edDy sYrOl

Wednesday, September 12, 2012

Ikhlas adalah perjuangan

gambar hiasan dari google

Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas. (i luv Islam).

Jelas bertapa tingginya nilai keikhlasan. Pernah tidak kaw semua terdengar yang ada segelintir insan ni memberikan alasan "tak ikhlas" untuk tidak melakukan sesuatu perkara terutama perintah Allah swt? mesti pernah kan.... so do i.. Mereka mengatakan "kalau tak ikhlas, buat apa solat" , "kalau tak ikhlas, buat apa puasa" , "kalau tak ikhlas, buat apa mengaji" dan macam-macam lagi.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”

Keikhlasan itu merupakan sikap yang perlu kita cari. Bukannya sesuatu yang kita harap datang bergolek. Andai kita tidak berusaha untuk mencarinya, malah tidak berusaha meminta kepada Allah swt, bagaimana rasa ikhlas boleh muncul dalam diri. Jadilah manusia yang berusaha untuk ikhlas melakukan apa sahaja terutama perintah dari Sang Pencipta. Janganlah menjadi manusia yang sering beralasan kerana bimbang nikmat itu bila-bila masa akan ditarik dari kita.


p/s: marilah berusaha berjuang mencari keikhlasan dalam diri

7 comments:

hawiz said...

betul3...ikhlas dlm semua perkara..itulah amalan yg baik...ermm...ingatan yg baik untuk myself..tengs..=)

Anum said...

betul tue

Awie Omar said...

INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Teamwork dan komunikasi teramat penting dalam permainan ini. Anda boleh berhubung dengan ahli pasukan yang lain melalui blog, Facebook, Twitter, YM, Skype, email mahupun sms.

hazwan hairy said...

apa pn klo kita wat ikhls insyallah ada kelebihan nnti :-)

Awie Omar said...

INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Dalam entri B3:BR – Episod 2 nanti, Saya akan memilih 1 (satu) entri TERBAIK dan ORIGINAL hasil karya sendiri dari blog anda yang dikeluarkan pada Ahad 9/9/12 hingga Sabtu 15/9/12 untuk disenaraikan dalam “CARTA MINGGUAN”. “CARTA MINGGUAN” akan menentukan kedudukan anda sama ada berada di tangga teratas ataupun sebaliknya.

Edy Fee said...

aku ihklas bace blog ko ni..boleh tak? ehhehe

Faizul Osman said...

sy tak kisah jika cik nadia nak jd ketua tu...