Assalamualaikum
Alhamdulillah kita masih dibenarkan untuk bernafas di muka bumi ini. Nikmat yang selalu kita lupakan padahal nikmat ini cukup besar nilainya. Nikmat yang bukan semua orang pinta secara khusus dalam doa mereka, tapi Allah masih berikan kepada kita.
gambar hiasan
Sebagai manusia, kita hidup dengan manusia yang lain, malah hidup bersama makhluk lain yang melata di muka bumi ini. Sebagai manusia, kita mahu cuba untuk memberikan yang terbaik kepada yang lain. Kerana manusia-manusia lain yang hidup di sekeliling kita merupakan pelengkap atas hidup seorang individu yang tidak semuanya ada. Namun, dalam kita cuba untuk menjadi pelengkap kepada hidup orang lain, bukan mudah untuk kita memberi kepuasan kepada mereka. Biar siapapun mereka - teman, teman istimewa, keluarga - mungkin atas sebab kita memang bukan hamba yang sempurna untuk melengkapkan hidup manusia / makhluk yang lain. Susah memberikan yang terbaik. Sukar juga menjadikan keadaan berubah lebih baik.
p/s: menjadi lebih baik dinilai dari pandangan Allah S.W.T yang kita sendiri tidak tahu adakah ianya berjaya atau tidak, cuma kita boleh rasakan perubahan LEBIH BAIK itu.
6 comments:
tabahkan diri
kita manusia semua xsempurna..hehehe
kita manusia semua xsempurna..hehehe
sukar untuk menjadi baik. lagi sukar untuk sempurna. tak salah mencuba untuk jadi lebih baik..
berubah itu sukar, namun sesuatu yang tidak mustahil. memerlukan pemula yang baik bro.
tingkat kejayaan pada perubahan itu bergantung pada diri masing2..... jangan ikut orang yang paling penting.. diri sendiri ye! :)
Post a Comment