edDy sYrOl

Tuesday, March 1, 2011

adik ku dirogol dan adik yang lemas


pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa,sebuah keluarga besar telah pergi berkelah di tepi pantai. keluarga ini boleh di kategorikan sebagai keluarga yang kaya raya lah juga. ada tauke balak, ada tauke minyak, dan macam2 tauke lagi lah ada. namun, perumpamaan ada mengatakan kalau dalam sebuah bakul yang berisi buah2an, tak semua buah2an itu elok. ada juga lah yang buruk kan.

sebenarnya kehidupan keluarga ini mulai goyah semenjak ayah mereka telah dibunuh secara kejam di turki. kehidupan mereka mulai bertelagah sesama sendiri. bagi abang2 yg kaya, mereka melupakan adik2 yang miskin. untuk adik2 yang baru bertatih hendak berdikari, mereka gigih berusaha membantu adik2 yang miskin dengan semampunya sambil menempelak abang2 mereka yang mula lupa diri.

ketika keluarga ini berkelah, seorang daripada adik perempuan mereka telah diculik lalu dicabul dengan kejam. perlakuan keji ini berlaku di hadapan khemah abang2 yang kaya. pencabulan ini dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang sering membuat kacau terhadap kehidupan org lain. adik2 yg lemah dan miskin ini hanya mampu melihat dengan sayu namun para abg yang kaya hanya melihat dengan seronok adik perempuan mereka dicabuli di hadapan khemah mereka sendiri.

akhirnya, disaat adik perempuan yang malang ini diratah dengan penuh nafsu oleh kumpulan pendatang haram yg keji itu, tiba2 salah seoranga adik lelaki mereka telah lemas di tengah lautan ketika sedang berenang menyejukkan badan. salah seorang daripada mereka cuba untuk menyelamatkan si adik, namun dihalang oleh si abang yang kaya atas alasan "marilah bawa berbincang dahulu". jangan terburu-buru, bahaya.!!

maka duduk berbincanglah adik beradik itu sekalian sambil menikmati juadah mewah dan lazat sedangkan pada masa yang sama, adik perempuan mereka terus di rogol dan adik lelaki mereka terkapai-kapai di tengah lautan.

tajuk mesyuarat mereka berbunyi "cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan". begitulah kata-kata abg sulung selaku pengerusi majlis. adik-adik lelaki yang lebih muda nampaknya sangat bersemangat untuk terus sahaja membelasah para pendatang haram yang memperkosa adik perempuan mereka dan tanpa memeikirkan keselamatan mahu menyelamatkan adik lelaki mereka yang lemas. namun dengan tenang si abang berkata

"inilah org muda, suka sangat ikut perasaan. cuba hormat sikit orang tua. kita ambil jalan yang lebih berdiplomasi," begitulah kata si abang yang tua.

akhirnya si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram, dan menyatakan resolusinya.

"resolusi kami begini, tolong jangan rogol adik perempuan kami lagi, kalau nak sangat tubuh adik kami itu pun, cuba hentikan rogol itu dulu. kita buat gencatan nafsu," kata si abang.

maka mereka pun duduk berbincang. sambil berbincang dengan ketua pendatang haram, adik perempuan mereka masih lagi dicabul dengan rakusnya sambil ditonton oleh adik beradik yang lain.

tentang adik lelaki yang lemas di tengah lautan, salah seorang dari mereka cuba untuk mendapatkan bot namun, usahanya gagal kerana bot tersebut telah dibocorkan oleh salah seorang abang demi keselamatan semua.

akhirnya adik beradik yang berdarah muda diketepikan. bagi para abang, adik2 yang berdarah muda hanya merosakkan keadaan sahaja. adik2 yang berdarah muda telah dikenakan tindakan di bawah AKTA IKUT SUKA HATI AKU iaitu dikhatankan buat kali kedua dan adik2 perempuan yang lain ditakut-takutkan akan menjadi habuan para pendatang haram.

keadaan semakin genting. adik beradik tadi melakukan pula mesyuarat tergempar pula. kali ini mereka sepakat melaungkan selogan "mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pendatang asing mencabul adik perempuan kami".!!! "selamatkan adik kami yang kelemasan"!!

tetapi, tindakan mereka hanyalah sekadar memasang banner di sepanjang pantai mengharapkan agar ada orang yang akan membantu mereka. adik perempuan yang malang itu terus di cabul. adik beradik yang lain terus menonton drama cabul mencabul di depan mata mereka. adik lelaki mereka yang tadinya masih kelihatan tanagn yang terkapai-kapai kini kelihatan semakin hilang di telan laut lepas.

lalu mereka terus mengangkat banner yang tadi dengan lebih tinggi lagi. bila menyedari yang banner otu tidak berkesan,mereka bermesyuarat lagi dan membincangkan mengapa banner tersebut boleh gagal. akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membuat banner yang baru. yang lebih cantik. yang lebih besar dan lebih mahal. adik perempuan mereka terus di nodai. adik lelaki terus kelemasan. dan adik2 yang lain masih bermesyuarat untuk menghasilkan wording yang lebih menarik bagi banner yang akan datang.

begitulah kisah keluarga besar di sebuah negara yang terpaksa di rahsiakan.

notes:-

* adik perempuan? = palestin
* adik lelaki? = negara-negara Islam yang semakin tertindas
* abang-abang yang kaya? = negara arab yang kaya
* adik beradik yang berdiam diri? = negara Islam yang membangun/mundur
*adik beradik berdarah muda? = gerakan-gerakan Islam
* meeting? = OIC

6 comments:

husna mukhtar said...

OMG. awat pnjg sgt?

penaberkala said...

pergh, nice writing
analogi yg menjadi
tahniah
isu yg diketengahkan pun agak menarik

Nazrul Ashraff said...

ooooh my..nice!

eddy syrol said...

tengs!! :)

Cik Kiyut said...

mule2 bc aser suspens semacam..last2 lwk plak..haha..tahniah2..follow ur blog..=p

eddy syrol said...

thx nor azizan :)