edDy sYrOl

Thursday, September 27, 2012

Lelaki pun jaga kulit muka

Zaman la ni, semua jantina nak shantek..eh, tetibe. Tapi betullah, zaman sekarang tak kira wanita ataupun jejaka sangat meemntingkan penampilan. Bila sebut tentang penampilan, salah satu area yang paling dijaga oleh kita adalah muka, ye dak? Mari pokcik kongsikan tips perkara yang selalu dilakukan oleh kaum lelaki untuk menjaga kulit muka kami.


1. Basuh muka dengan air bersih
opkos lah basuh muka kena dengan air bersih ye dak? takkan kaw nak basuh muka dengan air milo. hewhewhew. Andai kata kaw semua malas sangat nak cuci dengan tepek produk, cuba amalkan cuci muka sahaja. Kalau dah rasa muka tu gatal dan berminyak, pergi wash room cucilah muka. Tak mengambil masa yang lama pun. Kepada yang rajin solat, membasuh muka bukanlah sesuatu yang remeh. Sebelum solat kita wudhu dulu bukan? (~_~)

contoh

2. Guna produk yang bersesuaian
Kulit muka kita ni berbeza mengikut individu. Malah mungkin berbeza mengikut faktor aktiviti harian, juga berdasarkan demografi (nak jugak bombastik kan..hewhewhew). Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki kulit berminyak. Mereka yang kerap terdedah dengan penghawa dingin biasanya memiliki kulit yang kering. So, pilihlah produk yang sesuai ya. Kalau kulit muka oily, penggunaan pelembab maybe tak perlu. Tapi kalau kulit kering perlu. Silalah rajinkan diri untuk baca bahan-bahan produk yang tertulis dibelakang (biasanya) beserta faedah pemakaiannya. Jangan main ambik, kang naya. 

hiasan

3. Bercukur
Pastikan kaw semua tahu teknik bercukur yang betul. Gunakan alat pencukur yang berkualiti. Kedua-dua hal ini akan memastikan kulit kaw semua tak calar dan rosak ketika melakukan cukuran pada wajah. Krim pencukur boleh digunakan untuk melancarkan proses cukuran. Kalau boleh, cukur ketika kulit lembap (basuh muka bagi bulu lembap, kemudian baru cukur). Selepas bercukur, aplikasikan after shave yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.


4. Makan makanan berkhasiat
Dalam penjagaan kesihatan (tidak terkecuali kesihatan kulit wajah) pemakanan adalah sangat penting. Kurangkan makanan berminyak (bukan tak boleh langsung, tapi kalau elakkan lagi bagus). Jadikan makan buah-buahan segar sebagai rutin. Pastikan tidak pernah TAK ADA sayur ketika menjamah menu makan kaw semua. Sila pastikan pengambilan air secukupnya. Kalau air kurang kulit kering derr.... 

Mudah sebenarnya nak jaga kulit bagi lelaki. just kene rajin sikit je....

p/s: cubalahhhh

3 comments:

eyqa amin said...

entry nie dituju khas kpd ....
hee...

KorN said...

aku guna pencuci muka follow me jer.. dulu sblum ni mcm2 guna.. pas gune follow me, xnak tukar lain dah

nawza said...

kena jga..aset gak tu..hehe