edDy sYrOl

Wednesday, March 30, 2011

Stacy - Kapsul (With Lyric/Lirik)

lagu ni best sangat... aku baru jumpa siang tadi (petang tadi lah kot).. lirik dia sangat best..! audi mok memang hebat... tajuk dia KAPSUL n kalau korang perasan melodi dia pun menggambarkan kapsul masa... cuba dgr betol2...

aku suka stacy nyanyi lagu2 mcm ni... lari dr imej dia yang ganas giler tuh..hehehhe... korang leh je youtube-kan lagu2 sentimental dr stacy... ada banyak yang best.... cuba lah... dengar lah yang ini dulu k

p/s : ulang-ulang lagu ni dari petang td :P

Thursday, March 24, 2011

CONTEST: hitam itu cool

sape2 nak join contest ni sila click banner di atas..... (@_@)

walaupun tuan tanah nak entry yang ringkas, aku nak buat gak entry panjang2.biar biru mata hitam mu baca ..keh3... well, sbg syarat aku nak umumkan salah sorang admin kaki blogger ialah noim

hitam itu memang cool. tak mcm kaler pink.. tuan tanah suke pink tak? ada banyak bukti dan alasan yang menunjukkan hitam itu cool (ayat dari buku rujukan BM form 5).

menurut carian eddytudia (sama cam wikipedia), hitam itu cool sebab :-

1. baju hitam : tudia.. baju hitam leh jadikan orang yang berisi nampak kurus sedikit. cool kan?! tak caye, ce tuan tanah pakai baju kaler hitam, kompom bayangan lemak akan hilang dari pandangan mata Tuan Muda Naim I & II.

2. kereta hitam : tudia. kalau kereta kaler hitam, boleh je takyah basuh kereta selama 6 bulan. tak kisah noda2 habuk, najis, ataupun betmen nak melekat kat kereta pun org tak nampak.cool kan?!

3. rambut hitam. tudia... tetibe teringat pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain". takde kaitan dgn entry ni yew.. ~lalalalalala~ rambut hitam sgt cool.rambut kaler2 sangat out of line. tgk je kat iklan tv, iklan shampoo hampir 95% tunjukkan model rambut kaler hitam. sebabnyer rambut hitam tu nampak sihat.



4. kasut hitam : tudia.... kalau dkt sekolah, org2 yang pakai kasut hitam ni kalau bukan cikgu, leh jadik pengawas sekolah. tak pun budak2 form 6 yang senior2 gaban dan cukup di hormati.paling koman pun pengawas library/ketua kelas. kalau khoje hampir 90 % org pakai kasut hitam. ader nampak pakai pink?oren?ke pelangi? hitam tu cool..

5. orang hitam: tudia.... ramai aweks2 kat malaysia terjerat ngan cinta warga asing berkulit hitam. tudia.... sbb ape? drg rasa hital itu cool..keh3x...


6. spek mata hitam : tudia.... kalau pakai spek mata hitam ni mmg nampak cool. org takleh nampak bijik mata kita.so org tak nampak riaksi kita melalui mata.sbb nampak spek kaler hitam je..cool kan?!

so, hitam tu memanglah cool..
Bold
p/s :- nak honda kaler hitam ngan empon kaler hitam sebagai hadiah dr tuan tanah kalau menang ~lalalalalalalala~

nak tag : hawis
cikscc
ummi3nur

Wednesday, March 23, 2011

award untuk follower


actually saja nak buat entry ni nak bagi tau kat blogger kat atas yang anda menerima award dari eddy syrol. :P keh3x... sebagai follower yang ke 200... award ni bernilai RM200.00 tau, susah ni aku buat.. ~lalalalalalala~ anywhere thx sbb sudi follow aku. bukan untuk hotflare jela.. ucapan terima kasih juga untuk semua yang masih sudi nak singgah2 sini.. korang memang cool..

tp tp tp award kat bawah ni hanya utk hotflare saja k...



copy the link n click TEPAT at the picture to make it bigger...

p/s :- pada hotflare sila tinggalkan link ye... senang nak jejak ko. juga buat yg lain2, nanti leh pokcik polow u bck...

Sunday, March 20, 2011

lagi-lagi muka masam




ya Allah... masamnya muka dia...
nak citer r sikit, tadi aku pergi sebuah photocopy shop. my brother minta tolong aku utk photocopy ada benda sikit...

kedai yang serba serbi sederhana ni ada perkhidmatan photocopy + printing + jual2 stationary.. aku dengan takzimnya telah melemparkan senyuman pada gadis photocopy tersebut. dia dengan muke masam dan jelingan yang tajam tengok aku mcm nak tak nak je.. notice here :- aku pun tak suke kau ok!!

aku pun buat2 relax lah dulu duduk jap sambil tunggu dia layan aku.. mana tau tetibe dia buka mulut dia. sampai dia habis buat photocopy sorang akak tu, dia langsung tak cakap. dia just hulurkan tangan dia n buat bunyi ermmm... aiks... apakah?

masalah betul lah orang2 zaman sekarang ni. tak reti nak layan org dengan bagus + mesra. bukannya kita minta dia layan mcm raja. kan adat bekerja, ada etikanya. aku pun pernah gak keje tpt yang serupa dgn gadis tak pandai senyum tu, tapi taklah aku buat muka masam ntah apa2. ringan juga bibir ni nak ukir senyum, walaupun org cakap aku ni sombong sebab jarang senyum. well, kerja kan, kena lah sesuaikan diri dan pandai bawa diri.

p/s :- pelik dengan perangai orang. nak keje tapi tak tau etika keja yang baik.

Friday, March 18, 2011

makan itu penting



salam alaik..

alohaaa.. tetibe aku rasa nak buat entry pasal makan. atau lebih tepat pasal pentingnya makan. eh sama lah tu kan kan kan... aku percaya ramai lagi antara kita ni yang rasa makan tu tak penting, maksudnya makan ni ikut suka hati je lah. nak makan, makan... rasa tak nak takyah makan. tp ok gak mcm tu cuma doc cakap makan kene ikut jadual. makanya, makan tu penting lah kan...

dulu time aku study aku pernah alami gak yang makan tu tak penting. FYI, aku sangat tak suka breakfast. sebab kalau aku breakfast aku akan sakit perut. dan2 sakit dowh. sebab tu aku rasa breakfast tak perlu. so, since aku sekolah menengah samapi masuk U, memang kerap kali lah aku skip breakfast. yang penting before out, aku kena minum air kosong. itu sahaja bekalan sampai ke tengah hari/sampai kul 10.30 am time kat skolah dulu. sadis tak??? kalau di ikutkan, dalam buku banyak artikel tulis breakfast tu sangat penting sebab pagi adalah waktu paling aktif manusia melakukan aktiviti. any activities. dek disebabkan aktif tu lah breakfast kene yang berat sikit. so aliran dia ialah breakfast berat2, lunch so so je , dinner makan paling ringan atau toksah makan bagi yang diet. diet? ape tuh? takde dalam kamus hidup aku pon...
bila dah masuk trining industry, baru aku start belajar nak makan breakfast. sebab time tu ada member dan akak2 kat opis tu yang mmg asyik ajak je breakfast. mula2 memang aku takleh la juga. lama2 dah ok dah till now. cara dia mudah, kita kena buat kajian lah apa benda time breakfast yang akan menyebabkan kita sakit perut, so bila cth kita mkn mee hoon goreng kita sakit perut. esok makan lagi benda sama sama gak sakit, so skip mee hoon ganti ngan menu lain. samapilah kita jumpa dengan makanan yang serasi dengan kita.

lunch dan dinner sama gak lah. memang makan ni penting derr. tak makan otak takkan berfungsi dengan baik. tak makan minda takkan dapat bekerja dengan efektif. dari makanan juga lah menentukan usus kita baik or tak so pilih makanan yang betul. mcm mana? sila gunakan pakcik google yew.

so aku nak ucapkan selamat menjamu selera buat semua.

p/s :- ini bukan berdasarkan fakta kajian, cuma berdasarkan fakta pengalaman peribadi.

bulan bintang ku


sedih bertamu lagi
mengusari ruang hati dari tiap sudut
lalu aku mencari jemari mu
ku ingin genggam biar aku tenang
ingin ku cium
biar aku bahagia
tapi aku masih bersedih
aku belum menemukan jemari mu
tidak dapat juga ku cium indah tangan mu.

kau sedang terluka?
maaf aku tidak menyedari luka itu
dan akulah punca luka itu?
izinkan aku menjadi tisu-tisu yang mampu menyembuh luka mu
izinkan aku menjadi darah biar menggantikan titisan yang telah jatuh
kau sangat terluka bukan?
hukumlah aku....
atas kejahatan ku...
atas khilaf ku
atas diksi hina ku
atas perlakuan ku


sayang
aku kini memerhatikan langit lepas
berharap munculnya bintang
menyeru terangnya cahaya bulan

sayang
aku melihat wajah indah mu
tatkala bulan menyinari bumi
ketika bintang berkelip indah
aku lihat wajah mu
bintang berkelip umpama kerdipan indah mata mu
sinar bulan umpama sinar cahaya wajah mu
bisakah kau hadir kembali di hati ini?
aku perlukan bintang dan bulan ku kembali....

wahai dikau bulan ku
wahai dikau bintang ku
kembalilah dengan sembuh luka hati mu
malam ini tidak tenang tanpa semarak cinta mu...

p/s :- berlutut merayu

salah lagi


what happen? aku buat salah lagi ke ni? aku salah cakap lagi?
susah nak perbaiki diri, tp dari kesalahan lah kita akan belajar untuk memperbaiki diri.

tp fitrah manusia, akan selalu akan melakukan kesalahan. tak kira kesalahan yang sama ataupun kesalahan yang berulang. fitrah manusia...

p/s :- i hate my self right now!

Wednesday, March 16, 2011

header baru

aku rasa macam nak buat new header (banner) untuk blog ni. nampak header org yang lawo2 gempax2 buat aku jeles lak an... yg kiri ni header lama aku. pic yang aku sangat suke, tulis nama kat cermin kereta pagi2 buta, tu air embun tau.




so aku edit la header lama aku n bubuh a few pics konon nak bagi lawa... eh eh, tp apsal tak nampak lawa ek? kesimpulannya :- aku memang tak reti nak buat editing ni. sekian harap maklum..






berikutan rasa tak puas hati aku itu, maka aku ambik la pic kat sisi atas header yg kedua tu, aku jadikan full header mcm kat bawah ni. nampak lagi simple dan memuaskan hati aku.


well, walaupun aku akui tak la selawa header member2 blogger yang lain, tp ok lah bagi aku kannnnnnnnnn... saja nak bagi nampak baru kat blog ni.. ini kan EDDY SYROL PUNYA BLOG, so simplicity is my priority.. matilah jadi duta kak ct.. keh3x...




thx buat member2 yang masih sudi follow (lebih tepat baca) entry2 dalam ni... u guys great!

p/s :- ingat nak mintak org buatkan, tp takpe r. aku buat sendiri lagi senang. tak nyusahkan mana2 pihak.. peace no war.

wahai lah kau internet


now, saat ini, ketika ini, aku tgh dalam proses meng-edit hasil kerja aku sebab client aku cakap ada kesalahan sikit dalam paper kedua. hurmmm... baiklah, sebagai manusia yang bertanggungjawab dan memikul amanat, aku kena perbetulkan kesilapan tersebut. orang dah bayar tuh.. hehehehehe....

so, aku kena cari instrument baru bagi lengkapkan tugasan ni. client dah bagi cadangan untuk aku ubah kepada instrument ****. so, aku kata ok sebab aku pernah tgk dan baca sikit2 sal instrument ni. masalah aku data dia aku tak reti nak buat. so, penyelesaiannya, aku godek2 la kat internet.. what the fish...! apsal la internet sangat slow di kala aku amat memerlukan ni. time aku lepak2 sesaja nak main internet laju lak hang ek... (tak tahu nak marah sape)...

BTW, betul or tak internet ni slow sbb tsunami kat jepun? kalau betul, apakah perkaitannya dengan internet kat negara kita (negeri sabah) ni.? anyone boleh explain tak? kalau berkait, dalam kepala hotak aku ni berfikir adakah internet di negara kita connectivity bergantung pada negara jepun sampaikan bila jepun mengalamai masalah bencana alam, internet kita terjejas (adakah andaian aku sangat tak berpendidikan? i am so sorry.. hehehehe). that y la aku tanya ni kengkawan...

well, skrg ni keje aku tergendala buat seketika. leh tak aku buat instrumen lain je dan tolak je cadangan instrumen client tersebut.. peningggggggg....

p/s :- tgh chillex sambil BW...

Tuesday, March 15, 2011

lama siot


<-------------- pic ini tiada kaitan langsung ngan apa aku nak cakap.. harap maklum..


ekceli, tadi aku pi la jenguk hp aku yang tgh di ubati (repair) dkt kedai tah lupe aku nama dia. tgh malas nak bangun ambik resit dalam almari...

apabila aku sampai (bahasa tak tahan), aku berdiri la dekat kaunter cermin kaca sambil buat muke doposen. pekerja ramai, tp takde sorang pun na tanya apa aku nak. depa ingat aku nak tayang muka doposen ke situ..? takpe abaikan..

setelah habis je 5 minit aku posing, aku mula lah buka mulut.

"adik-adik, hp saya dah ok?" sorang gadis yang aku rasa baru je beberapa jam keje situ terpinga-pinga. "ah...hp? er...err....errrr.... kejap." dia tanya lah member dia sorang. semua pekerja situ pompuan tp harem takde sorang pun yang suka senyum (kecuali gurl yang baru beberapa jam keje tu).

akhirnya sorang senior kot kat situ tanya tarikh bila aku hantar dan dia cakap baru lagi tu kena hantar.. BARU?!! aku hantar khamis lepas kot, itu ke baru. ni dah masuk 5 hari dah kot. aku terfikir gak sebab haritu aku hantar kat town dia cakap leh siap satu hari je, tp aku takleh tunggu kat town sbb aku kena balik gak on that day. apasal kat kedai ni makan masa lama buangettt? ke sbb ni kedai kampung2.. sorry to say...

aku dengan cukup sopan serta tetap mempamerkan muka doposen tanya lagi

"so, bila due date yang boleh kamu bagi untuk saya dapatkan balik hp saya?" akhirnya sorang pekerja lain tolong dak guggurl td jawab. "kami pun tidak tahu. kena tanya bos." aku dah kerutkan dahi seribu.. mcm mana drg nak buat business ni kalau drg takleh nak bg due date. customer is waiting kan (aku lah tu). takkan drg nak gantung tak bertali lak sampai kalau dalam masa setahun tak siap, maka kena tunggu la juga. i dont think ini perjalanan business yang baik.

then, aku blah with saying thank you so much... muka dah jadi 80 sen (bengang)..

p/s :- sebagai org meniaga, kita kena tahu mcm mana nak pikat hati pelanggan. macam mana nak pancing kepercayaan pelanggan. baru customer akan selalu rasa nak datang gunakan perkhidmatan atau beli produk yang kita jual.

Monday, March 14, 2011

travel + driver

semalam aku ngan family travel ke Membakut, satu daerah yang berhampiran dgn pekan beaufort. tak lah hampir sgt kot. so perjalanan dari kampong I ke kota kinabalu ambil masa sejam gak la sbb aku drive slow n steady.. slow ke? then kiteorg ambik short cut jalan tanpa melalui pusat bandar yg opkos jem di hari minggu yang permai itu. so, kiteorg short cut jalan inanam, trus ke jalan **** yg aku tak tau apekah nama dan tembus lah ke airport KKIA. toksah nak ngadap bandar KK lagi.

dari KK ke membakut ada lah dalam almost 2 hours. aku tak perasan sgt walaupun aku driver waktu itu. BTW, kiteorg sebanyak 3 kereta ke Membakut nak jenguk sedara yg baru melahirkan anak. dia dapat baby gurl.. nama? lupe...


ni dia pekan Membakut... pekan kecil je, dan kebetulan hari ahad adalah hari Tamu. jeng3x.. jenguk2 barang dagangan, terjumpa member yang tgh jual ikan tolong mak dia. bestnyer... i shuke jual2 ni.. gigih menjual time form six dulu derr... so waktu sampai pekan, kreta BMW (konon) merah aku dan ipar aku sampai la dulu. rehat2 la minum2 sat sbb ayah aku lapar. satu kereta tak sampai lagi, kereta ipar aku gaks, ngan istri dia beserta anak2 dia juga ibunya yang telah tersesat. keh3x.... adoyai sdgkan ipar sulung aku ni lah harapan nusa dan bangsa nak tunjukkan jalan ke rumah sedara tu...


rail kretapi


aku perhati, keretapi dah berfungsi dah kat sini. dulu dah stop sekejap sbb penambahbaikan, but now dah ok. nampak cam menarik. seumur hidup gua tak pernah nek kretapi lagi. t nak try lah...

final moment :- dah sampai rumah sedara. solat2, lunch, borak2 dan nak berundur diri. sesi nak balik ni paling syahdu lak. sedara tu (pompuan) nangis2 bila mak, dua akak aku peluk dia. adoyai... mata gua ni dah la cpt sgt menyumbangkan air mata. so aku nampak je moment tu trus aku segera blah sampai aku lupa salam tuan2 rumah.. adesss... hehehehe..sorry pakcik.

p/s:- sekali sekala travel ngan family mmg best

Saturday, March 12, 2011

~~.......~~




Tears, idle tears,
Stop!
Tears, soulful tears,
Start!
Tears, helpless tears,
Continue!
Tears, determined tears,
Reach!

~


Before I accepted
The life of aspiration,
My tears were the tears
Of real sorrow.
Now that I have accepted
The life of aspiration,
My tears are not tears of sorrow
But tears of real joy.

~


I like the tears
That flow from the depth
Of my helpless despair.
I love the tears
That flow from the depth
Of my dawning aspiration.
I adore the tears
That flow from the depth
Of my Liberation-sea.



By: Sri Chinmoy

sorry

maaf... org cakap senang nak minta maaf, tp org selalu membuat salah. dan kemudian minta maaf lagi.. manusia kan, selalu akan berbuat kesalahan. mustahil utk tidak membuat satu salah pun. kadang2 kita pun tak sedar ketika kita sedang berbuat salah... manusia kan....


rasa nak sgt minta maaf kepada semua orang. banyak salah ni.. dr. fadzilah kamsah pun ckp minta la maaf pada semua orang sebelum melelapkan mata. dan kita pun maafkanlah orang2 sekeliling kita, dengan ikhlas... insyaAllah hidup akan jadi lebih baik zahir dan batin, rohani dan jasmani... kita selalu dengar kan, sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula kita yang belum tentu darjat di sisi Allah swt....


kita tidak tahu bila masa akan memanggil kita pergi.. kita tak tahu bila masanya kita pernah berbuat salah. hidup ini perjalanan, dan dalam perjalanan takkan ada langkah yang sempurna.


p/s :- maafkan aku

Friday, March 11, 2011

phone : back to basic


huwaaa...... stress seyy bila hp rosak.. hp kat atas tu dah rosak. tgh masuk sepital.. skrin dia probs ntah le nape.. org sepital ckp kabel problem.. lama lah tu bertapa kat sepital...


b4 diz, hp ni yg rosak.. sbb tu lah ada hp baru kat atas tuh... yg ni masalah betri dia, malas aku nak beli betri baru.. betri kat pasaran bukan leh percaya sgt... ntah2 china mari...

sekarang aku guna hp lama aku je.. yg ni.. hp yg aku guna waktu tahun 1 kat U.. hp PTPTN..hehehhe... hp ni pun dah probs dah sbb betri dia tak tahan lama... dlm setengah hari dah boleh kong habis.. charge tiap waktu lol...

susah la hp tu rosak banyak numbers kat dlm hp tu n now number member2 dlm hp yg aku guna skrg ada yang takder dlm senarai.. so sape2 yg ada msg aku tetiba tanya WHO IS THIS jgn r marah k... minta ampun...

p/s :- ada sesape nak hadiahkan pokcik hp? my pleasure :-)

Monday, March 7, 2011

apsal ni?


weekend mmg paling best. aku rasa dah banyak kali aku cakap. sbb weekend la anak menakan aku dtg semua n buat kecoh. bingittttt tp aku happy. gelagat yang jarang aku dapat lah kan. lagi pun hari2 biasa semua bz kan, dgn urusan masing2... tadi siang semua ok... gumbira!!!



mlm ni rasa lain jew. rasa kosong jew.. sunyi senyap semuanya. cam takde rasa lak. kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???? tolonggg..... berfikir esok akan jd ape? xtau lak akan baik ke tak.. harap semua ok r... kalau tak ok ape leh buat kann.. dah nasin + takdir...

mana la benda2 best ni... ??? arghhhhhhhhhhhh

p/s:- missing someone

Sunday, March 6, 2011

lagi-lagi bintang


aku ingin melihat bintang itu
walaupun ia jauh bertaburan di langit lepas
tak mungkin ku gapai dan capai
tak mungkin juga ku miliki
aku masih ingin melihatnya

tak pernah sekali pun mengharapkan ia jatuh
nanti hancur bumi
aku cuma mengharapkan ia terus berkelip
menyinari kelamnya sang malam
bila ada bintang, malam tak sunyi
malam tetap indah dengan mu wahai bintang

aku mahu melihat bintang
mungkin aku akan menemui sesuatu
menemui yang amat aku mahu
dalam kerdipan bintang
waktu malam yang kelam

aku masih melihat bintang..
dan indahnya langit itu dengan wajah mu bintang

Melihat Bintang



"saya suka tengook bintang. kalau ada masalah, kalau hati tak senang, tengok langit dan bintang."

'ada tak awak nampak wajah saya dalam taburan bintang itu?' <-------------dalam hati.

"takpe lah. awk tengok lah langit dan bintang, dan saya juga ada bersama sama." [senyum]

salah satu cara untuk menenangkan diri. korang mesti ada cara korang yang tersendiri kan utk nak tenangkan diri. biasa kita akan mencari sesuatu yang berbeza dgn apa yang sering kita lalui.. sbb perkara yang di luar rutin kita tu akan mewujudkan perasaan yang sgt best.. m i right?

p/s :- akan mula memandang bintang2 yg jauh

Saturday, March 5, 2011

muntahan perasaan


i am very moody person... yes, thts me!
time ni feeling tak baeek punye.... sbb, DIA tau apa sebabnyer...


kalau ada coklat best ni... dpt tenangkan fikiran skett... haishhh..



apa korang buat utk ekspresikan moody korang?
siapa yg selalu buat korang moody ?
or... maybe apa perkara yg buat korang rasa moody?



biasa org moody ni takleh nak kacau, tp lau aku tgh moody leh je korang kacau.. sbb ill silent utk beberapa waktu... so korang nak buat ape pun ceq tak kisah... moodynyer...................................................................................................... @,@...................................................................................................................> bad mood

p/s :- arghhhhhhhhhhhhhhhh

orang kenit



tetibe aku terfikir apelah jadik lau aku ni kenit.. best ke eh?

kalau aku kenit cam dlm pic tuh, aku nak masuk celah2 yang kecik2 yang orang beso tak terfikir nak masuk menyusup..hebat tak? <---------------------sengal!!

tak pun aku nak buat banglo besar2... cita2 aku tuh skrg... opkos kalau kenit toksah la keluar budget besar sgt.. duit2 PTPTN pun tak luak nak buat banglo org kenit.. hehehhee... sebulan siap...seminggu pun boleh kot.. <----------------paling best!

eh eh eh...boleh tak aku lenyapkan sikit khayalan yg bukan2 ni.. kan bagus aku berkhayal nak jd gemok ke... badan dah la keding!! <---------------ayat mak aku....

pokcik tgh gigih membesarkan bdn ni... tak tau r bile nak menjadik, i think lama2 aku ni jd gak org kenit sbb bdn makin meng-keding... adessssssssssssssssssssssss............

p/s :- sengal2 ubi

pokcik mlm ini


gua rasa kenyang giler derr... biasa kalau weekend mesti mkn besaq punya.. anak menakan dr tiap cerik mai dtg umah, so hebat la suasana mlm hari.. meriah je... makanan jgn citer la, kalah makanan dekat restoran kota raya kat pekan nu... sorry taukey, jgn saman gua...


seminggu ni aku sebok je bekerja dgn data data data dan data... padan r muke aku kan... sendiri carik penyakit..hehehhe... takpe, demi keharmonian hidup aku gak... dua papers aku kene siapkan full with data.. responden cam hampess kebanyakannya... jawapan leh tahan macam2... sabo je la... bala aku gak kot, dulu kalau jd responden utk org, slalu buat dajal..keh keh keh... kene btg idung aku lak now...


sebenarnya time ni aku dihinggapi sindrom kemalasan. pesal la time2 puncak cam ni aku dpt sindrom seumpama ini? tu la rasa aku nak ketuk je kpala dgn tukul, mana tau leh jd rajin balik.. senang khoje pokcik. sape sanggup tukul kpala aku? tp try ngan kpala hang dulu lah..keh3x... malas ni penyakit diri tau, nak ubah kene letak pada diri sendiri gak la... (ceramah diri sendiri ni)


plus, aku memang dah ngantuk.. sesangat.. td pas zuhur aku tak tido, biasa aku tido... arini aku tak tido sbb konon aku gigih nak siapkan keje.. last2 keje tah kemana, aku pun tah kemana... bila dah tgk folder movie ni mcm2 aku nak tgk..yg dah beratus kali pun rasa nak tgk semula.. adoyaiii... takpe, masa utk tongkatkan mata... btg mancis plissss....

ape cerr kompius...



pokcik bingung ni derr...!!

aku baru je dpt email dr responden.. mcm2 la aku dpt jawpaan dan reaksi kan.. adessss..... ada yang jawab mcm tanak jawab je... ape cerrr.... kompius kompius kompius...

ada tu bila aku tanya leh tak tolong jawab beberapa soalan yang senang je tak banyak. respond kemain cam nampak hantu kak limah.. kak limah pun nampak hantu tak mcm ko derr...

well well well, mode tgh kumpul data.. mcm2 nak buat.. aku rasa mcm kembali ke jaman sekolah lak... leh tak pinjam mesin masa dr doraemon, nak kembali ke zaman lalu.. atau pinjam pintu suka hati nak pg tempat2 best d pagi2 hari ni... adehhh....

@_@ <--------------tingtong sekejap... p/s :- good luck to u eddy

PENA yang malas!!



huaaaa..... entry ke empat pagi2 alam ni...

aku sebenarnya ada satu lagi blog. blog yang aku khususkan untuk penulisan aku.

(@_@) <--------------------suke menulis dol...

aku suke gak r menulis, so atas kesedaran sivik, aku wujudkan lah blog yang khas utk aku menulis. b4, aku tulis kat paper je then buang tah mane dah... tak pun tulis kat notes FB then d lupakan..hehehe... FB ni bg aku tak sebest menulis kat blog...

knp aku suke menulis? sbb aku dapat kepuasan dgn menulis. aku dpt luahkan banyak perkara tanpa perlu fikir siapa yang nak dgr suara aku. (sbb org baca je dol..hehehhe).... dengan menulis aku dpt ciptakan dunia yang aku nak (sorry derr..suke alam hayalan rupenyer)... dengan menulis, org leh kenal siapa aku, so takyah la aku nak introduce my self dengan penuh panjang lebar pun...

nak citer sal blog satu lg tu.. sila la CLICK SINI . aku mulakan blog ni dgn satu puisi dan novel. novel aku ni je yg ngah sangkut sbb aku agak bz dan takde banyak idea2 skrg ni.. takpe la, buat pembaca sekerat aku yg follow manje2 je ngan blog tu, t ada masa aku update lah.. doakan je aku banyak idea turun mencurah2 cam hujan yg ngah turun skrg ni..huhuhuhu

p/s :- penulis pinggiran je

kecik hati



eddy nak kecik hati? hehhehehehhe.. lek lu.. kata noim <---------------admin KB

kecik hati ni common la bagi semua manusia..

td DIA tanya aku aku terasa hati ke dengan apa yg dia ckp, aku ckp tak r.. lagi pun takde faedah nak kecik hati dengan DIA.. kang kecik2 hati jd mesalah besaqq lak kan, tak best la camtu...

td aku chat ngan member, aku ckp aku kecik hati depa dah lama tak tegor aku. kalau aku tgur depa pun haram nak reply. tau ape jawapan depa ~~silent mode~.. demm!!

so kdg2 tak guna sangat nak kecik hati ni. menghabiskan waktu dan detik je.. BTW, korang nak tgk ke aku kecik hati? jangan harap. ada yg ckp susah nak tgk emosi aku.. lek lu.. hahahaha... buatpa nak tunjuk emosi kat org, org just leh tgk n ckp bla bla bla bla, yang rasa korang sendiri gak kan...

p/s :- malas nak show emotion

ketuk kepala kuat2



arghhhhhhhhhhhh!!
malam ni gua rasa mcm nak insomnia jerk. takleh tidor awl. biasa senang je kan mata ni nak tutup, kdg2 landing je jap atas tilam sambil on9 guna hp, tup2 mata dah stim2 n tido. ni mlm ni mengapakah?

maybe sbb gua tido td pas maghrib, sakit kpala dol td. sgt2 sakit sbb tu gua tido trusss... sampai mak gua tanya dak eddy tu napa? dalam tidur2 ayam tu aku dgr gak apa mak aku ckp..keh keh keh...

so mlm ni aku layan tgk je sbg silent reader chat kat KB layan dak2 sengal2 ubi yang dok crita tah hape2..hehehehe... sape tak join lagi?!! sila join sbb happening siot.. admin dia aktif giler..hahahha...

p/s :- cari ilham camne nak tido ni

rindu



rindu? sape ko rindu ni eddy? ape bende yg ko rindu?

siapa dan apa? banyak jawapan pada persoalan ni..

1. aku rindu zaman sekolah menengah aku. terutamanya zaman form six, zaman yang paling gemilang lah bagi aku. setiap saat time form six tu aku dapat rasakan bende2 yang menyeronokkan. dapat lagi member2 yang bezt2 cam are_long, adzmin, puyun,jila,xauxie,dll yang semuanya giler sporting kalau buat aktiviti. one day, time hari taya aidilfitri, kiteorg g jenjalan nek motor. berpasang-pasang lagi. heheheh.. tapi tapi tapi bukan berpasangan kapel tau. just ada a few pasangan je yang memang kapel, aku tak yew... aku bonceng sorang awek yg kecil molek. sorry takleh bgtau nama dia kat sini. dekat satu round about tuh, tiba2 kiteorg terserempak dengan cikgu sekolah. jeng3x.. cikgu ni garang tau. garang tp fev kiteorg la sbb dia pandai ambil perhatian kiteorg kalau mengajar. so nak di jadikan cerita, habis je cuti raya, sebelum dia memulakan kelas, mukadimah dia adalah sesi perli memerli kiteorg.plus sesi ceramah yang leh tahan lamanya.. rindu dengan cikgu dayang.huhuhu.. yang pelik, camne cikgu disiplin leh tau?adesss... merah padam muke ketua pengawas ini..hehehehhehe...

2. rindu dengan masa2 study dekat U yang dah hampir masuk 2 tahun tinggalkan. zaman universiti ialah zaman yang ko rasa ko nak buat ape, ko buat je lah. zaman yang ko rasa study tu bukan satu bebanan tapi satu keseronokan. zaman yang ko rasa kawan2 semuanya panjang langkah, dan zaman kalau ko tak buka minda dan mata luas2 ko akan ketinggalan. zaman yang ko dpt duit free tanpa keje (duit pinjaman derr) tp tak pernah rasa cukup. zaman yang penuh dengan aktiviti2 yang menyeronokkan (ruginyer org yg masuk U tp pasif). zaman yang aku rasa nak nangis bila dah graduasi, dah tua aku ni ek... rindu dengan bilik single aku yang aku rasa first time tido kat bilik sendiri tanpa gangguan sape2 (walaupun ada gak makhluk yg suke ketuk2 bilik aku minta itu dan ini). zaman aku kenal dunia ni sebenarnya penuh dengan pancaroba. aku rindu BBQ dkt pantai ODEC, rindu nak jogging berbelas km dr kolej kediaman ke pantai, rindu dengan bas yang gile lambat dan giler sikit malah giler berebut org nak naik.. rindunyaaaaaaaaaaaaa!!

3. aku rindu pada si dia ni. si dia yg betul2 membungakan hati aku (jiwang seyy..sila muntah!).. rindukan dengan nasihat2 dia. rindukan motivasi2 dia. rindukan suara yang menyenangkan aku. rindu pada SIAPA DIRI DIA. aku pernah ckp dengan dia ANDAI MERINDUI ITU SATU DERITA, AKU PILIH DERITA (ni lirik lagu sebenarnya), tapi betullah.. merindui org yang kita sayang itu satu kesenangan walaupun rindu tu sakit tau. stuju tak rindu tu sakit? ke selapan?ngeh3x... saya rindu awk sgt2.. :)

p/s :- merindui hari2 ketenangan + hari2 kemenangan sebagai manusia kerdil di muka bumi ini.