu. waktu tu pokcik jadi solo ok.harap maklum.tp kan, time tu suara aku tak pecah lagi. kalau sekarang, habis lah nak nyanyi lagu2 tinggi camni..


3. Tajuk : Ibu nyanyian : Aeman
mesti ramai tahu lagu ni. lagu yang syahdu dan dinyanyikan oleh anak2 yang memang sedap suara mereka. terbaik.....!!


4. Tajuk : Rasulullah Nyanyian : HIjjaz
lagu ni memang favorite lah. asal ada yg kata kat aku "cuba sikit suara nasyid ko". lagu ni selalu je terlintas nak nyanyi. plus lagu ni mcm tak lapuk dek zaman lah. ditambah lagi aku pernah nyanyikan time pertandingan nasyid sekolah rendah. number 3 je...sama cam time aku sekolah menengah.



5. Tajuk : Bilakah Damai Nyanyian : Hafiz Hamidun
ini merupakan lagu yang dari susunan melodinya serta lirik memang modern la. sape tak kenal Hafiz Hamidun dengan lagu2 ciptaannya. ekceli, lagu bilakah damai ni menyentuh sanubari pendengar. dan mungkin gak menyindir pihak2 yang suka sangat berperang. for me, pandangan peribadi aku mengatakan bahawa lagu ini lebih baik dari lagu tentang perang yang dinyanyikan oleh Rabbani feat sape tah aku lupa....

p/s : Gambar kulit album saja yang mampu diletak ye.selamat berpuasa ke-9 semua (~_~)

Tuesday, July 26, 2011

sketch : ramadhan mode





semua................ lukisan yang aku lukis semalam waktu abg aku call aku. tetibe kan ilham datang, maka aku lukis lah apa yang aku nampak kat kulit buku novel ketika cinta bertasbih. cuma serious aku tak reti nak lukis betul2 cam kulit buku tu, susah kot nak ukir..hahahaha...akhirnya jadi mcm ni pun ok sudahhhhhhhhhhhhhh....

p/s : tgl beberapa hari lagi bulan ramadhan kan? (~_~)

Sunday, July 24, 2011

sketch : double sketch

tengah hari td aku rasa nak tidur. tapi, oleh kerana panas sangat2 di tambah aku kena ke pekan menunaikan pesanan kakak aku lepas solat asar, so aku tak boleh tidur. aku kalau tidur for sure bangun pukul 5pm lebih2...haaa.....terlewat sudah..... oleh kerana aku tak tidur, dan panas...aku duduk lah di kaki lima. tiba2 aku terpandang kertas kosong, maka aku rasa nak melukis...

maka terhasillah lukisan2 ini... sila jangan kutuk aku ya, aku tak reti melukis dengan baik (~_~)

ni kononnya pemandangan kaki lima...tp aku rasa a bit wired dengan lukisan pertama ni, nampak kasar sangat...cam budak tadika melukis. budak tadika lagi lawa lukisan drg kot..huhuhuhu


lukisan kedua pula mcm ni. ni lukisan ape ye?ntah lah... aku suka lukisan kedua. eh...tiba2 aku terfikir yang lukisan ni kan menggambarkan apa yg difikirkan oleh si pelukis, so sapa tahu apa yang aku fikirkan? ahaks... sapa betul aku bagi sposen..eh, doposen...

p/s : nak lukis benda2 yang lagi susah,dan nak nampak mcm lukisan pro..hohohoho (~_~)

Monday, February 14, 2011

Shila & Ayu - Memori Tercipta Music Video



lagu satu lagu yang aku nak kongsi dengan semua blogger.. BTW, lagu yang aku suka la kanz.. :P

lagu ni best sebab ekceli ni lagu lama tapi kolaborasi terkini dari Shiela dan AYU.. dua2 merupakan pemilik vocal yang hebat + tersendiri (eh..ye ke..ye kot)... korang enjoy la k.. buat sahabat2 aku :)

Jaclyn Ning Shila - Beribu Sesalan (3 Suara)



lagu yang cukup best dari paduan 3 suara yang memang superb... BTW, lagu ni yang paling syahdu antara yang lain2... enjoy untuk semua rakan2 blogger...

special dedication to KYOO REZA, DANIEL ADIE, BUTANG MIEDY, EDDY ZAHIDY, ABIRAH, and HAWIZ

Monday, January 10, 2011

demam AJL 25 dah takde kan?



Anugerah Juara Lagu kali ke 25 semalam (9.01.2011) membuka tirai 2011 sebagai majlis anugerah pertama bagi mereka yang menceburi bidang muzik tanah air. mesti semua pakat tengok semalam. aku tengok thru internet tv online je.. ngeh3x...

semalam senarai pemenang adalah seperti berikut:-

1. Ana Rafali - tolong ingatkan aku
2. kolaborasi black + meet uncle hussain - drama king
3. Hafiz - noktah cinta

vokal terbaik:- Hafiz - noktah cinta
persembahan terbaik :- Faizal Tahir - Hanyut



boleh tak aku bagi pendapat? nak gaks nak gaks...

dalam fikiran aku dan pandangan aku yang memang cetek dalam bidang ini. berikut senarai pemenang mengikut juri SUKA SUKI iaitu EDDY..hahahahha

1. Yuna - cinta sempurna
2. black - sofea jean
3. bunkface - extravaganza

Vokal terbaik :- black - sofea jean
Persembahan terbaik :- Yuna - cinta sempurna


korang rasa apa sebab aku ckp mcm ni?

1: yuna layak menang sebab aku rasa susunan muzik dia baik, lirik dia secara tersirat mahu pun tersurat mmg beautiful dan persembahan biar simple tapi dia tunjukkan jujur tentang lagu tersebut.

2: black vocal terbaik sebab kalau korang perasan suara dia tak goyang.. yang paling best ialah dia bawa lagu mlm itu dengan kronologi suara rendah, relax till dia hit betul2 tinggi dan last chill sikit..tak ke itu best? :-)

3: yuna best performer coz dia mmg cool... tak perlu banyak gimik dia dah mampu bawa semua untuk hanyut dalam lagu dan irama yg dibawakannya.. simple but great.. kalau tak Yuna pun bagi aku bunkface atau black boleh..


well, ni melalui pandangan aku saja ok... plus aku tak demam sangat dengan AJL ni, cuma tengok je la..

eh, jom moving forward ye... toksah fikir sangat. ada lagi perkara yang lebih mustahak di hadapan sana :-)