edDy sYrOl

Showing posts with label ilmu dan amal. Show all posts
Showing posts with label ilmu dan amal. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Perumpamaan

Hidup itu terlalu banyak perumpamaannya. Ada yang mengaitkan dengan roda, ada juga yang mengaitkan dengan layang-layang. Semua perumpamaan ini mahu membantu kita untuk sedar akan beratnya beban hidup. Hidup satu bebanan kerana kita sedang memikul seribu satu tanggungjawab. Tanggungjawab manusia pastinya tidak semudah mengunyah kacang yang diambil dari balang. Ada proses yang lebih rumit untuk menuju satu titik kebahagiaan. Kebahagiaan juga bersifat subjektif kerana setiap manusia memiliki pandangan yang berbeza tentang kebahagiaan yang mereka cari walaupun pada dasarnya matlamat kita semua adalah satu. 

Bercuti tanpa melakukan apa-apa merupakan hari yang sangat membosankan. Doing nothing is feel like i am not really exist in this world. Agak melampau tetapi pokcik pernah terbaca ada tiga perkara yang boleh membuatkan kita bahagia.

1. Mencintai dan dicintai.
2. Mempunyai cita-cita.
3. Melakukan sesuatu pekerjaan.

Nah! Point ketiga itulah yang membuatkan pokcik sedikit kebosanan hari ini. Mungkin hari ini meruapakan hari bermalasan untuk pokcik. In Shaa Allah i am not going to do this again. Bermalasan seharian membuatkan pokcik rasa sedikit tepu di bahagian otak. Kurang befikir dan kurang bergerak. For those yang bekerja / telah melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat pada hari ini, anda telah menjadi orang yang berjaya. 

Musim durian sudah semakin reda. Jumlah durian yang dijual di pasaran juga semakin sedikit dengan harga yang sedikit lebih mahal dari sebelumnya. Namun, musim rambutan dan langsat pula telah berganti. Hujung tahun merupakan satu pesta untuk kita. Banyak pesta yang terjadi tetapi janganlah kita leka dengan pesta. Hidup kita ada prioritinya. lakukan yang penting dan nikmatilah peluang hidup. 

p/s: I need a vacation. 

Thursday, January 30, 2014

Pagi 30 Januari yang dingin


Assalamualaikum dan selamat pagi....

Lama tak menjenguk blog pokcik ni, rasa bersawang pula kan (analogi blogger yang agak klise). Macam mana suasana di tempat anda semua? mungkin keadaan sedekit terkejut dan terkenan dengan situasi kedinginan di Malaysia sudah semakin reda. Ya lah, pokcik baca di status FB, Wechat malahan di blog-blog mana pun bercerita dengan keluh kesah malah kebimbangan akan situasi dingin mencengkam jiwa yang berlaku secara tetiber je.... Apa lagi hujan salji katanya di Indonesia. Frankly speak, pokcik tatau pun ada hujan salji kat negara jiran sampaikan pokcik google, tak dapat imej yang sahih. Kesian pokcik kan. Apa lagi share lahhhhhhhhhhhhhhh...... 



Apa pun yang berlaku, panas kah, dinginkah, hujankah, kemaraukah, waimah salji pun yang turun, kita tetap masih perlu bersyukur. Selama mana kita masih dipelihara dengan baik oleh Sang Pencipta, maka kita perlu bersyukur. Antara perkara yang menyebabkan kita bimbang dengan situasi yang tidak lazim kita hadapi ialah, kita lupa untuk bersyukur. 

Sebenarnya hari ini hujan, gerimis sedikit di tanah sini. Gerimis ini seolah-olah mendendangkan jiwa rindu dalam diri aku (melankolis tak? ahak ahak ahak). 

p/s: jiwa yang kuat, akan melahirkan fizikal yang perkasa. 

Thursday, September 26, 2013

Berdoa Ketika Disakiti


Pernahkah anda disakiti? Pasti..!! ataupun mungkin tak pernah rasa disakiti. pokcik ada terbaca something yang sangat menarik ketika pokcik main-main google ni ha.

Kata-kata dari seorang anak muda yang mendengar nasihat ibunya.


gambar hiasan


Ibu pesan: balas setiap orang yang menyakiti kamu dengan doa. 

Doa kita: Ya Allah, semoga orang yang menyakiti ku tidak merasa disakiti, semoga mereka diampuni dan kelak masuk syurga. 


Namun, disebalik kata-kata ini, pokcik rasa nak tergelak juga lah bila ada satu doa yang mirip dengan doa di atas.Katanya "Ya Allah, semoga orang yang menyakiti aku tidak disakiti, diampunkan dosanya dan SEGERA MASUK SYURGA."

Boleh tak anda-anda sekalian dalami maksud doa yang kedua iaitu pada ayat terakhir? hehehehe... maksudnya SEGERA MASUK SYURGA = semoga cepat mati.

Erkkk...!! jangan ikut doa yang kedua ya. Amalkan sahaja doa yang pertama..

p/s: orang yang baik pasti mendoakan yang baik-baik.

Saturday, July 6, 2013

Ramadhan is coming.....!!!!

Assalamualaikum...

Macam masa berlalu terlalu pantas, kan? Bulan Sya'ban dah nak melabuhkan tirai dah ni. Sikit masa lagi kita akan menyambut datangnya bulan Ramadhan. Apa kata dalam hari-hari terakhir ni kita check balik ilmu dan pengetahuan kita tentang bulan Ramadhan, boleh?

found using google search


1. Niat puasa.

2. Syarat-syarat sah puasa.

3. Syarat-syarat wajib puasa.

4. Perkara-perkara yang membatalkan puasa. 

5. Amalan-amalan sunat ketika berpuasa.

Nah..!! zaman serba canggih ni, maklumat semua dihujung jari, tinggal search kaworang semua akan dapat la segala info yang dikehendaki. Selamat berusaha ya sahabat-sahabat.

p/s: kita rindu Ramadhan..dan ia datang lagi... (~_~)

Sunday, May 26, 2013

Kembali..!!!

Assalamualaikum semua....

Wah, pokcik terasa begitu lama tak update entry. Rasa macam pokcik menjauhkan diri dari dunia blog (ayat takley blah). banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa minggu pokcik tak berblogging. Biasalah, manusia bukan, ada perkara yang berlaku tanpa kita sangkakan. Semua itu di luar perancangan  kita sebagai manusia. 

Banyak sudah perkara yang kita lalui sepanjang beberapa putaran masa ke belakang. Kita  telah melalui proses PRU 13. Panas sungguh proses ini. Kemudian kita melalui proses pengumuman kabinet baharu. Banyak perubahan. 

Secara individu, apa yang telah kita lalui? perubahan? atau statik? Kita harapkan perubahan, tetapi perubahan yang positif. Manusia yang berjaya adalah manusia yang ingin berubah daripada yang tidak baik, kepada yang baik. Daripada yang baik, kepada yang lebih baik. Apa lagi yang lebih hebat daripada perubahan yang baik? pasti tidak ada....



Dari mana kita datang,di situlah jua tempat kita dikembalikan.
Kita semua manusia.Kita semua hamba.
Maka bertindaklah sebagaimana layaknya seorang hamba.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
[13:11]

Semoga kata-kita ini dihadam oleh pokcik sendiri.

p/s: rindu semua bloggers

Thursday, February 21, 2013

Takdir Kita



Assalamualaikum.

Yakinlah bahawa hari-hari yang kita lalui merupakan pengalaman yang akan memberi makna dalam hidup kita. Mungkin ada yang akan merasakan dia merupakan manusia paling malang pada hari tersebut, tapi yakinlah malang yang kita rasakan itu sebenarnya akan memberikan pengajaran terbaik pada masa akan datang. Kesempurnaan hidup memang tidak akan kita kecapi, itu mustahil..!! kerana fitrah kita memang tidak sempurna. 

Takdir kita nyata hanya milik Pencipta. Kita telah ditakdirkan untuk menjadi A B C D sama ada ianya sudah ada dalam perancangan kita ataupun masih belum kita rancangkan. Kita cuma perlu berusaha untuk memperolehi sesuatu, maka berusahalah sampai kamu berjaya. 



Takdir kita berbeza, tetapi matlamat kita InsyaAllah sama.

p/s:

Sunday, December 9, 2012

Tiada Pendirian

Manusia yang tiada pendirian lebih teruk dari lalang. Sedangkan lalang biarpun ke kiri dan kanan mengikut tiupan angin, tetapi lalang tetap berdiri di tempatnya. Manusia? 

Manusia yang tiada pendirian mudah untuk dipermainkan. Mereka akan mengikut kata nafsu dan lojik akal orang lain untuk menjalani hidup. Mungkin juga bagi mereka apa yang orang lain katakan adalah yang terbaik untuk kehidupan. 



Pendirian atau prinsip hidup perlu dipegang. Tapi jangan sampai kita memiliki prinsip yang bukan-bukan hingga memudaratkan diri sendiri. Sebagai insan yang sudah akil baligh, sudah dewasa, dan mampu untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara, adalah lebih baik kita membuat penilaian tentang pendirian hidup yang ingin kita pegang. Membaca, bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman, dan rujuk kepada syariat (agama).


p/s: berdoalah semoga kita dijauhkan dari hidup yang tidak membahagiakan kita di akhirat kelak

Thursday, November 22, 2012

Sukar dan Susah

Assalamualaikum
Alhamdulillah kita masih dibenarkan untuk bernafas di muka bumi ini. Nikmat yang selalu kita lupakan padahal nikmat ini cukup besar nilainya. Nikmat yang bukan semua orang pinta secara khusus dalam doa mereka, tapi Allah masih berikan kepada kita. 

gambar hiasan


Sebagai manusia, kita hidup dengan manusia yang lain, malah hidup bersama makhluk lain yang melata di muka bumi ini. Sebagai manusia, kita mahu cuba untuk memberikan yang terbaik kepada yang lain. Kerana manusia-manusia lain yang hidup di sekeliling kita merupakan pelengkap atas hidup seorang individu yang tidak semuanya ada. Namun, dalam kita cuba untuk menjadi pelengkap kepada hidup orang lain, bukan mudah untuk kita memberi kepuasan kepada mereka. Biar siapapun mereka - teman, teman istimewa, keluarga - mungkin atas sebab kita memang bukan hamba yang sempurna untuk melengkapkan hidup manusia / makhluk yang lain. Susah memberikan yang terbaik. Sukar juga menjadikan keadaan berubah lebih baik. 




p/s:  menjadi lebih baik dinilai dari pandangan Allah S.W.T yang kita sendiri tidak tahu adakah ianya berjaya atau tidak, cuma kita boleh rasakan perubahan LEBIH BAIK itu.

Thursday, October 11, 2012

7 Saham Ke Neraka

Neraka? Siapa yang bermimpi nak masuk neraka? Yakin dan percaya memang tak ada satu orang pun yang mahu di humban ke dalam neraka lalu tersiksa di alam kekal sana. Bekalan kita cukup? itu yang sangat kita bimbangkan. 

Di sini, ada 7 senarai yang boleh mengakibatkan kita menduduki neraka. 

1. Syirik kepada Allah swt.
menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada dalam rububiyyah, uluhiyyah ataupun nama-nama dan sifat Allah. Firman Allah "bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya adalah neraka" (Surah Al-Ma'idaH 5:72)

2. Kufur
kufur kepada Allah, para malaikat, kitab, rasul, hari akhirat serta qada dan qadar (rukun iman).

3. Ingkar salah satu rukun Islam

4. Mempersendakan Allah, agama-Nya dan Rasul-Nya.
Firman Allah "Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "sesungguhnya kami hanya berbual dan bermain-main'. Katakanlah,: 'patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nyaserta rasul-Nya kamu perolok-olokkan dan mengejeknya?' (Surah al-tawbah 9:65-66)

5. Mencaci Allah, agama Islam dan para rasul dengan mencela, mengaibkan dan merendahkan.

6. Berhukum dengan selain hukum Allah
iaitu yakin bahawa hukum selain hukum Allah itu lebih baik atau sama dengan hukum Allah. Firman Allah "dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itu orang kafir" (surah al-ma'idah 5:44)

7. Munafik
Apabila seseorang menyembunyikan kekafirannya dan melahirkan diri sebagai muslim. Firman Allah "Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkat yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka."  (surah al-nisa' 4:145).



Teman-teman, mari kita sama-sama ingat akan 7 perkara ini dan sematkan dalam diri. semoga kita tidak pernah melakukan apa yang tersenarai di atas. Jika pernah sekalipun, selagi masih bernyawa, mintalah keampunan daripada Allah swt. Bukankah Allah maha pengampun dan pengasih. Jika kita benar-benar meminta, Dia lebih mengetahui kebenaran itu.

 Sumber: adaptasi dari majalah Solusi isu  48

p/s: untuk muhasabah diri

Thursday, September 20, 2012

Mari Menjaga Solat


Ingatkah teman-teman sekalian tentang kisah Saidina Ali RA?  Bagaimana Saidina Ali terkena panah ketika berada dalam peperangan. Panah tersebut betul-betul terkena pada betis Saidina Ali. Para sahabat telah berusaha sedaya upaya untuk menanggalkan anak panah tersebut, namun usaha mereka gagal kerana Saidina Ali rasa teramat sakit. Lalu bertanyalah para Sahabat kepada Baginda Rasulullah. Rasulullah SAW menasihatkan kepada para sahabat agar mencabut anak panah tersebut ketika Saidina Ali sedang menunaikan solat. Maka ketika Saidina Ali solat, para sahabat telah mencabut anak panah tersebut dari betisnya. Apa yang berlaku sungguh berbeza, tiada sedikit pun suara mengaduh kesakitan yang keluar dari mulut Saidina Ali. 

Apakah pengajaran kisah ini? 

Kisah ini menunjukkan bertapa besarnya hikmah menjaga solat, iaitu khusyuk ataupun fokus ketika mengerjakan solat. Menjaga solat adalah satu cabaran besar buat umat manusia yang menganuti dan percaya kepada ajaran Islam. Malah untuk menjaga waktu solat pun belum tentu kita dapat laksanakan. 


Mari kita kongsikan sedikit 5 panduan untuk menjaga solat.

1. Mendalami Ilmu tentang solat
Kita memang digalkkan untuk mendalami ilmu. Malah ilmu yang bermanfaat itu tidak akan pernah habis untuk dipelajari dan pasti ada sahaja perkara baru yang akan kita temui, apatah lagi ilmu berkaitan solat. Belilah buku-buku berkaitan solat dimana mengandungi syarat sah, rukun dan perkara yang membatalkan solat. Malah terdapat buku yang mengupas tentang faedah solat. Bersemukalah dengan guru yang memang pakar tentang hal solat. InsyaAllah kita akan mencintai ibadah solat.

2. Pilih rakan yang menjaga solat.
Kita sememangnya digalakkan untuk bermasyarakat. Pepatah juga menyatakan berkawan biar beribu. Maka bilangan kawan yang ramai itu InsyaAllah akan memberikan faedah kepada kita. TETAPI, waspadalah dalam memilih kawan. Jika kita ingin menjaga solat ketika melakukan sebarang aktiviti, pastikan kawan-kawan kita itu juga bersolat. Andaipun ada yang tidak bersolat (faktor agama yang berbeza atau sebagainya), pastikan kawan-kawan anda bukanlah daripada golongan yang menghalang/sini terhdapat pelaksanaan solat kalian. 

3. Jaga masa
Manusia diberikan masa 24 jam sehari. Maka pergunakanlah ia sebaik-baiknya. Ada orang yang memberikan alasan tidak solat kerana tiada masa. Itu namanya kufur nikmat, dimana dia mempersia-siakan masa yang sebaik-baiknya Allah berikan untuknya, tetapi menafikan hak Allah yang tidak mengambil masa yang lama untuk dikerjakan. Jagalah waktu tidur agar solat kita tidak terlewat (terutama subuh) dan khusyuk.

4. Ingat bahawa hidup di dunia sementara sahaja.
Ayat yang paling tepat adalah ingatlah kepada kematian. Jika kita ingat bahawa hidup di dunia ini sementara, pasti kita akan memikirkan bekalan yang ingin kita bawa ke alam kekal kelak. Pahala dan dosa yang diperhitungkan nanti pasti merangkumi soal ibadah solat. 

5. Mohon perlindungan Allah SWT.
Berdoalah kepada Allah SWT agar kita ditetapkan prinsip untuk sentiasa menjaga solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Hanya Allah yang mampu untuk memberi izin kepada manusia untuk melakukan sesuatu dan hanya Allah yang berhak menafikan hak-hak manusia kerana Allah SWT sahajalah yang boleh memberikan pertolongan. 

p/s: Mari sama-sama kita muhasabah diri

Wednesday, September 12, 2012

Ikhlas adalah perjuangan

gambar hiasan dari google

Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas. (i luv Islam).

Jelas bertapa tingginya nilai keikhlasan. Pernah tidak kaw semua terdengar yang ada segelintir insan ni memberikan alasan "tak ikhlas" untuk tidak melakukan sesuatu perkara terutama perintah Allah swt? mesti pernah kan.... so do i.. Mereka mengatakan "kalau tak ikhlas, buat apa solat" , "kalau tak ikhlas, buat apa puasa" , "kalau tak ikhlas, buat apa mengaji" dan macam-macam lagi.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”

Keikhlasan itu merupakan sikap yang perlu kita cari. Bukannya sesuatu yang kita harap datang bergolek. Andai kita tidak berusaha untuk mencarinya, malah tidak berusaha meminta kepada Allah swt, bagaimana rasa ikhlas boleh muncul dalam diri. Jadilah manusia yang berusaha untuk ikhlas melakukan apa sahaja terutama perintah dari Sang Pencipta. Janganlah menjadi manusia yang sering beralasan kerana bimbang nikmat itu bila-bila masa akan ditarik dari kita.


p/s: marilah berusaha berjuang mencari keikhlasan dalam diri

Saturday, September 1, 2012

Semakin Laju


Assalamualaikum + Selamat Pagi....

Apa khabar semua? lama dah tak membuat entry, rasa dah dalam 2 minggu lebih kot. Pokcik baru saja tiba malam jumaat (30 Ogos 2012) hari tu. Landed pada pukul 11.20pm waktu Malaysia.

Ketika menginjak tanah (actually simen), pokcik sempat lagi mintak anak menakan snap 1 pic pokcik di tempat pendaratan. Sempat lagilah petugas wanita tu halau pokcik suruh cepat bergerak, nasib mood pokcik bagus walaupun baru bangun tidur. Kalau tak, selesai petugas wanita itu disekolahkan..miahahaha...

Semalam mood perut pokcik pula yang tak baik. Asik merindukan toilet saja. Cubalah rindu makanan-makanan yang enak, kan baik. Ni rindu toilet, busuk tau!! Maybe pokcik telah tersalah telan makanan, ATAUPUN terlebih makan benda yang tak sepatutnya dilebihkan. Kaw taulah kan, pokcik ni kan slim walaupun banyak makan, so pokcik tak risau berat badan. Jangan jeles yew..hewhewhew....

Pokcik rasa masa terlalu pantas berlalu, ke kaw rasa masa sangat lambat? kejam je bro. tiktoktiktok, tetiba dah hari raya. tiktoktiktok dah merdeka. pejam celik pejam celik sat g dah nak tahun baru masihi. Kagum kan? dengan keadaan kita sekarang ni, kadang-kadang kita terlupa dengan masa. Sampaikan kita tidak menghargai masa yang ada. Itu sangat sadis.

Pokcik harap, semua kita tak terkecuali siapapun akan berusaha gigih untuk menghargai masa dengan mengisi masa yang ada sebaik mungkin. Bukan apa, bayangkan jika Allah tarik dan hentikan nikmat masa kita di dunia immediately, how? bagi yang berwaspada beruntunglah, tetapi bagi yang leka pula?

p/s: rindu kedinginan di sana

Monday, August 6, 2012

Ihya Ramadhan: Perkara membatalkan puasa


Walaupun Ramadhan dah masuk sesi pertengahan, pokcik dengan sukacita dan rendah hati nak kongsi tips perkara-perkara yang membatalkan puasa. Berikut adalah sebahagian daripadanya:

1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.

2.
Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.

3.
Muntah dengan sengaja

4.
Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani (di siang hari)

5.
Mengeluarkan mani dengan sengaja

6.
Kedatangan haid atau nifas

7.
Gila sekalipun hanya sekejap masa

8.
Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari

9.
Murtad


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."


p/s: teruskan perjuangan di bulan mulia ini

Wednesday, August 1, 2012

Maruah diri


Ada orang yang senang-senang menilai maruah diri orang lain. Oleh kerana mereka ada kemampuan dan kuasa, maka mereka melihat maruah orang lain itu boleh dijual beli seperti satu barang perdagangan. Malah harganya juga lebih murah dari barang-barang yang paling murah.

Mungkin manusia itu lupa, kemampuan dan kekuasan malah kudrat yang kita miliki sekalipun adalah pinjaman sementara dari Yang Maha Kuasa. Tiada sebab untuk kita menggunakan ia dengan cara yang salah dan merendah-rendahkan orang lain.

Maruah diri.....

Satu perkara yang perlu dijaga. Sekali ia tercemar, belum tentu ianya dapat dibersihkan. Kadang-kadang maruah itu dapat dibersihkan dari segi rohaninya, dan Allah mengetahui penyesalah manusia. Namun fitrah manusia, mana boleh melupakan titik noda. Yang buruk itu juga yang ingin dicerita ria.

Betul kata orang, jagalah tutur bicara. Kerana dengan berbicara tanpa kewarasan minda, akan menyebabkan kekacauan. Aku selalu berharap agar apa yang aku bicarakan tidak mengguris mana-mana pihak. Ya, tidak dinafikan guruan adalah rencah hidup manusia. Tetapi, kita perlu selalu berwaspada. Semoga apa yang aku tuturkan tidak mengaibkan sesiapa. aku takut kehilangan keluarga dan teman-teman. Apatah lagi jika mereka adalah yang sering mendoakan aku.

Ya Allah, bantulah kami yang sering terlupa. Ampunkan kami yang selalu menzalimi diri kami.

p/s: sentiasalah bermohon pada-Nya.. Tanpa henti

Sunday, July 29, 2012

Ihya Ramadhan: Perkara sunat ketika berpuasa


Ketika kita menjalani ibadah puasa (wajib), kita bukan hanya berpuasa menahan lapar dan dahaga serta nafsu dari bermula subuh sehingga tibanya waktu maghrib. Namun, ada banyak perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan atau pergiatkan sepanjang sebulan Ramadhan ini. di sini pokcik sediakan sedikit checklist untuk semua apa dia perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan bersama.

1. Banyakkan membaca Al-quran
2. Melewatkan sahur
3. Berbuka dengan buah tamar/yang manis
4. Banyakkan bersedekah
5. Solat Terawih
6. Menyegerakan berbuka ketika masuk waktunya
7. Banyakkan solat sunat
8. Melakukan ibadah secara berjemaah (Solat/tadarus)
9. Mengajak insan lain mengerjakan kebaikan
10. Menghadiri majlis-majlis ilmu


Mesti banyak lagi perkara sunat yang boleh kita lakukan. Ini cuma sebahagian kecil daripadanya. Semoga kita selalu berada dalam lindungan-Nya ketika melayari bulan yang mulia ini.

p/s: selamat berpuasa

Monday, July 23, 2012

Dugaan Ramadhan


Ya, sekarang sudah masuk hari ketiga berpuasa di tahun 1433 hijrah/ 2012 masihi (23.07.2012)

Dua hari berlalu dengan cuaca yang panas terik. Ah..manusia, bila panas mahunya hujan. Bila hujan mahunya panas, jadi kau mahukan apa wahai manusia?

Hari ketiga juga dilalui dengan cuaca panas terik di kampung aku. Terik. Tersangat terik. Bapa pernah berkata, kepanasan terik di muka bumi ini, hanyalah sekecil lubang jarum saja kepanasan di akhirat sana. Dapat kalian bayangkan? Rupa-rupanya di sana lebih sengsara bagi mereka-mereka yang ingkar.

Aku sakit kepala. Semenjak semalam lagi sakit. Aku dah telah panadol. Bangun sahur kepala masih sakit ditambah dengan kaki yang rasa pegal-pegal. Aku tidak tahu kenapa. pergi klinik? ermmm.... ada tidak doktor yang boleh datang ke rumah? Aku marah pada rasa sakit ni. Ya.... aku sempat rasa marah. Tapi....

Adakah manusia itu mengira mereka akan dibiarkan sahaja mengatakan "kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji. dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta [Al-ankabut: 2 & 3]
Bukankah hal ini telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Ujian datang bukan sahaja kepada yang ingkar, tetapi juga kepada mereka-mereka yang mengaku beriman. Jadi bersabarlah. Dugaan ni sebenarnya kecil sahaja jika hari-hari biasa TETAPI menjadi besar di bulan puasa.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita yang sedang menghadapi dugaan. Aminnn....

p/s: kuatkan semangat, rohani dan jasmani...

Thursday, July 12, 2012

Kita Golongan Manusia Yang Mana?


Imam Al-Ghazali berkata terdapat 4 golongan manusia di muka bumi ini. Mereka-mereka adalah:

1. Orang yg tidak tahu bahawa dia tidak tahu

Org yang tidak berilmu tetapi tidak tahu dirinya tidak berilmu. Orang begini dikatakan jahil atau bodoh sombong. Golongan ini dikategorikan orang bodoh yang mengaku dirinya pandai. sudahlah begitu, mereka enggan belajar dan tidak mahu diajar. Menurut Imam Ghazali, inilah jenis manusia yang paling buruk. Golongan manusia seperti ini sangat susah untuk disedarkan. Mereka merasakan mereka berilmu, sehingga terkadang kita melihat diri mereka berwajah kusam, kerana kononnya menjauhi dunia untuk semata-mata beribadah, walhal dia sendiri tidak tahu yang keperluan menjalani hidup di dunia ini juga boleh menjadi salah satu daripada ibadah. Golongan seumpama ini lebih baik dijauhi. Golongan yang hanya ingin menang bicara, dan tidak mungkin kalah dalam perdebatan kerana bukankah kita akan kalah jika berdebat dengan orang yang jahil tetapi merasakan mereka tahu segalanya.


2. Orang yang tahu bahawa dia tidak tahu

Orang yg tidak berilmu dan tahu dirinya tidak berilmu. Org begini perlu kepada bimbingan dan tunjuk ajar. Mereka ini dianggap lebih mudah untuk diajar keranan mereka memang memerlukan bimbingan. Menurut Imam Ghazali, golongan ini dikategorikan baik kerana menyedari akan kekurangan diri mereka. Oleh kerana tahu kekurangan, maka mereka belajar. Walaupun golongan seperti ini bukanlah tergolong sepenuhnya baik kepada lingkungan persekitaraannya lantaran kekurangan ilmu, tetapi mereka tidak menghalang kepada sesuatu proses ke arah lebih baik kerana mereka tergolongan dikalangan manusia-manusia yang ingin maju ke hadapan (lebih berilmu).

3. Orang yang tidak tahu bahawa dia tahu

Org yang berilmu tapi tidak tahu dirinya berilmu. Orang begini adalah org yg 'tidur' dan perlu diberikan kesedaran.Org dari golongan ini adalah org yg lalai perintah Allah, tidak meninggalkan larangan walhal dia tahu hal itu. Lazimnya dia terpengaruh dengan keduniaan, dan menomborduakan perintah Allah. Mereka meninggalkan solat dengan alasan terpaksa hadiri majlis, mereka ikut minum dan berjudi kononnya kerana mahu menghormati sahabat perniagaan dan sebagainya. Mereka ini wajib disedarkan.

4. Orang yg tahu bahawa dia tahu

Orang yg berilmu dan tahu dirinya berilmu. Merekalah orang yg sebenar2nya berilmu. Manusia golongan ini akan menghayati dan memanfaatkan ilmu ke jalan yg diredhai Allah dan akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Ini merupakan golongan manusia yang paling baik. Mengetahui dirinya berilmu dan menggunakan ilmunya dengan kadar maksima agar ilmunya bermanfaat untuk dirinya, orang sekitarnya, bahkan untuk seluruh umat manusia. menurut Syekh Muhammad Ahmad Al Rasyid, golongan ini boleh dianggap life making (Shina Atul Hayah) kerana mereka boleh mengubah dunia ke arah kebaikan. Subhanallah, semoga kita boleh bertemu dengan golongan-golongan seperti ini.


Maaf jika huraian aku ini tidak lengkap dan banyak kekurangan. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini akan menjadikan kita sedar dari lena dan menempatkan diri kita diantara golongan-golongan yang PALING TEPAT.


p/s: semoga kita dijauhkan daripada kenistaan akibat kejahilan diri sendiri

Tuesday, July 10, 2012

Manusia Makhluk Yang Lemah


Aku berfikir, hari demi hari, masa demi masa, detik dihitung untuk terus berfikir. Manusia kan, memang tidak terlepas dari berfikir tentang hidup. Malah setiap saat yang berlalu adalah peluang untuk kita berfikir tentang hidup. Saat kita berada di bilik kuliah, berada di meja kerja, ketika sedang memandu kenderaan, dan disaat sedang menikmati juadah terhidang, itulah peluang kita berfikir tentang hidup.Ini kerana setiap apa yang kita sedang kerjakan merupakan nikmat hidup yang Allah SWT hadiahkan kepada kita.


Tidak apa jika org melihat aku sbg insan yg tidak berjaya, tp aku berharap agar dpt menjadi manusia yg berguna kpd manusia lain. Bukan senang untuk menjadi manusia yang berguna, tapi bukan susah untuk melakukan sesuatu untuk orang lain. Mungkin pada dasarnya kita sendiri tidak sedar bahawa kita telah melakukan sesuatu untuk orang lain. Mungkin persoalan yang paling besar, bagaimana untuk menjadi manusia yang berguna kepada manusia lain? KBKK dari aku, iaitu dengan memastikan kita melakukan perkara yang berguna untuk diri sendiri. Bila kita melakukan perkara berguna untuk diri sendiri, maka faedahnya akan tersebar kepada yang lain. Kita memakmurkan kehidupan peribadi, InsyaAllah kita akan boleh memakmurkan hidup orang lain.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 216)

Manusia, setiap saat akan berhadapan dengan takdir. Qada dan Qadar yang berlaku umpama satu perkara yang sudah tertulis untuk kita. Ingin mengubahnya? kita siapa untuk mengubah takdir yang Allah SWT telah tentukan? Mustahil... yang kita boleh ubah hanyalah nikmat ke atas ketentuan tersebut. Bagaimana caranya? sudah tentu dengan beriman kepada-Nya. Bila kita beriman (percaya), maka kita akan yakin bahawa setiap takdir/ketentuan yang berlaku itu terselindung hikmah di sebaliknya.

Setiap kali bangun dari lelap tidur, kita sepatutnya memikirkan kenapa kita ditakdirkan untuk masih berpeluang melihat dunia. Aku selalu berfikir, kenapa orang macam aku, yang takde apa-apa ni, yang memiliki kapasiti cukup kecil berbanding orang-orang sekeliling --- masih ditakdirkan untuk melihat dunia. Kemudian aku rasa perlu membuat sesuatu, yang boleh memberi erti kepada orang lain. Tapi masih risau. Risau dengan diri sendiri, jika memberikan kebaikan tidak mengapa. Bagaimana jika memberikan kesusahan kepada orang lain?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.” (QS Ali-Imran :139)

Aku selalu cuba untuk memotivasikan diri sendiri, agar tidak kecewa dengan pencapaian diri sendiri. Memang, jika kita membuat perbandingan dengan orang lain, maka susah untuk menyayingi orang2 yang berjaya. InsyaAllah, kita sebenarnya berjaya dalam orbit kita sendiri, dan itu mungkin lebih baik untuk kita.

Kita memang tiada upaya, kita hanya berupaya untuk berdoa yang terbaik untuk ketentuan d hari muka.

p/s: hiduplah sepertimana manusia yang sebenar

Monday, June 18, 2012

Karikatur berbicara: Aurat



sumber: facebook

Sunday, June 17, 2012

Kata-kata Pedoman #2




p/s: gambar hak peribadi. tidak dibenarkan copy tanpa izin (~_~)