Kematian ialah kisah mutlak untuk semua manusia. Tiada sesiapa pun boleh lari dari hakikat bahawa suatu hari nanti kita akan menghadapi hari kematian. Tarikh, waktu dan masa telah di ketahui oleh Sang Pencipta, Allah swt. Ianya rahsia yang tersimpan kukuh tanpa siapapun yang tahu kecuali-Nya.
Semalam, for the first time in my life, aku menghadapi satu situasi kematian yang berlaku di hadapan mata aku sendiri. Seorang ustaz, yang juga saudara dan kenalan terdekat keluarga kami telah menghembuskan nafas terakhir di Sabah Madical Center, Damai, Kota kinabalu, Sabah. Situasi yang dihadapi aku kurang pasti, tapi menurut apa yang aku dengar arwah memang menghadapi masalah jantung.
Aku dan abang ipar tiba di SMC lebih kurang 10 minit sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Sedihnya melihat anak-anak mengelilingi katil arwah, membacakan ayat-ayat suci, mendoakan arwah serta melafazkan kekuatan kalimah Lailaha Illaullah tepat ditelinga arwah. Tangisan, wajah kesedihan, kebimbangan serta keredhaan dan pasrah akan ketentuan semuanya jelas tergambar waktu itu. Situasi macam ini kali pertama aku hadapi. Sebelum ni, aku just pernah tengok jenazah yang memang telah di mandikan sahaja dan siap untuk dikebumikan. Itu pun baru dua kali.
Kagum, bila insan yang banyak berjasa untuk masyarakat apatah lagi untuk agama ni. Rakan taulan datang berbondong-bondong menziarahi arwah di saat-saat akhir sakaratul maut Semua datang memberikan semangat bukan sahaja buat arwah malah buat ahli keluarganya. Malah ada yang menitiskan air mata tanpa henti kerana kehilangan sebutir permata yang banyak berjasa kepada mereka. Aku sempat berfikir, adakah di saat akhir kehidupan aku akan ada rakan taulan seumpama ini. Mudah-mudahan Allah swt kurniakan aku insan-insan pemurah dengan doa. Hadiah paling berharga buat insan yang sudah tidak bernyawa hanyalah doa bukan?
Semoga jenazah ustaz dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi-Nya. Sahabat semua, masa kita juga akan tiba. Cuma kita belum tahu bila. Semoga kita dipanggil oleh-Nya ketika kita benar-benar telah cukup amalan yang membolehkan kita mencium wanginya syurga Allah swt.
p/s: mati itu pasti
2 comments:
alfatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya
Info Khas
Anda telah menyatakan untuk menggunakan SENJATA KHAS anda pada minggu ini iatiu BDTIx2.
Fungsi SENJATA KHAS anda adalah : BDTI = Bebas Dari Tugasan Imuniti.
Malangnya, senjata anda tidak dapat berfungsi buat masa ini kerana : TUGASAN IMUNITI kali ini adalah tugasan berkumpulan dan bukannya secara individu.
Anda ada 1 peluang lagi untuk mengunakan senjata ini (BDTI) di masa akan datang.
P/S : Anda adalah peserta kedua yang menggunakan SENJATA KHAS dalam game ini. Ada ganjaran yang akan diberi kepada anda dalam episode 6 B3:BR.
Post a Comment