edDy sYrOl

Sunday, February 20, 2011

muhasabah ahad


bangun pagi hari ahad ni mesti ada perasaan berbeza dengan bangun pagi di hari-hari lain.. m i right?

bermuhasabah dengan berfikir beberapa perkara. teringat zaman kanak-kanak dulu. zaman yang penuh warna ceria. zaman yang tidak perlu kita berfikir banyak. zaman di mana kita hanya tahu bahawa hidup ini sebenarnya penuh dengan kegembiraan.

di saat zaman kanak-kanak, kita tidak mengenal erti cinta pada seorang insan. yang kita tahu cuma kasih sayang yang erat antara kita dengan keluarga, rakan-rakan, sayang pada guru malah rasa sayang pada sesiapa sahaja. seronok bukan zaman kanak-kanak?

dulu, waktu zaman aku budak-budak ni, dekat hujung sisi depan rumah kami ada satu perigi. bukan perigi buta tau, tapi memang perigi yang berfungsi untuk mandi. so for those yang nak mandi dengan air yang segar berbanding air paip, bolehlah mandi dekat situ. tapi kena timba dulu la air tu. BTW, aku pernah cedera time sedang bermain-main kat situ. sebab tempat mandi yang ada perigi tu cuma dibuat daripada zink. korang tau lah juga kan binaan kampung ni, asal ada. so time aku main-main tu, lengan aku ter scratch. memang dengan tanpa di paksa darah keluar banyak giler. time tu ayah aku datang sedut darah aku tu. waktu tu aku memang tak tahu apsal la kalau luka darah tu kena sedut even sampai sekarang pun aku tak faham gaks. ada sesiapa leh tolong explain? so hasil luka tu aku mendapat satu parut yang nampak dalam 2 ke 3 cm la juga. nak tgk nak tgk tak? hehehehhe... time tu aku tak rasa pun kesakitan itu sesuatu yang cukup memberikan kesakitan sangat, cuma satu pengalaman yang berlalu...

ahh.... zaman kanak-kanak yang kita tahu cuma ke sekolah sebab mak ayah suruh ke sekolah. sampai sekolah kita main lagi. jumpa teman-teman sekolah dan terus main. waktu rehat jd waktu yang paling best untuk berlari-lari. kadang-kadang kita sendiri tak tahu kenapa kita lari. kawan lari, so aku lari jugak!! hehheeheheh... indahnya zaman kanak-kanak..

awake..!! sudah dewasa, persona zaman dewasa pasti ada. cuma dimensi kebahagiaan dan kegembiraan zaman dewasa itu pastinya amat berlainan berbanding zaman kanak-kanak. kita lalui sahaja hidup ini. :-)

p/s :- rindu pada eddy syrol yang kecil

8 comments:

misSbLurRy said...

zaman kanak2 zaman paling best skali

eddy syrol said...

kannnn

suarasepi said...

rindu zaman kanak2...

DanieL AdiE said...

Encik Eddy, anda ditag utk GA Encik Edy..

eddy syrol said...

thx adie

najwa napatah said...

dh komen.peace:)

eddy syrol said...

thx najwa

epulpheewit de la gabbana said...

mungkin sedut darah untuk mengelakkan karat masuk. karat boleh menyebabkan kancing gigi. harap membantu.