edDy sYrOl

Wednesday, February 23, 2011

petrol lagi petrol lagi

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji beberapa opsyen bagi menstabilkan harga minyak untuk mengelakkan kenaikan harga dalam tempoh terdekat supaya tidak membebankan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mencari penyelesaian terbaik.
“Walaupun harga minyak dunia semakin melambung, setakat ini harganya tidak dinaikkan. Kerajaan sedang mengkaji beberapa opsyen kerana untuk menjimatkan belanja subsidi bukan setakat menaikkan harga minyak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) di Pusat Harta Intelek di sini, semalam.

Kelmarin, harga minyak dunia melonjak hampir ke paras AS$88 setong di pasaran Asia ketika kebimbangan pelabur berhubung ketegangan di Libya yang diramal akan menjejaskan pengeluaran bekalan negara Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC).

Penanda aras kontrak penghantaran minyak mentah bulan Mac di New York Merchantile Exchange, meningkat AS$1.67 kepada AS$87.87 setong pada lewat petang kelmarin dalam dagangan pasaran elektronik Asia. Ia mencatatkan penurunan 16 sen kepada AS$86.20 pada Jumaat lalu.

Di London, minyak mentah Brent bagi penghantaran April di ICE Futures Exchange pula meningkat AS$1.78 kepada AS$104.30 setong.

Ismail Sabri berkata, pada masa ini, kerajaan mengambil pendekatan melihat secara keseluruhan situasi yang berlaku dan tidak sekadar menaikkan harga petrol berikutan tindakan itu tidak menyumbang kepada pengurangan belanja kerajaan dalam pemberian subsidi.
“Kesan kenaikan di negara ini masih belum terlalu berat kerana kerajaan masih beri subsidi dan sekiranya harga minyak terus naik, kerajaan dijangka menanggung subsidi sehingga RM14 bilion,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, projek ATOM sebagai usaha untuk memodenkan dan mentransformasikan sektor industri perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan automotif yang kini tidak tersusun.

Beliau berkata, kerajaan mensasarkan sebanyak 300 bengkel automotif di seluruh negara bakal mendapat manfaat daripada projek terbabit yang dijadualkan bermula April ini sebaik modul yang disediakan kementerian siap.

“Melalui projek ini, pengusaha bengkel automotif akan mendapat pelbagai bantuan antaranya pinjaman kewangan, khidmat nasihat, penyediaan cadangan naik taraf, latihan kemahiran dan keusahawanan,” katanya.

Katanya, antara persatuan yang akan menjadi konsultan bagi pelaksanaan projek ATOM itu termasuk Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Persekutuan Persatuan Pemilik Bengkel Kereta Malaysia (FAWOAM) dan Persatuan Pengusaha Industri Bengkel Malaysia (PPIBM).

sumber berita harian

No comments: