edDy sYrOl

Monday, March 14, 2011

travel + driver

semalam aku ngan family travel ke Membakut, satu daerah yang berhampiran dgn pekan beaufort. tak lah hampir sgt kot. so perjalanan dari kampong I ke kota kinabalu ambil masa sejam gak la sbb aku drive slow n steady.. slow ke? then kiteorg ambik short cut jalan tanpa melalui pusat bandar yg opkos jem di hari minggu yang permai itu. so, kiteorg short cut jalan inanam, trus ke jalan **** yg aku tak tau apekah nama dan tembus lah ke airport KKIA. toksah nak ngadap bandar KK lagi.

dari KK ke membakut ada lah dalam almost 2 hours. aku tak perasan sgt walaupun aku driver waktu itu. BTW, kiteorg sebanyak 3 kereta ke Membakut nak jenguk sedara yg baru melahirkan anak. dia dapat baby gurl.. nama? lupe...


ni dia pekan Membakut... pekan kecil je, dan kebetulan hari ahad adalah hari Tamu. jeng3x.. jenguk2 barang dagangan, terjumpa member yang tgh jual ikan tolong mak dia. bestnyer... i shuke jual2 ni.. gigih menjual time form six dulu derr... so waktu sampai pekan, kreta BMW (konon) merah aku dan ipar aku sampai la dulu. rehat2 la minum2 sat sbb ayah aku lapar. satu kereta tak sampai lagi, kereta ipar aku gaks, ngan istri dia beserta anak2 dia juga ibunya yang telah tersesat. keh3x.... adoyai sdgkan ipar sulung aku ni lah harapan nusa dan bangsa nak tunjukkan jalan ke rumah sedara tu...


rail kretapi


aku perhati, keretapi dah berfungsi dah kat sini. dulu dah stop sekejap sbb penambahbaikan, but now dah ok. nampak cam menarik. seumur hidup gua tak pernah nek kretapi lagi. t nak try lah...

final moment :- dah sampai rumah sedara. solat2, lunch, borak2 dan nak berundur diri. sesi nak balik ni paling syahdu lak. sedara tu (pompuan) nangis2 bila mak, dua akak aku peluk dia. adoyai... mata gua ni dah la cpt sgt menyumbangkan air mata. so aku nampak je moment tu trus aku segera blah sampai aku lupa salam tuan2 rumah.. adesss... hehehehe..sorry pakcik.

p/s:- sekali sekala travel ngan family mmg best

4 comments:

Shamsuddin Amin said...

Dush... Rindu kg halaman kat Sabah...^^

Lilyel said...

Salam.
Saya tengah buat survey pasal blogging untuk thesis saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much 

https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

Salam,
Lily

hawiz said...

mana pic baby tu?..xde ker??hihi

eddy syrol said...

alamak, pic baby takde la hawis.. akak ada r amik... hp time ni masing tingtong