edDy sYrOl

Thursday, July 12, 2012

Kita Golongan Manusia Yang Mana?


Imam Al-Ghazali berkata terdapat 4 golongan manusia di muka bumi ini. Mereka-mereka adalah:

1. Orang yg tidak tahu bahawa dia tidak tahu

Org yang tidak berilmu tetapi tidak tahu dirinya tidak berilmu. Orang begini dikatakan jahil atau bodoh sombong. Golongan ini dikategorikan orang bodoh yang mengaku dirinya pandai. sudahlah begitu, mereka enggan belajar dan tidak mahu diajar. Menurut Imam Ghazali, inilah jenis manusia yang paling buruk. Golongan manusia seperti ini sangat susah untuk disedarkan. Mereka merasakan mereka berilmu, sehingga terkadang kita melihat diri mereka berwajah kusam, kerana kononnya menjauhi dunia untuk semata-mata beribadah, walhal dia sendiri tidak tahu yang keperluan menjalani hidup di dunia ini juga boleh menjadi salah satu daripada ibadah. Golongan seumpama ini lebih baik dijauhi. Golongan yang hanya ingin menang bicara, dan tidak mungkin kalah dalam perdebatan kerana bukankah kita akan kalah jika berdebat dengan orang yang jahil tetapi merasakan mereka tahu segalanya.


2. Orang yang tahu bahawa dia tidak tahu

Orang yg tidak berilmu dan tahu dirinya tidak berilmu. Org begini perlu kepada bimbingan dan tunjuk ajar. Mereka ini dianggap lebih mudah untuk diajar keranan mereka memang memerlukan bimbingan. Menurut Imam Ghazali, golongan ini dikategorikan baik kerana menyedari akan kekurangan diri mereka. Oleh kerana tahu kekurangan, maka mereka belajar. Walaupun golongan seperti ini bukanlah tergolong sepenuhnya baik kepada lingkungan persekitaraannya lantaran kekurangan ilmu, tetapi mereka tidak menghalang kepada sesuatu proses ke arah lebih baik kerana mereka tergolongan dikalangan manusia-manusia yang ingin maju ke hadapan (lebih berilmu).

3. Orang yang tidak tahu bahawa dia tahu

Org yang berilmu tapi tidak tahu dirinya berilmu. Orang begini adalah org yg 'tidur' dan perlu diberikan kesedaran.Org dari golongan ini adalah org yg lalai perintah Allah, tidak meninggalkan larangan walhal dia tahu hal itu. Lazimnya dia terpengaruh dengan keduniaan, dan menomborduakan perintah Allah. Mereka meninggalkan solat dengan alasan terpaksa hadiri majlis, mereka ikut minum dan berjudi kononnya kerana mahu menghormati sahabat perniagaan dan sebagainya. Mereka ini wajib disedarkan.

4. Orang yg tahu bahawa dia tahu

Orang yg berilmu dan tahu dirinya berilmu. Merekalah orang yg sebenar2nya berilmu. Manusia golongan ini akan menghayati dan memanfaatkan ilmu ke jalan yg diredhai Allah dan akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Ini merupakan golongan manusia yang paling baik. Mengetahui dirinya berilmu dan menggunakan ilmunya dengan kadar maksima agar ilmunya bermanfaat untuk dirinya, orang sekitarnya, bahkan untuk seluruh umat manusia. menurut Syekh Muhammad Ahmad Al Rasyid, golongan ini boleh dianggap life making (Shina Atul Hayah) kerana mereka boleh mengubah dunia ke arah kebaikan. Subhanallah, semoga kita boleh bertemu dengan golongan-golongan seperti ini.


Maaf jika huraian aku ini tidak lengkap dan banyak kekurangan. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini akan menjadikan kita sedar dari lena dan menempatkan diri kita diantara golongan-golongan yang PALING TEPAT.


p/s: semoga kita dijauhkan daripada kenistaan akibat kejahilan diri sendiri

6 comments:

vendoline said...

hahahah aku pon tatau..semua add kot.huhuhuh

anak ayah said...

nice entry..mohon share yer...if bole...nnt sy link kn. hee ^^y
tq

eddy syrol said...

edy : (~_~)

eyqa: boleh..silakan (~_~)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

thanks for the info... mcm ad je aku dlm golongan ni.. uhuhuh

hazwan hairy said...

alamkkk xterjw lah weh...hehehe

azizul samad said...

maaf bertanya, apa yang saya dengar golongan yang kedua yang terbaik berbanding golongan yang keempat kerana golongan ke-4 boleh terjerumus kepada sikap bangga diri dan keangkuhan. golongan kedua itu lebih merendah diri dan lebih bersedia untuk belajar.