edDy sYrOl

Saturday, February 26, 2011

cita-cita dan anak baik

hari ini , petang ni one of my friend sepatutnya dah fly ke universiti di atas.. best kan dia... dapat tajaan lagi for 2 years pengajian kat sana. tajaan dr *&$*&^$ . mmg tajaan yang bukan alang-alang lah. aku tumpang gembira lah bila dia cakap mmg cita2 dia tahun ni nak sambung study sarjana (master). aku ada cakap dengan dia kata belajar elok-elok bila dah sampai sana (rasa cam bapa2 lak aku..hehehehe). dia ckp flight dia dr malaysia akan transit jap dkt singapore n after that fly to adelaide, australia. mesti best an dpt g sana.. tahniah buat ko bro. moga dapat mengejar cita2 kau dengan penuh kejayaan, dan balik nanti ko jadi someone yang boleh di banggakan oleh ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara.



just now, dalam pukul 10.30pm, aku dapat sms dari member aku tu. dia sms aku guna number yang dia biasa guna. agak pelik, takkan still kat malaysia. ke dkt singapore? bila aku selidik, dia ckp dia still kat rumah. dia cakap last minute mak ayah dia tak bagi dia pergi. actually mak ayah dia duduk luar negara sebagai diplomat.

so nak di jadikan cerita, mak ayah dia tak bagi pergi di saat akhir. flight member aku sepatutnya hari ini (26.feb.2011,sabtu petang). mak ayah dia cancel-kan pagi tadi. sedih la...sedih kan..
aku dapat rasakan tamparan hebat tu dalam diri dia. ye lah, mak ayah tak bagi.sebelum ni bagi. bila aku tanya atas alasan apa mak ayah dia tetibe tak bagi, dia tak jawab. maybe adalah sebab-sebab tertentu kan. dia siap cakap lagi dia tetap nak sambung study tahun ini. aku dapat rasakan keinginan dia yang berkobar-kobar nak sambung study tu, tapi dalam masa yang sama taknak mengingkari perintah ibu dan ayah dia. yew lah, as a muslim, kita memang kena patuh pada ibu bapa kita kan. aku rasa itulah yang diikuti oleh member aku ni. dalam mahu mengejar cita-cita, dia juga perlu mengejar redha Allah swt melalui ketaatan pd ibu bapa.

takpe lah bro, kalau bukan kali ini, mungkin ada lagi rezki lain yang lebih baik Allah akan bagi buat kau. bukankah setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya. aku yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dgn kau. banyakkan berdoa semoga dengan terkandasnya cita-cita kali ini akan digantikan dengan perkara yang seribu kali lebih baik di masa hadapan.

p/s :- teringin gak nak dapat tajaan study :)

Thursday, February 24, 2011

tak puas hati???!


pagi ini nak bercerita sikit la apa yang telah berlaku semalam. satu perkara yang bagi aku biasa berlaku di alam ini.... nak di jadikan cerita, aku post entry link pasal promosi group KAKI BLOGGER dekat facebook yang baru ditubuhkan beberapa hari lepas.

group ini merupakan salah satu group yang boleh di jejak utk menjadi tempat lepak dlm laman sesawang bagi para blogger. jadi rentetan daripada link entry aku tu, ada seorang hamba Allah ni rasa tidak senang dengan post aku tersebut. mungkin lebih tepat dbeliau tidak setuju dengan kehadiran banyak blogger group yang dah tumbuh bak cendawan di bumi ini.

antara perkara yang beliau timbulkan ialah isu perpaduan dan malah mengatakan dengan tumbuhnya group para blogger ini akan mewujudkan ruang yang lebih besar untuk menyatupadukan para blogger. memang di akui andai kita berfikir sekali harung, ya! pendapat beliau benar... tapi bila aku fikirkan dua kali ke lapan kali, apa yang Hamba Allah itu katakan agak kurang rasional. rasionalnya di dunia sesawang ini kita perlu berfikiran luas (bukan terbuka). berfikiran luas maknanya membenarkan seberapa banyak ruang untuk para pencinta dunia sesawang (termasuk blogger) untuk mencari jalan mereka untuk mencapai kepuasan dalam bidang ber-blogging ni.

beliau ada mengatakan mungkin terjadinya banyak group adalah disebabkan anak2 muda zaman sekarang mahukan perhatian. aku sangkal sekeras-kerasnya kerana anak-anak muda hanya mahu memberikan pilihan kepada blogger untuk memilih group yang mereka rasa baik untuk menjadi port lepak. lagi pula, setiap dari pada kita memiliki idealism yang berbeza, kenapa kita mahu menghalang idea orang2 yang mahu mewujudkan group mereka sendiri selagi group itu tidak meggangu gugat keamanan agama, bangsa dan negara.

kita harus berfikiran lebih jauh, dan memberikan sedikit ruang di minda bagi menerima perubahan sama ada kita suka atau tidak. dalam dunia blog, tidak ada sebarang paksaan untuk anda menerima malah menolak sesuatu perkara. semuanya terletak di atas pendirian masing-masing. tepuk dada tanya selera..

p/s :- aku cuma suka memeriahkan suasana :-)

Wednesday, February 23, 2011

kami KAKI BLOGGER



aku nak promosi satu lagi group dekat facebook untuk para kaki blog nak lepak di laman sesawang ketika waktu senggang. ni la dia group bernama KAKI BLOGGER....

Group ni di usahakan hasil revolusi naim dan husna [mereka bukan kembar tak sejantina ek] dan mereka adalah admin yang sudi melayan karenah korang sepanjang 24/7 ngeh3x... habis la korang dua nanti...

kaki blogger InsyaAllah akan merancang banya perkara2 menarik untuk semua followernya...

silalah lawati group ini dan like / terjah/ ape2lah lah sebagai tanda sokongan yew... :-)

p/s :- suke lepak sini

alamak nuffnang!!!



waaaaaaaaa... arini baru check nuffnang sebab sok sek sok sek pepagi dengan syakir, tuptup nak tgk lak koleksi BE aku...waaaaaaaaaaaaaaaa..bestnyer jumlah.... banyak gaks la....

pelik:-

1. entry tak la kerap sangat..
2. kalau ada entry pun mana ada yang gempak2


maybe sebab aku selalu BW kot, sbb bila aku BW pun aku akan click2 je nuff org lain..hehehe... (statement takde kaitan dgn BE sendiri :p hehehehe).

maybe semua ni bergantung dengan apa yang kita buat dengan org kot..kot la.. kita click org nyer, org pun mesti akan click kitenyer walaupun kite tak bgtau drg kite click drg nyer... (ok..aku pening dgn ayat aku)...


p/s :- selamat berblog

wireless mouse


bagi sesiapa yang memang tak menyukai ekor tikus (wayar la maksud aku) wireless mouse ni memang pilihan terbaik lah untuk korang (dan aku juga). sebab leceh juga kan kalau nak pakai mouse ni.

lagi pula untuk mereka2 yang memang buat keje melukis plan elektronik 9betul ke ayat aku?) memang sesuai la guna mouse, so mouse yang tak menggunakan wayar ni adalah pilihan yang bijak sebab lebih mobile.


mcm abg aku, dia nak tgk movie kat internet toksah la nak duduk sbb limitasi wayar. dia just baring2 dlm jarak 3 ke 4 meter pun leh tengok movie dari youtube tu ikut suke ati dia. best kan tikus takde wayar ni..



cuma kelemahan dia yang guna betri arr kan... habis betri kene r beli baru. so kalau bagus beli yang boleh cas betri trus, so korang senang la nanti. atau beli je pengecas betri (khusus utk betri mouse ni), so korang takde la maslah kehabisan betri nanti..

p/s:- semakin lama makin hebat la teknologi

"GiveAway EdY : KATA KAU!"



terpanggil nak join GA ini sbb member cool aku yg invite Danidel adie

so sesape nak join tlg2 la klick banner kat atas tuh...

below is my fev picture... sebab ape aku suke? sebabbbb....


"Haruman Aqua Di Gio impian terbaik sang mantan"


so aku nak tag beberapa member :- naim kura
husna

selamat men-joinkan diri :-)

aku sedia syahid - Gaddafi

TRIPOLI 22 Feb. - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi hari ini dalam sebuah ucapan menerusi stesen televisyen rasmi berikrar untuk mati sebagai seorang syahid biarpun pasukan tentera yang telah memberontak menyatakan bahawa bahagian timur Libya tidak lagi berada di bawah penguasaannya.

"Saya tidak akan berundur dari tanah ini dan akan mati sebagai seorang syahid.

"Saya tetap tidak akan tunduk kepada desakan itu," kata Gaddafi dalam ucapannya.

Sebelum ini, saksi yang berada di sepanjang sempadan Libya dan Mesir berkata, Gaddafi menggunakan kereta kebal, pesawat perang dan askar upahan dalam usaha untuk mengekang pemberontakan yang semakin bertambah buruk.

Di timur bandar raya Tobruk pula, wartawan Reuters yang berada di sana berkata, letupan sekali-sekala boleh kedengaran di kawasan itu yang disifatkan sebagai petunjuk terbaru bahawa penguasaan Gaddafi ke atas negara pengeksport minyak dan gas itu kian lemah.

"Kesemua kawasan di selatan negara ini kini tidak lagi berada di bawah penguasaan Gaddafi. Orang ramai dan tentera kini berganding bahu di sini," kata seorang bekas mejar tentera.

Terdahulu, Gaddafi menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau telah melarikan diri ke Venezuela.

Gaddafi tampil ketika protes merebak ke Tripoli, apabila semakin ramai penyokong setia rejim meletakkan jawatan dan juruterbang jet pejuang berpaling tadah selepas diarah melepaskan.

"Saya akan menemui belia di Dataran Hijau semata-mata untuk membukti kan saya berada di Tripoli dan bukan di Venezuela dan untuk menafikan laporan televisyen anjing-anjing itu," katanya sambil memegang payung dalam hujan lebat sebelum melangkah ke keretanya. - REUTERS/AFP


sumber utusan online

ahh?!! khalwat?!!

PULAU PINANG 22 Feb. - Keputusan berhubung permohonan supaya perbicaraan kes khalwat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah akan diketahui pada 22 Mac ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya bagi membolehkan Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Zulkhairi Aziz meneliti bantahan bertulis yang dikemukakan oleh peguam syarie Ahmad Munawir Abd. Aziz.

Dalam prosiding pada 31 Januari lalu, Mohd. Zulkhairi memohon supaya perbicaraan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah atas alasan ia membabitkan pegawai kanan dalam perkhidmatan kehakiman.

Selain itu menurut beliau, pelbagai isu perundangan luar biasa yang memerlukan penafsiran undang-undang lebih mendalam akan dibangkitkan sepanjang perbicaraan.

Namun menurut Ahmad Munawir, kes itu sepatutnya kekal dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah kerana ia melibatkan pertuduhan khalwat biasa di bawah Seksyen 27 (a) dan 27 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Adam, 43, didakwa berkhalwat bersama pasangannya, Nurul Izani Md. Isa, 34, yang bertugas sebagai penasihat kewangan di Kuala Lumpur.

Mengikut pertuduhan, Adam dan Nurul Izani yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 2.05 pagi, 5 Disember tahun lalu, di No. 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri di sini.

Adam yang memakai kemeja dan berseluar hitam serta Izani yang memakai baju kurung hitam serta bertudung merah jambu kelihatan tenang sepanjang perbicaraan dan tersenyum kepada petugas media yang menanti di mahkamah sejak pagi.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan Munawir supaya kedua-dua anak guamnya dikecualikan daripada menghadiri prosiding pada 22 Mac ini kerana faktor jarak dan masa ekoran Adam kini bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah di Putrajaya.

sumber utusan online

azizulhasni dah keluar hospital

ibu azizul


SELAMIAH Yong - ibu kepada jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang lega kerana pembedahan mengeluarkan serpihan kayu daripada kaki anaknya berjaya dan sudah dibenarkan keluar hospital dan pulang ke Melbourne.

Ibu berusia 47 tahun itu berkata, dia menerima berita itu melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar Azizulhasni pada jam 1.30 petang semalam yang memberitahu dia selamat dan sedang menunggu penerbangan dari Dubai ke Melbourne.
“Jijoe (Azizulhasni) memberitahu kakinya masih sakit tetapi minta kami sekeluarga tidak bimbang keadaannya. “Kami bangga dengan Jijoe yang tetap meneruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat sedangkan kakinya ketika itu masih tertusuk serpihan kayu itu. Dia tidak menyerah kalah demi negara,” katanya ditemui di rumahnya di Jalan Teratai, Dungun, semalam.

Selamiah berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 11 malam daripada seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan insiden itu dan sepanjang malam itu dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan nasib anaknya.

“Saya terasa ngeri melihat serpihan kayu itu dan tidak putus berdoa agar kecederaan itu tidak parah serta boleh membawa kecederaan yang serius sehingga dia tidak dapat berlumba lagi,” katanya.

Betis kiri Azizulhasni tertusuk serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter ketika dia menyertai acara keirin Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester, Sabtu lalu.
Mengenai rancangan masa depan, Selamiah berkata, selepas majlis perkahwinan Azizulhasni di Perak pada 2 April nanti, dia bersama anak dan menantu akan ke Makkah untuk menunaikan umrah

sumber berita harian

petrol lagi petrol lagi

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji beberapa opsyen bagi menstabilkan harga minyak untuk mengelakkan kenaikan harga dalam tempoh terdekat supaya tidak membebankan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mencari penyelesaian terbaik.
“Walaupun harga minyak dunia semakin melambung, setakat ini harganya tidak dinaikkan. Kerajaan sedang mengkaji beberapa opsyen kerana untuk menjimatkan belanja subsidi bukan setakat menaikkan harga minyak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) di Pusat Harta Intelek di sini, semalam.
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji beberapa opsyen bagi menstabilkan harga minyak untuk mengelakkan kenaikan harga dalam tempoh terdekat supaya tidak membebankan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mencari penyelesaian terbaik.
“Walaupun harga minyak dunia semakin melambung, setakat ini harganya tidak dinaikkan. Kerajaan sedang mengkaji beberapa opsyen kerana untuk menjimatkan belanja subsidi bukan setakat menaikkan harga minyak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) di Pusat Harta Intelek di sini, semalam.
Kelmarin, harga minyak dunia melonjak hampir ke paras AS$88 setong di pasaran Asia ketika kebimbangan pelabur berhubung ketegangan di Libya yang diramal akan menjejaskan pengeluaran bekalan negara Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC).

Penanda aras kontrak penghantaran minyak mentah bulan Mac di New York Merchantile Exchange, meningkat AS$1.67 kepada AS$87.87 setong pada lewat petang kelmarin dalam dagangan pasaran elektronik Asia. Ia mencatatkan penurunan 16 sen kepada AS$86.20 pada Jumaat lalu.

Di London, minyak mentah Brent bagi penghantaran April di ICE Futures Exchange pula meningkat AS$1.78 kepada AS$104.30 setong.

Ismail Sabri berkata, pada masa ini, kerajaan mengambil pendekatan melihat secara keseluruhan situasi yang berlaku dan tidak sekadar menaikkan harga petrol berikutan tindakan itu tidak menyumbang kepada pengurangan belanja kerajaan dalam pemberian subsidi.
“Kesan kenaikan di negara ini masih belum terlalu berat kerana kerajaan masih beri subsidi dan sekiranya harga minyak terus naik, kerajaan dijangka menanggung subsidi sehingga RM14 bilion,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, projek ATOM sebagai usaha untuk memodenkan dan mentransformasikan sektor industri perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan automotif yang kini tidak tersusun.

Beliau berkata, kerajaan mensasarkan sebanyak 300 bengkel automotif di seluruh negara bakal mendapat manfaat daripada projek terbabit yang dijadualkan bermula April ini sebaik modul yang disediakan kementerian siap.

“Melalui projek ini, pengusaha bengkel automotif akan mendapat pelbagai bantuan antaranya pinjaman kewangan, khidmat nasihat, penyediaan cadangan naik taraf, latihan kemahiran dan keusahawanan,” katanya.

Katanya, antara persatuan yang akan menjadi konsultan bagi pelaksanaan projek ATOM itu termasuk Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Persekutuan Persatuan Pemilik Bengkel Kereta Malaysia (FAWOAM) dan Persatuan Pengusaha Industri Bengkel Malaysia (PPIBM).

sumber berita harian

isteri tetak suami

IPOH: Seorang Juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) bukan saja parah ditetak dengan pisau pemotong sayur oleh isterinya yang dipercayai akibat cemburu buta tetapi dikurung di dalam rumah supaya mangsa tidak boleh mendapatkan rawatan dan meminta bantuan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam di rumah mereka di Taman Pinji Ria, Pengkalan, di sini, Jumaat lalu, mangsa dikatakan cuba ditetak di lehernya tetapi berjaya dihalang menggunakan tangan kiri menyebabkan otot tangannya itu putus hingga tiga jarinya tidak dapat digerakkan selain menerima 15 jahitan.
Tidak cukup dengan itu, suami berusia 30 tahun itu didakwa turut menerima ugutan bunuh daripada isterinya yang berusia 24 tahun ketika sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), keesokan harinya.
Mangsa yang baru keluar dari wad kelmarin dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh petang semalam, mendakwa kejadian berlaku selepas isterinya menyatakan tidak mempercayai beliau selepas mendengar cerita dari sepupunya bahawa mangsa seorang kaki perempuan dan pernah membawa balik wanita ke rumah sebelum mereka berkahwin kira-kira setahun lalu.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa menelefon sepupunya yang kemudian menafikan ada memberitahu isterinya mengenai cerita berkenaan menyebabkan isterinya tidak berpuas hati dan terus ke dapur mengambil pisau.

“Saya hanya terdiam dan ketawa kerana memikirkan isteri saya hanya bergurau tetapi tekaan saya salah dan ayat terakhir daripadanya sebelum menetak saya ialah `abang sudah melampau', " katanya dalam laporan itu.

Mangsa berkata, beliau diselamatkan oleh polis yang membawanya ke HRPB selepas berjaya membuat panggilan ke nombor 999 tetapi tidak faham kenapa polis tidak menahan isterinya ketika itu.
Sementara itu, mangsa yang ditemui mendakwa, isterinya seorang panas baran dan cemburu buta sepanjang perkahwinan mereka menyebabkan banyak berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Walaupun sering bergaduh, saya masih sayangkan dia dan sentiasa berdoa sikapnya berubah. Memang sebelum ini saya dimaki hamun dan disepak terajang tetapi ia tidak pernah mengurangkan rasa kasih saya terhadapnya.
Mangsa yang baru keluar dari wad kelmarin dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh petang semalam, mendakwa kejadian berlaku selepas isterinya menyatakan tidak mempercayai beliau selepas mendengar cerita dari sepupunya bahawa mangsa seorang kaki perempuan dan pernah membawa balik wanita ke rumah sebelum mereka berkahwin kira-kira setahun lalu.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa menelefon sepupunya yang kemudian menafikan ada memberitahu isterinya mengenai cerita berkenaan menyebabkan isterinya tidak berpuas hati dan terus ke dapur mengambil pisau.

“Saya hanya terdiam dan ketawa kerana memikirkan isteri saya hanya bergurau tetapi tekaan saya salah dan ayat terakhir daripadanya sebelum menetak saya ialah `abang sudah melampau', " katanya dalam laporan itu.

Mangsa berkata, beliau diselamatkan oleh polis yang membawanya ke HRPB selepas berjaya membuat panggilan ke nombor 999 tetapi tidak faham kenapa polis tidak menahan isterinya ketika itu.
Sementara itu, mangsa yang ditemui mendakwa, isterinya seorang panas baran dan cemburu buta sepanjang perkahwinan mereka menyebabkan banyak berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Walaupun sering bergaduh, saya masih sayangkan dia dan sentiasa berdoa sikapnya berubah. Memang sebelum ini saya dimaki hamun dan disepak terajang tetapi ia tidak pernah mengurangkan rasa kasih saya terhadapnya.

“Saya juga terkilan kerana sepanjang terlantar di HRPB, isteri saya tidak pernah menjenguk saya walaupun dia bertugas di hospital berkenaan," katanya.

Ditanya adakah beliau akan menceraikan isterinya berikutan kejadian itu, mangsa berkata beliau masih sayang dan mahu memberi peluang kepada isterinya untuk berubah walaupun isterinya itu sebelum ini mahu berpisah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, yang mengesahkan laporan itu berkata, isteri mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Putih di sini, selepas kejadian itu.

Berikutan itu, katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.

sumber berita harian

Tuesday, February 22, 2011

tukang rumah pun ambik STPM derrr


KUALA LUMPUR: Kesibukan memenuhi jadual pembelajaran dan aktiviti kokurikulum yang padat tidak melemahkan semangat Syivero Patrick, gigih bekerja sambilan sebagai tukang rumah bagi mengumpul duit membeli keperluan persekolahan dan membayar yuran peperiksaan.
Pengorbanan Syivero untuk meringankan beban ibu bapanya yang menyara hidup dengan bersawah, tidak sia-sia apabila anak kelima daripada tujuh beradik itu dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Luar Bandar dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 yang diumumkan, semalam.

Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu, Sabah, bercita-cita menjadi akauntan atau pendidik mencatat Gred A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta B+ bagi Sejarah.

“Lazimnya saya melakukan kerja sebagai tukang rumah dan membantu ibu bapa bertani ketika hujung minggu atau cuti persekolahan kerana saya berazam bekerja keras bagi mengubah nasib keluarga supaya keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, di sini.


sumber berita harian

safee sali pembunuh



jaguh bola sepak yang telah di angkat sebagai salah seorang wira sukan bola sepak negara ini sudahpun menyatakan perpindahan beliau ke salah satu kelab bola sepak di Indonesia (pelita jaya, beberapa waktu sebelum ini).

NALURI ‘pembunuh’ di depan gawang gol dimiliki Safee Sali menjadi antara faktor utama yang mendorong dan memikat kelab Pelita Jaya untuk mendapatkan khidmat penjaring gol terbanyak Piala Suzuki AFF itu.
“Dia mempunyai naluri yang cukup tajam di depan gol. Kekuatan Safee terletak kepada kedua belah kakinya, selain mempunyai tandukan deras serta tajam,” akui penolong pengurus pasukan, I Made Pasek Wijaya, semalam.

sumber berita harian

Sunday, February 20, 2011

muhasabah ahad


bangun pagi hari ahad ni mesti ada perasaan berbeza dengan bangun pagi di hari-hari lain.. m i right?

bermuhasabah dengan berfikir beberapa perkara. teringat zaman kanak-kanak dulu. zaman yang penuh warna ceria. zaman yang tidak perlu kita berfikir banyak. zaman di mana kita hanya tahu bahawa hidup ini sebenarnya penuh dengan kegembiraan.

di saat zaman kanak-kanak, kita tidak mengenal erti cinta pada seorang insan. yang kita tahu cuma kasih sayang yang erat antara kita dengan keluarga, rakan-rakan, sayang pada guru malah rasa sayang pada sesiapa sahaja. seronok bukan zaman kanak-kanak?

dulu, waktu zaman aku budak-budak ni, dekat hujung sisi depan rumah kami ada satu perigi. bukan perigi buta tau, tapi memang perigi yang berfungsi untuk mandi. so for those yang nak mandi dengan air yang segar berbanding air paip, bolehlah mandi dekat situ. tapi kena timba dulu la air tu. BTW, aku pernah cedera time sedang bermain-main kat situ. sebab tempat mandi yang ada perigi tu cuma dibuat daripada zink. korang tau lah juga kan binaan kampung ni, asal ada. so time aku main-main tu, lengan aku ter scratch. memang dengan tanpa di paksa darah keluar banyak giler. time tu ayah aku datang sedut darah aku tu. waktu tu aku memang tak tahu apsal la kalau luka darah tu kena sedut even sampai sekarang pun aku tak faham gaks. ada sesiapa leh tolong explain? so hasil luka tu aku mendapat satu parut yang nampak dalam 2 ke 3 cm la juga. nak tgk nak tgk tak? hehehehhe... time tu aku tak rasa pun kesakitan itu sesuatu yang cukup memberikan kesakitan sangat, cuma satu pengalaman yang berlalu...

ahh.... zaman kanak-kanak yang kita tahu cuma ke sekolah sebab mak ayah suruh ke sekolah. sampai sekolah kita main lagi. jumpa teman-teman sekolah dan terus main. waktu rehat jd waktu yang paling best untuk berlari-lari. kadang-kadang kita sendiri tak tahu kenapa kita lari. kawan lari, so aku lari jugak!! hehheeheheh... indahnya zaman kanak-kanak..

awake..!! sudah dewasa, persona zaman dewasa pasti ada. cuma dimensi kebahagiaan dan kegembiraan zaman dewasa itu pastinya amat berlainan berbanding zaman kanak-kanak. kita lalui sahaja hidup ini. :-)

p/s :- rindu pada eddy syrol yang kecil

Saturday, February 19, 2011

lavender



siapa antara anda semua suka dengan lavender? korang tau tak lavender ni bukan sekadar wangi tapi memiliki manfaat-manfaat lain.

lavender sebenarnya telah digunakan sejak berkurun lamanya tau. manfaat lavender sebagai bahan yang memberi faedah kepada tubuh badan menyebabkan lavender menjadi antara bahan popular untuk beberapa produk.

ketika ini, lavender boleh kita temui pada produk untuk tubuh serta haruman ruangan / kediaman. kenapa lavender? kerana lavender boleh memerikan kesan relax dan santai kerana wangian lavender umpama aroma terapi yang mampu untuk menenangkan fikiran. bagi mereka yang sedang mengalami stress, ketegangan serta perasaan cemas, anda dinasihatkan untuk menggunakan haruman lavender. InsyaAllah semua ketegangan akan beransur kurang.

sebagai haruman mandian yang cukup mahsyur, korang boleh ambil lavender ni dan campurkan dengan air hangat. selain haruman yang memang hebat, ia juga menyihatkan kulit. korang tau tak, teh herba dengan campuran lavender dapat meredakan sakit kepala, skait sendi dan sakit otot. difahamkan lavender juga dapat mengurangkan kesan alergi, sakit tekak dan masalah kembung.

korang tau tak, kalau nak tidur dengan haruman lavender akan lebih menyebabkan tidur anda lebih lena kerana aroma lavender yang menenangkan. difahamkan kalau ada masalah tidur, bolehlah anda menghidu sedikit aroma lavender ataupun untuk kesan tidur yang baik, semburkan sedikit haruman lavender pada bantal, InsyaAllah tidur anda akan lena :-)

p/s :- aku mat lavender ...hehehehhehe

GIFT TO GIFT


ingin menyertai GA ini sbb salah satu GA yang menawarkan hadiah yang cukup aku suka..jeng3x.. sapa minat sila click banner di atas



judul buku yang berbunyi BUMI CINTA nukilan penulis tersohor HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY.
knp dr.zila kena beli buku ni?

1. buku ni nampak mcm kisah percintaan, tetapi kang abik (nama panggilan penulis) pasti tidak akan mensia-siakan pembaca dengan hanya menulis novel cinta semata-mata.

2. buku ni lari dari latar mesir iaitu mengambil latar tempat bumi Russia :-)

3. novel yang kita tidak rasa seperti membaca novel semata-mata tetapi turut memuatkan unsur pengetahuan yang mampu membuka mata kita.

4. novel yang akan mencerna pemikiran melalui pemahaman yang cukup substentif melalui pembawaan watak utamanya Ayyas.

rasanya empat poin cukup untuk dr.zila mempertimbangkan agar buku ini menjadi koleksi peribadi..

buku yang saya nak sangat miliki buat masa ini ialah buku bertajuk DALAM MIHRAB CINTA juga salah satu lagi karya kang abik.. dengar-dengar latar tempat adalah Malaysia - Indonesia.. mesti sangat menarik.. belum ada budget nak beli..hehehehe...

nak tag :- adie, naim,scha,husna,najwa,adha,hawiz


p/s :- membaca jambatan ilmu

Friday, February 18, 2011

harapan

apa khabar semua.. salam jumaat yg mulia..

manusia setiap hari akan memulakan langkah kaki bagi mencari sesuatu dalam hidup mereka. mereka pasti mengharapkan langkah pertama yang dihayun akan mampu untuk memberikan harapan yang penuh sinar di setiap perjalanan hari tersebut. manusia memang bergerak di muka bumi Allah ini dengan harapan semata-mata. kerana siapa kita untuk tahu apa yang ada di hadapan mereka. malah manusia tidak mampu untuk menjangkakan apa yang akan terjadi pada saat dan detik seterusnya yg dilalui pada sesuatu waktu. kerana itulah di setiap masa dan waktu, kita perlu mengingati SANG PENCIPTA yang MAHA MEMBERI. agar biar apa pun yang terjadi, kita akan berada dalam keaddan selalu mengingati Allah. satu perkara mudah tapi bukan senang utk manusia laksanakan. betul tidak?


p/s :- aku juga sedang melangkah dan mengharapkan sesuatu

pentingnya solat


Firman Allah swt : Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minun 9,10,11)

Solat itu tiang agama. Penghulu segala amal yang lain. Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya. Jika sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak sanggup duduk boleh secara berbaring. Tak boleh dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum, pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.

Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat & penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dgn syarak. Firman Allah swt :

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yg keji & mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); (Al-'Ankabuut 45)

Sabda Nabi saw : Tonggak urusan (agama) adalah Islam, dan tiang utamanya adalah sembahyang, sedangkan puncaknya adalah jihad pada jalan Allah.

Firman Allah swt : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. (Taha 132)

Sabda Nabi saw : Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila sudah sampai umurnya tujuh tahun, dan pukullah jika sudah memasuki 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur diantara mereka. (HR Abu Daud)

Sama-sama kita melaksanakannya dengan penuh kesempurnaan, ingatkan diri, keluarga, sanak saudara, teman-teman akan betapa pentingnya solat. Sentiasalah berdoa memohon hidayah dan rahmat Nya.

" Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

" Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka "

“ Wahai Tuhan kami, tetapkanlah hati kami di jalan agamaMu dan dalam mentaatiMu "

p/s :- kredit utk pemilik post ini sawadhanas

meh

RICHEST person in MALAYSIA


# ROBERT KUOK

Net Worth $12 billion
Age 86
Marital Status Married, 8 children
Source diversified
Biggest dollar gainer, up $3 billion. Stock of most valuable holding, palm oil outfit Wilmar International, run by nephew, rose 46% in past year but dropped more than 10% in the days after net worths were locked in, following allegations in the media that Indonesian subsidiaries were being scrutinized for obtaining fraudulent tax refunds. The company said it was confident that there is no case. Kuok recently sold several assets including sugar businesses, stake in Jerneh Insurance, prime land in Kuala Lumpur. Reportedly spends most of his time in Hong Kong.


Wednesday, February 16, 2011

rahsia rambut


1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut

10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua...jangan marah...gerammmm tak perrrrrrrrrrggg

Baca selanjutnya: KahKahKah

Sepuluh Sebab Cuci Motor Adalah Lebih baik Dari Berkhalwat


1.Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2.Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3.Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4.Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5.Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

6.Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7.Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8.Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9.Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.

10.Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Baca selanjutnya: KahKahKah

peribahasa english

Peribahasa yang di translate bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris

1) frog under coconut shell

2) monkey in the jungle in will milk, child at home died of starvation

3) let the child die, please do not custom perish

4) throw stone hide hand

5) already fell in befall ladder

6) harpoon two eyes

7) wife will love live will stay, child will honey will hand hand

8) banana fruit twice

9) sparrow equivalent hornbill which flaying with

10) dog barked hill

Baca selanjutnya: KahKahKah

top 10 languages


10. French Number of speakers: 129 million
Often called the most romantic language in the world, French is spoken in tons of countries, including Belgium, Canada, Rwanda, Cameroon, and Haiti. Oh, and France too. We're actually very lucky that French is so popular, because without it, we might have been stuck with Dutch Toast, Dutch Fries, and Dutch kissing (ew!).
To say "hello" in French, say "Bonjour" (bone-JOOR).

9. Malay (Indonesian) Number of speakers: 159 million
Malay-Indonesian is spoken - surprise - in Malaysia and Indonesia. Actually, we kinda fudged the numbers on this one because there are many dialects of Malay, the most popular of which is Indonesian. But they're all pretty much based on the same root language, which makes it the ninth most-spoken in the world.Indonesia is a fascinating place; a nation made up of over 13,000 islands it is the sixth most populated country in the world. Malaysia borders on two of the larger parts of Indonesia (including the island of Borneo), and is mostly known for its capital city of Kuala Lumpur.
To say "hello" in Indonesian, say "Selamat pagi" (se-LA-maht PA-gee).

8. Portuguese Number of speakers: 191 million
Think of Portuguese as the little language that could. In the 12th Century, Portugal won its independence from Spain and expanded all over the world with the help of its famous explorers like Vasco da Gama and Prince Henry the Navigator. (Good thing Henry became a navigator . . . could you imagine if a guy named "Prince Henry the Navigator" became a florist?) Because Portugal got in so early on the exploring game, the language established itself all over the world, especially in Brazil (where it's the national language), Macau, Angola, Venezuela, and Mozambique.
To say "hello" in Portuguese, say "Bom dia" (bohn DEE-ah).

7. Bengali Number of speakers: 211 million
In Bangladesh, a country of 120+ million people, just about everybody speaks Bengali. And because Bangladesh is virtually surrounded by India (where the population is growing so fast, just breathing the air can get you pregnant), the number of Bengali speakers in the world is much higher than most people would expect.
To say "hello" in Bengali, say "Ei Je" (EYE-jay).

6. Arabic Number of speakers: 246 million
Arabic, one of the world's oldest languages, is spoken in the Middle East, with speakers found in countries such as Saudi Arabia, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan, Lebanon, and Egypt. Furthermore, because Arabic is the language of the Koran, millions of Moslems in other countries speak Arabic as well. So many people have a working knowledge of Arabic, in fact, that in 1974 it was made the sixth official language of the United Nations.
To say "hello" in Arabic, say "Al salaam a'alaykum"

5. Russian Number of speakers: 277 million
Mikhail Gorbachev, Boris Yeltsin, and Yakov Smirnoff are among the millions of Russian speakers out there. Sure, we used to think of them as our Commie enemies. Now we think of them as our Commie friends. One of the six languages in the UN, Russian is spoken not only in the Mother Country, but also in Belarus, Kazakhstan, and the U.S. (to name just a few places).
To say "hello" in Russian, say "Zdravstvuite" (ZDRAST-vet- yah).

4. Spanish Number of speakers: 392 million
Aside from all of those kids who take it in high school, Spanish is spoken in just about every South American and Central American country, not to mention Spain, Cuba, and the U.S. There is a particular interest in Spanish in the U.S., as many English words are borrowed from the language, including: tornado, bonanza, patio, quesadilla, enchilada, and taco grande supreme.
To say "hello" in Spanish, say "Hola" (OH-la).

3. Hindustani Number of speakers: 497 million
Hindustani is the primary language of India's crowded population, and it encompasses a huge number of dialects (of which the most commonly spoken is Hindi). While many predict that the population of India will soon surpass that of China, the prominence of English in India prevents Hindustani from surpassing the most popular language in the world. If you're interested in learning a little Hindi, there's a very easy way: rent an Indian movie. The film industry in India is the most prolific in the world, making thousands of action/romance/ musicals every year.
To say "hello" in Hindustani, say "Namaste" (Nah-MAH-stay).

2. English Number of speakers: 508 million
While English doesn't have the most speakers, it is the official language of more countries than any other language. Its speakers hail from all around the world, including the U.S., Australia, England, Zimbabwe, the Caribbean, Hong Kong, South Africa, and Canada. We'd tell you more about English, but you probably feel pretty comfortable with the language already. Let's just move on to the most popular language in the world.
To say "hello" in English, say "What's up, freak?" (watz-UP-freek).

1. Mandarin Number of speakers: 1 billion+
Surprise, surprise, the most widely spoken language on the planet is based in the most populated country on the planet, China. Beating second-place English by a 2 to 1 ratio, but don't let that lull you into thinking that Mandarin is easy to learn. Speaking Mandarin can be really tough, because each word can be pronounced in four ways (or "tones"), and a beginner will invariably have trouble distinguishing one tone from another. But if over a billion people could do it, so could you. Try saying hello!
To say "hello" in Mandarin, say "Ni hao" (Nee HaOW). ("Hao" is pronounced as one syllable, but the tone requires that you let your voice drop midway, and then raise it again at the end.)

Baca selanjutnya: KahKahKah

pagi rabu

secara jujurnya aku tak tahu knp aku sgt suke hari rabu. sejak zaman sekolah ke zaman U sampai skrg bagi aku hari rabu adalah hari yang best. tapi sampai sekarang aku tak tahu knp hari rabu best.. aku dpt rasakan feeling yang berbeza lah di hari rabu... tu je...


p/s :- selamat memulakan pekerjaan semua :-)

Tuesday, February 15, 2011

BLOGGER MALAYA


hai semua... aku nak introduce korang kepada satu lagi group blogger yang agak cukup aktif di abad ini.. BLOGGER MALAYA AUMMM!!.

for those yg berminat silalah click banner atau link kat atas td k... kita boleh berforum kat FB dan sama2 bg wider lagi dunia blog ni..

p/s :- we love our blog :-)

terima kasih ADY BUDIKA



ni dia kiriman dari ADY BUDIKA... mekaseh ye bebanyak... mr. froggie dan yang memberi sokongan dan dorongan pada saya.. (ceh...cam aku menang anugerah lak...wakakakakaka)

p/s :- happy day

Monday, February 14, 2011

Shila & Ayu - Memori Tercipta Music Video



lagu satu lagu yang aku nak kongsi dengan semua blogger.. BTW, lagu yang aku suka la kanz.. :P

lagu ni best sebab ekceli ni lagu lama tapi kolaborasi terkini dari Shiela dan AYU.. dua2 merupakan pemilik vocal yang hebat + tersendiri (eh..ye ke..ye kot)... korang enjoy la k.. buat sahabat2 aku :)

Jaclyn Ning Shila - Beribu Sesalan (3 Suara)



lagu yang cukup best dari paduan 3 suara yang memang superb... BTW, lagu ni yang paling syahdu antara yang lain2... enjoy untuk semua rakan2 blogger...

special dedication to KYOO REZA, DANIEL ADIE, BUTANG MIEDY, EDDY ZAHIDY, ABIRAH, and HAWIZ

akhirnya twitter



akhirnya aku telah membuat juga account twitter setelah aku di tag oleh blogger KYOO REZA untuk join satu contest ni yang ada kaitan dgn twitter. for sure aku tak reti sgt nak guna twitter ni. nak link pada FB n nak link pada blog pun aku tak reti.. tgh dlm proses blajar r ni kan... BTW, buat ni sbb nak join contest tu je la... hehehehe....

sape2 yang sudi nak follow eddy kat twitter, leh la kite twit twit

contest ADA APA DENGAN CINTA


sape nak join boleh click banner :-)


tuan penganjur boleh click kat pic utk tumbesaran k... aku tak reti nak bg pic ni besar, sumpah tak reti :-)


nak tag :- adie
hawiz
asrul
cahaya
kerol's

Contest Senyum Paling Ceria

cool... awal2 pagi ni aku join lagi satu contest derr... sapa minat leh click banner di atas ok :-)




gambar kat atas ni la aku pertaruhkan.. kiteorg semua senyum sampai ada yang senyum dlm pejam (kiri atas).kiteorg smile sakan ni sbb ni first time kiteorg as bestfriend time form six dulu keluar bersama (time ni KEMBARA AMAL SABAH).pic ni tak salah time 2004/2005,zaman kegemilangan remaja :-)

tag :- kyoo reza
adie
hawiz

Sunday, February 13, 2011

review blog pilihan



baik, kali ini segmen untuk blog review aku nak korang semsama tengok this blog. one of my fev blog kalau nak blogwalking. blog ni dimiliki oleh incik KYOO REZA ada beberapa sebab aku suke blog ni.

1. aku suke lagu2 yang mengiringi blog ni.. asal aku buka mesti ada lagu baru yang mmg best utk di dengar sambil berjalan2 dalam dunia blog ni.

2. aku suke sebab pemilik blog ni ada koleksi pics yang amat amat amat lawa. leh tak kau edit pic aku sekali.. heheheh... memang cantik gambar2 yang di-attached... superb punye lah.. kalau nak banding dgn pics aku, hampeh la kan... hehehehe

3. suka buat entry pasal fashion untuk para jejaka.. aku masih ingat tentang entry rambut palsu lelaki. hehehe.. kyoo, i baru je tahu yang rambut palsu ada gaks utk lelaki.. ngeh3x... info baru UNTUK AKU yang serba serbi tak tahu.

4. pencinta alam... yess.. we love green.. m i right kyoo? :P

P/S :- LAGU DIA TIME NI BEST... sila dengar ya...

adakah mereka pemalas?


apa pendapat korg tentang mereka2 yg suka mengadu nasib dengan membeli nombor 4 angka (atau nombor ekor)?

tak terfikir ke drg yang smua itu tidak menuntut usaha langsung untuk memperolehi kejayaan. dan walaupun mereka yang berkecimpung di arena ini akan berkata yang mereka berfikir juga untuk memilih nombor yang perlu di beli, tapi usaha yang sebegitu dianggap berbaloi. kita akui nak beli nombor tu murah je kan (Kalau aku tak salah la sbb tak pernah beli dan tak pernah nak ambil tahu), tp bukankah nilai wang sedikit itu lebih baik jika disimpan untuk perkara2 yang berfaedah. BTW, sikit2 lala2 jd bukit. i believe org2 yang berkecimpung dlm arena nombor ekor ni tak pernah nak terfikir langsung ttg ini...

tapi biarlah mereka terjun dengan angan2 mereka. lagipun ini hak masing2 kan.. aku tidak bercakap pada mana2 pihak mahupun individu. kita sama2 lah fikirkan yang baik dan yang bururk, yang halal dan yang haram, yang berfaedah dan yang sia2..

p/s :- memang lemah matematik.. eh eh, apa kaitan...huhuhuhu

penat bercontest dan berGA

adeh...sakitnya mata dan jemari ni dr tadi asik join contest je... banyak giler...contest dan GA..rajin kan diri ku...besa weekend merupakan hari tak buat ape2, so join la ap2 contest ke GA ke yang telah dianjurkan..best siot...

semuanya dilakukan atas dasar suke2, dapat tak dpt asal kita meriah lah semua... kan...

esok maulud nabi, sama2 kita sambut dengan penuh amal soleh mengingati junjungan besar.... ingat trus zaman kecik2 time maulud nabi ni..ahaks..besty giler..

p/s :- korang cuti ke esok?

Tupperware with Love, 1st Giveaway'



dengan semudah kiraan 1,2,3 anda boleh join GA ni... click pada banner yew..


baik lah, beta nak tag :- asrul
adie
hawiz

AWOKPENYU.KIDZ GIVEAWAY

sila klik banner utk join

dek kerana kecomelan banner di atas, aku pun join lagi satu GA...

sape nak join leh baca detail ni okey :-)

syarat-syarat penyertaan: MUDAH SAHAJA!
1. Letak banner kt sidebar blog anda dan link kn ke post ni
2. Sila klik button "Like" pada ruangan awokpenyu.kidz on facebook (di sebelah kiri atas blog ini)-ini adalah syarat wajib.
3. Buat satu entry khas mengenai giveaway ini
4. Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entry ini beserta ID FB anda (maksudnyer dkt pihak penganjur lah yew)

HADIAH YG MENANTI PEMENANG BERTUAH ADALAH SEMESTINYA BARANGAN DARI KEDAI KAMI! semakin ramai peserta, semakin byk hadiah yg akan ditawarkan..

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 February 2011 (birthday mama aiman)
Selamat bergiveaway semua!!

senyum tak nampak gigi






above are how i smile tak nampak gigi... nampak mcm senyum tak?

tag :- eddy
ray
adie
asrul
el

sila CLICK SINI kalau nak join

CONTEST gambar muka sedih paling menarik


sapa nak join leh click banner di atas :-)



percaya tak ekpresi ini merupakan kesedihan?

jangan bersedih
jangan tunjuk pada meraka apa kau rasa
senyumlah atas kesedihan mu
mereka takkan faham

jangan bersedih
esok janjikan kebahagiaan utk mu
andai esok kau makin bersedih, bagaimana hari2 mu
jadilah sang mantan yang tegar melalui kesedihan

jangan bersedih
air mata itu sangat bermakna
alirkan pada rintihan untuk meminta pada-Nya
kau pasti akan gembira nanti
kau yakinilah diri mu

jangan bersedih


nak tag :- asrul
arelong
ray

CONTEST AKU DAN KERETA..

barang siapa berminat nak join, sila click banner di atas :-)


pihak penganjur, gambar di bawah bolehlah di click untuk membantu tumbesarannya...


saya ingin menjual serangkap pantun.. hadiah utk puan penganjur dan sang mantan si suami tercinta..jeng3x :-


Masak kari simpanlah santan
Untuk santapan dihari bahagia
Doa kami pada kalian
Moga kekal sampai kesyurga

nak tag :- asrul
arelong
adie

1'ST GIVEAWAY KAMI "MELITA"


barang sape yang nak join, sile lah click pada banner di atas :-)

nak bagi sikit pantun lah buat pasangan ni, beli tau...ngeh3x..

Mari mendayung sampai ke muara
Untuk mencari si bunga teratai
Biar badai datang bergelora
Moga hubungan tiada terlerai

Puisi ditulis saktinya tinta
Sinarnya bahasa umpama berlian
Eratkan hubungan raikan cinta
Moga Rahmat-Nya Iringi kalian

nak tag:- asrul
arelong

Saturday, February 12, 2011

Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest

barang siapa nak join sila click pada banner di atas.

pesanan :- tuan penganjur boleh click pada dua pics di bawah untuk membantu tumbesarannya. segala maklumat yang diperlukan pada contest ini ada pada pics di bawah :-)



p/s :- jom remramai join. :-)