edDy sYrOl

Sunday, March 20, 2011

lagi-lagi muka masam




ya Allah... masamnya muka dia...
nak citer r sikit, tadi aku pergi sebuah photocopy shop. my brother minta tolong aku utk photocopy ada benda sikit...

kedai yang serba serbi sederhana ni ada perkhidmatan photocopy + printing + jual2 stationary.. aku dengan takzimnya telah melemparkan senyuman pada gadis photocopy tersebut. dia dengan muke masam dan jelingan yang tajam tengok aku mcm nak tak nak je.. notice here :- aku pun tak suke kau ok!!

aku pun buat2 relax lah dulu duduk jap sambil tunggu dia layan aku.. mana tau tetibe dia buka mulut dia. sampai dia habis buat photocopy sorang akak tu, dia langsung tak cakap. dia just hulurkan tangan dia n buat bunyi ermmm... aiks... apakah?

masalah betul lah orang2 zaman sekarang ni. tak reti nak layan org dengan bagus + mesra. bukannya kita minta dia layan mcm raja. kan adat bekerja, ada etikanya. aku pun pernah gak keje tpt yang serupa dgn gadis tak pandai senyum tu, tapi taklah aku buat muka masam ntah apa2. ringan juga bibir ni nak ukir senyum, walaupun org cakap aku ni sombong sebab jarang senyum. well, kerja kan, kena lah sesuaikan diri dan pandai bawa diri.

p/s :- pelik dengan perangai orang. nak keje tapi tak tau etika keja yang baik.

8 comments:

fza_eyzzah said...

alaa. die cover cun je depan awak tu. hak3. macamla orang nak sangat ngorat die. (^_^)

eddy syrol said...

adoyai...toksah la cover cun... niat g situ nak photocopy je... takde maknenyer cun melecun kaetika itu..dah r panas giler cuaca time tu.. yg cun yg encem pun lencun..keh3

farhan said...

haha...btul2...senyum itu sedekah dpt pahala dah..tapi susah org nak senyum..kata ustaz brapa ramai org je yg senyum

eddy syrol said...

kan farhan... aku tgh membaca ni pun senyum2..keh3x

Raji berkata said...

hohoho
bukannya racist owh..
cuma kadang2 kecewa juga dgn sikap sebilangan pekerja bangsa kita nih..
kalau kita lihat chinese bila melayan customer bukan main mesra lagi..
sebab mereka lihat customer sebagai duit so kalau duit dah datang kita xnak berusha dptkan so xguna lah..

org kita bila nmpk customer kebanyakan hanya melihat customer sebagai masalah sebab tuh layanan pun kureng skit.. >.<

eddy syrol said...

tp raji, yg ni mmg org bumiputera... ntah tak faham.. bos dia pun salah kot, kena la monitor pekerja2 dia..jgn jd mcm asam kecut je muka kan... kena la smile... bukan susah pun nak smile even sekejap bg sedap hati pelanggan ...

husna mukhtar said...

lempang je dia hahaha

eddy syrol said...

uiks, mana leh lempang org suke suki