edDy sYrOl

Saturday, February 26, 2011

cita-cita dan anak baik

hari ini , petang ni one of my friend sepatutnya dah fly ke universiti di atas.. best kan dia... dapat tajaan lagi for 2 years pengajian kat sana. tajaan dr *&$*&^$ . mmg tajaan yang bukan alang-alang lah. aku tumpang gembira lah bila dia cakap mmg cita2 dia tahun ni nak sambung study sarjana (master). aku ada cakap dengan dia kata belajar elok-elok bila dah sampai sana (rasa cam bapa2 lak aku..hehehehe). dia ckp flight dia dr malaysia akan transit jap dkt singapore n after that fly to adelaide, australia. mesti best an dpt g sana.. tahniah buat ko bro. moga dapat mengejar cita2 kau dengan penuh kejayaan, dan balik nanti ko jadi someone yang boleh di banggakan oleh ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara.



just now, dalam pukul 10.30pm, aku dapat sms dari member aku tu. dia sms aku guna number yang dia biasa guna. agak pelik, takkan still kat malaysia. ke dkt singapore? bila aku selidik, dia ckp dia still kat rumah. dia cakap last minute mak ayah dia tak bagi dia pergi. actually mak ayah dia duduk luar negara sebagai diplomat.

so nak di jadikan cerita, mak ayah dia tak bagi pergi di saat akhir. flight member aku sepatutnya hari ini (26.feb.2011,sabtu petang). mak ayah dia cancel-kan pagi tadi. sedih la...sedih kan..
aku dapat rasakan tamparan hebat tu dalam diri dia. ye lah, mak ayah tak bagi.sebelum ni bagi. bila aku tanya atas alasan apa mak ayah dia tetibe tak bagi, dia tak jawab. maybe adalah sebab-sebab tertentu kan. dia siap cakap lagi dia tetap nak sambung study tahun ini. aku dapat rasakan keinginan dia yang berkobar-kobar nak sambung study tu, tapi dalam masa yang sama taknak mengingkari perintah ibu dan ayah dia. yew lah, as a muslim, kita memang kena patuh pada ibu bapa kita kan. aku rasa itulah yang diikuti oleh member aku ni. dalam mahu mengejar cita-cita, dia juga perlu mengejar redha Allah swt melalui ketaatan pd ibu bapa.

takpe lah bro, kalau bukan kali ini, mungkin ada lagi rezki lain yang lebih baik Allah akan bagi buat kau. bukankah setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya. aku yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dgn kau. banyakkan berdoa semoga dengan terkandasnya cita-cita kali ini akan digantikan dengan perkara yang seribu kali lebih baik di masa hadapan.

p/s :- teringin gak nak dapat tajaan study :)

4 comments:

husna mukhtar said...

sobs

Unknown said...

teringat kat all my friends yg study kt oversea.. lebih2 lg yg kat australia!!aku tak kira,habis je korg study sana,bawak balik sekor kanggaru..aku nak bela..

DanieL AdiE said...

Sy nak jadi anak yg soleh,,,

misSbLurRy said...

kawan aku plak br balik dr uni atas tue
pergggg nie nak g tgh thn nie tuk konvo
best2