SELAMIAH Yong - ibu kepada jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang lega kerana pembedahan mengeluarkan serpihan kayu daripada kaki anaknya berjaya dan sudah dibenarkan keluar hospital dan pulang ke Melbourne.
Ibu berusia 47 tahun itu berkata, dia menerima berita itu melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar Azizulhasni pada jam 1.30 petang semalam yang memberitahu dia selamat dan sedang menunggu penerbangan dari Dubai ke Melbourne.
Selamiah berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 11 malam daripada seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan insiden itu dan sepanjang malam itu dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan nasib anaknya.
“Saya terasa ngeri melihat serpihan kayu itu dan tidak putus berdoa agar kecederaan itu tidak parah serta boleh membawa kecederaan yang serius sehingga dia tidak dapat berlumba lagi,” katanya.
Betis kiri Azizulhasni tertusuk serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter ketika dia menyertai acara keirin Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester, Sabtu lalu.
Mengenai rancangan masa depan, Selamiah berkata, selepas majlis perkahwinan Azizulhasni di Perak pada 2 April nanti, dia bersama anak dan menantu akan ke Makkah untuk menunaikan umrah
sumber berita harian
No comments:
Post a Comment