edDy sYrOl

Friday, June 29, 2012

Lagi-lagi makanan

Suka tak yang ini? memang bukan aku buat lah kan....hohoho... haritu mkn kat pija... spicy arabiata... (~_~) dengan hot milky tea...


Ini nasi goreng cincai buatan aku.. sebenarnya rasa dia belacan tau, tp rupa dia tak semegah ye.. hohoho... ada mayo di situ...


Ini pula merupakan roti canai bersama kuah kari... tetiba ada telur mata di situ.. bahahaha




Ini sayur kacang bendi bersama kuah sardin.... konon lah kreatif.. eh, tp ok juga lah... :P


Sayur peria dengan telur.... mesti ramai pernah masak dan makan kan?



Sambal udang dengan telur rebus.... unik tak? wekkk... hahaha.. :P

P/S: makan memang best kan?

Mari Belajar Masuk Car Park part 2

Link
Ingat tak entry seumpama ini dulu kala pokcik ada publishkan? ianya di SINI....

sekali lagi pokcik telah melihat suasana memarkir kereta dengan tak berapa berjayanya lalu menyusahkan orang2 sekeliling. lihatlah kereta kancil itu. Sungguh besar kereta itu sehinggakan tak mampu masuk parking dengan sempurna. LOL...

Ekceli, kalau kereta lain nak masuk masih boleh, tapi ramai yang nak masuk tapi agak ragu2 ya.. takut tersondol vontot kereta kancil itu, susah pulak pemilik kedua-duanya ye dak?

nak tahu tidak apakah jantina pemilik kereta kancil itu? jeng3x... ngeh3x.. part yg pokcik cuke canattttttt...!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


lihatlah dunia... keh3x... nampak tak yang baju terbang ditiup angin itu.. kaw rasa apa jantina dia? lalalala... no comment... semua ni sebenarnya bergantung kepada kesedaran kita juga ye.. bukan sebab jantina semata-mata...

p/s: Memandulah dengan berhemah.. (~_~)

Saturday, June 23, 2012

Alam sekitar Kita Sah Tercemar


haritu air naik kat parit depan rumah... rumah pokcik depan dia ada parit. time kecik2 dulu pokcik selalu mandi kat situ, relax sajo... air keruh tp masih dara #eh suci #eh bersih... hehehe

tp kaw tgk lah apa dah jadi sekarang ni... ni gambar yg pokcik ambik setelah air dah surut. tgk keadaan dasar tanah, nampak berminyak kan? pokcik pun tak tahu knp berminyak. nak kata kawasan industri, meme tak lah!! sini jelapang padi kedua di Malaysia. padi menghasilkan minyak ke? ke injin nak tuai padi tu minyak tumpah...? ntah la....



tengok keadaan daun itu.. berminyak bukan? ini menunjukkan sah sah pencemaran berlaku.. sedey...

p/s: risau lah...

Monday, June 18, 2012

Karikatur berbicara: Aurat



sumber: facebook

Sunday, June 17, 2012

Kata-kata Pedoman #2




p/s: gambar hak peribadi. tidak dibenarkan copy tanpa izin (~_~)

Friday, June 15, 2012

Ice Blended


Serious aku cakap dengan kaw, minuman ni adalah jenis minuman kegemaran aku. Aku tahu ramai yang lebih minat dengan milky tea, tapi aku lebih suka ice blended.

Biasanya, perasa kegemaran aku ialah vanilla + chocolate. Kalau tak pun mcm yang ini Vanilla + manggo. Tapi, biasanya aku memang mix dengan vanilla atau chocolate, kemudian plus satu perasa yang agak masam... gua suka masam2 ni dari kemanisan...


Di tempat aku tinggal ini, ada satu supermarket ni mmg jual ice blended ni. Dah lah murah, maka pokcik pun suka hati.. yeahhh...!!

p/s: teringin pulakkkkkkkkkkkk

Makanan saja


Ini namanya cacing pita.. eh eh, bukan!! ni namanya roti pita.. hehehe.. letak inti dinding daging ayam... paku pun tak faham apa tu dinding daging ayam, just tengok label dekat plastik tertera nama tu.


yang kiri namanya keropok lekor. enak di makan panas-panas ye. goreng biar garing, jangan lemau2.. tak sedap kaw tahu tak. yang kanan namanya spaghetti. tp buat simple saja. sebab lapar nak makan cepat2.. bahahaha...

kali ni tak ada resipi ya ibu2 bapa2.. sebab pokcik malas sikit... sekian

p/s: makan makan makan

Saturday, June 9, 2012

5 Cara jaga mobile phone (handphone)


Ramai lagi kah yang pakai mobilephone macam aku? mesti tak kannnn.... yang ramai sekarang BB, iphone, ipad, bla bla bla... yang function dia dah terlebih canggih berbanding mobilephone biasa. So, aku taktau lah pula camna nak menjaga BB, iphone, ipad bla bla bla ni ye.. ni aku nak kongsi cara nak menjaga mobilephone (HP).

1. Bateri: make sure cas hp kalau dah nak 'kong' bateri. jangan baru habis 1 bar dah kalut nak cas. Ini akan menyebabkan bateri anda rosak dan tak tahan lama.

2. Kedudukan HP: silalah jangan letak hp anda di merata tempat. ia akan merosakkan kerangka hp kalau anda ni cuai sampai terpijak hp sendiri (hp org takpe..erkkk!!). menggunakan casing pun ok, untuk jaga body hp kaw tu.

3. Kebersihan: sila gunakan kain lembut untuk bersihkan hp. jangan nak menggatal guna air ye. ingat sikit, tu hp tau, bukan barang perhiasan rumah..

4. Suhu: letak hp pada suhu yang normal, mcm suhu bilik. BTW, kalau kaw rasa hp kaw dah panas, matikan hp tu. Ini untuk menjaga komponen hp dari kerosakan.

5. Fungsi: Aktifkan fungsi keypad lock secara automatik, untuk elak kaw tertekan 'call' secara. tetiber. Boleh juga aktifkan pin code, utk pastikan takde sape yg gatal tangan guna hp kaw sesuka hati. ye dak?!!!

~ itu aje ~

p/s: Selamat menjaga hp. HP mahal ok..!! nak beli makan tahun =.='

Kata-kata pedoman


p/s: bukankah kata-kata yang baik itu satu doa (~_~)

Friday, June 8, 2012

Makanan saja


ni lunch tadi.. mee goreng mamak... sedap tp tak pedas langsung... huhuhuhu...


ice cream dgn black grape. baru je selamat dlm perut. lepas mkn ni aku sakit perut.. huhuhu

Ingin kembali

Gambar sekadar hiasaan.carian google

Setelah habis solat jumaat, seperti biasa aku memang tak suka sama-sama berpusu dengan orang ramai keluar dari masjid. Aku tak berapa tahan berasak-asak di pintu masjid. Kadang-kadang agak sesak nafas. Seperti biasa juga, aku berdiri di jendela masjid yang luas. Jendela kaca yang sama, tempat aku berdiri.

Melihat orang ramai yang kelihatan kelam kabut, memakai sendal/selipar jepun dan kasut kemudian bergegas berlalu pergi. Seperti ada tujuan yang ingin dikejar dengan segera. Ada juga yang menyapa orang yang dikenali, kemudian bercerita di bawah lindungan bayang-bayang masjid, agar tidak terkena pancaran cahaya matahari yang terik. Aku masih memerhati.

Lalu, aku didatangi oleh seorang pakcik, yang juga saudara dekat abang ipar aku. Dia memberikan salam dengan sedikit senyumannya di bibir. Aku terkejut kerana pakcik ini masih mengenali aku. mestilah pakcik ingat, yang datang rumah waktu kenduri di rumah pakcik hari tu kan? aku cuma mengangguk. pakcik tu tanya, sekarang di maktab mana? aku tambah terkejut!! rupanya pakcik tu fikir aku dapat tawaran KPLI. bila aku cakap aku tidak dapat, wajah dia sedikit muram. Apa lagi bila tahu yang aku tidak dapat tawaran menghadiri interview KPLI, katanya kalau ada surat tawaran interview, dia boleh tolong. Dia merupakan seorang bekas guru. Guru bahasa Inggeris. Aku katakan pada dia, bukan rezeki aku. Kemudian dia pergi, setelah memberikan aku sedikit kata-kata semangat. Don't give up. Aku senyum.

Aku kembali merenung ke luar jendela. Melihat orang ramai yang semakin kurang jumlahnya. Tiba-tiba aku rasa seperti ingin kembali. Kembali mengulangi masa-masa belajar yang cukup manis. Kerana saat aku bangkit dari tidur, aku masih merasakan yang baru semalam aku bersalam dengan TYT dan menerima scroll. Seakan baru semalam aku berada di kaunter pendaftaran menjadi salah satu dari manusia yang bergelar mahasiswa. Ya, sepertinya baru semalam.

Hati aku jauh di belakang. Mengenangkan masa lalu. Terasa aku ingin sekali kembali. Ya Allah, aku ingin kembali belajar. Sangat kuat perasaan ini walaupun dibebani ketidakupayaan diri. Aku harap satu hari nanti aku dapat kembali, walaupun tidak pada masa yang sama, tapi dalam situasi yang serupa.

p/s: kembali bermimpi

Tuesday, June 5, 2012

Selamat tinggal P


Tarikh 4/6/2012 tamatlah lesen P pokcik. Tua2 ni masih guna P..hehehe...lambat mengambil ye dak.. zaman aku ambik lesen pun dah nak dekat RM1500 dah. kalau dekat semenanjung dengar2 murah, ya kah?

Pokcik tepaksa berulang dua kali ke JPJ untuk tukar lesen ni. first datang pokcik tak bawa gambar. maka terpaksalah pokcik balik ambik gambar. gambar pula ukuran passport, maka pokcik pun guntinglah sendiri dengan gigihnya. dah la tak lurus.. kah3...

Sampai JPJ dalam kul 2pm lebih. Kakak yang sama layan pokcik. kakak cantik ni sangatlah peramah dan lembut saja bahasanya. awuuuu... terkesima kejabbbb.... "adik, nanti kalau renew lesen seterusnya......bla bla bla" sejuk hati dengar. asal nurse kat hospital takley jadi cam dia? LOL...

Akhirnya inilah lesen penuh aku. ensem tak aku? kbai..!!

harga untuk tempoh setahun 6 bulan ialah RM45. Lepas ni bolehlah pemanduan aku diyakini ye dak..

p/s: sila memandu dengan berhemah.

Sunday, June 3, 2012

Lunch: Ayam salai madu + Telur goreng mayonis


Baiklah, ini menu lunch tadi. Masak simple saja. Telur goreng mayonis ni mudah sangat-sangat. Just pukul telur dengan sedikit mayonis. Kalau banyak sangat nanti jadi rasa mayo, bukan rasa telur. Make sure kuantiti mayonis tidak sebanyak kuantiti telur. Setelah sebati, masukkan hirisan bawang merah dan putih. Kalau nak meriah, masukkan kekacang dan hirisan lobak merah. Aku goreng ni dalam kuantiti sedikit demi sedikit, sebab tu nampak banyak. mayonis tu buat dia jadi banyak dan kembang perawan (eh..!!) mayonis juga menyebabkan telur mudah garing. Maka, berhati-hati. Ni dua butir telur saja ni... Cukup 4 ke 5 orang makan.


Ayam salai madu pula aku main bantai saja ramuannya. Aku telah tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan halia secukup suka. Kemudian aku gaulkan pada ayam. Lepas itu aku tambahkan perencah secukup rasa, sedikit kari daging (padahal masak ayam), sedikit kicap manis ABC dan madu. Kemudian apa lagi, salailah... api bagi kecik ye kawan-kawan.

p/s: makan biar simple tapi enak

Jujur

Bila kau ucapkan pengakuan YA
Lalu raut wajah mu tidak setara
Kau berikan keizinan namun nada mu menghalang
Kau luahkan kata semangat
Di hujung ayat mu ada sengat kerisauan

Adakah ini yang dikatakan rahmat

Tidak mengapa
Ada Allah yang beri kesejukan
Ada Allah yang salurkan ketenangan
Ada Allah yang lebih tepat memberi
Yang tidak menipu pada janji
Yang tidak berselindung pada kalimat


~eddy~

Saturday, June 2, 2012

Hiasan memotivasikan diri


aku suka picture ni. Tadi jumpa gambar ni masa tolong akak kemas rumah dia. Gambar ni dia dah tak nak kot.

aku tengok gambar ni berulang kali. aku suka sangat gambar ni, kelihatan macam sebuah perjalanan. Perjalanan menuju satu matlamat. Semoga gambar ini boleh memberikan inspirasi buat aku. i really need it.

p/s: masa untuk terus melangkah

Friday, June 1, 2012

Cuti-cuti : Pulau Labuan


Pada 30 dan 31 mei 2012 yang lalu, pokcik dan keluarga akak beserta keluarga kawan akak telah bercuti-cuti Malaysia di Pulau Labuan. Ini merupakan kali ke 3 pokcik mengunjungi pulau bebas cukai ini. first, waktu pokcik darjah 2 ke 3, dah lupa. second, waktu 1 mei 2010. Nah..! inilah yang ke-3.

So, pokcik dan keluarga telah drive ke town seawal pukul 5am. habis je solat subuh, mandi2 kemudian gerak ke town, sebab keluarga kawan akak di sana nak jalan saing. Lagi pula, nak ke Pulau Labuan kena lalu town ye dak, takdenyer lapangan terbang dkt area rumah pokcik ni.

Perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu ke pelabuhan ferry Menumbok mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.. so, meme agak keraih le pungkoq.. =.='

Sebenarnya, ada empat cara nak ke Pulau labuan. Pertama, naik ferry express dari kota kinabalu, iaitu naik dari jeti Jesselton point. Kedua, naik kapal terbang. Ketiga, naik bas/drive dari kota kinabalu ke jeti menumbok, kemudian naik speed boat. Keempat, naik bas/drive dari kota kinabalu, kemudian naik ferry. ohh ada lagi. kalau rajin berenang dari KK atau dr jeti menumbok (ok fine...taklawaklangsung)

Ini adalah pokcik... ensem kan? kbai..!!


Inilah bentuk tiketnya. Yang colour putih belah kanan tu tiket Ferry, harga dalam...errr ntah lupalah... ni tiket VIP, duduk dlm bilik kecil ber-aircond. one thing nak tegur, pengurusan ferry ni agak kucar kacir. toilet busuk dan sumbat. penumpang2 yang naik pun main sumbat saja. sampaikan ada yang duduk di lantai. Oleh kerana agak padat, bau pun macam2 ye. Yang sebelah kanan tu tiket boat laju. pokcik ke labuan dari jeti menumbok naik ferry. dari labuan ke menumbok naik boat laju. naik boat laju lagi best sebab sekejap saja, dalam 10 ke 15 minit. Naik ferry adalah dalam sejam lebih jugak.

Oleh kerana musim cuti sekolah, beli tiket ferry kena beratur panjang ye. dah lah panas, nasib bukan pokcik yg baris membeli..kah3... yang membuatkan ferry ni lambat nak berlepas ialah kereta yang bersusun nak naik.


Ini pemandangan ketika di laut biru. sangat indah...

Gambar atas ni menunjukkan ferry dah nak sampai pulau labuan. kemudian, apabila mendarat (kaw ingat kapal terbang nak mendarat!!) penumpang2 kelihatan berpusu-pusu turun. rombongan kami disambut oleh petugas jeti (LOL)... huhhuhu

Kami telah menduduki sebuah apartment yang bertajuk (erkkk) BETA apartment. Apartment ini khas untuk golongan raja-raja saja( ok tipu!!) Pemandangan dari apartment ni menghadap balai dan berek polis. tu yang aku rasa lah sebab nampak bangunan bertemakan biru dan putih, di samping ada kereta peronda polis parking di kawasan tersebut. duduk di tingkat 9 best, tinggi........... nampak juga lah suasana kejauhan yg indah. BETA apartment ni betul2 terletak di bangunan Financial Park @ Ujana Kewangan. ianya merupakan tempat membeli belah terkemuka di sini.


Setelah duduk berehat mandi manda di kediaman nan permai, hari pertama kami telah lunch di dalam bangunan Ujana Kewangan juga lah. ada satu food court yang pokcik lupa namanya. Pokcik makan hidangan tradisi masyarakat pulau labuan iaitu mee claypot. eh... bukan tradisi org situ kah? huhuhuhu... :P

Kemudian, setelah tidur akibat kekenyangan, kami telah dibawa untuk berjalan-jalan ke satu pantai yang berdekatan dengan Taman Damai. Aku pun tak tahu kenapa nama dia Taman Damai. Maybe sebab taman ni permai dan damai suasananya. Taman ni tak bising, yang bising orang2 yang tengah lepak2 dan mandi2 dekat pantai saja. Dan budak2 yang main dekat playground bersebelahan dengan food court.


Ini merupakan hidangan makan malam kami. Seafood yang segar2 dari ladang. Kami makan disebuah restauran tepi pantai yang dinamakan Anjung Ketam. Seafood dia memang segar. Pilih sendiri, kemudian timbang, kemudian cakap lah nak diaorg masak apa style yang kaw nak. Memang puas. Sebagai bukan pemakan ketam yang tegar, aku makan sajalah sebab lapar. huhuhuhu..

Hari ke-2


Hari kedua, kami telah dibawa oleh family abang hussin (kawan akak) ke war memorial. ini macam taman nak mengingati pejuang2 pada zaman perang dunia kedua.

Seterusnya, kami dibawa ke taman botani. tapi tak sempat masuk, sebab katanya taman ni beso sangat. Kami cadang nak balik menumbok pukul 1pm, maka takley berlama-lama. Kemudian kami ke taman burung. Ni sempat masuk kejap. Budak2 first melangkah kaki terus pergi playground, bukan nak tengok burung sangat.


Sebelum menuju ke jeti, sempatlah beli coklat di sini. coklat, perfume dan kereta di sini dijual dengan tanpa cukai. Inikan pulau bebas cukai. Nak beli kereta, duit tak cukup. Nak beli perfume, ada lagi stock. so, beli sajoooo cekelat.

Dalam pukul 2pm lebih, kami dah ada di jeti untuk menaiki bot laju. dalam pukul 4pm lebih, kami naik bot. lihatlah budak2 ini, happy saja naik boat WALAUPUN ombak membuatkan bot kami melambung tak henti2.... huhuhu...

Gambar kurang memuaskan hati kerana pokcik pakai kamera HP saja.. sekian Wabillahi taufiq walhidayah...

p/s: Jumpa lagi ohh pulau labuan (~_~)