edDy sYrOl

Thursday, September 20, 2012

Mari Menjaga Solat


Ingatkah teman-teman sekalian tentang kisah Saidina Ali RA?  Bagaimana Saidina Ali terkena panah ketika berada dalam peperangan. Panah tersebut betul-betul terkena pada betis Saidina Ali. Para sahabat telah berusaha sedaya upaya untuk menanggalkan anak panah tersebut, namun usaha mereka gagal kerana Saidina Ali rasa teramat sakit. Lalu bertanyalah para Sahabat kepada Baginda Rasulullah. Rasulullah SAW menasihatkan kepada para sahabat agar mencabut anak panah tersebut ketika Saidina Ali sedang menunaikan solat. Maka ketika Saidina Ali solat, para sahabat telah mencabut anak panah tersebut dari betisnya. Apa yang berlaku sungguh berbeza, tiada sedikit pun suara mengaduh kesakitan yang keluar dari mulut Saidina Ali. 

Apakah pengajaran kisah ini? 

Kisah ini menunjukkan bertapa besarnya hikmah menjaga solat, iaitu khusyuk ataupun fokus ketika mengerjakan solat. Menjaga solat adalah satu cabaran besar buat umat manusia yang menganuti dan percaya kepada ajaran Islam. Malah untuk menjaga waktu solat pun belum tentu kita dapat laksanakan. 


Mari kita kongsikan sedikit 5 panduan untuk menjaga solat.

1. Mendalami Ilmu tentang solat
Kita memang digalkkan untuk mendalami ilmu. Malah ilmu yang bermanfaat itu tidak akan pernah habis untuk dipelajari dan pasti ada sahaja perkara baru yang akan kita temui, apatah lagi ilmu berkaitan solat. Belilah buku-buku berkaitan solat dimana mengandungi syarat sah, rukun dan perkara yang membatalkan solat. Malah terdapat buku yang mengupas tentang faedah solat. Bersemukalah dengan guru yang memang pakar tentang hal solat. InsyaAllah kita akan mencintai ibadah solat.

2. Pilih rakan yang menjaga solat.
Kita sememangnya digalakkan untuk bermasyarakat. Pepatah juga menyatakan berkawan biar beribu. Maka bilangan kawan yang ramai itu InsyaAllah akan memberikan faedah kepada kita. TETAPI, waspadalah dalam memilih kawan. Jika kita ingin menjaga solat ketika melakukan sebarang aktiviti, pastikan kawan-kawan kita itu juga bersolat. Andaipun ada yang tidak bersolat (faktor agama yang berbeza atau sebagainya), pastikan kawan-kawan anda bukanlah daripada golongan yang menghalang/sini terhdapat pelaksanaan solat kalian. 

3. Jaga masa
Manusia diberikan masa 24 jam sehari. Maka pergunakanlah ia sebaik-baiknya. Ada orang yang memberikan alasan tidak solat kerana tiada masa. Itu namanya kufur nikmat, dimana dia mempersia-siakan masa yang sebaik-baiknya Allah berikan untuknya, tetapi menafikan hak Allah yang tidak mengambil masa yang lama untuk dikerjakan. Jagalah waktu tidur agar solat kita tidak terlewat (terutama subuh) dan khusyuk.

4. Ingat bahawa hidup di dunia sementara sahaja.
Ayat yang paling tepat adalah ingatlah kepada kematian. Jika kita ingat bahawa hidup di dunia ini sementara, pasti kita akan memikirkan bekalan yang ingin kita bawa ke alam kekal kelak. Pahala dan dosa yang diperhitungkan nanti pasti merangkumi soal ibadah solat. 

5. Mohon perlindungan Allah SWT.
Berdoalah kepada Allah SWT agar kita ditetapkan prinsip untuk sentiasa menjaga solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Hanya Allah yang mampu untuk memberi izin kepada manusia untuk melakukan sesuatu dan hanya Allah yang berhak menafikan hak-hak manusia kerana Allah SWT sahajalah yang boleh memberikan pertolongan. 

p/s: Mari sama-sama kita muhasabah diri

8 comments:

Nadiaafarhanaa said...

saling mengingatkan ^^ bagus2

eddy syrol said...

(~_~)

Awie Omar said...

INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Entri Tugasan Imuniti tidak akan dipilih sebagai entri pilihan (Carta Mingguan). Entri entri lain yang akan dipilih untuk dimasukkan dalam carta.
Keputusan terkini Tugasan Imuniti Episod 2
DEUX : 3 entri (Nadia Farhana, Eddy, Korn)
Senshi BurogÄ : 4 entri (Cheida, Lokman, Papa Blogger, Emma)

kay_are said...

salam.. thanx atas perkongsian.. sedang cuba menyempurnakan solat.. =)

Korn Ahmad said...

sesibuk manapun kita, solat ttap kena jaga..

pssttt.. gambate tu apa eddy?

Awie Omar said...

PENALTI : SISTEM UNDIAN – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Anda dikehendaki memilih salah seorang dari peserta tersebut untuk disingkirkan dari game ini.
1. Syaidatul Aisya
2. Sarah Safuddin
Mereka adalah blogger paling kurang aktif pada minggu ini.
Sila umumkan keputusan anda dalam kotak komen entri ini :
Link entri terpaksa dirahsiakan.
http://awieomar.blogspot.com/2011/02/10-lagu-duet-p-ramlee-paling-romantikus.html
(ini kerana keputusan anda perlu dirahsiakan buat masa ini)
Sebelum Selasa 25/9/12
Sekian terima kasih.

Unknown said...

Solat sangat mudah nak dijaga bila solat di awal waktu.

Kalau dah tangguh sebaik sahaja azan dilaungkan, memang liat nak buat.

eddy syrol said...

awie omar: dgn terpaksa.. sarah safuddin