edDy sYrOl

Thursday, February 24, 2011

tak puas hati???!


pagi ini nak bercerita sikit la apa yang telah berlaku semalam. satu perkara yang bagi aku biasa berlaku di alam ini.... nak di jadikan cerita, aku post entry link pasal promosi group KAKI BLOGGER dekat facebook yang baru ditubuhkan beberapa hari lepas.

group ini merupakan salah satu group yang boleh di jejak utk menjadi tempat lepak dlm laman sesawang bagi para blogger. jadi rentetan daripada link entry aku tu, ada seorang hamba Allah ni rasa tidak senang dengan post aku tersebut. mungkin lebih tepat dbeliau tidak setuju dengan kehadiran banyak blogger group yang dah tumbuh bak cendawan di bumi ini.

antara perkara yang beliau timbulkan ialah isu perpaduan dan malah mengatakan dengan tumbuhnya group para blogger ini akan mewujudkan ruang yang lebih besar untuk menyatupadukan para blogger. memang di akui andai kita berfikir sekali harung, ya! pendapat beliau benar... tapi bila aku fikirkan dua kali ke lapan kali, apa yang Hamba Allah itu katakan agak kurang rasional. rasionalnya di dunia sesawang ini kita perlu berfikiran luas (bukan terbuka). berfikiran luas maknanya membenarkan seberapa banyak ruang untuk para pencinta dunia sesawang (termasuk blogger) untuk mencari jalan mereka untuk mencapai kepuasan dalam bidang ber-blogging ni.

beliau ada mengatakan mungkin terjadinya banyak group adalah disebabkan anak2 muda zaman sekarang mahukan perhatian. aku sangkal sekeras-kerasnya kerana anak-anak muda hanya mahu memberikan pilihan kepada blogger untuk memilih group yang mereka rasa baik untuk menjadi port lepak. lagi pula, setiap dari pada kita memiliki idealism yang berbeza, kenapa kita mahu menghalang idea orang2 yang mahu mewujudkan group mereka sendiri selagi group itu tidak meggangu gugat keamanan agama, bangsa dan negara.

kita harus berfikiran lebih jauh, dan memberikan sedikit ruang di minda bagi menerima perubahan sama ada kita suka atau tidak. dalam dunia blog, tidak ada sebarang paksaan untuk anda menerima malah menolak sesuatu perkara. semuanya terletak di atas pendirian masing-masing. tepuk dada tanya selera..

p/s :- aku cuma suka memeriahkan suasana :-)

2 comments:

Faizal Sulaiman said...

makin meriah dunia blog skunk ni.

apa2 pun dengan adanya network mcm ni, ia menambah kenalan selain share ideas:)

husna mukhtar said...

ganaih gilo pokcik ni =.='