edDy sYrOl

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, January 20, 2022

Cerita Mencari Kerja

 Assalamualaikum w.b.t & Good Day!!

Tiada kata yang boleh diucapkan selain bersyukur diatas peluang yang diberikan kepada kita untuk terus boleh menjalani kehidupan di muka bumi ini. Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita mencari kerja bagi kalian-kalian yang masih bergelut untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Konotasi "baik" disini adalah subjektif contohnya bagi saya "baik" adalah boleh menampung kehidupan harian saya termasuk hutang piutang dan boleh ada simpanan serta masih berbaki sedikit sebelum gaji seterusnya diterima. Yang paling penting, masih boleh memberi sedikit kepada orang tua sekiranya mereka masih ada. 

Kali pertama saya mendapat pekerjaan tetap adalah pada usia 24 tahun sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat yang menjual produk kesihatan. Pada waktu itu, syarikat tersebut memang sangat terkenal di Sabah pada waktu itu. Hampir semua daerah cawangan dibuka. Saya pun tidak pasti apa yang menyebabkan kejatuhan syarikat tersebut sebab semua produk yang dihasilkan memang Alhamdulillah memberikan kesan positif kepada pengguna. Kembali kepada cerita perihal kerja, saya hanya bertahan selama sebulan sahaja disyarikat tersebut. Surat perletakan jawatan saya berikan dengan tempoh 24jam beberapa hari sebelum habis bulan. Apa yang membuatkan saya berhenti adalah pada ketika itu saya tidak rasa pekerjaan tersebut 'baik' untuk saya (pada waktu itu). Malah boleh saya katakan saya tidak mampu menggalas tugas yang diberikan kepada saya dengan baik. Oleh itu, memikirkan daripada saya tersiksa secara mental pada ketika itu dan tidak gembira dengan pekerjaan saya, maka saya berhenti kerja. Balik ke kampung dan bermulalah hidup sebagai job hunter. Gaji saya pada ketika itu adalah RM1,200.00 (sebelum tolak KWSP dan SOCSO). 

Bermula dari tarikh saya berhenti kerja, saya memohon berpuluh-puluh pekerjaan setiap tahun. Di awal pencarian, saya memang agak memilih dengan jenis pekerjaan yang ditawarkan kerana telah berpengalaman sebelum ini dengan pekerjaan yang tidak sesuai dengan jiwa saya. Walaubagaimanapun, setelah setahun sebagai pencari kerja, saya mula rasa putus asa dengan sikap memilih. Maka, bermulalah pula misi baru mencari pekerjaan yang penting ada sumber pendapatan. Namun pada masa yang sama, saya ada buat sedikit kerja sambilan di kampung. 

Saya masih ingat, semua kerja saya pohon daripada jawatan kerani di syarikat swasta sampailah kepada jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD). Boleh dikatakan hampir setiap tahun juga saya dapat panggilan menduduki peperiksaan kemasukan untuk jawatan PTD sehinggalah tahun 2015, tapi semuanya tak berjaya. Kurang persiapan mungkin dan salah sendiri. Pelbagai organisasi dan syarikat saya hadiri untuk temuduga tetap tidak berjaya. 

Sehinggalah pada suatu hari, bulan Januari ketika usia saya dah masuk 30 tahun, seorang kawan kata ada kekosongan jawatan di organisasi X. Dia minta saya hantar resume. Saya masih ingat kawan saya Azizul yang tolong betulkan presentation resume saya. Alhamdulillah, dua kali peringkat temuduga saya hadiri dan kedua-dua temuduga dilakukan di Putrajaya. Saya diterima bekerja. Bermulalah perjalanan hidup saya di tempat baru, jauh dari keluarga. Dalam usia sudah 30 tahun ya sedangkan kawan-kawan yang lain ramai telah bekerja di usia pertengahan 20an. 

Sepanjang saya mencari pekerjaan tetap, saya ada bekerja sebagai guru ganti dan pensyarah sambilan dengan gaji yang biasa-biasa sahaja. Tetapi kedua-duanya adalah pekerjaan yang saya enjoy lakukan. Struggle? sudah tentu. Dalam situasi bertahun-tahun tidak memiliki pekerjaan tetap, gaji sebagai pensyarah sambilan pula tiada caruman EPF. Maka saya boleh katakan yang saya bermula membina kerjaya pada usia 30 tahun. Walaupun kelihatan sedikit lewat, tidak mengapa. Kita semua berjalan dengan kelajuan kita masing-masing. Tiada pemenang dan tiada pengalah dalam hal ini. 

Sedikit tips mencari kerja dari saya. 

1. Sebagai permulaan, grab sahaja apa pun peluang pekerjaan yang ada untuk timba pengalaman dan menampung kehidupan anda ketika belum mempunyai kerja tetap dan kerja yang diidamkan.

2. Teruskan mencari kerja yang 'baik' untuk anda. 

3. Ambil kira faktor geografi, pertimbangkan keupayaan anda menghadapi tempat baru.

4. Sediakan resume yang terbaik dan boleh terangkan siapa anda dan apa skills yang anda ada. 

5. Persiapkan diri dengan kemahiran komunikasi kerana ianya sangat membantu ketika temuduga.

6. Percaya pada Sang Pemberi Rezeki!


Semoga yang sedang berusaha mencari pekerjaan yang 'baik' akan dipermudahkan urusan. 

Thursday, October 18, 2012

Hey..!! Ini Fakta Sweet Seorang Lelaki


ini kategori sweet ke? hewhewhew

1. Dah makan? Buatpe tu? <------ merupakan soalan favorite lelaki ketika menelefon kekasih mereka

2. Lelaki akan abaikan apa sahaja karekter negatif wanita yang dah mereka sayang ketat2...

3. Lelaki sangat BENCI bila teman wanita mereka bercakap mengenai bekas teman lelaki mereka

4. lelaki menangis itu normal

5. Lelaki akan lebih berusaha memikat wanita yang menolak cintanya sebab mereka sukakan cabaran

6. Lelaki akan jadi gagap bila berbual dengan someone yang dia suka

7. Lelaki amat sayang ibu bapa

8. Lelaki yang membela binatang peliharaan seperti kucing memiliki sifat penyayang

abaikan model..hewhewhew


9. Imaginasi lelaki tiada had dan boleh membayangkan apa saja (ini sweet kah? =.=' )

10. Lelaki lebih suka yang pandai masak!! silalah belajar masak okey

11. Lelaki lebih terbuka menceritakan hal-hal peribadi

12. Jangan menguji lelaki terlalu laman nanti ujian menjadi malapetaka untuk anda

13. Lelaki lebih baaaanyak berfikir

14. lelaki amat bimbang jika hadiah yang mereka berikan tidak disukai oleh penerima

15. Jika lelaki sudi bertemu keluarga pasangannya, maknanya mereka serius dalam perhubungan itu.


haaaaaaaaa..... wanita-wanita di luar sana, bolehlah buat nota ni...hewhewhew

p/s: lelaki ni banyak sifat2 sweet ok...

Thursday, September 27, 2012

Lelaki pun jaga kulit muka

Zaman la ni, semua jantina nak shantek..eh, tetibe. Tapi betullah, zaman sekarang tak kira wanita ataupun jejaka sangat meemntingkan penampilan. Bila sebut tentang penampilan, salah satu area yang paling dijaga oleh kita adalah muka, ye dak? Mari pokcik kongsikan tips perkara yang selalu dilakukan oleh kaum lelaki untuk menjaga kulit muka kami.


1. Basuh muka dengan air bersih
opkos lah basuh muka kena dengan air bersih ye dak? takkan kaw nak basuh muka dengan air milo. hewhewhew. Andai kata kaw semua malas sangat nak cuci dengan tepek produk, cuba amalkan cuci muka sahaja. Kalau dah rasa muka tu gatal dan berminyak, pergi wash room cucilah muka. Tak mengambil masa yang lama pun. Kepada yang rajin solat, membasuh muka bukanlah sesuatu yang remeh. Sebelum solat kita wudhu dulu bukan? (~_~)

contoh

2. Guna produk yang bersesuaian
Kulit muka kita ni berbeza mengikut individu. Malah mungkin berbeza mengikut faktor aktiviti harian, juga berdasarkan demografi (nak jugak bombastik kan..hewhewhew). Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki kulit berminyak. Mereka yang kerap terdedah dengan penghawa dingin biasanya memiliki kulit yang kering. So, pilihlah produk yang sesuai ya. Kalau kulit muka oily, penggunaan pelembab maybe tak perlu. Tapi kalau kulit kering perlu. Silalah rajinkan diri untuk baca bahan-bahan produk yang tertulis dibelakang (biasanya) beserta faedah pemakaiannya. Jangan main ambik, kang naya. 

hiasan

3. Bercukur
Pastikan kaw semua tahu teknik bercukur yang betul. Gunakan alat pencukur yang berkualiti. Kedua-dua hal ini akan memastikan kulit kaw semua tak calar dan rosak ketika melakukan cukuran pada wajah. Krim pencukur boleh digunakan untuk melancarkan proses cukuran. Kalau boleh, cukur ketika kulit lembap (basuh muka bagi bulu lembap, kemudian baru cukur). Selepas bercukur, aplikasikan after shave yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.


4. Makan makanan berkhasiat
Dalam penjagaan kesihatan (tidak terkecuali kesihatan kulit wajah) pemakanan adalah sangat penting. Kurangkan makanan berminyak (bukan tak boleh langsung, tapi kalau elakkan lagi bagus). Jadikan makan buah-buahan segar sebagai rutin. Pastikan tidak pernah TAK ADA sayur ketika menjamah menu makan kaw semua. Sila pastikan pengambilan air secukupnya. Kalau air kurang kulit kering derr.... 

Mudah sebenarnya nak jaga kulit bagi lelaki. just kene rajin sikit je....

p/s: cubalahhhh

Saturday, June 9, 2012

5 Cara jaga mobile phone (handphone)


Ramai lagi kah yang pakai mobilephone macam aku? mesti tak kannnn.... yang ramai sekarang BB, iphone, ipad, bla bla bla... yang function dia dah terlebih canggih berbanding mobilephone biasa. So, aku taktau lah pula camna nak menjaga BB, iphone, ipad bla bla bla ni ye.. ni aku nak kongsi cara nak menjaga mobilephone (HP).

1. Bateri: make sure cas hp kalau dah nak 'kong' bateri. jangan baru habis 1 bar dah kalut nak cas. Ini akan menyebabkan bateri anda rosak dan tak tahan lama.

2. Kedudukan HP: silalah jangan letak hp anda di merata tempat. ia akan merosakkan kerangka hp kalau anda ni cuai sampai terpijak hp sendiri (hp org takpe..erkkk!!). menggunakan casing pun ok, untuk jaga body hp kaw tu.

3. Kebersihan: sila gunakan kain lembut untuk bersihkan hp. jangan nak menggatal guna air ye. ingat sikit, tu hp tau, bukan barang perhiasan rumah..

4. Suhu: letak hp pada suhu yang normal, mcm suhu bilik. BTW, kalau kaw rasa hp kaw dah panas, matikan hp tu. Ini untuk menjaga komponen hp dari kerosakan.

5. Fungsi: Aktifkan fungsi keypad lock secara automatik, untuk elak kaw tertekan 'call' secara. tetiber. Boleh juga aktifkan pin code, utk pastikan takde sape yg gatal tangan guna hp kaw sesuka hati. ye dak?!!!

~ itu aje ~

p/s: Selamat menjaga hp. HP mahal ok..!! nak beli makan tahun =.='